Friday, 18 May 2012

Week 11-12 :)

Salam. Today I'm forcing myself to make a new post :)


Sebab, hari ni kena pack barang2 untuk berpindah sekejap pergi Karawang for 2 months. We'll be "working" there as doktor muda Magang for Surgery department and Internal Medicine dept. Besok baru bertolak, so hari ni saya nak update blog sebab lepas ni tak tau boleh online atau tak.


It's been 2-3 weeks since my last update. Kecewa jugak tak dapat 'merakam' banyak pengalaman yang saya dapat kat Puskesmas Pamengpeeuk dalam blog ni. I learned lot of things there. Takpe lah. Harap benda-benda yang baik tu tersimpan dalam otak saya sampai bila-bila.


During my 9th week of pregnancy, until now, saya dah start nausea & vomiting. I think it is because of increasing level of B-hcG hormone is my blood. Awal-awal dulu maybe saya tak ter effect sangat dengan B-hCG tu. (this is my own theory la..since theoretically according to what I read in Williams Obstetrics, B-hcG levels will reach maximal levels at about 8-10 weeks of pregnancy).


Cuba tengok between 7-8 weeks of LMP (1st day of last menstrual period), range dia besar sangat, from 7,650 to 229,000 mIU/ml. 
Ini graph yang menunjukkan level of B-HCG hormone sepanjang pregnancy. Tengok peak dia dekat 8-12 minggu, paling tinggi around 9-10 minggu. Lepas 12 minggu (nak mulai masuk 2nd trimester) dia start turun balik.


Sekarang saya dalam minggu ke 11 (mengikut 1st day of LMP, bukan mengikut conception day). Later I'll tell you what's the difference. Probably my B-HCG tengah tinggi, sebab tu asyik muntah-muntah, mual, etc.


Minggu-minggu tu saya rasa diri macam "lilin" pun ada. Hehehe =P. Membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain. Alhamdulillah dapat hadir setiap hari kat Puskesmas, from Monday to Saturday, walaupun setiap pagi saya cakap kat Naqi, "malasnya nak pergi puskesmas, hari ni tak nak pergi boleh tak". Naqi selalu jawab, "boleh je, mintak tolong sape2 ganti la kat BP (balai pengubatan)". Tapi tiap kali lepas cakap macam tu, saya gerak jugak pergi iron baju, lepas tu pergi siap-siap. Akhirnya, setiap hari pergi Puskesmas. Kenapa rasa macam lilin, sebab tiap kali sampai puskesmas, tengok "waa..ramainya patients" lepas tu pergi jugak masuk balai pengubatan tu, satu per satu patient masuk, tanya apa chief complain dorang, check apa-apa yang patut, dengar luahan hati dorang, kalau orang tua-tua kena lebih banyak mendengar sebab banyak sangat complain (hehe..), bagi ubat, bagi kaunseling, etc. Sampai lah patients habis baru dapat rehat. Ada jugak denial dalam hati, nak cakap "waa..saya pun sakit jugak..."..hehe.. Tapi kalau boleh tak nak lah tunjuk sakit sangat depan doktor. Takkan tiap hari nausea & vomiting, tiap hari nak tunjuk sakit, tak magang langsung  lah kalau macam tu. Huhu. 


Anyway, kepenatan dan pengorbanan tu berbaloi lepas doktor puji my group semua beri komitmen yang bagus, tak pernah "bolos" (ponteng), lepas tu dia compare dengan group sebelumnya yang selalu mesti ada yang tak datang lama, or izin balik Malaysia, etc. Tak tahu lah puji betul ke tak, tapi memang betul pun kami berdisiplin. Haha :P Okay masuk tong golek sendiri.


Okaylah actually saya nak tulis pasal pregnancy. Sebab ramai kawan-kawan, dan keluarga saya yang pregnant jugak. Dan pernah beberapa kali kawan-kawan saya consult untuk tanya pasal how to get pregnant, padahal saya bukannya doktor lagi pun, hihi. Tapi saya pun explain je lah tentang konsep ovulation bla..bla..bla.. tak berapa lama lepas tu pregnant. Tapi, yang senang nak detect tu cuma kalau period cycle teratur. Kalau tak teratur susah jugak.


