Sunday, 26 February 2012

Finally, no more Monday blues (for a while)

My husband viewed my blog everyday with no updated posts. Finally yesterday he asked, "takde post baru ke..." and i laughed. Dalam hati, "kesiannya..bosan lah tu"

Sebenarnya takde benda nak cakap. Sebab tengah nak relax kan diri, maklumlah koas dah habisss..yeayy! Maksudnya apa, maksudnya hari ni hari Isnin, bangun pagi tak payah fikir nak pergi hospital. Hihi..setelah 1.5 tahun tak merasa hari-hari indah macam ni, haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin :)

Saya cerita lah sikit2 apa yang berlaku 2 minggu ke belakang. Tapi saya cerita cuma yang ada gambar je. Yang tak ada gambar malas nak tulis.Hihi.

19 February lepas, our ObGyn group yang ahli-ahlinya sangatlah berdedikasi (i'm impressed) mengadakan satu program sosial untuk masyarakat tentang kepentingan memeriksa organ wanita iaitu serviks (atau kat Malaysia biasanya sebut pangkal rahim) supaya dapat mencegah daripada kanser serviks. Dalam program tu, peserta dari pelbagai daerah datang, dan tiket terjual sebanyak 400 unit. Peserta yang dapat hadir lebih dari 300 orang.

Siap masuk suratkhabar. Congrates to the leader.

Sebenarnya bukan masuk suratkhabar tu yang penting. Tapi kesedaran tentang pentingnya memeriksa lebih awal supaya tak terjadi keterlambatan dalam mengubati penyakit tu. Macam semua orang cakap, "mencegah lebih baik dari mengubati".

Pernah beberapa kali saya "jaga" patient yang menghidap cervical cancer. Baru 3 bulan timbul gejala (pendarahan banyak dari vagina), tapi sekarang dah hampir sampai terminal stage. Umur baru 46 tahun. Saya ter'kesan' dengan satu situasi waktu jaga kat ward pada satu malam, patient Cervical cancer stage 3B, tapi keadaan dah agak teruk. Sebab ada underlying diabetes. Tunggu nak masuk ICU tapi ruangan penuh. Akhirnya terpaksa bawa balik sebab memang dah tak ada harapan. Anak dia remaja belasan tahun, perempuan, tanya kat saya "bagaimana doc, makin membaik ya?" Tak tahu nak jawab macam mana. Huhu.

Hari tu saya jaga bahagian vaccination. Alhamdulillah walaupun HPV vaccination (vaksin untuk mencegah cervical cancer) tu mahal, masih ramai yang nak bayar dan mendapatkan suntikan vaccine tersebut. Suntikan HPV vaccination ni kena ambil sebanyak 3x. Dan 1 shot adalah lebih kurang RM360 kat sini. So 3 shots adalah RM1000 jugak lah. Kat program ni ada discount 30%, so untuk 3 suntikan total lebih kurang RM720. Saya pun belum mampu nak buat. Hihi. Tunggulah balik Malaysia nanti boleh dapat free kot? sebab ada insurance. Tapi tak tahu la insurance cover ke tak?huhu.

Tapi kalau orang dah kahwin macam saya, tak perlu terus vaccine, tapi kena periksa Pap Smear dulu. Kalau dah terbukti normal dan tak ada pre-cancerous lesion, barulah boleh vaccine. Sebab kalau dah ada lesion, vaccine dah tak guna.Huhu.

Pada hari program tu, ada discount untuk pemeriksaan Pap Smear jugak. Harganya jadi RM100. Tapi saya tak buat jugak, sebab ramai orang. Hehehe..(teruk betul perangai). Tapi one day saya tetap akan buat.

Mungkin ada yang kurang faham tentang cervical cancer. Apa tu?? Hmmmm.. nanti-nanti saya cerita lagi kay.

Social program "save your area"

Vaccination


Peserta yang hadir. Semua bersemangat.


Okay, lepas tu Selasa malam yang lepas, adalah my last oncall. Hehe. Dengan kawan-kawan yang best.

Dekat VK
Masa hamil dan menyusui berbeda :) untuk para ibu. Saja capture.

Kucing yang sukahati landing atas my bag malam tu.

Ini hari-hari terakhir bersama my ObGyn group. Waktu rotation kat kamar bersalin. Minggu terakhir semua pun ingat nak cuti.


Borak-borak

Dalam lift nak turun
Break time. Nak pergi makan seafood!
Foto time @ Restoran Hidangan Dari Laut (HDL)
Amy & Ghea

Aizat dan Nazi (post call)



makan-makan time!
Ladies photo


Habis licin semua makanan
Kenyang perut senang hati. I miss this group!

