Tuesday, 8 January 2013

Selesai proses berpantang

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah saya dah habis berpantang, hari ni dah masuk hari ke 42 post natal. Saya berpantang 40 hari sahaja..hehe..ada orang berpantang 44 hari.

Lama jugak la blog ni menyepi. Waktu berpantang my mom in law tak menggalakkan saya berdepan dengan computer sangat, so saya pun tak lah update blog. Lagipun memang susah untuk mencari masa nak update blog, sebab banyak kena jaga baby kan. Tak cukup tidur lagi. Belajar memahami perkara baru setiap hari :) Alhamdulillah sekarang saya rasa dah boleh adapt dengan hidup baru ni.

Saya nak mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pelbagai aspek dari saya mengandung, melahirkan sampailah berpantang. Family, kawan-kawan, pihak hospital tempat saya bersalin, dan kakitangan klinik kesihatan yang banyak membantu saya sepanjang 2012 yang lalu. Hanya Allah yang mampu membalas jasa-jasa anda semua :-) Thanks for everything.

Nanti lah saya rajin sikit, saya update briefly about our Yumna. InsyaAllah. Nak update banyak2 mungkin tak laa..tengok keadaan macam mana. Hehe.

InsyaAllah minggu depan, saya dan suami akan ikut rombongan mengerjakan Umrah di tanah suci Makkah. Alhamdulillah mimpi selama ni hampir menjadi kenyataan. Syukur atas nikmat yang diberikan olehNya. Semoga perjalanan nanti dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik sepanjang perjalanan. Semoga bekalan susu ibu untuk Yumna jugak mencukupi untuk ditinggalkan..amiiiiinnn..walaupun banyak jugak dugaan yang datang dalam usaha untuk fully breastfeed Yumna..semoga semuanya berjaya dihadapi dengan tabah..amin.

3 wonderful voice(s):

Nur Muthmainnah said...

Alhamdulillah...best kak yah dpt p Umrah..

Wazie Wahidah said...

Yumnaaaaaaaa!! Hehehe..
Xtau mau komen apa, sebab sudah boleh cakap depan2 :P

Amy said...

Tunggu update about Yumna! :D and semoga perjalanan lancar :)

Post a Comment