Saturday, 19 September 2009
Selamat Hari Raya!! :)
Nak cerita sikit, dalam flight Jakarta-KK tadi, saya dapat seat sorang2 je. 2 tempat kat sebelah takde orang. Usually saya malas nak berborak2 dgn orang sebelah saya. Tapi tadi, ada sorang budak lelaki yang duduk kat another 3 seats kat sebelah tu peramah sangat.
Dia start tegur saya pastu ajak2 saya makan ayam kfc die. Saya tak amek la. Pastu saya cakap saya nak beli air untuk bukak pose sbb dah lama waktu berbuka tapi saya tak minum2 lagi sbb orang air asia tu cakap tak boleh bawak air + food dari luar, tapi takde pun nak beri keutamaan kat orang yang berpuasa. huhu. Tiba2 budak lelaki ni bawak kuar rp100k dia and panggil akak pramugari tu and mintak air. Saya cakap saya nak 'pulpy orange' kat dlm buku tu. Dia pun tolong mintakkan. Saya happy la sbb siyes saya tgh dehydrated. Pastu saya kuarkan 15k saya nak bayar balik. Tapi dia kata tak payah sbb dia belanja. Saya ckp la kenapa nak belanja plak. Dia jwb balik, sebab itu duit dia, kalau duit ayah dia, mmg dia suruh bayar balik.
Tak lama lepas tu, saya nampak dia keluarkan kotak chess. Saya tanya dia, pandai main ke. Dia cakap pandai. Saya ajak la dia main sebab saya pun bosan. Dia jwb "ok". Saya pun susun la buah2 catur tu. Tiba2 time saya tgh susun2, dia cakap, sebenarnya dia tak pandai main. Dia tipu je. habis tu saya tanya, kenapa beli and bawak kalau tak pandai main, pastu dia ckp sbb dpt free. Pastu dia cakap, takpe la, nak main je. Saya kata OK. Dia pun main. Saya jalan. Dia jalan. Tapi dia jalan kan pawn tu macam main dam. Saya dah agak dah budak ni mesti ingat ni main dam.
Sepanjang perjalanan tu, asyik layan budak ni je. Ye dia memang seorang budak kecik. Mcm umur adik bongsu saya tapi dia sangat peramah and tak tau malu. Tapi dia banyak sangat tolong saya dari awal sampai la ke terminal. Bila saya dah nak pergi, dia asyik cakap "bye kak". Banyak kali plak tu, pastu dia salam tangan saya siap cium tangan lagi. Dia buat saya macam dia tak pernah merasa ada kakak.
Tapi sekarang saya dah tak ingat pun muka budak tu.hehehe. Saya memang mcm ni. Susah sangat nak ingat muka orang, sbb tu kdg2 orang ckp saya sombong.
Ok lah, saya dah nak tido. Cerita selingan je.Alhamdulillah, perjalanan hari ni semuanya lancar. Terima Kasih Allah atas kurniaan kesihatan dan kesempatan berada di bulan yang penuh rahmat, ramadhan yang lalu. Dan Syawal yang akan datang.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Friday, 18 September 2009
Ingat lima perkara :)
Jatinangor
Salam..
Saya belum pulang~
Kawasan PEDCA dah jadi sunyi dan sepi..
Alhamdulillah, tahun ni Allah bagi kemudahan utk balik raya dgn family,
Semoga perjalanan esok hari berjalan lancar, Amin..
Since 2 hari lepas, saya dpt demam + selsema, penyakit yg paling ingin saya hindari waktu2 sekarang dan sepanjang masa.. sejak kecik, penyakit ni lah yg selalu dtg kat saya, more frequent when i was young, tp skrg dah makin jarang, but still, dlm setahun ada la 3,4 kali. Adik2 saya pun ada jugak yg mcm saya, slalu dpt selsema..
Skrg ni, saya baru masuk respiratory system, and dlm system ni, saya rasa ada 1 benda yg asyik diulang2 di telinga saya = bahawa AIR itu adalah satu natural mucolytic yang sangat bagus.. (tahu kan mucolytic tu ape??) Saya mengaku, saya tahu kepentingan air. Seorang manusia memerlukan 2 liter air sehari untuk keseimbangan tubuh (air putih = tidak termasuk air oren, air ribena, coca cola etc), tapi sepanjang hidup saya, saya rasa tak pernah sehari pun saya pernah berjaya mencapai 2 liter tu. Lagi2 bulan puasa ni.