As for me, lepas kahwin, kami family planning dulu. Sebab tengah belajar lagi, kalau boleh saya tak nak extend study. Alhamdulillah so far, perancangan kami berjalan lancar dengan izin Allah. (doakan yang seterusnya pun berjalan lancar jugak k). Bulan pertama lepas kahwin, saya makan contraceptive pills (combination estrogen & progestin). Sebulan je bertahan, lepas tu saya stop sebab tak tahan dengan side effect dia. Kuat lapar sampai berpeluh-peluh dan rasa nak pengsan kalau tak makan cepat (lapar2 ni sangat mengganggu waktu koas kat hospital), lepas tu muka jadi lebih gelap sampai banyak orang tegur. So I decided to stop and buat natural way, pakai ovulation calendar. Begitulah seterusnya sampailah bulan Januari 2012. We planned to start thinking about having a child, plan sebenar nak pregnant betul2 lepas habis koas, so kalau perancangan lancar, due date betul-betul lepas habis program Magang & dah balik Malaysia, so boleh rehat jap before mula houseman. Kalau lepas Magang baru nak pregnant, takut lama sangat cuti before masuk housemanship program. Saya tak rasa saya sanggup nak pregnant waktu houseman :( 


So saya start buat menstrual calendar yang betul-betul (including detecting my ovulation day, when to get baby boy, when to get baby girl) bermula bulan Januari 2012. Dan luckily, 23 Februari 2012 was my last menstrual cycle. Betul-betul waktu habis koas.


Inilah menstrual calendar saya..hihi..3 bulan ja berisi, lepas tu tak period dah, so kosong je lah.
Sepatutnya, saya ovulation on the 9th-11th of March, dan next menstrual cycle will be on the 23rd of March (28 day cycle, dah tolak hari tahun lompat tu), tapi saya tak period waktu tu. On the 3rd day of my missed period (17 days post ovulation = 17 DPO), saya saja-saja buat HPT (home pregnancy test) or UPT (urine pregnancy test) sebab bosan nak tunggu jam8 pagi before pergi ambil result final exam, waktu tu saya pakai strip yang mahal sikit (yang boleh detect 10 mIU HCG/ml), dan hasilnya ada 2 line. Which indicates a positive result.


Saya happy sangat waktu tu. Tapi berdasarkan theory yang saya belajar, saya tak nak terus happy, sebab ada 3 penyebab B-hCG tinggi dalam darah/urine. Yang pertama, memang betul-betul pregnant di dalam rahim, yang kedua, pregnant di luar rahim (ectopic pregnancy), dan yang ketiga, kehamilan anggur (molar pregnancy). So sebelum pergi check kat doktor, tak boleh happy sangat dulu kalau HPT positive. Tapi saya tetap happy jugak hari tu. Walaupun 2 jam lepas tu saya dapat results yang tak best (failed both my final exam MDE and OSCE), dan kena repeat both, kegembiraan saya tengok dua line kat test strip tu mengatasi kekecewaan saya sebab failed exam. Lagipun, take the positive side lah kan, saya boleh belajar lebih banyak, dan cuba dapatkan markah lebih tinggi. And memang betul pun, saya jadi lebih banyak belajar, dan alhamdulillah lulus semua station OSCE yang kedua tu. Yang cerita kurang enak tentang fakulti, ticket bla..bla..bla.. tu abaikan je lah. Sedekah lah buat Air Asia..harap-harap one day kita dapat tiket kapal terbang free..hehehe...:P


Ok, berbalik kepada cerita tadi, (panjang nya post ni, kalau anak dah besar, boleh lah baca..hehe..insyaAllah), pasal how to get pregnant.


There are many easy ways untuk detect ovulation. Eh jap, sebelum tu mungkin ada yang tak tau pun apa ovulation tu. Secara mudah, definisi ovulasi adalah : pelepasan telur (ovum) wanita dari ovari. So bila ada sperma masuk, dan melekat dengan ovum tu, terjadilah "conception" atau "fertilization". Biasanya, normal cycle is between 28 days-35 days. Nak senang kita guna yang paling normal lah, 28 days. Kalau cycle 28 days, biasanya ovulation terjadi pada hari ke 14. (kira dari hari 1st period okay). Nowadays, zaman modern ni kat kedai dah ada jual strip untuk detect ovulation. Tanya ja kat orang kedai tu, nak beli Ovulation test strip (or OPK- ovulation predictor kit), nak senang pergi Guardian or Watson je, atau mana-mana farmasi.


Cara kerja OPK ni adalah melalui detection of LH hormone, sebab waktu right before ovulation ada LH surge. Dulu saya nak jugak try beli, tapi harga mahal tapi boleh pakai sekali je so tak jadi. Hehe.. Bayangkan ovulation tu bukannya tiap hari, kalo hari ni negative, besok kena beli lagi. Habis duit okay. Sebab dekat Guardian PVJ tu ada jual yang mahal je. Setahu saya ada strip yang murah, so boleh beli banyak-banyak and boleh test selalu. So siapa yang susah sangat nak detect ovulation day dia, bolehlah berkorban sikit nak beli.


