Tuesday, 4 December 2012

Pengalaman bersalin anak pertama : teori vs tengok orang vs pengalaman sendiri

Assalamualaikum,

Hari ni dah masuk hari ke-7 saya bersalin. Actually hari ke-8 tapi sebab baby lahir pada jam 9.20pm, so malam nanti la baru masuk hari ke-8. hehe. Nak jugak kan. Nurse pun pening bila dia tanya, hari ni hari ke.7 kan? Pastu saya jawab, "belum lagi, malam nanti baru masuk 7 hari". Pastu dia jawab, "Mane2 la". Malas nak layan la tu. hihi. Ok la pasni saya jawab ikut tarikh lahir, bukan ikut waktu lahir.

Sekarang masih dalam tempoh berpantang, tapi baby tengah tidur. Tadi dah pump susu in case baby bangun. Sementara tunggu ada "supply" baru, saya tulis blog dulu. I want to share my experience melahirkan anak pertama ni, before terlupa. So many things happened lepas baby lahir ni. There's much more to learn.

Hari Selasa lepas (27 November 2012), lepas rasa contraction yang tak berapa nak sakit tu (refer to my previous post), my husband kejutkan ma (my mom in law) just untuk bagitahu yang dah start ada contraction, tapi tak berniat nak pergi KMC (Kuantan Medical Center) lagi. Ingat jam 12 macam tu baru nak bertolak. Tapi, lepas bagitau, ma tanya berapa kali, Naqi jawab 10 minit sekali. Then ma terus suruh bersiap-siap and pergi Kuantan. So kami pun bersiap-siap la. Tunggu masuk waktu Subuh jam 5.40am, tepat jam 6.00am tu kami keluar dari pagar rumah.

Dalam kereta, contraction dah jadi makin kerap, 7 minit sekali. Tapi rasa sakit masih sama dengan yang tadi. Macam senggugut yang tak berapa sakit. Kadang-kadang sakit jugak tapi lepas buat teknik pernafasan yang hypnobirth ajar tu, dapat la tahan. Lagipun, sebelum ni memang biasa senggugut teruk, so sakit yang ni masih boleh tahan.

Sepanjang perjalanan tu ada banyak benda aneh kat tengah jalan. Mula-mula ada ramai-ramai orang dalam gelap tengah buat apa entah, macam banyak kereta stop kat tepi jalan, saya pun tak berapa ingat. Lagi, banyak driver aneh (according to my husband la). Pastu tengah jalan, ada sorang makcik tua bongkok tahan kereta. Dah la hari masih gelap, entah apa makcik tua tu buat tahan kereta tengah-tengah gelap macam tu. Kami kejar masa waktu tu, sebab takut bukaan dah banyak kan. So tak berhenti la.

Kami sampai KMC dalam jam 6.55am. Daftar, naik atas, masuk labor room, pasang CTG. Lepas tu buat VE. Menurut CTG, contraction tiap 6-7minit, kekuatan paling kuat 70%. Nurse tu check VE, agak sakit jugak dia buat. Dan lama. Tahan ja la kan. Hehe. Saya cuma terfikir patients yang saya pernah buat VE ja waktu tu. Bila fikir macam tu, tak la rasa nak bising-bising kata sakit etc. Lepas nurse tu keluarkan tangan dia, saya tanya dah berapa cm, dia jawab "3 cm".

Saya happy jugak sebab dah 3 cm, lepas dia buat VE baru la start keluar bloody show. Sebelum ni tak ada lagi. Saya tanya nurse boleh keluar makan dulu tak, sebab saya lapar tak makan apa2 lagi. Malam tadi pun kebetulan saya skip dinner. Huhu, menyesal pun ada. So saya, husband, and MIL pun turun bawah, pergi Restoran Alif. Saya makan roti canai, telur rebus sebiji dan teh tarik. Tak tahu lah cukup atau tak tapi tak makan banyak-banyak takut muntah. Tapi sebab ada bawak bekalan kurma dan minyak kelapa dara dan air zam zam in case saya rasa hypoglycemic dan tak cukup tenaga, so saya tak kisah sangat tak makan banyak.

Lepas makan, saya jalan-jalan jap dalam labor room. And isi-isi borang sementara tunggu bilik wad disiapkan. Saya dapat bilik no 222. Jam 9am masuk wad. Tengok tv sementara tunggu doktor datang check. Saya ingat lagi waktu tu saya bukak MHI. Ally Iskandar dan Fetri Yahya. Tengok tv sambil tahan sakit contraction. Hehe. Waktu tu dah makin kerap, dalam 4-5 minit sekali. Tapi tak sakit sangat lagi.