Doctor kat lab smlm cakap saya selsema sebab kurang minum air. Saya tak nafikan itu. Sebab saya memang kurang minum air lately. In fact, most of the time saya kurang minum air.Last2, saya jatuh sakit and rasa fragile sbb tak leh buat kerja, sembahyang pun tak khusyuk.
Mungkin bagi orang lain, selsema tu perkara biasa. Tapi, bagi saya, selsema lah penyakit yang paling saya tak tahan (selain period pain laa kan), saya tak tau knape. Sejak kecik, kalau saya selsema, saya tak suka keluar rumah, saya tak suka pegi class.. saya akan terbaring & air yg sgt banyak akan keluar tak henti2 dari hidung n mata saya. Involuntarily. Kalau kat asrama dulu, bila air yg tak henti2 keluar dari mata saya, cikgu2 ingat saya nangis, then usually saya akan terus dpt cuti sakit and pernah jugak saya dpt MC balik rumah.
Bercakap tentang AIR, dipendekkan cerita, saya rasa sgt fragile bile selsema ni dtg.. saya akan rasa sedih, rasa nak balik rumah, rasa down, smbhyg tak khusyuk etc.. saya pun cuba lah mencari2 motivasi untuk menguatkan hati.. tiba2 saya terjumpa hadith ni..
maka dinginkanlah dengan air"
Hadith riwayat Ahmad dari Ibnu Abbas
Saya rasa diri sangat kerdil..sbb sgt lemah dan tak mampu hadapi penyakit paling common di dunia ni,huhu..itu baru wap air, belum setitik apinya lagi..
Setiap kali saya sakit, dan sepanjang masa sewaktu saya sihat, saya sedar satu perkara yang paling penting dalam hidup saya adalah KESIHATAN.. lebih penting dari wang ringgit. Kalau saya banyak duit,tapi saya sakit, saya tak boleh hidup dengan sempurna..kerja saya tak sempurna, makan minum saya tak sempurna.. tapi kalau saya tak ada duit, tapi saya sihat, at least saya boleh cari kerja untuk menyara hidup..
Saya doakan kesihatan yang berpanjangan buat ibu bapa saya, ahli keluarga saya.. sahabat2 saya, dan semua yang mengenali saya. Amin ya rabbal alamin :)
Terasa nak berkongsi lirik lagu Raihan, Demi Masa :
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan nasehat kepada kebenaran dan kesabaran
Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali
Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit...
Muda sebelum tua...
Kaya sebelum miskin...
Lapang sebelum sempit...
Hidup sebelum mati ...
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)
Sunday, 13 September 2009
Sedikit update..huhu
Saya perasan ada anonymous tinggalkan comment suruh update tentang keadaan kat sini. So saya update lah sikit k,hehe. Saya dah tak subscribe internet padma bulan ni sebab saya kind of dah bosan dgn kehidupan ber'online' bila sepatutnya apa yg saya perlu buat adalah belajar. Tapi saya online skrg ni, how?hihi.
Saya cuba MENCUBA untuk merasakan PERASAAN hidup tanpa talian internet dpn mata (mcm waktu 1st year), dan saya rasa sedikit tenang kot setakat ni. Cuma agak ketinggalan la sbb tak bace news. Tapi bace news pun sometimes buat otak saya berfikir byk, dan buatkan otak saya terbiasa dgn perkara2 pelik dan jahat yg orang lain buat. Atau buatkan saya terlalu banyak meng'andai'kan itu dan ini tentang itu dan ini..berburuk sangka terhadap public figure bila media memanipulasikan itu dan ini..huhu.
Tapi pada masa yg same, sy tak nak jadi katak bwh tempurung. susah2~sigh~
Tentang keadaan kat sini, ayah/mak pun asyik tanya setiap kali ada berita pasal ISU2 SEMASA d sini. Sudah tentu ISU2 yg membimbangkan. Semua pun tau kan. Tapi sebagai orang yg menumpang, saya rase memang patut lah kitorang dinasihatkan untuk tak membuat sebarang provokasi. Tapi saya tak de rasa ape sgt pun dgn benda ni.. bagi saya tak ada apa yg perlu dibimbangkan dan diperbesarkan.
Saya n beberapa kwn saya ade gak terima message yg lebih kurang cam provoke2 gak bunyinye. Tapi since kami tau msg itu dari sape, n nak gaduh pun tak gune, so abaikan je lah.
