Friday, 18 September 2009

Ingat lima perkara :)

Jam 3.45pm,
Jatinangor

Salam..

Saya belum pulang~
Kawasan PEDCA dah jadi sunyi dan sepi..
Alhamdulillah, tahun ni Allah bagi kemudahan utk balik raya dgn family,
Semoga perjalanan esok hari berjalan lancar, Amin..

Since 2 hari lepas, saya dpt demam + selsema, penyakit yg paling ingin saya hindari waktu2 sekarang dan sepanjang masa.. sejak kecik, penyakit ni lah yg selalu dtg kat saya, more frequent when i was young, tp skrg dah makin jarang, but still, dlm setahun ada la 3,4 kali. Adik2 saya pun ada jugak yg mcm saya, slalu dpt selsema..

Skrg ni, saya baru masuk respiratory system, and dlm system ni, saya rasa ada 1 benda yg asyik diulang2 di telinga saya =
bahawa AIR itu adalah satu natural mucolytic yang sangat bagus.. (tahu kan mucolytic tu ape??) Saya mengaku, saya tahu kepentingan air. Seorang manusia memerlukan 2 liter air sehari untuk keseimbangan tubuh (air putih = tidak termasuk air oren, air ribena, coca cola etc), tapi sepanjang hidup saya, saya rasa tak pernah sehari pun saya pernah berjaya mencapai 2 liter tu. Lagi2 bulan puasa ni.

Doctor kat lab smlm cakap saya selsema sebab kurang minum air. Saya tak nafikan itu. Sebab saya memang kurang minum air lately. In fact, most of the time saya kurang minum air.Last2, saya jatuh sakit and rasa fragile sbb tak leh buat kerja, sembahyang pun tak khusyuk.

Mungkin bagi orang lain, selsema tu perkara biasa. Tapi, bagi saya, selsema lah penyakit yang paling saya tak tahan (selain period pain laa kan), saya tak tau knape. Sejak kecik, kalau saya selsema, saya tak suka keluar rumah, saya tak suka pegi class.. saya akan terbaring & air yg sgt banyak akan keluar tak henti2 dari hidung n mata saya. Involuntarily. Kalau kat asrama dulu, bila air yg tak henti2 keluar dari mata saya, cikgu2 ingat saya nangis, then usually saya akan terus dpt cuti sakit and pernah jugak saya dpt MC balik rumah.

Bercakap tentang AIR, dipendekkan cerita, saya rasa sgt fragile bile selsema ni dtg.. saya akan rasa sedih, rasa nak balik rumah, rasa down, smbhyg tak khusyuk etc.. saya pun cuba lah mencari2 motivasi untuk menguatkan hati.. tiba2 saya terjumpa hadith ni..


"Demam itu dari penguapan air neraka jahannam,
maka dinginkanlah dengan air"


Hadith riwayat Ahmad dari Ibnu Abbas

(Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam)

Saya rasa diri sangat kerdil..sbb sgt lemah dan tak mampu hadapi penyakit paling common di dunia ni,huhu..itu baru wap air, belum setitik apinya lagi..

Setiap kali saya sakit, dan sepanjang masa sewaktu saya sihat, saya sedar satu perkara yang paling penting dalam hidup saya adalah KESIHATAN.. lebih penting dari wang ringgit. Kalau saya banyak duit,tapi saya sakit, saya tak boleh hidup dengan sempurna..kerja saya tak sempurna, makan minum saya tak sempurna.. tapi kalau saya tak ada duit, tapi saya sihat, at least saya boleh cari kerja untuk menyara hidup..

Saya doakan kesihatan yang berpanjangan buat ibu bapa saya, ahli keluarga saya.. sahabat2 saya, dan semua yang mengenali saya. Amin ya rabbal alamin :)

Terasa nak berkongsi lirik lagu Raihan, Demi Masa :

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan nasehat kepada kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit...
Muda sebelum tua...
Kaya sebelum miskin...
Lapang sebelum sempit...
Hidup sebelum mati ...

(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)

2 wonderful voice(s):

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Selsema?
Huhu.. ujian menjelang akhir Ramadhan, mungkin?
Jaga diri ye...
Semoga semua sihat2 belaka di Syawal nanti..

Selamat Hari Raya buat Yah dan keluarga. Kirim salam kat Wazie ek.. dan siapa2 lah yang kenal KakNoi =)
Kalau datang Tawau hari raya ni, bagitau.. meh singgah rumah akak =)

Maaf Zahir & Batin.. T_T
Mana tau pernah terkasar bahasa sepanjang kita kenal, dengan rendah diri kaknoi mo minta maaf.
Doakan kaknoi selamat sampai ke Tawau bisuk..

Jaga diri ya.. =) Semoga cepat sembuh.

aDiLa said...

a'ah kn,kyah.
ble dmm+selseme,konfem rs x slese n x khsyk smbhyg.
hoo.g2 ek psl dmm?
bgs,bgs kyah ltkkn hadith 2. :)
slmt hr ry,kyah!
maaf klu dila ade t'ksr bhse or ape2 yg mnykti ht kyah.

Post a Comment