Saturday 25 December 2010

*sedang meng"accumulate" enemies*

Minggu ni saya cuba untuk mengurangkan menulis di blog sebab saya takut saya akan tertulis benda-benda yang sedang buat saya marah.

Sebab saya sedang *ter* develop perasaan marah, benci dan annoying terhadap seorang lelaki. Cuma sebab dia berlagak pandai yang saya tak boleh terima, dan banyak lagi yang saya tak boleh terima & tak boleh buat apa-apa selain simpan dalam hati.

Berdepan dengan orang perangai macam tu buat saya sedar yang saya juga manusia biasa yang bukan nabi dan bukan malaikat untuk tidak merasa apa-apa.

Tolong nasihatkan saya supaya bersabar.

Sebab waktu saya sedang berdepan dengan situasi-situasi (plural di situ) yang membuatkan saya mendidih itu, saya rasa nak cakap depan muka dia : "I hate to see your face, I hate to hear your voice, and I hate everything about you "

Ok full stop, Jangan tanya saya siapa lelaki itu. Jangan tanya apa yang dia buat. Cukuplah saya cakap dia koas department Bedah, dan dia Koas tapi berlagak macam Konsulen.

p/s : I don't want to make enemies with anyone.

Saturday 18 December 2010

-jangan salahkan tuhan lagi-

Banyak orang yang dah ditarik nikmat-

nikmat kekayaan,
nikmat kesenangan,
nikmat masa lapang,
nikmat KESIHATAN.

Sebelum nikmat-nikmat tak ternilai itu ditarik dari diri kita...
marilah jadi orang rajin

Rajin bekerja,
Rajin berusaha,
Rajin beribadah,
Rajin BERSYUKUR.

Ini pengalaman dari HOSPITAL juga.

Ramai yang accident tanpa diduga,
Hilang anggota,
Mereka juga orang biasa mcm kita,
tapi hilang semuanya dlm sekelip mata..

Orang muda-muda, cantik-cantik,
boleh jadi sebaliknya bila terkena cancer.

Mari menginsafi diri,
Jangan lupa bersyukur dgn SEMUA yang kita ada..

Banyak yang Allah bagi yang kita tak nampak..
yang kita nampak cumalah mengeluh,

kenapa kita tak dapat yang itu..
kenapa kita tak dapat yang ini..
bestnya kalau begitu..
bestnya kalau begini..

besok-besok bila kamu dpt apa yang kamu nak,
tapi nikmat lain Allah tarik,
jgn salahkan tuhan lagi sebab tak bersyukur..

Wednesday 15 December 2010

Places in my dreams

Selama dua tahun ke depan ni, saya & kawan-kawan cuma ada cuti dua kali. Setiap kali cuti tempohnya seminggu. Jadi dapat bayangkan tak, setahun ada 52 minggu, dua tahun = 104 minggu. Dari 104 minggu tu, cuma ada 2 minggu untuk kami bercuti. Can you imagine how stress is that. Masa cuti hanyalah pada hujung minggu (itu pun kalau tak ada on-call), kalau ada on-call pada hujung minggu, alamatnya macam tak ada cuti weekend langsung lah sebab balik dari on-call mesti qada' tidur.

Ada kebaikan juga hidup macam ni, mengajar diri untuk jadi lebih berdisiplin dan sistematik. Tapi, kalau tak ada cuti langsung pun stress juga. Ada waktu-waktu tertentu yang buat diri rasa fragile sangat dan kalau ada pintu suka hati Doraemon, waktu tu jugak rasa nak melenyapkan diri balik rumah. Waktu tu tempat bergantung dan menenangkan hati cumalah pada Tuhan.