Contoh Ovulation test strip. Warna hijau.
Cara pakai dia sama macam pregnancy test, celup dalam urine, lepas tu tengok "test line" dia. Ada dua line kat OPK ni, satu "control line", satu lagi "test line". Sebelum tu, pastikan dulu OPK tu belum expired. Lepas tu celup dalam urine, pastikan "control line" tu timbul garis, baru kita boleh kata result ni valid. Kalau "control line" pun tak ada garis, maksudnya test tu invalid. Okay, dah tengok "control line", sekarang tengok "test line". Kalau "test line" tu kurang terang (lebih pucat) daripada "control line", maksudnya result "NEGATIVE" = ovulation isn't happening. Tapi kalau "test line" tu sama atau lebih terang (lebih berwarna) daripada "control line", meaning it's "POSITIVE", ovulation is happening. So waktu ni peluang untuk conception lebih tinggi.


(Jap, ini theoretically je, apa-apa pun semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing. Cuma sebagai manusia, kita boleh berusaha untuk mengenali fisiologi dalam tubuh badan kita sendiri kan? :))


Ehm, selain pakai OPK, macam yang saya cakap tadi, ada beberapa cara lagi untuk tahu kita sedang ovulate. (tapi tanda-tanda ni tak semestinya jelas untuk semua orang). Contohnya : 


1. Peningkatan cairan dari cervix dan vagina (increase in amount & consistency)
2. Rasa sakit pada salah satu bahagian ovari. (sebab proses pelepasan ovum terjadi kat salah satu ovari)
3. Peningkatan suhu badan (basal body temperature) waktu bangun pagi. (so tiap pagi lepas bangun kalau rajin, ukur suhu and plot graph, kalau ada salah satu hari yang lebih tinggi dari suhu normal, maybe ovulation - kalau bukan waktu tengah demam la..hehe..never tried this way).


OKAY, dah habis cerita pasal ovulation (saya cerita benda2 yang mudah difahami and basic2 je..yang complicated2 tak perlu kot..:) ). Now, kalaulah fertilization or conception terjadi (pertemuan antara sel sperma dan sel ovum). Bila kita boleh start buat Home Pregnancy test plak? Tadi kalau ovulation = kita nak detect LH (luteinizing hormone), sekarang untuk pregnancy test = kita nak detect Beta-HCG hormone.


From my own experience, saya memang tak sabar2 nak check. Tapi sebab waktu bulan February tu saya check banyak kali tapi negative, so bulan March saya slow down sikit. Saya betul-betul tunggu lepas period tak datang. Saya tak expect pun saya pregnant, plus saya buat test waktu 3rd day missed period tu pun sebab saya bosan pagi tu tak tau nak buat apa before pergi ambil result. Memang tak expect nak positive pun sebab masih awal. Tapi tiba2 positive pulak. "Test line" dia terang pulak tu, means tak mustahil kalau saya dah buat lebih awal, saya dah boleh dapat positive result lebih awal. Sebab kalau "test line" tu pucat pun, result dia positive sebab B-hCG dah detected. Ingat, setiap orang tak sama, ada yang 10 hari lepas ovulation pun dah boleh detect B-hCG kat urine. For my own record, I get a positive result 17 days post ovulation (17 DPO). InsyaAllah kalau diizinkan my next pregnancy, nak buat experiment kat diri sendiri, mulai dari 10 DPO saya nak buat test tiap hari. Hihi..Ada tau orang buat macam ni :) Jom kita tengok contoh.


Ini contoh pregnancy test yang positive. Dua-dua line ada warna.

Saya pakai yang ni, satu yang murah, satu yang mahal. Yang murah tu sebab nak double check..hehe..maksudnya yang murah tu cuma boleh detect bila hormon B-hCG tu dah tinggi. Kalau yang mahal, hormon rendah pun dia dah boleh detect (maksudnya its sensitivity lebih tinggi)

Yang ni saya pakai for the 1st time, dia boleh detect 10 mIU/ml B- hCG dalam urine. Kalau tengok kat jadual hormon  B-hCG level kat atas tu, 3 weeks LMP (1 week after ovulation dah boleh detect B-hcG dalam darah, dan urine concentration of B-hCG is closely parallel to B-hcG dalam plasma darah, so 7-10 days post ovulation dia dah boleh detect)

Ini contoh HPT strip yang mahal jugak. Yang banyak duit boleh lah beli yang macam ni.hehe..

