Dah hampir seminggu menginap di Kota Sumedang, ibukota kepada Kabupaten Sumedang, di bawah Provinsi Jawa Barat. "Kabupaten" ni lebih kurang sama level dengan "Negeri" kalau kat Malaysia. Kota Sumedang ni jaraknya lebih kurang 45km je dari Kota Bandung.
Mostly, Kota Sumedang ni terdiri dari kawasan pergunungan. So sepanjang jalan cuaca sejuk apalagi kalau petang-petang. Nak ambil gambar tapi tak bawa camera. Pemandangan pun cantik-cantik, penuh dengan sawah padi yang tersusun bertingkat-tingkat, ada banyak sungai/air terjun. Pokoknya, I'm very happy to be here. Walaupun cuma sebulan. Tapi Alhamdulillah, lepas bertapa di Kota Tandus Karawang selama dua bulan, dapat tempat macam kat Sumedang ni, dan Alhamdulillah lagi, sebab dapat kat sini waktu bulan Ramadhan :)
Suasana bulan Ramadhan kat tempat macam ni memang best. Apatah lagi, kami kat sini adalah untuk Public Health Department kat Puskesmas (lebih kurang macam Klinik Desa). Walaupun mula-mula ada perubahan tempat, semuanya lancar. Kami dipindahkan dari Puskesmas Ganeas ke Puskesmas Situ, disebabkan pertukaran Kepala Puskesmas.
Tempat tinggal pun agak mewah macam hotel, bayar tak mahal, tapi ada TV, air-cond, peti sejuk, toilet dilengkapi dengan kemudahan air sejuk dan air panas, bilik yang luas, dapur untuk memasak pun disediakan. Alhamdulillah, semuanya nampak lancar :) Hidup pun tak terlalu busy, tak ada on call, rumah dekat dengan Masjid Agung, sangat memudahkan untuk pergi Solat Tarawih. Cuma kekurangannya, tak duduk sebilik dengan encik suami. Hehe. Tapi takpelah, bilik sebelah-menyebelah je:)
Hari ni hari ke-2 Ramadhan, saya berniat untuk melakukan yang terbaik tahun ni, sebab saya sedar tahun lepas waktu koas, hidup yang busy tak memungkinkan saya buat banyak hal secara maksimum. Tahap optimum pun tak sampai kot. That makes me sad and regret for last year. Dan tahun ni dengan peluang sekali lagi yang Allah bagi untuk bertemu dengan Ramadhan, dengan kesempatan hidup dalam keadaan dan tempat macam ni, insyaAllah tak akan di sia-siakan, amin.
Dan saya terbaca banyak jugak status senior dan kawan-kawan yang dah kerja sebagai houseman, tuntutan kerja yang busy dan on call membuatkan dorang tak dapat berbuka puasa dengan family, tak dapat bertarawih, kurang waktu untuk beribadah, etc. Mungkin keadaan itu yang akan saya lalui tahun depan, so selagi ada peluang tahun ni kena maksimumkan apa yang boleh. Semoga Allah melancarkan semua urusan kami, dan kita semua. Amin :)
Kalau boleh, tahun ni nak buat satu resolusi jugak tentang pemakanan. Kalau tahun lepas, tiap hari masak macam-macam, which is so not menggambarkan bulan untuk mengawal hawa nafsu. Bulan ni nak lebih berpada-pada, bersederhana, dan menenangkan diri. Kalau boleh nak puasa facebook juga. Puasa online kecuali untuk membaca benda-benda berfaedah :) InsyaAllah.
Alhamdulillah walaupun pregnant, tapi tak menghalang untuk berlapar dan dahaga. In fact, tak rasa lapar dan still dapat buat aktiviti lain macam biasa. Maybe sebab dah berlatih waktu ganti puasa hari tu. Hehe. Harap baby pun sihat-sihat ja.
Sebelum mengakhiri post ni, i would like to wish :
Selamat Berpuasa untuk semua ahli keluarga, dan teman-teman tersayang :)
5 wonderful voice(s):
SELAMAT BERPUASA KAK WAIDAH.. :)
EH2..SELAMT BERPUASA KAK YAH..;)
Selamat berpuasa kak yah :)
Bestnya tempat baru. Hehe. Syukurlah dapat tempat tu time puasa. Hehe.
Syukur betul kan dapat jugak puasa, saya pun mula2 terfikir dapat ka puasa ni. Rupanya sama jak macam selalu puasa. Hehehe.. Baby pun cukup makanan dia ba tu kan. Dia tidak mkn bnyk kan. Hehe..
Mula2 sy rasa dia kurang gerak time puasa. Time malam ja aktif. Risau jgk. Rupanya selalu dia gerak tapi x rasa. Sebab tadi sy nampak perut gerak2 tapi x rasa apa2 dari dalam. Hehe. Risau jak terlebih ni.
Selamat berpuasa! Jumpa nanti time raya. Hehehe
Kakak : Haha..salah wish aa..Thanks kakak :)
Nana : Thanx Nana, selamat berpuasa jgk :D
Sis Wazie : Hehe..tu la best..tp sebulan ja la sini. Ya lah, maybe sbb kita trimester 2 kan. sng sikit proses puasa. Baby cukup ja tu. Yg peting buka puasa n sahur berkhasiat. Mak ckp mak x pernah ponteng puasa walaupun pregnant dulu.
InsyaAllah jumpa time raya! belum tau balik bila ni tapi.
Post a Comment