Wednesday, 30 January 2013
Subhanallah
Tuesday, 29 January 2013
Flying with frozen breastmilk..All the best for me! :p
Monday, 28 January 2013
Friday, 18 January 2013
Kasih ibu membawa ke syurga..kasih ayah berkorban apa saja
Salam.
Hehe cantik kan title post ni? ;p ditujukan untuk our sweet little Yumna.. Yang akan kami tinggalkan selama 2 minggu..huuu..sedihhh ;-(
It's not easy to make a decision..leaving u for 2 weeks. Dah berapa kali terbuat decision nak cancel tapi mungkin rezeki saya memang ada untuk itu.. Allah mengabulkan doa yang memang selalu diselitkan dalam solat-solatku selama ni. Dengan 'sedikit' pengorbanan..insyaAllah semuanya akan lancar. Hehe aminnn.
Ramai orang boleh buat. Why not us kan. Harap Yumna baik-baik saja. Yumna memang good girl kan? Hihi. Nanti duduk baik2 dengan tok, tok wan, ibu, ayah, dan aunt uncle k! 2 minggu lagi mama dan papa balik insyaAllah. Kat sana nanti mama papa doa banyak-baaaanyak untuk Yumna :-)
Satu-satunya hal yang dari dulu saya fikir adalah cukup tak susu untuk simpan for her. Dari waktu berpantang memang pump untuk simpan. Waktu tu bajet2 cukup la sebab tiap hari simpan sikit2. Tapi once berlaku banjir hari tu yang menyebabkan bekalan elektrik terpaksa ditutup atas sebab keselamatan. All my frozen ebm (expressed breastmilk) terpaksa digunakan n sebab balik2 ada amaran banjir gelombang kedua ketiga..saya dah tak buat stock.
Bila sampai Sabah baru buat stock balik..tapi saya cuma ada 12 hari..which is quite imposibble to get enough supply. Sebab direct bf, so pumping session cuma beberapa kali sehari. Kadang2 sehari dapat simpan 12oz..kadang2 8oz, 6oz, 4oz.. Kadang-kadang tak dapat lansung. Huhu. So sekarang total memang tak cukup laaa..huhu.. Cuma berharap pada ibu susuan, my sister. Tapi nanti ambil hak Iman plak. Huhu. Jom doa ramai2 my sister terlebih supply haha :p desperate :p Ok2 sebenarnya ada formula milk jugak disediakan in case terpaksa top up. Dua minggu ja..nanti fully bf lah bila balik sini semula kan.
Satu lagi yang saya fikir adalah bila kat sana nanti mesti kena pump jugak. Kalo tak..nanti tak pasal2 kena mastitis lagi huhu. Why lagi? Becoz dah kena hari tu..due to cracked skin sebab too strong pumping. Hmm. Sangat tersiksa and sangat2 tak nak itu terjadi lagi :(
Ok la itu dulu. Dah dekat waktu subuh. Nak tunggu Yumna bangun lagi. Hehe. Tadi last dia bangun sekejap pukul 3.50am. Lepas dah kenyang, macam biasa tidurlah balik. Geram tengok kalau dia ngantuk2. Nak cubit2 tapi nanti terbangun satu kerja plak nak tidurkan balik. Hehe.
Tuesday, 8 January 2013
Selesai proses berpantang
Alhamdulillah saya dah habis berpantang, hari ni dah masuk hari ke 42 post natal. Saya berpantang 40 hari sahaja..hehe..ada orang berpantang 44 hari.
Lama jugak la blog ni menyepi. Waktu berpantang my mom in law tak menggalakkan saya berdepan dengan computer sangat, so saya pun tak lah update blog. Lagipun memang susah untuk mencari masa nak update blog, sebab banyak kena jaga baby kan. Tak cukup tidur lagi. Belajar memahami perkara baru setiap hari :) Alhamdulillah sekarang saya rasa dah boleh adapt dengan hidup baru ni.
Saya nak mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pelbagai aspek dari saya mengandung, melahirkan sampailah berpantang. Family, kawan-kawan, pihak hospital tempat saya bersalin, dan kakitangan klinik kesihatan yang banyak membantu saya sepanjang 2012 yang lalu. Hanya Allah yang mampu membalas jasa-jasa anda semua :-) Thanks for everything.
Nanti lah saya rajin sikit, saya update briefly about our Yumna. InsyaAllah. Nak update banyak2 mungkin tak laa..tengok keadaan macam mana. Hehe.
InsyaAllah minggu depan, saya dan suami akan ikut rombongan mengerjakan Umrah di tanah suci Makkah. Alhamdulillah mimpi selama ni hampir menjadi kenyataan. Syukur atas nikmat yang diberikan olehNya. Semoga perjalanan nanti dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik sepanjang perjalanan. Semoga bekalan susu ibu untuk Yumna jugak mencukupi untuk ditinggalkan..amiiiiinnn..walaupun banyak jugak dugaan yang datang dalam usaha untuk fully breastfeed Yumna..semoga semuanya berjaya dihadapi dengan tabah..amin.