Semalam Dr Bustanul (Sp. Pediatric Surgery) yang bimbing my group borak-borak tentang Malaysia, Sigapore, dan makanan-makanan di Malaysia. Tiba-tiba rasa rindu nak balik dan rasa macam nak pergi bercuti..hmmmm..waktu berfikir tentang bercuti, rasa macam tenangnya dunia ini..hehehe..Tapi saya tahu, semuanya perlukan kesabaran...saya tahu kawan-kawan lain pun memikirkan benda sama...2 tahun tak lama lagi tu..yang penting dalam 2 tahun ni dapat gain ilmu sebanyak mungkin & dapat membantu masyarakat bila balik Malaysia nanti, insyaAllah :)

Mari menyaksikan angan-angan Mat Jenin saya :


Ini muslim di China. Dari dulu saya selalu tengok kat TV tentang Muslim di China. Mereka sangat comel. Saya teringin nak pergi sana dan tengok sendiri kehidupan masyarakat muslim yang comel-comel di sana.

Ini Kuala Lumpur. Saya saja ambil view yang ni sebab memang keadaan macam ni lah yang saya nak pergi. Saya rindu jalan-jalan kat KL pakai public transport macam masa kat KTT dulu. Kiranya saya jadi pejalan kaki tu lah. Bukan yang duduk dalam kereta. Kat Sabah, jalan-jalan mesti naik kereta. Bila tengok orang putih jalan kali dengan beg besar yang berat-berat, rasa macam best.

Ini pemandangan malam di Istanbul, Turki. Negara Turki ni terkenal dengan kegemilangannya waktu pemerintahan Turki Uthmaniyyah dulu. Saya teringin nak pergi di sini juga.


Ini Mekkah & Madinah. Tempat yang belum pernah saya jejakkan kaki ke sini. Tapi saya sangat berazam yang kuat bahawa suatu hari nanti saya akan ke sini dengan hasil titik peluh saya sendiri. Dan saya nak bawa parents menunaikan Rukun Islam ke-5 juga.


Ini colloseum dan piramid Gaza. Selalu tengok di buku Sejarah Tamadun Manusia. Sangat kagum dengan kehebatan manusia dahulu kala. One day I wanna go there, too. Insya Allah.


Ok cukup-cukup. Pergi mandi & pergi hospital sekarang. Bye.

Monday 13 December 2010

Melencong~

Tiba saatnya saya merasa kind of bosan dengan kehidupan hospital. Di sebalik pemikiran-pemikiran positif saya, terselit sedikit perasaan negatif, lebih-lebih lagi bila kehidupan tersebut selalunya buat saya stress & tidak bersemangat. Hmmm..

Jadi saya dengan ini mahu pergi ke topik yang agak menggembirakan jugak untuk difikirkan, yang selalunya akan buat saya melencong walaupun tengah sibuk exam..hihii..tapi sering juga buat saya stress bila memikirkan halangan 'waktu' yang sangat terbatas...huhuhu..

Ok lah, now Yah, think positive..everything will be running smoothly~ as long as u don't expect too much..thank god I'm not expecting too much ^_^

Ini gambar-gambar yang saya curik dari internet..hihihi...


Entah kenapa saya tengok gambar-gambar yang diambil oleh photographer ni sangat cantik. Walaupun saya ni kurang mengambil tahu tentang cara-cara mengambil gambar yang betul, tapi pada pandangan mata kasar saya, saya berminat dengan cara orang ni ambil gambar. Jadi, dari kejauhan saya pun menghubungi photographer ini dan mereka memberi response positif.. tapi org ni tak mau bagitau harga, kena jumpa n minum-minum kopi dulu baru bincang harga.. harap2 la still under budget kan..i heard zaman sekarang wedding photographer pun mahal bangat. Setakat ni paling murah pun rm1200. Ini plan A (http://www.arvishstudio.com), kalau tak dapat, plan B dan plan C, perlu digunakan pula..hee..doakan~

Dan ini pula, gambar wedding yang saya curik dari album2 orang yang buat wedding di Dewan SESB, Karamunsing (Plan A for venue). Hihi...Dulu first time pergi time majlis Kak Faridah, tengok tempat tu macam best, sebab tidak terlalu besar, ada aircond, dan yang penting tidak bising. And sebab semua facilities dah disediakan, i think itu lebih memudahkan.