Sakit dia betul-betul rasa macam sakit waktu saya senggugut. Tapi saya rasa waktu saya senggugut lagi sakit sebab senggugut tu tak ada gap. Senggugut sakit continuously, kalau hilang sikit rasa sakit dia, masih ada rasa sakit sikit-sikit. Kalau senggugut, saya memang tak boleh buat apa, confirm ambil MC. Kalau kat sekolah, KTT atau Universiti dulu, tiap bulan mesti saya ambil MC untuk senggugut. Sebab tu ubat banyak berlonggok dalam simpanan tak pakai.

Kalau sakit contraction beranak tu, sakit dia ada gap. Bila contraction stop, sakit totally hilang. Boleh gelak-gelak lagi waktu tu. Ini pengalaman saya laa, saya tak tau orang lain macam mana :-)

Dalam jam 10am, doktor datang. Dia check bukaan, dah 4 cm. Dah masuk active phase la kiranya. Dia suruh saya pergi labour room sekarang, masukkan air and induce pitocin. Saya terkejut jugak, sebab saya tak bajet langsung dia akan suruh induce walaupun saya rasa tak ada masalah bukaan lambat or apa. Kalau selalu kan, induce if bukaan tak progress lama. Saya macam dalam dilema waktu tu. Saya cakap la kat doktor nak minta excuse, hehe. "Doktor, boleh tak kalau saya tak nak induce?" Saya memang plan nak natural/gentle birth. Kecuali kalau ada masalah. Doktor macam tak setuju sangat saya tak nak induce, dia jawab "Hmm, tak nak induce, lama lah awak nak tahan sakit, tak tau bila bersalin nanti". Saya cakap takpe. (Waktu tu saya rasa macam sedang menjadi seorang patient yang menyusahkan pun ada). Doktor terus pergi meneruskan kerja-kerja beliau yang lain yang banyak.

Waktu tu saya dalam dilema, dalam kepala saya waktu tu saya tak kisah pun tunggu lama untuk bukaan 10 cm, tapi saya takut kalau lama sangat, kesian kat doktor nak tunggu lama. I understand macam mana perasaan nak tunggu patient bukaan lengkap. And saya kesian kat ma and husband jugak sebab akan tunggu lama yang tak pasti sampai bila.

Selain itu, doktor offer epidural atau any pain killer lain kalau saya tak tahan sakit. Waktu tu memang saya masih boleh tahan sakit, so saya tak ambil.

Waktu bukaan 4cm tu, jam10am. Theoretically, untuk ibu yang pertama kali melahirkan, bukaan akan progress sebanyak 1cm dalam 1 jam, so saya and Naqi bajet-bajet bukaan lengkap pada jam 3pm. Hehe. Perasan betul.

Jam 1pm nurse masuk hantar makanan untuk lunch. Makanan dia sedap, saya berselera la nak makan. Tapi, tiap kali makan, rasa contraction. Terus jadi hilang selera nak makan. Contraction dah semakin kerap and sakit. Tak terasa pun waktu berlalu waktu tu. Sambil tunggu nurse datang check bukaan, kami tengok sinetron kat TV3. Tak ingat tajuk apa, Aliya? Typical story, anak tertuka-tukar. Dalam satu episode dah boleh tahu cerita episode sebelum-sebelumnya

Tunggu punya tunggu sampai pun jam 3pm. Tapi nurse belum datang, tengah tukar shift. Dalam lebih kurang jam 3.30pm ada sorang nurse ni datang. Dia shift baru, dia check bukaan, kecewanya rasa hati bila baru 5cm. Huhu. Only 1cm in 5 hours! Saya and Naqi tergelak jugak sebab tadi bukan main yakin lagi yang jam 3pm akan bukaan lengkap.