Setakat ni keselamatan pelajar kat Bandung ni masih ok, saya tak pasti di tempat lain. Walaupun kat sini, ade gak disindir2 kat tepi jalan, kat notis2 yang ditampal, even kat iklan TV pun disindir jugak, tapi sebagai penumpang, terpakse la telan sume. Takpe lah, bak kata doctor anat-patho kat lab aritu, BUMI INI MILIK ALLAH, kite terima dorang, dorang terima kite, habis cerita.. tak senang, tapi boleh, insya-ALLAH :)
Tapi SANGAT RAMAI lagi orang yang baik2 dan tak ambil peduli pun tentang hal yg diperbesar2kan tu. Alhamdulillah :)
Ok lah, tutup cerita tu, saya janji nak buat tag yg kwn saya (mariati a.k.a pulai) suruh buat. Actually seingat saya banyak gak tag yg saya terlupa nak buat time busy exam hari tu. Sampai skrg saya tak buat2, sorryyy.. Lain kali tag lagi ye.hihi.
***ok selingan***
1) ambik award nie.. jangan malu2.. jangan segan2..
2) nyatakan tentang pemberi award nie..
Mariati binti Tiansin a.k.a Pulai
--> tak ingat exact date bila 1st time saya jumpa pulai, tapi yg pastinya antara 02 February 1999 hingga seminggu after tu sbb tu waktu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 di smesh.
Lepas tu dpt 1 group utk persembahan minggu Orientasi, (group3), Pulai jadi tukang make-up, kira mcm make-up artist la. Tapi dia pakai brush yg org guna utk painting dan juga berus org guna utk basuh baju..Saya plak jadi tukang penonton n penyorak kepada filem yg asyik cut-cut tu.lepas tu kami nyanyi lagu "MENTERA SEMERAH PADI".hehe, saya blajar lagu M.Nasir ni dalam 2 hari je sbb terpakse, before ni tak pernah nyanyi pun. Saya bukan fhm sepatah pun lirik lagu tu waktu tu, yg paling saya ingat sampai skrg "alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" and "si jantan yg berkokok" pastu time nyanyi ayat 2nd tu, kami pun buat gaya tangan mcm ala2 ultraman n angkat sebelah kaki..
our group dpt no.1 mlm tu sbb prsmbahan lawak kot, ramai org gelak..
Then, dpt sekelas dgn Pulai (1 Alpha), duduk sebelah2, waaa..suddenly rasa rindu dgn kwn2 time form1 tu, i still remember all of them, selain Pulai, ada Izie, Puteri, Hidayah, Pijan, Shila, Farah Zuhaila, Khairinah, Munirah, Pae, Sejalinah and ??. Ok la saya rasa saya lupa sorg lagi. Seingat saya budak pompan ada 13 org waktu tu. Sorry bangat pade kwn yg saye terlupa tu..huhu :(
Form2 & form 3 dah tak sekelas dgn Pulai, form 4 &form 5 sekelas balik. hehe.
Pastu Matriks Labuan sekali, satu lecture hall (sains hayat waktu tu) lepas tu saya pindah KTT, terpisah di situ. sob2.
Tapi lepas tu, Pulai sambung study kat UPM, kitorang penah sambut Raya Haji bersama2 di perantauan dgn kwn2 lain yg tak balik Sabah. sob sob.. waktu tu kat KTT,heheh..tidur ramai2 dpn TV, pastu bangun2 trus plan kuar jalan2 pg mane tak ingat, shopping mall kat upm tu, naik taxi byr rm8, tak ingat la nama tempat tu.huhu. Yg saya ingat, saya buat tangan lilin kat situ byr rm15.hihi. Asyik ingat benda2 tak penting je.huuhu..
Itu kali terakhir jumpa pulai.
hehe, sorry terpanjang plak.
3) perasaan bila dapat award nie..
sudah tentu gembira..:))
4) tag
::my sister wahidah::
ok, siap menjawab tag. Rase mcm takde benda nak tulis, saya plan nak buat entry plg pendek,tapi bila dah start menulis, semua benda keluar mcm air mengalir. Ni pun dah byk control2 dah. Nak try kurangkan cakap benda2 tak perlu dan tak penting. Hehehe. Tu pun kalo berjaya.