Ini contoh seorang ibu yang mula buat HPT dari hari ke-8 setelah ovulation. Jom kita tengok, pada hari ke-8 DPO, (days post ovulation), result dia BFN (big fat negative). The next day dia buat test lagi, pakai first morning urine (FMU) --> sebab hormon B-hCG tu paling tinggi and concentrated lepas bangun tidur. Dan result dia ada pale line (tak berapa nampak pun, tapi dia dah tulis BFP : big fat positive), tapi, semakin hari, makin terang line tu, walaupun masih pale. Tapi itu dah menunjukkan result positive. My own result, sama terang dengan "control line" tu on the 17th DPO.

Ok sekarang, how to calculate week of pregnancy (gestational age - GA) dan due date. Yang saya belajar, dalam dunia ni, (depends on negara mana), ada yang kira GA start dari 1st day of LMP (last menstrual period) --> including Malaysia & Indonesia. Dan ada yang kira start dari days of "fertilization" (pertemuan ovum dan sperma). Kalau saya sendiri actually, saya suka start dari fertilization day, tapi sebab kat Indonesia ni pakai LMP, so kena pakai LMP lah. Logic kan, 1st day of LMP ovum pun tak keluar lagi, ovum kan keluar waktu ovulation. So kenapa nak start dari hari 1st day period terakhir. But takpelah, itu cara untuk memudahkan doktor-doktor seluruh dunia kot. Tapi, bahaya kalau orang tak faham, bayangkan kalau orang tu missed period 3 hari (17 DPO), tapi sebab GA kira berdasarkan 1st day of LMP, means GA dia dah 4 minggu 3 hari, tapi dia baru kahwin 2 minggu 3 hari yang lalu, kalau orang tak faham, mesti dah kena tuduh buat hubungan luar nikah.


So kalau pakai LMP, nak kira due date adalah dengan menggunakan 40 minggu pregnant. So kiralah dari 1st day of LMP sampai 40 minggu seterusnya. Hehe. Salah satu sebab guna LMP adalah sebab susah nek detect betul2 bila fertilization tu terjadi. Yang confirm adalah pada hari ovulation atau sehari setelah ovulation. Sebab ovum boleh bertahan 24 hours (1 day), dan sperma pulak boleh bertahan selama 72 hours (3 days). Tapi sekarang ada banyak cara lain nak detect GA. Salah satu pakai ultrasound (scan) dan doktor akan kira berdasarkan crown rump length (CRL), dan beberapa body parts yang lain. Boleh jugak palpate tinggi rahim. Pokoknya banyaklah cara sekarang. Zaman dah modern.


Okay lah, saya dah start pening-pening sebenarnya. Nak tulis panjang lagi, tapi takut tak larat. Apa2pun, semuanya kembali kepada rezeki daripada Allah. Kalau dah cuba semua method kat atas, ovulation day dah boleh detect tapi tak pregnant2 jugak, maybe boleh consult gynecology specialist, buat sperm count examination etc, sebab kalau perempuan semua dah normal, cycle regular, ovulation dapat detect, kena check kat laki2 pulak, maybe laki2 yang ada problem. Check quality & quantity of sperm :) I'm just sharing my little knowledge with those who want to read. Sebab ilmu yang ada harus ditambah, dipelihara & dijaga dan juga disampaikan untuk kebaikan orang lain. Semua yang baik datang dari Allah, dan semua yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri.


Wish me luck for my Magang in RSUD Karawang! Doakan saya tak mual & muntah dah..huhu..:)

15 wonderful voice(s):

khairi FMJ said...

kena bookmark ni for future reference..
x sabar nak jumpa yah n naqi's junior;p

Wazie Wahidah said...

eii panjang2 sy komen. hilang plak.

Rafahiah Haron said...

Krie : sila2..bookmark..hehe..xsabar nak tunggu turn krie pulak :)

Sis Wazie : alala, cian.. jadi apa la sy mau reply ni? :P

Wazie Wahidah said...

nanti besok sy komen balik. hahaha

Nur Muthmainnah said...

hehe..bru kakk fham apa tu ovulation n fertilization...slma ni kakak guna jadual dtg bulan di Hp..kakk x pham ada yg dia tnda merah,hijau..bmt high fertility..ovulation..yg kakk tau,tulis bl mula dtg bulan dan akhir..pastu tgk bila lg dtg bln..hehe rupnya utk org khwin pula..(^__^)

Rafahiah Haron said...

sis Wazie : hehehe..xpyhla ba..cian..nanti panas lagi kalo x terpublish. know that feeling..hehehe..

