Sunday, 27 February 2011

CACING yang mengingatkanku pada Tuhan

Esok masuk department baru, Dermatology & Veneorology, atau dalam bahasa Indonesianya "Kulit dan Kelamin", atau dalam bahasa student medic UNPAD = kulkel.

Bila doktor konsulen (consultant) department radiology tanya "lepas ni masuk department apa?", semua jawab "Kulit Kelamin doc". Lepas tu doc jawab "Kalau sebutnya bukan kulit kelamin, tapi Kulit DAN Kelamin, kalo kulit kelamin itu cuma kulit kelaminnya aja. Masa kamu mau jadi spesialis kulit kelamin aja?"

Jadi, mulai hari ini kita panggil Kulit DAN Kelamin,ok :)

***********************************************

Hari ni nak tulis tentang "cacing"

Sebab tadi waktu dalam toilet, ada cacing mengengsot-engsot. I don't know why I don't like cacing + cicak + tikus + ular + buaya so much. Geli dan ngilu tengok semua haiwan reptiles. (Tikus bukan reptiles but I don't like it). I know I shouldn't hate them because they are God's creation. Mungkin perkataan yang sesuai bukanlah "benci" atau "tidak suka" tapi lebih kepada "TAKUT".

I'm afraid of cacing. Bila nampak cacing, i like to put GARAM on them. Lepas letak garam mereka akan terkial-kial mencari arah untuk lari. Hmmm. Lepas buat rasa bersalah, tapi sebelum buat tidak suka berfikir panjang.

Antara semua haiwan tu, saya paling geli + takut dengan cacing. Perasaan itu...hmmmm tidak dapat dibayangkan.. Dulu pernah balik kampung di Kedah waktu banjir. Jalan untuk masuk ke rumah pakcik banjir, so kena naik sampan. Tapi kebetulan waktu tu sampan tak ada, so we have to walk. Meredah banjir yang sampai paras paha. Saya tengok dalam air = PENUH CACING PANJANG-PANJANG. -Cerita ditamatkan-

Bila saya sedang berdepan dengan cacing, satu perasaan luarbiasa geli & takut datang. Tadi, waktu nampak cacing dalam toilet, saya terfikir tentang mati. Semua orang akan mati, semua orang akan kena kubur dalam tanah. Cacing tinggal dalam tanah. You know what I mean kan?

I can't imagine living with cacing, mungkin juga dengan ular di dalam tanah. Untuk mendapat keluasan di alam kubur, kita kena ikut perintah Tuhan, dan tinggalkan larangan Tuhan.

Bukan bermaksud "saya takut cacing bukan takut Tuhan". Maksud saya, saya takut siksaan Tuhan. Tuhan akan siksa orang yang berbuat jahat di dunia. Buat jahat dengan orang, dengan haiwan, atau dengan apa pun makhluk Tuhan. Mungkin, kalau benda keduniaan lain boleh buatkan saya lupa pada Tuhan, at least cacing boleh ingatkan saya pada Tuhan, dekatkan saya pada Tuhan, dan jauhkan saya daripada mendapat siksa Tuhan.

Saya tahu saya belum bersedia untuk hidup dengan cacing + ular dalam tanah. Tak pernah ada kuasa dan kudrat untuk membayangkan. Tengok cacing pun takut. Saya berdoa supaya walau dalam apapun keadaan, kita semua akan mati dalam keadaan beriman. Amin.

Last week waktu dalam department Nuclear Medicine, seorang doctor cakap " Manusia ni tidak akan pernah bersedia untuk 3 hal : Ujian, Nikah dan Mati ". Lepas tu dia tengok saya, dan tanya;

"Kamu sudah bersedia untuk mati?"

Saya teragak-agak untuk dapat jawab soalan tu. Dalam hati confused, jawapan apa yang betul : sudah atau belum. Mulut bergerak untuk jawab tapi jawapan tak keluar.

Lepas tu doctor jawab sendiri, "Yaa pastilah sebagai seorang Islam jawabannya harus sudah bersedia, walaupun dalam hatinya belum"

-Soalan seterusnya censored-

Ada orang cakap, kita tak seharusnya beribadah pada Tuhan kerana takutkan siksaan Tuhan ataupun kerana inginkan balasan baik daripada Tuhan. Tapi kita beribadah pada Tuhan dengan KEIKHLASAN tanpa mengharapkan balasan. Itu saya pernah baca orang kata. I'm not that alim to say whether it is right or wrong, tapi sebagai hamba Allah, kena berusaha yang terbaik untuk ikut apa yang ada dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Dan sentiasa bersyukur pada Tuhan.


Mungkin ini hikmahnya saya diciptakan takut/geli pada cacing. Mungkin.
..

2 wonderful voice(s):

Dr. Mahyuddin said...

Bagus Yah ingat mati. tak ramai orang ingat akan mati. Ramai org ingat diri masing2 tak akan mati.... pastu, tiba2 aje mati....mmmm

ps Kenapa Allah jadikan cacing yer?

Rafahiah Haron said...

Selalu je ingat mati, tp susah nak perbanyakkan beramal utk menghadapi mati :(

hehe jwpn utk soalan a.din tu belum bisa ditemukan jawapan. cuma boleh jwb, kalau tak diciptakan cacing, mungkin soalan tu/post ni tak kan timbul ;p

Post a Comment