Tapi nurse tu kata portio dah menipis so kemungkinan bila-bila ja boleh lengkap. Dia bajet saya akan beranak lebih cepat dari sorang lagi patient yang dia tengah jaga yang dah bukaan 8cm sekarang. So dia suruh saya pindah ke labour room. Alhamdulillah saya dapat labour room yang betul-betul bersebelahan dengan bilik wad no 222 tu. So tak perlu jalan jauh-jauh. Naqi nak ulang-alik ambil barang pun senang

Dalam labour room, tukar baju untuk beranak, lepas tu baring, pasang CTG untuk monitor contraction dan pasang alat untuk monitor heart rate baby. Waktu ni contraction dah makin kuat, dan sangat kerap. Macam senggugut yang teruk tu. Saya tak menjerit lagi sebab kesian kat nurse tu nanti dia stress. So tahan sakit sambil tutup mata ja la macam selalu buat waktu senggugut tu.

Pastu nurse asyik cakap kenapa tak nak induce, kalau tak dah bersalin dah sekarang. Dah boleh relax. Saya senyum ja la. Dah terlambat pun, tapi saya masih boleh tahan lagi. Sampai jam 6pm, doktor datang. Dia buat VE lagi sekali, dah bukaan 7-8cm. Tanpa bertanya, dia pecahkan ketuban. Ikutkan hati, saya tak nak pun pecahkan ketubah, I want everything to happen naturally as long as my baby punya condition masih ok. Tapi dah terpecahkan, takpe lah. Lagipun saya tak nak jugak doktor kata saya banyak demand. huuhu.

Lepas pecahkan ketuban, waaa contraction rasa semakin sakit. Tapi Naqi keep reminding me to take a deep breath. Bukan 1 breath tapi banyak kali sebab lama jugak contraction tu, nafas saya plak bukan panjang sangat. Mula-mula boleh la buat nafas panjang, bila dah banyak sangat contraction, lama-lama jadi pendek. Waktu tu kepala baby memang rasa turun bawah dan rasa nak terkeluar pun ada. So inilah masa yang selalunya ibu-ibu kat hospital dulu tak tahan nak meneran tu. Now I understand how it feels. Tapi, berusaha jugak untuk tak teran, berat jugak sebab baby berat kot? hehe entahlah. Sebab takut nanti bengkak, so berusaha jugak tak nak teran. Waktu ni baru terasa betapa penantian itu suatu penyiksaan. Nak tunggu 10cm untuk boleh start meneran.

Oh saya lupa nak cakap, actually dari pagi tu saya mengantuk sebab dari malam tadi tak cukup tidur. Becoz contraction tu start rasa waktu saya tidur. So asyik terbangun tapi tak bangun sampai lah pagi. So selama kat wad tu saya beberapa kali tertidur sebab mengantuk dan tak cukup calorie kot? Saya minum virgin coconnut oil untuk bagi tenaga tapi buat rasa nak muntah pulak, sebab benda tu minyak kan, macam tak hadam betul kat dalam perut.

Waktu kat labour room tu saya asyik tanya nurse boleh tidur tak. Mata saya memang dah susah nak bukak sebab ngantuk plus no energy. Saya lapar sangat waktu tu. Saya cuma terjaga waktu contraction. And tiap beberapa minit kena minum air untuk elakkan saya dari tak bertenaga. Tapi masih tak bertenaga. Waktu tu saya menyesal sebab skip makan, siap sempat fikir lagi untuk next pregnancy, tak nak skip makan waktu dekat due date :P

Nurse tu asyik puji kata saya bagus sebab jarang orang 1st delivery boleh tahan sakit waktu dah bukaan 7-8cm ni. Padahal saya bukannya tak nak jerit or mengeluh, tapi saya diam sebab saya tengah save energy untuk meneran nanti. Sekarang pun saya rasa lapar dan tak bertenaga semacam, apa lagi nanti waktu nak meneran. Menyesal sangat waktu tu sebab tak makan banyak. Nasib baik ada bekalan air zam zam yang keep me hydrated. Thanks to Naqi sebab tolong bagi minum tiap kali saya mintak nak minum.

Nurse tu target saya akan bersalin jam 7.30pm. So saya pun berharap la jugak, sebab dari jam 6pm lepas doktor pecahkan ketuban, contraction 4x dalam 10 minit, dan tiap contraction tu lamanya nak tahan kepala baby dari terteran. Tersiksa jugak la. Bayangkan kalau betullah saya akan reach 10cm jam 7.30, means ada sebanyak 9 x 4 = 36 kali contraction. Tiap contraction 40saat. Sebanyak tu lah kena tarik nafas tapi tarik nafas pun saya dah tak ada energy.

