Selamat Hari Raya untuk semua umat Islam :)
Hari ni supposedly I have to go to KKN activities kat kampung. Tapi saya tak pegi sbb saya nak pegi makan2 kat Puri Alpina malam ni. Nak makan sup tulang lagi..:)
Dalam sebulan ni, saya rasa dah 3 kali orang2 besar datang melawat pelajar kat Bandung ni. Saya suka sebab boleh makan best2 kat hotel.hihi. Walaupun saya makan sikit je, tapi yang penting dapat makan sesuatu yang lain daripada yang kat kedai2 sekitar jatinangor ni.
Hujung bulan Oktober yang lepas, Datu Shabery Cheek ( Menteri Belia dan Sukan) datang Jatinangor bersama rakan2 yang juga ahli2 DUN dari beberapa negeri, melawat pelajar kat Bandung. Untuk program Rakan Muda. Yang ni saya ponteng KKN jugak n join makan lunch kat hotel tempat program tu dibuat. Hari ni jugak 1st time jumpa abah naqi. Hehe selingan je :p
Lepas tu last week, bertempat di Hotel Hilton, Bandung, ponteng KKN jugak sebab nak join dinner dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri Malaysia). Thanx to Rozi sebab ajak jadi AJK hadiah, walaupun kerja saya sgtlah sikit kalau nak dibandingkan dgn yang lain, nisbah 1:100 kot. Saya happy sebab dapat ponteng KKN.hihi. And malam tu, saya n kwn2 saya dapat makan best2, n menang cabutan bertuah. Tapi tak sehebat orang yang dapat tiket kapal terbang free lah.huhu. Gambar dengan Tan Sri kat camera kawan, so tak dapat upload lagi.
Lepas tu semalam dan hari ni, kami pelajar2 kat UNPAD Bandung, ditemani oleh Bekas MB Perlis, Dato Seri Shahidan Kassim, dan bekas mufti Perlis, Dr.Mohd Asri Zainul Abidin untuk sama2 sambut Hari Raya Haji kat sini. First time dapat dengar ceramah Ustaz Asri secara live, sebelum ni tengok video je. Pagi tadi sembahyang raya sama2 kat laman masjid fakulti Kedokteran UNPAD. Lepas tu dengar khutbah dari Ustaz Asri, and dapat duit raya Rp100,000 seorang dari Dato Seri Shahidan Kassim. Hehehe. Tak pasal2 dapat duit raya, banyak pulak tu.
Dorang baik sangat, datang untuk menggembirakan pelajar2 Malaysia di perantauan yang tak dapat balik raya. Tapi, meninggalkan keluarga pada hari yang bahagia macam ni. Pengorbanan kan:)
Kadang-kadang saya kesian tengok orang yang famous macam Dr Asri. Berkhutbah pun orang nak amek gambar dan video. Sebenarnya tadi saya rasa annoying bila tengok ramai sangat orang yang capture gambar, waktu orang tengah solat, waktu tengah dengar khutbah. Datang dekat2 dengan camera besar untuk amek video setiap orang yang mendengar khutbah. Huhu don't they think they are disturbing our concentration untuk mendengar sesuatu yang baik? Semalam waktu kat masjid, waktu ucapan dari Dato Seri dan Dr Asri, dari sana sini ada camera flash. Tak kurang juga pendengar2 ceramah yang busy amek2 gambar sesama sendiri. Entahla saya cuma merasakan itu adalah satu perbuatan yang inappropriate. Dalam masjid ok. Rumah Allah. Kalau pun nak ambil gambar kenang-kenangan, sekali dua kali capture dah cukup kot. Satu rakaman video yang letak statik kat satu tempat pun cukup kot. Takde lah ganggu concentration orang dengar ceramah. Tak tahu lah kalau orang lain tak terganggu. My eyes ada silau problem, saya sgt terganggu, tapi tak bermaksud saya selfish kan. Kalau pun saya tak ada masalah silau, mungkin saya tetap tak boleh concentrate.
Ok lah saya tak nak cerita panjang2 pasal tu, relax2.hehe. Pagi tadi, lepas sembahyang raya, me and budak2 Pedca bertolak ke Alpina, nak tengok orang sembelih lembu and kambing. Ini first time saya dapat tengok. Selama ni, saya cuma dapat tengok lembu2 yang bakal dikorban je, tapi part sembelih tak dapat tengok, tiba2 dah sampai ke part melapah2.huhu. Jadi hari ni berbekalkan semangat waja, kami pun rebut tempat depan2 untuk tengok pengorbanan 4 ekor lembu dan 13 ekor kambing. hehehe. Dapat tengok hampir semua. Disembelih oleh pelajar2 4th year lelaki, iaitu from my batch. Ok lah tak nak cerita panjang2, jom tengok gambar2 tadi.
yang berbaju merah : Dato' Seri Shahidan Kassim.
Yang gadis bertudung itu Zahidah.heheh.
yang ini gambar naqi sedang menyembelih kambing. first timer.
lagi satu..
lembu yang terkorban..
Malam ni, kalau rajin, dan kalau tak hujan, nak pegi makan2 daging korban pagi tadi kat Alpina. Best2. Tapi perut saya bukan muat pun makan banyak2 sekaligus.huhu.
Sekali lagi, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA untuk semua umat Islam yang menyambutnya. Semoga apa jua pengorbanan yang baik yang kita lakukan akan mendapat ganjaran yang baik dari Allah s.w.t. Amin :)
Sekali lagi, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA untuk semua umat Islam yang menyambutnya. Semoga apa jua pengorbanan yang baik yang kita lakukan akan mendapat ganjaran yang baik dari Allah s.w.t. Amin :)
0 wonderful voice(s):
Post a Comment