Invitation cards pulak, di satu tempat bernama Astana Anyar (naik angkot sekali dari Jln Sukajadi), saaangat banyak choice, sgt banyak kedai,dan agak murah jugak. Sesuai la untuk orang yang mintapuji mau buat hard cover but at the same time mau save budget (tau pun tiada duit kan)....walaupun tepaksa pilih yang saiz agak kecil sebab takut berat sangat bawak balik nanti kan..huhu.. but it's okay, benda tu x kesahla kan..last-last orang akan buang jugak kan..tidakkah itu suatu pembaziran.. & yang penting, no pictures, sebab nanti orang buang-buang..huhu..

Color : Hitam + Silver / Chocolate + Putih

Ok, apa lagi yang belum settle? Baaanyakkkkkkk....huhuhu...
Baju, ada 3 pasang belum jahit..
Kasut, 3 pasang juga belum jahit..
(di celah mana kah harus ku curi masa-masa untuk itu)

Owh, i found a budget paper bag (yang sudah pasti motto utama adalah SAVE BUDGET :P)



Boleh la kan..kalau nak tunggu yang sangat cantik & mahal, alamatnya tunggu bertahun-tahun simpan duit baru dapat kan. But i still love it, for me it's beautiful =)

Untuk thank you tag, i designed it myself..hihi.. cantik baaa juga..ambil design dari internet lepas tu download font cantik-cantik, and edit la photoscape, photoshop bla..bla..sanggup kan semata-mata save budget...lagipun di Bandung ni printing service yang cantik pun murah juga..so boleh laa..tapi sekarang masalahnya ter design banyak plak..now xtau mau pilih mana satu..

Ok la stop dulu..
Nanti sambung lagi..
Apa-apa pun, I know...
Kita hanya merancang,
Tuhan yang Menentukan..

Semoga perancangan ini berjalan lancar, dan mendapat keberkatan. Please tell me if anybody see another form of pembaziran here..insyaAllah yang baik akan di simpan, yang buruk akan dibuang..

Next post, Naqi's choices of pelamin..(tu pun kalau dapat..hee)

Thursday 9 December 2010

Hidup dengan PRINSIP =)


Saya sangat mengagumi orang yang hidup dengan PRINSIP, selama PRINSIP itu tidak menyusahkan orang lain :)

Minggu lepas, saya dapat menangkap salah satu prinsip hidup dr.Rama (Sp. Bedah Thoraks) = Don't Play God. Prinsip ini boleh dipakai ketika merawat pesakit, terutama untuk pesakit yang secara teorinya sudah melepasi fasa terminal untuk suatu penyakit cancer. Sebagai seorang doktor, walaupun mengetahui prognosis sesuatu penyakit itu buruk, jangan berputus harapan untuk merawat pesakit. Contohnya walaupun kita tahu dari pengalaman bahawa patient itu tidak akan hidup lama, jangan berhenti memberikan rawatan kerana KITA BUKAN TUHAN. Yang maha berkuasa untuk menentukan hidup mati seseorang adalah Allah. Itulah maksud dr.Rama dengan prinsip beliau Don't Play God.

Minggu ini, saya dapat menangkap beberapa prinsip Prof. H. Hendro S.Yuwono (Sp Bedah Vaskular). Prinsip yang pertama, Jangan melanggar hukum Allah, yang penting adalah hubungan kita dengan Allah, bagaimana kita berkomunikasi dengan Allah supaya Allah mengurniakan pada kita sesuatu yang sesuai dengan apa yang kita inginkan. Contoh : Bagi prof, kesibukan beliau hanya memungkinkan beliau untuk mempunyai anak sebanyak 2 orang. (Yang mungkin padanya kemampuan beliau sebagai seorang doktor untuk menjaga & mendidik hanya 2 orang anak). Tapi untuk tujuan mendapat dua orang anak itu, 'family planning' bukanlah suatu pilihan yang tepat. Baginya, family planning itu sudah melanggar hukum Allah. Bila kembali pada niat perkahwinan dalam Islam adalah untuk melahirkan zuriat. Allah yang menentukan seseorang itu mendapat zuriat. Tapi, yang lebih perlu adalah bagaimana pasangan itu berdoa pada Allah supaya mengurniakan apa yang mereka inginkan tanpa berusaha untuk melanggar hukum Allah.

