Hari ni 9 Zulhijjah, hari Arafah..mostly dalam rumah ni berpuasa sunat..except for me dan my "instant" anak-anak buah. Kerja saya adalah layan mereka mintak buat makanan, bergaduh, berebut main game, etc. This is my first experience melayan budak-budak yang ramai, sebab kat family saya di Sabah belum ada anak buah. (InsyaAllah minggu depan baru dapat anak buah pertama), so pening jugak lah mula2..sekarang pun pening jugak..hihi..tapi saya pun dah lama duduk berdua ja kat Bandung tu, so sekarang tak lah rasa sunyi sangat bila ada ramai budak-budak. Saya pun bukan la pandai layan budak-budak sangat..I'm in the process of learning:-)
Saya jadi watak baik, Naqi jadi watak garang. So budak-budak ni takut dengan Naqi. Apa Naqi cakap semua ikut. Saya plak jadi tempat mengadu nasib :p Kadang-kadang kalau saya tak tau nak menyebelahi siapa, saya panggil Naqi..hihi..habis cerita..
Kadang-kadang saya tak faham pun apa yang dorang mintak, sebab cakap bahasa terengganu versi budak-budak yang sebut tak berapa fasih. hehe. Orang dewasa cakap pun ada yang saya tak berapa faham lagi, but again, I'm in the learning process :-)
Tadi, 3 of them mintak roti canai telur. Memang dah ada kat bawah tudung saji. Yang sorang nak makan dengan kuah kari, yang sorang nak makan dengan gula, yang sorang nak makan dengan kuah kari + gula. Saya pun bagi-bagi ikut permintaan masing-masing. Yang sorang makan habis, yang sorang lagi mintak tambah gula beberapa kali. Rupanya dia makan gula ja tak makan roti. @_@
Lepas tu tiga yang lain pulak berebut nak makan Maggi. Yang sorang pandai masak Maggi sendiri, so dia masak sendiri Maggi Ayam atas dapur. Lepas tu datang seorang anak buah lagi nak mintak Maggi Ayam jugak. So yang pandai masak Maggi tolong masakkan. Tak lama lepas tu, datang seorang lagi nangis-nangis sebab baru lepas berebut PSP dengan anak buah yang lain. Pujuk dengan makan Maggi. Tapi dia nak dimasakkan Maggi Ayam yang baru. Saya pun pergi la cari Maggi Ayam tapi dah habis, tinggal Maggi Asam Laksa. Pujuk dia makan Maggi Asam Laksa tapi tak nak. Nak tambah telur pun tak nak. He said, "nak Maggi Ayam jugak, ataupun Maggi Kari, tapi tak nak Asam Laksa". Hoho..dekat rak makanan ada 3 bungkus besar Maggi tapi semua Asam Laksa. Last-last dia nampak kotak Teh Lipton dalam rak makanan yang saya tengah bukak, terus bertukar fikiran, "Nak air teh susu la". Saya pun menarik nafas lega....:P
Then, seorang lagi anak buah datang, "Cik Yah, nak Ice blended". Saya pun cakap "Ok, jap ehhh..nanti cik yah buat". Saya cuci pinggan jap, pastu bila dah settle, saya lupa pasal Ice blended..terus masuk bilik jap. Pastu tak lama, he came to me again"Cik Yah, nak Ice blended".. baru teringat balik..kesian dia..hehe..sorry I totally forgot..I asked him, "T (bukan nama sebenar) nak ice blended apa? Milo?"..pastu dia jawab.."Nak yang ada tabur-tabur serbuk kat atas, air dia warna koko jugak tapi bukan Milo"..Wah, ice blended ape ek..bisikku dalam hati. Pegi tanya Naqi jap, air apa tu..chocolate ke. Naqi pun tak tau. Last-last baru saya teringat sampai sekarang pun saya tak buatkan lagi ice blended tu..heee..sorryy..nanti kalau dia mintak lagi, saya buat betul2.. :-)
Alamak tiba-tiba hujan lebat. Stop la online dulu. Saya tak tau nak update apa so saya cerita la aktiviti saya di sini..hihi..Rasa macam tak pernah lagi blog about My life in Kemaman. Nanti kalau rajin saya ambil gambar bandar Kemaman pulak k.. :-)