Dua tiga hari lepas kabel internet saya rosak. Natijahnya saya tidak dapat online, membuatkan banyak kerja saya siap lebih awal dari biasa. Sampaikan saya terpaksa tinggalkan beberapa kerja untuk buat nanti sebab takut bosan tak ada kerja. Pelik betul.
Sejak keluar dari department Bedah (alhamdulillah saya dan rakan-rakan satu group semua lulus dengan B+), hidup saya dah kembali normal. Normal dalam erti kata lain, mudah bangun awal, tidur teratur, study terjaga, kerja mudah siap, dan banyak lagi. Mungkin sebab sekarang saya berada dalam department Radiology yang agak santai. Dapat preceptor dan doctor pembimbing yang sangat rajin bagi bimbingan setiap awal pagi dan petang, walaupun perlu buat case presentation setiap hari, tapi hidup teratur, alhamdulillah. Tapi sudah tentu nikmat macam ni bukan boleh dapat selalu. Sekarang sudah boleh baca n belajar dengan proper how to interpret X-ray, CT scan, USG. Tapi USG tu masih baaannyaak problem. Banyak kena practice lagi.
Lepas tu alhamdulillah ada beberapa hal yang saya perasan, saya mudah ingat apa yang saya baca. Sebelum ni saya agak stress sebab saya selalu lupa apa yang saya baru baca. Mungkin otak saya sedang berserabut dengan hal-hal lain. Konsentrasi saya bila doktor mengajar kat depan jugak sangat cepat hilang, terutama waktu bedah hari tu. Most of the time saya rasa nak habis cepat-cepat, setiap kali doktor bagi bimbingan lebih dari 1 jam. Lepas tu saya lambat pick up. Sampaikan ada satu waktu tu doktor tanya,
"Kamu ini pentium berapa sih? Pentium 4 ya?"
Saya terasa waktu tu. Sebab saya memang tak faham & nak tanya banyak. Tapi dia cakap macam tu. Tapi mungkin memang salah saya sebab ada masanya fikiran saya melencong fikir benda lain. Mungkin waktu tu kalau saya buat Stress Test, saya akan nampak roda tu pusing dengan sangat laju macam roller coaster. Tapi tak apalah, benda dah lepas.
Salah satu sebab saya dah boleh fokus lama sikit sekarang, mungkin sebab dapat bercuti seminggu di rumah hari tu. Saya dapat settlekan driving license (dulu saya gagal sebab langgar lampu merah), itupun lepas saya dah hampir lupa semua benda. Mungkin kali ni pun pegawai JPJ tu bagi lulus sebab kesian. Sebenarnya nasib baik lulus, kalau tak, tak taulah apa pulak reaksi spontan yang akan jadi pada saya. To recall my first experience, waktu first time saya gagal hari tu, saya spontan menangis depan pegawai JPJ tu sampai dia berhentikan kereta kat tepi jalan, nak tunggu saya berhenti nangis, sebab dia cakap malu nanti orang kat driving school tu tengok. Tak pasal-pasal nanti orang takut nak test dengan dia sebab buatkan pelajar nangis.
The next thing yang saya berjaya settlekan adalah buat HIV test dan uruskan borang nikah. Walaupun belum 100% settle, tapi at least saya dah boleh bernafas lega sebab saya dah tak perlu curi masa uruskan pasal tu lagi. Sempat jugak buat hal-hal lain macam settlekan baju, settlekan urusan tempahan dewan, buat tempahan dengan mak andam, pilih pelamin, bla-bla-bla. Saya tidak mahu terlalu berharap, yang penting semua berjalan dengan lancar. Amin.