Prinsip kedua beliau ialah : Jangan kita berusaha untuk mengubah dunia, kalau kita belum berjaya mengubah diri sendiri. Tidak perlu berniat untuk mengubah dunia, yang perlu diubah adalah diri sendiri dahulu. Contoh : Prof adalah seorang vegetarian, beliau tidak memakan daging haiwan atas alasan kesihatan & he's against animal cruelty (yang pernah beliau perhatikan di video yang dirakam secara rahsia). Kecuali bila tiba Aidiladha beliau masih melakukan korban, cuma beliau tidak memakan daging untuk tujuan kesihatan. Beliau adalah seorang specialist bedah vaskular, yang hampir setiap hari melakukan pembedahan mengeluarkan thrombosis / emboli (darah beku) pada saluran darah pesakit-pesakitnya. Thrombosis tersebut terbentuk kerana banyaknya kandungan lemak & cholesterol dalam darah + faktor2 risiko lain seperti merokok dan memakan pil perancang/etc.

Tapi, beliau tidak berniat untuk memaksa satu dunia untuk menjadi vegetarian, tapi menghargai mereka yang berniat mahu menjadi vegetarian. Apa yang perlu beliau lakukan hanyalan merubah dirinya sendiri. Itu sudah mencukupi baginya.

****************************

Itu cuma beberapa prinsip yang dapat saya tangkap dari dua doctor tersebut. Saya suka sangat dengar prinsip-prinsip orang berjaya. Selagi prinsip2 itu tidak bercanggah dengan agama saya, saya akan cuba mengambil iktibar. Tetapi mungkin ada yang kurang bersetuju dengan prinsip-prinsip hidup orang lain, itu terpulang pada hak individu yang bebas berfikir berdasarkan ilmu masing-masing =)

p/s : Sepanjang 2 bulan di hospital, kebanyakan pesakit ada positive "history of smoking". Dan sebagai seorang yang bertanggungjawab merawat, seorang doktor haruslah menasihati pesakit supaya mengurangkan/berhenti merokok. I wonder how a smoking doctor advice their patients to stop smoking? I don't think patient will respect them (but of course the patients don't know their doctors are smokers,too. The smoking doctor should feel ashamed of themselves)

Tuesday 7 December 2010

curhat~

masa-masa fragile ni la rasa mahu curhat saja di blog. bukan berharap semua orang baca.. cuma bila menulis, rasa terluah satu masalah. dunno why..becoz sharing in facebook doesn't seem to be a good solution coz everybody will read it.. & that is definitely not my intention..

2nd on-call in surgery department was not as exciting as my 1st one..because i'm sick..i can't work up any enthusiasm for the whole 12 hours, even worse, although i passed my ENT department, i still can't treat my own disease..i can't even relieve the symptoms. i can feel there is something in my maxillary sinus, but i can't make it go away..i did try taking some drugs so that i can work maximally for today's on-call, but it only works for 6 hours, the symptoms recurred in the next 6 hours, which make my hours feel like days.

Did I tell u that my greatest weakness for the whole of my life (so far) is when i'm having a flu. I dunno whether i'm exaggerating my symptoms or it's really unpleasant, coz i don't know what other people feel when they're having flu. So i'm not able to compare. All I need is total bed rest. I can (sometimes) tolerate my dysmenorrhea, more than i can tolerate flu. I'm shivering, i feel my body temperature is increasing, but when i measure my body temperature with my newly-bought thermometer, it is only 37.2 degree Celcius. Normal human body temperature (average) is 36.9 plus minus 0.5.

