Ini gambar tempat saya, suami dan 4 orang kawan lagi "mengabdikan diri" sekarang. Tak nak tulis nama sebab saya nak cerita benda-benda yang tak best je banyak hari ni. Hihi. Kalau nak tau jugak zoom lah gambar tu, ada nama hospital kat situ.
Mula-mula datang sini, rasa macam excited tengok tempat ni bersih dan maju jugak. Bandar dia pun bersih dan jauh lagi teratur dari Bandung. Cuma cuaca extremely panas. Nasib baik bilik ada air-cond.
Senior yang sebelum ni memang dah pernah cerita hospital ni problematic. Tapi kena kuat mental dan fizikal. Ada jugak cerita tentang senior yang kena prolong. Kat sini, sehari tak datang, prolong satu minggu. Kejam tak kejam. Tak boleh cuti sakit pulak tu. Nonsense. Saya bukannya nak cuti sakit pun. Tapi kalau tiba-tiba sakit macam mana.
Waktu melaporkan diri minggu lepas, kami dah disambut dengan "kurang mesra" oleh salah seorang doktor.. Dia cakap macam ni "Kalian angkatan tahun berapa?" Kami, "2006 doc". Doktor, "Kok 2006 belum selesai? Bukannya 2006 seharusnya sudah pulang?". Dia ingatkan kami ni extend sebab tu tak habis-habis belajar, lepas tu waktu kumpul dengan koas-koas Universitas T, dia mention kat diorang waktu perkenalkan kitorang "mungkin ini sisa-sisa yang kelmarin". Banyak lagi ayat dia yang seolah-olah memburuk-burukkan kami sebagai pelajar Universitas P, dan hospital tempat kami koas dulu (as if hospital dorang sekarang ni jauh lebih baik), kami pun layan je lah. Sebagai orang yang malas nak layan orang mental macam tu. Tak pasal-pasal nak cari pasal. Saya pun nak cari pasal jugak ni cerita dalam blog. Padahal koas Universitas T pun baik-baik je dengan kami.
Sebelum balik dia pesan, "Okay, hari Isnin nanti datang jam 6.30, WAJIB ikut apel (morning assembly) jam 7.00, setelah itu kalian ikut koas Universitas T, kalau kalian telat, saya hantar kalian pulang ke fakultas kalian".
Ada seorang lagi doktor, waktu kami melaporkan diri kat dia, dia tanya, "Berapa orang dari Malaysia?", kami jawab, "semuanya doc", lepas tu dia buat muka terkejut, "Hah, semuanya Malaysia??" sambil buat muka disgusting. If only I could show you his expression. Lepas tu dia tak cakap apa-apa dah. Dia just angguk-angguk dan suruh kitorang keluar. Kami semua keluar dengan hati yang tertanya-tanya dan geram. So what if we are all Malaysian? Our Indonesian friends kan tak payah Magang, bukan kami pun yang nak sangat magang semua Malaysian. Huh.
Setiap kali ada presentation dari koas Univ T, kami kena join. Setiap kali presentation tu lah mesti nak mention pasal kitorang. Setiap kali selepas presentation, dia akan cakap, "doktor-doktor magang Unpad, ada komen? atau mahu berbagi pengalaman dan saran?", waktu 1st day tu kami tak prepare apa-apa lah, ada je pengalaman (presentation hari tu tentang Postpartum Hemorrhage by koas ObGyn), tapi sebagai orang baru, kami tak start lagi bekerja kat situ, tak tau keadaan kat hospital ni macammana, macam mana kami nak bagi comment atau recommendation?
Bila kami cakap tak ada, dia cakap kat semua orang, "Ya, mereka ini dulu koasnya di RS Hasan Sadikin, di sana mereka tidak bisa melakukan banyak hal dan tindakan, karena kebanyakannya residen, koas-koas mereka hanya melihat doang, kalau yang nakal-nakal malas belajar silakan aja ke mana-mana. Karena terlalu ramai, kabur juga ga kelihatan."
Kami dengar dia cakap macam tu, dalam hati kami, "what's your point doctor? nak cakap kami ni malas, takde pengalaman??". Kami pun sabar je lah, think positive dulu, mana tau apa yang dia cakap tu betul, mungkin kami ni memang kurang pengalaman, mungkin his hospital ni sangatlah perfect sampai semua koas yang belajar kat sini semuanya hebat-hebat. We take his words as an encouragement untuk berusaha lebih banyak, bukan sebagai sesuatu yang nak menjatuhkan.
