Monday, 6 August 2012

Petang Isnin di Sumedang

Location : Our room in Rumah Sakit Bersalin Mitra Sumedang, Jawa Barat.
Time : 14 : 59
Date : 06 August 2012

Hmm..I have nothing to say pun, so hari ni tulis pendek je.

1. Internet kat rumah @Bandung dah dipotong. Huhuu..penat bersusah payah pertahankan walaupun duduk rumah cuma kadang-kadang je..sebulan cuma 4-5 hari kat rumah, tapi still bayar tiap bulan dalam RM130-RM160 untuk kekalkan connection sampai akhir Magang. Tapi baru-baru ni tak sempat nak bayar untuk last month, akhirnya dipotong..huhu..sedih..tapi takpelah. Cian Naqi daripada main game LOL jadi main Plant & Zombie je..hehe..oh, tapi walaupun dah dipotong, kami kena pergi bayar jugak k yang belum bayar tu. Hutang tetap hutang, bahaya kalau terbawa sampai mati. Huhu.

2. Bil elektrik pulak untuk 2 bulan terakhir ni cuma bayar dlm RM16.. maybe sebab tak duduk rumah sangat, so tak pakai banyak. Rezeki..Selalunya sebulan mesti lebih RM40.

3. Semalam baru check up baby lagi. Alhamdulillah semua ok. And it's a baby girl. Doctor yg check tu adalah our doctor kat UNPAD, dr. Tina Dewi, SpOG, dulu dia terkenal dengan kegarangannya sampai semalam before masuk tu kami takut jugak. Tapi bila masuk, dari awal sampai akhir dia tersangatlah baik. Explain panjang lebar dari awal sampai akhir. I love the way she explained everything to us. Saya kena suntik anti tetanus jugak, intramuscular. Tak sakit pun. Kat patient selalu buat, takkan kat diri sendiri takut kan,hehe..

4. Hari ni dah 17 Ramadhan, hari Nuzul Quran. Cepat jugak masa berlalu. So saya dah puasa 15 hari. Saya missed 2 hari sebab demam panas hari tu, takut ada effect kat baby so saya kena minum banyak-banyak air dan makanan sihat yang banyak anti-oxidant dan zat-zat lain. Takpelah nanti before start puasa enam bulan Syawal senang sikit nak ganti sebab 2 hari je, insyaAllah.

5. Baju raya baru hantar kat ibu depan rumah, hantar 2 pasang n jahit baju kurung besarkan sikit ja badan saya masih muat pakai baju besar-besar. Memang selalu pakai baju besar-besar pun. Cuma kain kena buat besar sikit. Dulu dah pernah jahit baju raya untuk tahun ni tapi tak dapat pakai sebab tak muat. Huhu. So kena jahit baru. Naqi pun dah jahit 1 baju melayu extra last year, tapi tertinggal kat Kemaman so jahit satu baju lagi tahun ni.

Hehe ini blog post yang tidak berfaedah untuk orang lain pun  tapi sorry sebab korang dah terbaca. As I said, I have nothing to share. Besok report presentation depan semua kakitangan Puskesmas, lepas tu kami terus naik lorry pindah ke Majalaya petang esok. Lepas tu balik Bandung, cuti beberapa hari dan sambung department seterusnya kat Majalaya next week. Lepas tu balik Bandung lagi untuk pack barang balik raya. Selain itu, kena berulang-alik imigresen Bandung jugak untuk urusan dokumen & passport sebelum imigresen cuti raya. Huhu harap semuanya dipermudahkan. Dah tak lama dah, 2 bulan je lagi untuk semua ini.

InsyaAllah Khamis depan balik Sabah, flight Jakarta-KK. Tak sabar. Hehe..

7 wonderful voice(s):

Wazie Wahidah said...

Baby girl! Mcmana nampak baby girl? Hehehe... Bestla nati boleh kasi pakai pink sama cantik2. Hehehe. Saya aritu nampak baju budak yg long sleeve cantik, terus terfikir, nanti anak saya mau suruh pakai tutup aurat dari kecil. Lupa pulak yang scan boy tu. Haha. Bolehla nanti kasi pakai dia gelang comel2 ni. Hihi..

Syazana R. said...

waa.. sepasang la ni anak kak yah & kwazi kan? satu lelaki, satu perempuan. tahniah, tahniah.hihi =)

Wazie Wahidah said...

Kami tunggu nana, manatau dapat kembar sepasang. Opss ;p

Syazana R. said...

hahaha, ammmiiiiinnnnnnn..... (eh, terpanjang pula) :D

HuiMay said...

:D hehe dah tau dari facebook baru baca post Yah kat sini. Congratulations lg Yah and Naqi :D semoga semua lancar..tinggal sikit je lagi! And best korang dapat cuti lama skit hehe

Unknown said...

COngratz Yah and Aki! Happy dapat berita semalam dari Ma. Mesti comel...kacukan Melayu+Kadazan gitew hehehe

Rafahiah Haron said...

Sis Wazie : Belum lg beli2 baju ni, baru survey2 jak. eh, ada la jg terbeli 4 pasang hari tu. hihi..tau baby girl sbb nmpk labia majora dan labia minora..:)

Nana : Thanks Nana,ba ready2 la lepas raya jgn nervous2..hehehe

Amy : hee awal kan kitorang balik, dah la masuk puskesmas pun lewat 3 hari. Nsb baik dpt jumpa Amy kat Sumedang, kalo tak, susah dah nk jumpa pasni :( hee thanks Amy!

A.Din : thanks abg din, hehe aminnn harap makbul doa abg din ckp baby comel..:D

Post a Comment