The only new skill i learned today is hecting (menjahit luka). Tak tahu lah tangan tremor or tak, but saya jahit dengan sangat tak bersemangat coz tak selesa dengan runny nose~

i should take an immuno-booster~

Friday 3 December 2010

excited

Last night was my first on-call experience in ER (atau IGD in Indonesia - Instalasi Gawat Darurat) for surgery department. Sungguh banyak cerita dan drama. Mula-mula nervous sangat sebab sebelum ini asyik disogokkan dengan cerita-cerita kesusahan & kesibukan kat situ. So memang awal-awal dah prepare mentally & physically untuk first oncall semalam. Mula-mula masuk memang blurr, tp alhamdulillah semua doctor & nurse sangat co-operative bila bagitau saya adalah first-timer. Tapi kadang-kadang saya dengan yakinnya pegi buat kerja cucuk2 jarum kat patient sendiri tanpa pengawasan, pastu darah tak keluar, dan doctor ternampak lalu menegur saya.

Hihi...banyak kali jugak la doctor tiba-tiba datang time saya tengah cucuk patient :P Pastu dapat ceramah free. But it's okay because i learned lots of things last night :) before ni cucuk kat patung saja..

Oncall dari pukul 3 petang (after class) sampai 7 pagi tadi. Lebih dari 30 patient yang tak henti-henti datang dari petang sampai malam. Kebanyakannya patient yang critical. After jam 2 pagi, patient dah berkurang, so saya sempat tidur setengah jam sebelum berjaga lagi untuk tunggu patient lain datang.

Antara patient2 yang kerap hadir kat emergency room bahagian surgery adalah patient yang accident sampai fracture, mabuk2 kena pukul, acute abdominal problem (appendicitis, peritonitis, any bleeding), hal berkaitan bleeding2, sesak nafas, urinary retention, etc.

Benda paling memenatkan ialah menolak katil patient untuk pergi buat USG kat tempat yang agak jauh dari IGD tu...huhu..nurse-nurse bukannya nak tolong..isk isk..berattt...kesian kat patient's family sebab terpaksa tolak sama. Tapi seorang senior berpesan pada saya semalam, supaya kurangkan sikit rasa kesian kat patient, sebab nak tak nak mereka memang terpaksa tolong, memandangkan patients kat emergency tu sangat ramai untuk 1 malam. Seorang patient saja managementnya berjela-jela bila tulis atas kertas,jadi keluarga patients juga berperanan untuk tolong.

Kesimpulannya, semalam saya dapat buat:

1. Catheterization (masukkan tube panjang ke dalam saluran kencing untuk drainage ke urine bag) -->nak letak gambar tapi gmbr mcm tak senonoh plak..

2. Nasogastric tube (masukkan tube panjang ke dalam hidung sampai perut patient, untuk masukkan makanan/ubat through that tube)

3. IV fluid administration (untuk rehydration & masukkan ubat secara intravenously)

4. Ambil darah (percubaan pertama & kedua darah x keluar)


5. Skin test for antibiotic (best...sebab hepi nampak wheal..hihi)


6. Ulang-alik hantar patient buat X-ray (i know..ini bukan sesuatu yang patut dibanggakan :P)
7. Vital sign observation - check blood pressure, temperature, pulse rate & respiratory rate (ini jugaa tidaklah membanggakan :P)

Banyak lagi yang saya belum dapat buat semalam, macam CPR, digital rectal exam, pasang ECG, dan paling penting saya belum berpeluang menjahit luka patient. Takpe ada berbelas-belas kali oncall lagi sepanjang 9 minggu ni, ada banyak masa lagi. Harap skills saya & rakan-rakan akan bertambah sebanyak-banyaknya sepanjang 9 minggu ni :)

Wednesday 1 December 2010

3rd day in thoracic surgery department

Baru tiga hari praktek di Surgery Department, bahagian Thorax. Penyakit yang paling banyak minggu ini adalah Pneumothorax (air in the pleural space) & Pleural Effusion (fluid in the pleural space), mostly due to malignancy & trauma. Rasanya dua penyakit ni memang yang paling common yang ditangani oleh doktor di bahagian ni.


