Friday, 3 December 2010

excited

Last night was my first on-call experience in ER (atau IGD in Indonesia - Instalasi Gawat Darurat) for surgery department. Sungguh banyak cerita dan drama. Mula-mula nervous sangat sebab sebelum ini asyik disogokkan dengan cerita-cerita kesusahan & kesibukan kat situ. So memang awal-awal dah prepare mentally & physically untuk first oncall semalam. Mula-mula masuk memang blurr, tp alhamdulillah semua doctor & nurse sangat co-operative bila bagitau saya adalah first-timer. Tapi kadang-kadang saya dengan yakinnya pegi buat kerja cucuk2 jarum kat patient sendiri tanpa pengawasan, pastu darah tak keluar, dan doctor ternampak lalu menegur saya.

Hihi...banyak kali jugak la doctor tiba-tiba datang time saya tengah cucuk patient :P Pastu dapat ceramah free. But it's okay because i learned lots of things last night :) before ni cucuk kat patung saja..

Oncall dari pukul 3 petang (after class) sampai 7 pagi tadi. Lebih dari 30 patient yang tak henti-henti datang dari petang sampai malam. Kebanyakannya patient yang critical. After jam 2 pagi, patient dah berkurang, so saya sempat tidur setengah jam sebelum berjaga lagi untuk tunggu patient lain datang.

Antara patient2 yang kerap hadir kat emergency room bahagian surgery adalah patient yang accident sampai fracture, mabuk2 kena pukul, acute abdominal problem (appendicitis, peritonitis, any bleeding), hal berkaitan bleeding2, sesak nafas, urinary retention, etc.

Benda paling memenatkan ialah menolak katil patient untuk pergi buat USG kat tempat yang agak jauh dari IGD tu...huhu..nurse-nurse bukannya nak tolong..isk isk..berattt...kesian kat patient's family sebab terpaksa tolak sama. Tapi seorang senior berpesan pada saya semalam, supaya kurangkan sikit rasa kesian kat patient, sebab nak tak nak mereka memang terpaksa tolong, memandangkan patients kat emergency tu sangat ramai untuk 1 malam. Seorang patient saja managementnya berjela-jela bila tulis atas kertas,jadi keluarga patients juga berperanan untuk tolong.

Kesimpulannya, semalam saya dapat buat:

1. Catheterization (masukkan tube panjang ke dalam saluran kencing untuk drainage ke urine bag) -->nak letak gambar tapi gmbr mcm tak senonoh plak..

2. Nasogastric tube (masukkan tube panjang ke dalam hidung sampai perut patient, untuk masukkan makanan/ubat through that tube)

3. IV fluid administration (untuk rehydration & masukkan ubat secara intravenously)

4. Ambil darah (percubaan pertama & kedua darah x keluar)


5. Skin test for antibiotic (best...sebab hepi nampak wheal..hihi)


6. Ulang-alik hantar patient buat X-ray (i know..ini bukan sesuatu yang patut dibanggakan :P)
7. Vital sign observation - check blood pressure, temperature, pulse rate & respiratory rate (ini jugaa tidaklah membanggakan :P)

Banyak lagi yang saya belum dapat buat semalam, macam CPR, digital rectal exam, pasang ECG, dan paling penting saya belum berpeluang menjahit luka patient. Takpe ada berbelas-belas kali oncall lagi sepanjang 9 minggu ni, ada banyak masa lagi. Harap skills saya & rakan-rakan akan bertambah sebanyak-banyaknya sepanjang 9 minggu ni :)

4 wonderful voice(s):

Betta sp said...

ngeeee....ngerinya....takot2 tgk darah

n0n0i♥a'n'l said...

Woah tengok gambar orang tengah kena suntik ni pon scary oh.~

Dr. Mahyuddin said...

Bagus la yah proaktif dan participate dalam management pesakit2 tu. InsyaAllah bertambah pengalaman dan skill.

Good luck yer... Abg din doakan Yah dan Aki sama2 berjaya dalam kerjaya nanti, amin.

Rafahiah Haron said...

betta : darah rabbit pernah tgk tak?:p lebih kurg je perasaannya..hehe..tp tak bermaksud nak samakn manusia dgn rabbit la..

kak noi : ala x scary pun kak noi, mula2 ja tu..hihi..

a.din : thanks a.din, for the doa. mmg harap sgt dpt tmbh skill byk2, so boleh gabung dgn teori2, n boleh diagnose & manage patients dgn baik. wish us luck =)

Post a Comment