Kami pun memulakan hari pertama belajar kat sini. Hari pertama kami dah rindu RSHS. Hehe. Tapi itu sampingan je, sebab RSHS ada mesko, ada ruko, ada locker boleh simpan barang, kat sini tidak ada. Beg berat-berat, baju untuk pergi kamar operasi (OT) semuanya kena bawa sepanjang masa. Lepas tu RSHS ada Seruni, ada Bio-cafe. Kat sini ada 1 canteen je, itu pun kena pergi sembunyi-sembunyi, kalau kantoi dekat doktor, mesti kami selalu pelajar Unpad akan kena lagi. huhu.
Kami sekarang kat department Bedah. So kami divide la pergi poliklinik Bedah umum, Bedah Orthopedik, dan Bedah Urologi. Bedah Saraf & Bedah anak pun ada kat sini tapi doktor macam selalu lambat datang je dan patients tak ramai. Kat sini sikit je sub department dia, bukan macam RSHS ada banyak. Kat RSHS ada Bedah Thoraks, ada Bedah Vaskular, Bedah Onkologi, ada Bedah Digestive lagi. Lagi best kat RSHS kan. Lepas tu bila masuk poliklinik dia, takdelah banyak sangat patients pun. Sakit pun biasa-biasa ja tak rare macam kat RSHS.
Banyak je benda yang kami rasa tak setuju dengan penanganan patients kat sini. Saya cuma mention beberapa yang sangat obvious je lah. Contohnya waktu jaga malam kat IGD, kerja koas cuma buat history taking, physical examination. Lepas tu tulis kat atas medical record, dan bagi medical record tu kat GP yang bertugas kat situ. Diagnosis semua GP tu yang tentukan, therapy dan further diagnostic examination semua doctor yang tentukan. Yang pasang IV line, ambil darah tu semua nurse. Koas kalau nak buat kena mintak. Kalo kitorang kat RSHS dulu, patients datang semua kitorang yang kena buat lepas dapat arahan dari residen, tolak pergi X-ray, CT scan atau USG, ambil result darah, ambil hasil radiology, lepas tu kalau malas dan tengok ada nurse yang tengah free baru minta tolong kat nurse tu untuk pasang IV line ke, catheter ke etc.
Lepas tu paling tak boleh terima bila bersihkan luka atau nak jahit luka. Kalau kat RSHS, semua barang sterile. Saya dengan Naqi asyik bisik-bisik je waktu tengok dorang buat mula-mula tu. Dulu kat RSHS kadang-kadang bila tengok ada yang tak sterile sikit (contohnya syringe yang tak sterile terletak kat tempat sterile lepas tu cepat-cepat ambil syringe tu & letak kat tempat tak sterile), kitorang dah kata "ee tak sterile". Tapi kat sini lagi teruk. Pelik jugak hospital besar macam ni tapi barang-barang tak sterile.Kalau kat RSHS tiap patient yang datang, setiap patient akan dapat sebungkus atau dua bungkus surgical set yang dah si sterilized dengan ketat. Dapat bungkusan tu kadang-kadang still panas lagi. Lepas tu kena pakai sterile hand glove yang mahal tu. Bukannya yang dalam kotak-kotak tu je.
Kat sini, tiap patient yang datang, dorang pakai surgical set yang sama. Lepas tu benang jahit pun pakai yang set gulung besar tu dan dah terdedah sana-sini. Pastu entah-entah bersihkan pakai alcohol dan air sabun biasa je. Sebab gunting dan forceps dah berkarat-karat. Pastu jahit dan bersihkan luka pakai hand glove yang bukan sterile tu. Time jahit, tangan pegang sana-sini, tak peduli pun kawasan tu sterile ke tak. Sangat tak bersetuju tapi setakat ni kena terima dulu. Tapi saya tak nak buat selagi alat-alat tak sterile macam tu. Nanti patient kena tetanus atau other infection siapa yang berdosa. Huhu. Saya cuma akan buat yang confirmed sterile macam pasang IV line, catheterization, suntik ubat, ambil darah tu je. Lepas habis jahit, dorang tak bersihkan pun darah kering kat kulit patients, tapi terus balut dengan gauze with antiseptic. Hmm entahlah tapi kat RSHS kami selalu disuruh untuk bersihkan semua dulu baru balut. Selain untuk infection prevention, patients dah tak perlu bersihkan sendiri darah-darah kering tu. Huhu.
Cuma kelebihan kat sini, kalau kat OT, dapat banyak peluang untuk jadi assistent during operation. Sebab koas sikit, dan tak ada residen. Kalau kat RSHS paling common pun dapat jadi assistent untuk necrotomy sebab residen dah malas nak buat kot banyak sangat lagi-lagi kalo patients tu burn seluruh badan.