Tugas kami adalah untuk datang setiap jam 6 pagi (atau lebih awal kalau ada banyak patients & ada morning report jam7) untuk follow up setiap pesakit post-chest tube thoracostomy (CTT). Tugas tu termasuklah check blood pressure, measure the temperature, respiratory rate & pulse rate. Lepas tu check local status untuk bahagian thorax & tulis atas medical record, contoh macam ni (untuk peringatan saya masa depan) :

Laporan follow-up :
01/12/2010 6.15am

BP : 120/80
T : 37.2
RR : 24 x/min
PR : 72 x/min

a/r thorax :

VBS kanan (menurun), kiri (normal)
ronchi (-), wheezing (-)

WSD : produksi cairan 700ml/24 hrs, air bubble (-), undulasi (-)

Ini adalah procedure CTT yang saya cakap tadi. Hari pertama dalam department ni kami berpeluang untuk tengok doctor buat procedure ni. Tujuan procedure ni adalah untuk mengeluarkan udara/cairan yang berlebihan pada pleural space (untuk mengurangkan sesak nafas yang dikeluhkan oleh patient).

Lepas tu, tube tu akan disambungkan pada satu tabung. Prinsip ni dikenali juga dengan nama water-sealed drainage (WSD). So tugas kami pagi-pagi adalah untuk kira jumlah cairan (tak kira exudates ataupun darah) yang telah ditampung dari patient ni sepanjang 24 jam. Kalau produksi cairan tu makin berkurang, bermakna ada pembaikan. Kalau tidak berkurang, maksudnya dalam pleural space tu memang masih banyak cairan.



Antara banyak-banyak patient, yang paling kerap adalah pleural effusion yang disebabkan tumor (barah) yang malignant (ganas), contohnya patient lung cancer, breast cancer, yang telah menjalar pergi sampai pleural cavity pada paru-paru.

Saya tak tahu kalau saya cerita, adakah saya telah melanggar patient confidentiality, tapi saya harap tak, since saya tak tulis nama patient. Seorang patient dah meninggal 2 hari lepas disebabkan pleural effusion akibat tumor. Memang prognosis penyakit malignant pleural effusion ni buruk, cuma boleh hidup less than 1 year.

Sekarang ada seorang lagi patient yang kami follow up setiap pagi, yang juga ada malignant tumor yang menyebabkan pleural effusion. Setelah diselidik macamana dia boleh dapat tumor paru-paru, tidak ada faktor predisposisi lain selain merokok. Kami suspect mungkin sebab dia merokok walaupun tak sampai sekotak sehari. Secara teorinya, patient ini hanya ada masa untuk hidup tidak sampai setahun lagi.

Saya rasa di Rumah Sakit Hasan Sadikin patut ada satu organisasi "badan dakwah" atau "kumpulan penasihat agama" untuk pesakit-pesakit yang lifetime expectancy rendah, supaya boleh tolong ajarkan mereka cara bersolat ketika sakit dengan betul, supaya mereka lebih mengingati tuhan, tidak stress, dan pentingkan solat walaupun sakit. Kalau harapkan doktor & nurse untuk tolong, mungkin boleh tapi mungkin juga tidak mencapai sasaran tahap maksimum.

Saya telah mengantuk untuk tulis lebih panjang, so mau tidur dulu. My definition of bangun pagi sekarang adalah pada pukul 2/3 pagi. Dan definition untuk bangun lambat sekarang adalah 4.30 pagi. Subuh jam 4pagi. Jadi tidur adalah lepas sembahyang isyak yang tepat waktu. Pastikan tidur yang berkualiti :)