Kakak : hee tp before kawin ni lebih baik start awal2 buat menstrual calendar, so lepas kahwin senang tengok balik cycle regular atau tidak.tp tidak payahla buat yg ovulation semua tu (kecuali kalo mmg obvious kakak selalu dpt detect ovulation naturally)..hehe..buat jadual period ja pun cukup :D

Wazie Wahidah said...

iya betul tu kakak, bagus tu buat dari sekarang. senang la nanti tau suda cycle kita mcmana. hehe.

sy buat tu BBT. haha. masa sy beli termometer tu ramai2 kami jalan, nana pun ada skali. sy mau beli senyap2 tapi dorang dgn sy jak masa tu. hahaha malu betul tp hentam jak :D

mula2 buat, sampai stress2 jgk oo. kalau x jumpa hari ovulate. pastu stop buat. tp mmg bagusla, boleh tau bila mau period. hehe. pastu start ambil suhu balik masa cycle yg pregnant ni. tu pun start lepas sy agak2 suda ovulate sbb ada mucus tu. itupun suda CD24 tau. lewat kan. hehehe.

pastu suda sampai dpo berapa tu msh lg suhu tinggi. masa kita pg kundasang pun suhu tinggi tau. haha ;p

mcm kes fasha sandha bunting pelamin la tu org persoalkan kan. kesian dia. padahal kalau kita tau psl ovulation semua tu xla kita ckp bukan2 kan. isk3.

ada OPK online yg murah, yg mcm gmbr ko letak yg org buat upt dpo8-13 tu. hehe. sy dulu mau try jgk opk tp bila tgk di watson tu mahal. ada dua tester jak. x berbaloi. lagi2 cycle x regular.

so, kamu ni agak2 baby boy ka girl? haha. sebab ada tarikh2 yg diplan di kalendar tu kan ;p sy pernah tgk di chinese calendar yg predict gender berdasarkan umur & bulan conceive, sy boy. kamu girl. haha.

ko darah apa yah? sy belum tau sy ada hepB ka tidak ni sbb result sy xda plak aritu. kali ada tu kan sbb ko n amer ada. hehe. kita 3 jak yg x suntik kan. mcmana checkup baby? ok jgk? BP, Hb? berat ada naik ka? bnyak tnya kan.

ini sy copy dulu sebelum publish. nanti hilang lg :D

p/s: nasibaik sy copy. jadi lg blk td ms sy publish.

NanA said...

hehe.. gudluck magang kak yah! kwazi, ingat lg tu yg p cari2 thermometer tu, yg kwazi malu2 mo p bli tu kn. hehehe :P

Wazie Wahidah said...

nana, haha malu la tu. shhhhhh ;p

Rafahiah Haron said...

Sis wazie : sorry lmbt balas. hehe.sy lupa sudah apa yang sy tulis di post ni.hehehe:P tp malas mo baca balik. oh saya mcm pernah dgr tu yang chinese calender tu. Tp bukan kalo sy boy ka?hehe. tp xtau la dia predict berdasarkan apa. Kita tgk la nanti. Tp saya mau anak 1st boy. hehe..sebab saya selalu rasa mcm mau ada abang dan kakak. haha.

Darah sy O. Tp sy rasa wdh maybe xda hepB tu sbb saya buat assumption sendiri waktu kecik2 saya n amer x kena chicken pox time kamu semua terjangkit tu maybe sbb saya n amer ada hepB.haha.pandai2 jak. Tp sy x pernah kena chickenpox sampai skrg, amer pun kan? manatau kami immune dkt varicella virus tu :P

harap2 x kena la sampai bila2.

checkup baby ok ja hari tu. aktif betul dia gerak2. baby boy la tu kan.hehehe :P pastu doc ckp semua bagus, berat bdn naik sikit ja x sampai 1 kg tp saya mcm x peduli sgt ni sbb saya selalu muntah last month. at least ada la naik juga drpd turun kan.

Rafahiah Haron said...

Nana : thanks nana =)

Wazie Wahidah said...

nanti sy tulis di blog pasal baby boy dan girl aa. tungguuuuu ;p

Madu Warna Biru said...

tq sangat membantu blog ni.. kebetulan sebelah ovari ni sakit ingatkan knp rupanya nak ovulation.. sebab memang tengah waktu kesuburan.. sebab tatau saje google keluar blog ni.. tq babe :)

Anonymous said...

susah nak detect hamil bile kitaran haid x teratur.

Nur Ezqy said...

RM1/pcs strip ujian ovulation OPK (kesuburan)/pregnancy UPT (kehamilan).


blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

sms: 0122429082 (puan nor)
email: lovidoobidoo@gmail.com

Post a Comment