Lepas tu foto-foto kat Papyrus. Gambar official photo (holiday theme) belum dapat lagi dari photographer. Enjoy gambar-gambar amek sendiri je la :P








Malam tu sambung jalan-jalan dengan kawan from Malaysia. Dorang baru habis shopping kat Pasar Baru, must be sakit belakang, so kami pergi massage dulu sebelum continue jalan-jalan.


Body massage time!

Dinner dulu


Baru sambung jalan-jalan

Besoknya, hari terakhir kat hospital. 24 February 2011. Photo time with preceptor, dr. Anita, O&G specialist.


Candid dulu
Gambar serius

Gambar tak berapa serius

Gambar bebas



Lepas ni mana ada dah jalan segerombolan macam ni :(

Sekarang masa untuk mengetahui result department O&G. "Judicium time". Kat sini acara dapat result tu disebut "Judicium"

Before Judicium

After Judicium (semua happy dah lulus!!)

Besoknya, lepas hantar kawan kat airport, me & naqi jalan-jalan cari makan.

Main bowling

Naqi cakap dia first time main.

Saya, walaupun dah banyak kali main, tapi masih selalu masuk longkang.
Sebab, main suka hati.

Kami main 2 rounds, tapi yang 2nd round lagi teruk :P


hehehe..semua dah penat sebab main 2 orang takde rehat time..huhuhu..

Lepas tu shopping sikit. Beli purse dan shoes. My favorite shoes kat sini Yongki Komaladi. Ada discount 70% so dapatlah RM30 sepasang. hihi.



Finally aktiviti biasa sebelum balik, shopping barang dapur.
Jadi model :P biar dia baca blog dengan senang hati sebab banyak gambar dia :)

Ok lah habis dah. Lepas ni balik Sabah baru update lagi. Khamis ni insyaAllah balik Sabah. Flight Bandung-KL-KK. Naqi's 3rd time pergi Sabah, tapi tak pernah jalan-jalan lagi, so insyaAllah kalau masa mengizinkan (dengan syarat setiap pagi kena study 1-2 jam), i'll bring him jalan-jalan around Sabah. Nanti bulan 4 he'll bring me jalan-jalan kat Kemaman plak :)

Peta Sabah


InsyaAllah kalau tak ada halangan, kita jalan-jalan kat tempat yang dibulatkan okay.
Plus your aim = to eat seafood four times!!

8 wonderful voice(s):

Anonymous said...

kasut sangat cantik. boleh kirim beli tak..hehe.

Unknown said...

Naqi - kalu baling bola bowling tu, kaki kena silang kat belakang hehehe...kena kasi ada gaya sikit...

Wazie Wahidah said...

iya, kasut sama purse cantik! haha. bah, mari2 kita jalan2 sabah. hujung minggu ni pegi kudasang yeay!! yg eat seafood 4 times tu dahsyatnyaaaa. haha. mau makan di mana tu? gayang? gayang pindah sudah, tapi dekat jak dgn tempat lama. bukan atas air lagi. tapi atas bukit. hehe ;p

Rafahiah Haron said...

Anonymous : hehe boleh je kalau nak, tp nak kirim kat sape ni :P

Abg Din : ada gaya la tu..hehehe..tp kebetulan gmbr amek time kaki dah mcm tu :P

Sis wazie : ya tu la mak ckp atas bukit sudah. tp x kisahla yg penting mknn still sama kan.hee. yg TAR park tu kalau ada masa kita pegi aa..=) btw sudah beli kain cotton, tp bukan corak bunga2 la..hope u like it..ungu gelap la tapi.

Wazie Wahidah said...

insyaAllah ada masa tu. sy sudah discuss bila mau ambil cuti dua hari minggu depan. hehe.

wah ungu gelap! EXCITED. kalau ikut ketidaksabaran, mau mintak upload tu gambar kain. hahaha tapi lusa jgk kamu balik kan, xlama suda tu :D

Rafahiah Haron said...

hehe tp takut wdh x suka..corak dia abstrak bukan bunga2. n corak berulang. simple ja. byk sgt pilihan last2 sy pilih yg itu. hihi.nanti sy upload :)

HuiMay said...

'Biar dia baca blog dengan senang hati sebab banyak gamabr dia'. Hahhahaha XD

Hmm banyak gambar group kita jugak, rindu! :)

Yah beli kasut kat mane? sangat cantik! Discount still ada x? hehe

Enjoy Sabah bersama En.Naqi! Sila bergambar banyak2 nanti! :)

Rafahiah Haron said...

Amy, kasut beli kat YK, BIP. Ada beberapa kasut still ada discount. hehe..sy mmg aim yg discount je tiap kali pegi sana..hihihi..kat PVJ biasa YK discount 50% je..

Post a Comment