Waktu balik hari tu saya ditahan kastam sebab bawa banyak sangat kad undangan kahwin. Huhu. Baru saya tahu yang kita tak boleh bawa barang-barang dari luar dengan banyak macam tu walaupun kita bukan berniat untuk jual. Sebab selama ni saya ingat barang untuk dijual saja yang akan dicukai. Yang ini sah-sah la bukan untuk dijual. Tapi nak dijadikan cerita, pegawai kastam tu akhirnya melepaskan saya dengan ayat ni :
"Tak apalah, sebab awak nak kahwin, anggaplah ini hadiah dari saya. Nanti jangan lupa jemput ok"
(Sebenarnya dia tu just discovered that Nesta was his senior waktu sekolah menengah dulu). Mungkin sebab tu jugak dia tiba-tiba lepaskan kami. Thanks to Nesta. And since dia yang tiba-tiba lepaskan saya dengan kata-kata nak bagi hadiah, saya menganggap itu memang satu hadiah la.Hehehe :P Saya berlepas diri dari itu dan itu...:P
My sister made a cheesecake for her husband's birthday. Mereka buat bersama-sama. Sweet kan?;p Saya dan adik yang paling kecik pulak sibuk berebut-rebut nak ambil gambar pastu konon gaduh-gaduh siapa nak upload dulu kat blog. Almaklumlah budak kecik itu kan sekarang dah ada blog. Saya upload la sikit gambar proses mereka membuat cheesecake itu. Walaupun hasil hiasannya macam cake untuk budak perempuan berusia 5 tahun..haha..jangan marah (tapi still tabik spring sebab my sister cuma menggunakan apa yang available di dapur pada waktu itu). Kalau saya nak buat cheesecake, mesti kena beratur dengan trolley kat supermarket untuk beli bahan-bahan. Lepas tu duit mesti banyak habis.
cream cheese
strawberry jam
mixed
Betul tak my earlier statement tadi?pasal hiasan cake?hehehe:P it's okay lah yang penting sedap. Saya rasa saya yang makan paling banyak.
makan-makan!
restoran klasik di tengah laut, one of Tuaran's seafood restaurants,
less than 15minutes from my house
my favourite jadi tidak boleh ketinggalan, must order :P
Ikan pelik
strawberry jam
mixed
Betul tak my earlier statement tadi?pasal hiasan cake?hehehe:P it's okay lah yang penting sedap. Saya rasa saya yang makan paling banyak.
Banyak lagi yang dapat buat sepanjang cuti. Tapi yang paling saya suka ialah dapat kumpul makan ramai-ramai 1 family di Gayang. Peluang yang sangat jarang dapat. Tapi still tak cukup orang, coz my brother Amir tidak dapat mempulangkan diri ke tanah air. Huhuhu. Tidak apalah..mari layan pictures that speak louder than my words :)
Dinner with my family & my bro in law's family (mom said it's to celebrate my sis, my dad, and my bro in law's birthday yang semua baru lepas)makan-makan!
restoran klasik di tengah laut, one of Tuaran's seafood restaurants,
less than 15minutes from my house
my favourite jadi tidak boleh ketinggalan, must order :P
Ikan pelik
6 wonderful voice(s):
Nak satu kad!
p/s: rasa lapar pulak tengok gamba makanan kat blog awak ;D
congratz~!!
:)
eiii bestnye nmpk dorg buat kek! nk buat jgk! tp kya x brp suke cheesecake. hee
dan bestnye dah ade kad kawen. kya punye lmbt lg wuwuwuwuwu
Nanti lepas kawin Yah boleh blajar buat cheese cake dari Kak Shahnaz...best!
haha! lepas deco cepat2 potong. x pa la tu, saya tidak akan berputus asa. yg penting sy suka makan :D
p/s: berapa hari lagi? :p
Kak Tasha - boleh2, insyaAllah kalau ada kesempatan sy bagi :)
Koc - hee, thanks koc, jemputla dtg :)
Kak ya - kad kak ya in progress kan. rasanya dah settle softcopy dia aritu, tunggu confirmation tarikh ja :) cantik,kaler putih.hehe.
Abg din - wah kak shahnaz mesti terer buat cake kan. leh jd chef doctor ni..hehe..
Sis wazie - kenapa aritu berputus asa ka?pdhl sdp betul sudah.mau mcmana lg yg lagi sdp?:) berapa hari lg?xtau la tidak mau kira.hihi..
Post a Comment