Jam 7.30pm, nurse check bukaan dah 9cm, waktu tu sakit dah sangat kuat. Saya tak menjerit tapi saya banyak songeh. Bak kata nurse dan Naqi. Hehe. Macam-macam keluar dari fikiran saya waktu tu. Saya rasa nak jalan-jalan tak nak duduk atas katil supaya boleh hilangkan rasa nak meneran. Pastu saya tanya boleh tak nak duduk. Pastu saya tanya boleh tak nak induce sekarang? Judgment dah tak betul. Nurse tu cakap "Awak ni jangan buat saya nak tergelak, ikut je cakap nurse dan doktor sekarang. Sekarang judgement awak dah tak betul dah ni". Lepas tu saya cakap boleh tak nak mintak ubat tahan sakit. Jawapan untuk kesemua soalan saya adalah tak boleh. Hehe. Saya pun tau je waktu tu yang saya tak boleh, tapi entah kenapa saya still pegi tanya jugak.

Lepas tu nurse cakap sekarang cuma boleh sedut gas je untuk tahan sakit. Saya tanya confirm hilang sakit tak? Pastu dia jawab "Tak jugak". Bila dia jawab macam tu, saya terus cakap "oh tak payahlah"

Tunggu punya tunggu, bukaan lengkap waktu hampir jam 9pm, bila nurse check bukaan dah lengkap, saya saaaaaaangat lah happy sebab dah boleh meneran. Tapi nurse tak bagi meneran lagi, sebab bunyi jantung baby masih kedengaran sangat kuat dan normal. Dia kata kalau teran sekarang pun kepala baby belum betul2 kat bawah lagi, nanti penat nak meneran, better simpan tenaga. Waktu tu sangat rasa macam nak buang air besar. Tapi tahan jugak la dari meneran sebab betul jugak cakap nurse tu.

Tangan saya tiba-tiba kebas dan tak boleh bergerak waktu tu. Rasa macam oksigen tak sampai kat extremities, saya sempat suruh Naqi check capillary refill time. Haha. Macam ada function je :P Naqi pun check lah jugak, and dia cakap normal.

Sementara tunggu boleh meneran tu, saya beberapa kali tertidur. Sebab sangat ngantuk waktu tu. Waktu tu lah jugak saya dengar nurse tu borak-borak dengan Naqi pasal study kat Bandung la.. bla bla bla yang dalam hati saya fikir "waaa..janganlah borak pasal benda lain sekarang". Hehe stress tak :P Pastu nurse asyik puji-puji bila saya buat tarik nafas tu untuk lupakan sakit and nak elak meneran. Waktu tu dalam hati saya cakap "waaa tak payahla puji-puji, orang tengah sakit ni" =P

Dipendekkan cerita, doktor datang lebih kurang jam 9pm, (or lagi awal saya tak ingat). Doktor dan nurse asyik ulang-ulang pasal saya tak nak induce, kalau induce dah lama dah bersalin. Huhu. Sabar saja lah.. Saya senyum ja sebab dah tak larat nak dengar bebelan. Hehe.. Dah la tak ada tenaga + ngantuk, yang saya fikir nak keluarkan baby ja.

Disebabkan dah tak ada tenaga + mengantuk, saya sangat lah perlu berusaha untuk mencari tenaga untuk meneran. Mata saya betul-betul mamai waktu tu, bila dah boleh meneran, saya meneran jugak. Saya ingat lagi saya pernah tulis blog pasal tips meneran yang betul. Saya cuba buat macam yang saya tahu. Tapi tenaga saya tak cukup kuat dah untuk tarik nafas dan teran lama-lama. Huhu kecewa saya waktu tu. Macam biasalah kalau kepala baby tu dah nak terkeluar, nurse akan cakap "bagus Yah, teran lagi..baguss..sikit lagiii..sikit lagi..teran lagi..bagusss" bla bla bla macam yang saya selalu cakap kat patients time dorang beranak. Tapi saya tau, kadang-kadang bukan nampak macam nak keluar pun kepala baby tu, tapi tetap cakap "baguss..bagus"..hihi :P So saya pun tak nak percaya. Kecuali bila Naqi cakap baru saya percaya, saya dengar cakap Naqi ja waktu tu :P Boleh tak nak bias sikit..hihi :P

Sebab lama sangat meneran tapi kepala tak keluar jugak, doktor ambil gunting, terus saya segar balik. Saya cepat-cepat cakap kat doktor, "doktor, boleh tak saya tak nak gunting?" haha sempat lagi..Pastu doktor pun letak balik gunting tu, dia cakap "Ok, boleh, awak boleh ni tak gunting tapi awak kena teran kuat lagi". Tapi saya sendiri rasa contraction saya tak kuat. Sebab tak sakit pun waktu tu. I mean, sakit yang saya boleh tahan. Waktu meneran tu, saya rasa best, tak sakit, cuma yang tak best bila teran tak cukup nafas la..huhu..asyik putus-putus. Kesian baby.