Hehe seminggu ni banyak lagi yang terjadi sebenarnya pada each of us. Tapi tak payahlah cerita semua. Cukuplah benda-benda yang saya dah tulis kat atas ni. Semalam saya jaga 2nd time. Besok jaga 3rd time. Besok ahad kena jaga 24hours. Harap kuat lah. Ada satu hari tu jaga tak boleh duduk langsung. Sebab doctor yang betugas malam tu pun mental jugak :P (koas cakap lah), dia pernah gertak koas kalau duduk even waktu tengah tak ada patient. Tapi kadang-kadang saya duduk jugak menyandar dinding coz saya tak tahan sakit belakang. Balik rumah, terapi = tidur atas lantai berjam-jam, baru hilang. Tapi seminggu ni memang banyak kali sakit belakang, sebab banyak sangat yang menuntut untuk berdiri lama. Selain waktu jaga, kami kena ikut visit ward dengan specialist. Lama dah tak buat, so sakit belakang. Dalam OT pun kena berdiri lagi.
Semoga berjaya bertahan di sini. Saya dan suami duduk kat bilik sewa seluas tak berapa nak luas sangat tapi sebab dah tak ada bilik lain, kami duduk di sini. Dalam 4x4 meter lah kot luas dia. Sewa Rp 1 juta sebulan. Pastu I miss my washing machine also, hehe. Tiap petang lepas balik dari hospital, kerja saya cuci kain pakai tangan, kalau banyak sangat kain, pakai kaki jugak.hihih. One of the causes lagi untuk sakit belakang. Pokoknya kat sini memang tiap hari sakit belakang. Bukan saya yang pregnant ja sakit belakang, kawan-kawan yang lain pun sakit belakang. Maksudnya kat sini memang banyak penyebab untuk sakit belakang. Bawa beg berat2 lagi, takde locker kan :P
Ok lah, cukuplah kot curhat. Entahlah korang faham atau tidak apa yang saya tulis ni. Saya tak online pun seminggu ni sebab balik bilik ada je benda lain nak dibuat. Paling-paling pun syaa just tanya Naqi ada apa yang best tak kat fb, pastu dia cakap takde so saya pun buat kerja lain. Best jugak tak berfacebook berhari-hari. Bosan dah berfacebook. Huhu. Blog pun macam bosan jugak tapi time nak curhat-curhat macam ni blog jugak yang dicari.hehe.
p/s : malas nak edit kalau ada salah eja, faham2 je k.
5 wonderful voice(s):
cantiknya hospital...mesti besarkan..
huhu..begitulahkan dunia realiti..takpa, bertahan je and do take extra care of yourself ok!!! smg dimudahkan urusan kedepan dengan pertolongan Allah. Amin:)
smgt yah hoo!!!;p
ei kenapa ada orang suka cakap2 gitu. tidak penat ka dia. hahaha. bah, bertahan k. dua bulan jak kan. pengalaman macam-macam ada la ni.
kesiannya cuci baju pakai tangan dan kaki. ala, rendam2 jak bah. pastu gosok sikit then bilas. kan. hehehe ;p
nanti suda 4bulan, lagi sakit belakang tu. sy skrg cepat sakit badan ni. harap2 ko ndaklah, sebab ko kira aktif gerak hari2 kan. hehe. tp berkesan ka tidur di lantai tu? nanti saya mau try la. hehe..
iya, lupa ckp pasal hospital. cantik betul. kaca2 lagi tu. tapi tidak steril2 apa semua tu kenapa jugak. haish :D
waaaa...mcm teruk pl fza baca tau..ehehe!
papun,just take care of urself dear sist!
cabaran betul kan..all the best!
moga ALLAH sntsa permudahkan ya ^^
Sorry for the late reply :(
Krie : cantik la jugak..n bersih compared to rshs coz pengurusan dia bagus. tong sampah kat mana2, org merokok pun susah nak jumpa..tapi saya tak happy kat sini..wuuu...best la dapat belajar tapi banyak benda lain yg tak happy..=( tapi ktorg cuba bertahan lagi sebulan setengah..hehe..TQ Krie, terus bg smgt mcm tu k,hehe :D
Sis Wazie : hehe seminggu setengah ja bertahan cuci tangan, lepas tu hantar laundry jak. tidak cukup masa utk cuci. mau rehat dari sakit pinggang lagi lepas balik dr hosp. tp setengah bulan lagi ni yg siang pun kena berdiri banyak. harap2 department yg satu lagi santai sikit.
Feeza : hehe kdg2 teruk, kdg2 ok, but stressful la kakak rasa. kwn2 pun nmpk stress ja semua..semua mau balik bandung kalo cuti walaupun sehari..hehe..
Post a Comment