Wednesday, 22 August 2012

Aidilfitri 2012 :)

Kesian blog ni sepi sunyi sejak raya..

Biasalah waktu-waktu happy, blog pun ditinggalkan :)

Hari ni dah 4 Syawal, tapi mood beraya masih tinggi..perut ja yang tak berapa nak muat untuk makan hidangan openhouse yang banyak.

Gambar raya? Macam biasa, bawak camera tapi bukan rajin untuk bergambar pun. Nasib baik ada Izzaidah yang rajin tolong ambil2 gambar lepas disuruh.

Gambar banyak, tapi susahnya mau pilih gambar untuk di upload. Mau upload sikit-sikit ja tapi yang boleh menggambarkan banyak benda :) Akhirnya gambar yang dipilih adalah :

1. Sekeping gambar yang ada ramai orang terutama family
2. Gambar yang ada diri sendiri :P

Hari Pertama Cuti (Jumaat)
- Sempat pergi Bazaar Ramadhan.
- Solat terawih berjamaah di rumah dengan semua ahli keluarga :)

Hari Kedua Cuti (Sabtu)
- Ramadhan terakhir
- Sebelah malam buat persiapan untuk hari raya, bungkus ketupat daun palas, potong daging, etc.
- Tepat jam 11 malam, tiba-tiba blackout. Tapi 1 rumah ja. Rumah lain semua ada lampu. Panggil technician, dia cakap ada something yang rosak, tapi dia tiada benda tu untuk ganti, kena beli kat kedai. Tapi tengah malam kedai dah tutup. So kami berpanas dan bergelap sampai pagi. Malaysia ku yang panas. Tengah malam rasa nak tidur dalam kereta pasang air cond. Hehe.

Hari Raya Pertama (Ahad)
-Yang lelaki pergi sembahyang raya di masjid.
-Yang perempuan tidak ikut sebab masjid dan surau penuh.
-Tunggu orang datang baiki benda yang rosak tu, so lambat sikit dapat balik kampung.
-Hampir jam 12 tengah hari : Baru dapat balik kampung. Macam biasa, setiap kali raya kami akan balik kampung mak di Kg Kebayau, Telipok. Pergi ziarah kubur arwah nenek, datuk, pakcik, dan ahli keluarga yang dah pergi dahulu dijemput Ilahi. Berdoa untuk yang telah pergi.
- Lepas tu memulakan acara menziarahi rumah saudara-mara.
- Lebih kurang jam 4 petang, kami pun turun semula ke Tuaran, pergi open house rumah kawan-kawan mak pulak. 
- Perut kenyang :)

Hari Raya Kedua (Isnin)
-Macam biasa, my family akan buat openhouse pada hari raya kedua. Kerja kami tolong-tolong di dapur masak-masak.
- Then petang sikit baru ikut kakak pergi openhouse orang plak. Sedappp :))
- Malam kepenatan.

Hari Raya Ketiga (Selasa)
- Beraya lagi ---> Kenyanggg, alhamdulillah :))

Hari Raya Keempat (Rabu)
-Pagi pergi KK settle kan beberapa hal sebelum balik Bandung Sabtu ni.
-Malam ni sambung beraya di rumah orang lagi :)

Mak dan adik-adikku pada 1 Syawal

Kakak dan adik-adikku

My sis and brother in law

Langsir mak jahit tahun ni warna hijau


Kami satu tema dengan langsir

Walaupun terlari dari tema orang lain

Semua orang tema hitam/putih/kelabu/silver

Kami ja hijau..hihi..
Di rumah aunt Salina @ Kg Kebayau

Melawat mak long

Terus lompat ke gambar 2 Syawal

:)

Lepas open house, pergi open house orang
Makan aiskrim
Naqi's favorite!
Raya ke-3. Me & Mak

My family

My family lagi :)



Si gemuk-gemuk





Ok..gambar last.. kalau rajin lepas ni upload lagi.
Masih belum terlambat kan untuk ucap : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada ahli keluarga dan teman-teman yang jauh di mata :) Semoga Syawal tahun ini membawa keberkatan dan rahmat dari Allah s.wt. MAAF ZAHIR & BATIN..=)

Assalamualaikum w.b.t :)

6 wonderful voice(s):

adaibrahim said...

Selamat hari raya yah,
Maaf zahir & batin

Wah, dah nampak perut Yah (",)ngee

Hayatul Mohamed said...

weee, can see your tummy getting bigger :)) jage diri, kyah! rindu kyah n a.ki!

Rafahiah Haron said...

Ada : Selamat hari raya maaf zahir batin Ada :) Semoga Ada happy2 raya thn last kat bandung ni..xsampai 2 bln lg kita nak habis,yeay! :D

Adik : hihi..dah obvious eh perut kyah..dah terasa sikit beban nk membawa perut minggu ni..hehe..thanks Adik, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin, hope adik happy beraya di perantauan dgn kawan2..kenangan tu :) next year boleh kita beraya sama2 kat Kemaman :)

khairi FMJ said...

satu tema dgn langsir ya..haha, yah nmpk lain pakai tudung awning.. tp nmpk lbh matured la.haha..
btw..tak wish lagi..selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin..enjoy raya terakhir sebelum bergelar ibu:)..

p/s: buat open house tak taun ni?? saja ja buat2 tanya...hehehe:)

Dr. Mahyuddin said...

lawa la langsir yg mak yah jahit. cantikkk :)

Rafahiah Haron said...

Krie : Selamat Hari Raya Krie!! :) hihi..tudung tu cilok tudung mak saya, sy x de beli tudung raya pun, sbb tu tiba2 pakai yg ada awning. Tp rasa best plak pakai sbb tgl pakai je, senang..so skrg pegi hospital pun saya pakai tudung awning je.

Openhouse teringin sgt nak buat mcm last year..tp mcm xde masa sesuai :( tp nsb baik ada openhouse batch!nak mkn best2..hihi..jumpa nanti :)

Abg Din : hee mesti mak happy dengar lgsir kena puji..hobi mak mmg jahit langsir..:)

Post a Comment