Salam. Insyaallah lusa (Isnin) bermulalah hari pertama saya dan suami memulakan kerjaya sebagai seorang doktor di negara tercinta ini :p Hari tersebut (18 Mac) adalah hari pertama hari gaji kami mulai dikira. Tapi lima hari pertama tu, belum masuk hospital lagi, tapi kena ikut kursus induksi / Program Transformasi Minda di Hotel Mandarin Court, Kuala Lumpur.
Hari tu waktu dapat surat, saya cuak lebih sebab susu stock belum cukup, tapi Alhamdulillah berkat sokongan yang diberi oleh suami dan kakak, akhirnya saya dah dapat kumpul stock yang mencukupi untuk meninggalkan Yumna selama 5-6hari. Huhu kalau kursus tu dekat, or balik hari, mungkin tak perlu risau pun sebab malam boleh menyusukan Yumna. Tapi ni kena tinggal 5-6hari berturut-turut. Thanks to my dear husband sebab lepas kak Shahnaz nasihatkan kena pakai double pump, dia mengambil tindakan pantas membelikan Medela Freestyle..terharu ok..huhu..terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah yang mampu membalas jasamu :)
Sebelum ni saya pakai Avent Single Electric, saya rasa ok ja tapi untuk menyimpan stock yang banyak dalam masa yang singkat, Medela ni memang sangat membantu. Semalam hari 1st saya pakai, buat cuma dua pumping session, dah dapat 12.5 oz.. Tadi saya baru buat 2 session lagi, setiap sesi 10 minit, saya dapat kumpul 8 oz.. Alhamdulillah. Di samping Yumna direct breasfeed. Kalau sebelum ni, nak dapat 8 oz tu kena bersusah payah jugak.
Sekarang Yumna dah 6.6kg |
Semoga anak mama & papa jadi anak yang solehah, dan berjaya dunia & akhirat :) |
Medela Freestyle : it helps me a lot! Boleh lah pakai untuk anak-anak seterusnya..hehe..InsyaAllah :) |
Semoga saya dapat menyusukan Yumna secara ekslusif sampai bulan ke 6, dan menyusukan Yumna sampai 2 tahun. Nasib baik ada sharing pengalaman jugak dengan senior-senior waktu kat Bandung dulu. I remember kat Bandung dulu kami diajar sejak tahun kedua buat degree, yang anak-anak baru lahir perlu disusukan secara ekslusif selama 6 bulan. Kami pun selalu buat presentation depan para ibu-ibu untuk buat exclusive breastfeeding, walaupun kami tak ada pengalaman. Sekarang laa masa nak apply :) Rasa macam ralat jugak sebab waktu presentation dulu, mostly kami menjawab soalan/masalah ibu2 tu secara teori semata-mata. Huhu..rupanya masih banyak yang kami sendiri perlu belajar. Teori memang senang, tapi dari segi spiritual pun penting, untuk motivate orang. Sekarang baru saya faham :)
We'll be missing you our sweetheart, mama & papa pergi kursus dulu k :) |
2 wonderful voice(s):
Yumna good girl, mesti ok jak dia tu. insyaAllah. Jgn skip pumping, hehehe... Bestnya ada medela fs, sy cerita sama daffy, dia ingat sy pun mau. Suruh sy beli laaa lg. haha. Pdhl sy excited ja cerita kn. kalau beli pun mcm syg, sy mls pump :D kalau kerja tu lain la. hehehe..
yumna sangat cantik.... ahhaha tiba2 kan..
Post a Comment