Semalam saya ada terbaca satu ayat kat satu buku kompilasi hadith.. Saya rasa maksud ayat tu agak bermakna jugak, tentang "mengukur diri sendiri". Ayat tu berbunyi lebih kurang mcm ni :
"Lihatlah orang yang lebih bawah daripadamu, dan jangan melihat kepada orang yang lebih atas daripadamu, kerana yang demikian, lebih patut (menyebabkan) kamu tidak menganggap ringan akan nikmat Allah atasmu"
-Riwayat Ibnu Majah-
Dlm buku ni, die huraikan tentang orang2 yg selalu memandang orang2 kaya sehingga sering merasa tak cukup dan ingin lagi dan lagi. Sedangkan kita lupa memandang org2 yg kurang bernasib baik dari kita, hingga secara tak langsung tunjukkan yg kita tak bersyukur dgn apa yg Allah dah bagi kat kita.
Tapi bagi saya, huraian ni boleh dikembangkan lagi,kan? :) Tak cuma dari segi harta benda, kalo kite tgk sekeliling kite, actually byk yg boleh diaplikasikan dari ayat ni.
Ada org rasa muka tak handsome dan tak cantik,
Ada orang rasa diri tak pandai , tak cerdik,
Ada orang rasa kulit muka tak cantik,
Ada org rasa badan gemuk atau kurus,
Ada org rasa diri tak cukup bergaya,
Ada org rasa ingin dipuja dan dipuji,
Ada org, tak dpt kerja susah hati, dah dpt kerja byk complain itu ini,
Ada orang, depan rezeki kate, nak mkn itu, nk makan ini,
Pastu dah ada kereta ini, nak yg itu plak,
Dpt laptop ini, nak yg lebih canggih,
Dah ada handphone, asyik nak tukar2 walaupun sbnrnya mintak duit mak bapak..
Banyak lagi sbnrnya, kan kan.. saya nak list byk2 pun saya tak mampu, tapi itu semua betul2 terjadi kan tanpa kita sedari. Saya pun selalu jugak complain itu dan ini, rasa kulit dah gelap sampai tak nak kuar menghadap matahari, rasa tak cukup itu dan ini, sampai kdg2 terlupa yg Allah dah jadikan cukup sifat dan cukup segala2nya. Tak sepatutnya timbul rasa kekurangan benda2 yg remeh temeh. huhuhu. Astaghfirullah.
"Membicarakan nikmat Allah, itu namanya bersyukur. Dan meniggalkannya adalah kufur, dan orang yang tidak bersyukur akan nikmat yang sedikit, bererti tidak bersyukur akan yang banyak, dan orang yang tidak bersyukur kepada manusia berarti tidak bersyukur kepada ALLAH.."
-Hadith Riwayat Baihaqi-
Friday, 4 September 2009
Gempa Bumi di Fakultas Kedokteran Unpad
Pada hari Rabu tanggal 2 September 2009, Fakultas Kedokteran Unpad turut merasakan gempa bumi berkekuatan 5,6 Skala Richter (7,3 Skala Richter di Tasikmalaya sebagai pusat gempa) pada pukul 14.55 WIB.
Seluruh kegiatan akademik di kampus Jatinangor sempat terganggu karena seluruh mahasiswa dan dosen berlari keluar dari gedung untuk mencari tempat yang cukup aman dari pengaruh gempa.
Para Wakil Dekan menghimbau para mahasiswa dan dosen untuk melanjutkan kegiatan akademik namun hal ini tidak terlaksana karena terdapat pemutusan aliran listrik.
Seluruh keluarga besar FK Unpad turut berbela sungkawa kepada seluruh korban bencana.
Thursday, 3 September 2009
Ojeg~
Seingat saya,waktu first year saya pernah bayar ojeg dgn hrga 1 ribu,
lepas tu 2nd year dah jadi 2 ribu...
then,
3rd year, disebabkan harga minyak naik, pakcik ojeg naik kan jadi 3 ribu.
tapi, bila harga minyak turun balik, harga tu kekal mcm tu..
Masuk 4th year ni,
1st ojeg ; from jatos to pedca - saya n fiza bagi 3 ribu, tapi pakcik2 tu mintak 4 ribu. reason nya : sebab hari tu hari Ahad. (???)
2nd ojeg ; hari khamis - jatos to pedca - saya bagi 3 ribu, pakcik tu mintak 4 ribu. Saya tak tanye plak reason pakcik tu.. takkan die nak jwb sbb hari ni hari khamis kan..huhu.. so terpakse bayar 4 ribu.
Naik ojeg je dah same dgn harga naik bas dari Jatinangor to Bandung. Lagi mahal naik ojeg kot.
Saya bukan nya tak puas hati sebab benda tu mahal. Ikut kan memang la tak mahal sgt. (Rp 1 ribu = 36 sen). Tapi saya tak suka dengan orang yang suka ambil kesempatan kat orang lain.