Saya tak rasa pun saya angkat punggung, tapi ada certain time tu doktor kata jangan angkat punggung. Rupanya ada jugak terangkat..hihi..Waktu saya meneran sekuat hati tu, ada terjadi sedikit tear, pastu doktor terus ambil gunting, dan cakap "Sorry lah yer..doktor terpaksa gunting jugak". Saya pun pasrah je lah waktu tu. Dah memang saya meneran tak kuat. Waktu tu dalam kepala saya ingat nak tidur je. Huhu. Akhirnya lepas je doktor gunting sikit, saya teran sekali, terus keluar kepala dan seterusnya badan baby. Alhamdulillah, baby tu diletak atas perut saya..dalam hati saya cakap, eh besar jugak baby ni. Hehe waktu tu sangat happy, baby keluar terus menangis tapi putus-putus lagi, lepas buat suction baru dia menangis sekuat-kuatnya. Saya dah tak fikir apa dah waktu tu, lepas baby dibawa untuk dibersihkan n diazankan, saya terus tidur dengan bestnya. Sambil doktor keluarkan placenta dan jahit luka bekas tear dan gunting tadi. Saya tidur sampailah saya disuruh pindah balik ke wad di bilik sebelah.

Baby lahir tepat pada jam 9.20pm, spontaneous vaginal delivery, weight : 3.29kg, height : 51cm. Tarikh 27 November 2012. Alhamdulillah :-)

p/s : Waktu tengah tak ada tenaga utk tarik nafas tu, saya belajar satu benda baru, untuk lupakan sakit. Bolehla kalau siapa2 nak cuba. Baca zikir mengingati Allah tu, sepatah2 dan bayangkan ejaan dia sekali sambil baca..ejaan jawi la..rumi pun boleh kot..asalkan fokus. I found it easier to visualize than tarik nafas :-)

17 wonderful voice(s):

Nur Muthmainnah said...

Alhamdulillah..tahniah kak yah..:)

Wazie Wahidah said...

Restoran alif! Sy pernah makan situ. Hehe.

Kalau induce confirm ka akan jadi cepat? Tapi sakit dia memang terus sakit yg kuat kan. Macam lepas pecah ketuban tu, terus rasa mau meneran bah. Saya aritu sudala pecah ketuban awal. Ko suda 7cm baru pecah kan. Hehe.

Sy aritu nurse jak yang urus semua. Doktor cuma dtg jumpa saya sebelum dia pulang petang tu. Sama dia dtg time saya meneran, sambut baby then jahit. Tapi waktu ada doktor, meneran macam semangat sikit. Dia ada countdown 10-1. Semangat betul sy teran kuat2 time tu. Keluar jugak akhirnya :D

Tapi time boleh meneran, x rasa plak contraction tu sakit kan? Rasa frust lg bila contraction stop. Hehehe. Saya teda kena suruh tggu jantung baby bawah berapa tu plak, kena suruh teran terus. Saya rasa memang kuat sudah saya teran, tapi macam teda kesan pun mau kasi keluar baby. Hehe. Position time meneran tu ba tidak best. Huhu.

Waktu lepas pecah ketuban, satu bacaan pun sy x terbaca. Hihi. Saya dengar daffy jak baca :D saya iya2 jak. Mungkin sebab doktor gunting jugak baru baby saya keluar kali kan. Ngerinya bila ingat balik. Tapi nanti mau lagi tu kan :D

~zhdh~ said...

yah, zhdh gelak sorg2 baca post yah nie...zhdh dpt bygkan klu kita dok berdepan n yah cerita mesti kita gelak xhenti2... pngalaman yah, pengalaman..alhamdulillah urusan melahirkan yg pertama nie (:P) lancar dan dh selesai.... thank for sharing yah. jaga diri k. salam.

Faizura said...

Tahniah!!saya kwan sekolah time di skolah agama likas dulu..tp mesti kau x ingat sdh ni. Anyway tahniah!bestnya ada baby sdh. Tp seram pla baca ni. Hehe.

Rafahiah Haron said...

Kakak : Thanks kakak =)

Sis Wazie : Hehe mestilah pernah kan. Mcm itu ja tu restoran paling senang mau reach..dlm megamall tu semua fastfood kn..megamall tu sunyi ja time sy pegi hari tu..

Sama la. nurse jgk urus semua..doktor dtg waktu check bukaan, pecah ketuban, n lps bukaan lgkp yg boleh meneran tu jak.. tp sbb sy lama meneran kan, dia pun terikut lama jgk..hehe..

Susahhh betul mau fokus dkt breathing or benda lain oo sbb penat + ngntuk. Wdh x ngntuk ka? sudah la waaidah awal2 pagi kan..hehe..

Yaa, nnti mesti mau lagi tu, skrg mana ingt sudah tu sakit2 tu :P

Rafahiah Haron said...

Zahidah : tu la, pengalaman..ntah kenapa sepanjang masa tu sy teringt majalaya je..mungkin sbb byk obgyn kat situ. Thanks zahidah. Take care jgk :-)

Faizura : Saya rasa saya ingt..hehe..yg putih2 mata bulat kan? kita duduk sebaris kan waktu darjah6 di sui likas?

Wazie Wahidah said...

Xla ngantuk sampai xdpt fokus breathing. Sy x fokus sebab sakit sangat ja. Hehe. Sy rasa penat n ngantuk jgk tapi sy x dapat tidur. Mgkn sbb telampau penat. Entahla. Hehe. Pastu dlm bilik ekon pun sy berabisan berpeluh2 ni. Mlm tu kami stay lg semalam kan di wad. Pun blk2 sy terjaga, sebab rasa ada gerak2 di perut. Hehe. Takut ni. Selalu suka bila ada gerak2, tiba2 suda baby keluar ada lagi rasa gerak2. Mmg takut. Hahaha. Angin kali tu :p

Rafahiah Haron said...

hhaha..ada mgkn kembar satu lg tertinggal dlm perut :P SY pun xdpt tidur malam 1st tu, xtau kenapa. Sudah la lapar..lepas bersalin tu sy x makan jgk. Doktor ckp nanti dia suruh nurse hntr roti bakar + milo panas. Sy tunggu2 sampai pagi tiada ni, lapar time tu, sgt berharap ada nurse dtg tp xda. Ada dtg pun bg ubat jak. tpaksa sy makan kit kat before mkn ubat. isk2.

Hanim said...

No indication to induce your labour. Good for u for refusing. Maybe should go and deliver in a goverment hospital. Nanti Yah jadi HO mungkin lebih faham beza management private and gov hospitals. Congratulations on your 1st born.
-Hanim-Razwi-Radhi

Rafahiah Haron said...

Eh ada kak hanim :-) Thanks kak Hanim. Tu la kena cpt2 kerja ni, so boleh tau byk pasal tu. InsyaAllah bulan March kerja la ni.hehe.

mariatians said...

Yah!!! Lama x singgah blog ko. hehe congrats yah.... masa sy dulu induce jgk sbb baby IUGR (kalau x silap)... Anyway, alhamdulillah everything ok. Enjoy the motherhood moment! :)

Rafahiah Haron said...

Hai Pulai!! ee sorry lmbt balas ni komen. Saki ka induce pulai? sy mau dgr juga pglmn org kena induce..manatau kalo best boleh cuba next time.hehe..tp mcm sakit ja tu :( nway, thanks pulai, anak kita satu batch kan nanti?hihihi..

Anonymous said...

yup, ikut pada pesanan awak.. seriously mmg mujarab... masa tu doktor sentiasa suruh saya igatkan Allah, sambil doktor itu sendiri membaca sepotong surah pada sya. seriously sangat mujarab

Unknown said...

Pengalaman bersalin memang sakit, tapi ia juga memori yang paling indah, kan? ;)) selalu teringatkan saat bersalinkan bidadari kecil dulu2... :) ala manisss... ;)

http://bidadarikecilsayang.blogspot.com
http://ainyusuf.wordpress.com/

AZNIAL RAHMAT said...

PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

Clinic information:-

PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833

Diah Engku Superfood said...

salam
boleh tau bersalin d kmc dgn doc apa?

Anonymous said...

Great and I have a nifty give: How Many Houses Has Hometown Renovated remodel renovation

Post a Comment