Saturday, 28 November 2009

Think positive :)

Suatu hari saya bangun dan menyedari bahawa saya hampir terlambat. Saya harus sampai di lapangan terbang untuk mengejar penerbangan. Saya memandu dengan kecepatan 70-80 mil per jam menuju ke KL International. Saya berlari ke kaunter check-in dan mengatakan kepada petugas kaunter bahawa saya nyaris terlambat : "Cepat, saya harus mengejar penerbangan ke Kota Kinabalu. Pintu nombor berapa?"

"Anda keluar dari terminal D. Anda hanya ada waktu 15 minit" katanya. "Saya rasa anda tak akan sempat mengejarnya"

Saya tidak akan sempat mengejarnya jika bercakap dengan awak, jadi tolong berikan tiket saya!

Saya mempunyai pilihan tentang bagaimana saya akan bertindak pada situasi ini. Kita semua mempunyai pilihan tentang bagaimana kita bertindak pada setiap situasi dalam kehidupan kita. Kadang-kadang orang mengatakan bahawa kita tidak dapat melakukan kerana tidak melihat diri kita sendiri dapat mencapainya. Namun, keajaiban perkataan triumph (kemenangan) terletak pada suku kata pertama. Kita memang harus try (mencuba).

Sejurus mendapat tiket, saya terus berlari. Saya melewati pintu pemeriksaan. Di KLIA, ada kereta yang boleh kita naiki untuk sampai ke terminal. Saya berlari dengan begitu cepat sehingga saya tidak perlu naik kereta itu. Saya tidak hanya berlari, saya juga berkata kepada diri sendiri. Saya harus pergi, saya tidak boleh ketinggalan pesawat. Saya mesti sampai di sana. Saya terus bergerak.Saya menaiki tangga berjalan dan tidak berhenti berlari. Saya telah bersusah payah, saya hampir berhasil.

Ketika ahirnya saya sampai di pintu berlepas, saya melihat kapal terbang masih berada di sana. Seorang staff penerbangan masih berdiri di dekat pintu tersebut.

"Maaf cik" kata saya. "Saya sudah berlari-lari sepanjang jalan dari kaunter tiket. Saya tidak ketinggalan,kan?"

"Kami baru saja menerima informasi, penerbangan akan ditunda dua jam"

Saya menatapnya dan berkata, "Okay, saya positif dan pro-aktif"

Dia berkata, "Saya tidak peduli awak menyebut diri awak apa, yang jelas, kita tidak akan berlepas sehingga dua jam"

Ketika melangkah pergi, saya melihat seorang penumpang lelaki lain datang dari belakang saya dan mendekati kaunter. Dia kelihatan seperti seorang eksekutif berjawatan tinggi. Dia berkata "Maaf cik, apakah penerbangan berlepas tepat pada masanya?" Wanita itu memberitahu bahawa mereka sedang mengalami gangguan mesin dan penerbangan hanya akan berlepas dua jam lagi.

Lelaki itu marah. "Gangguan mesin!! Apa awak tak kenal siapa saya? Saya sudah terbang berjuta batu. Saya kenal sangat dengan CEO anda. Saya ingin bercakap dengan supervisor anda sekarang juga!"

Seorang supervisor dengan kot kemas berwarna merah muncul. Lelaki itu beradu mulut dengannya selama tiga puluh minit.

Menurut perkiraan anda, pukul berapa kapal terbang berlepas?

Dua jam lagi.

Saya jamin, tidak ada seorang pun yang mahu duduk di dekatnya.

Sahabat seperjalanan ini sebetulnya mempunyai pilihan yang lain. Dia boleh sahaja menerima penundaan itu dan menggunakan waktunya dengan baik.

Perbezaan sikap kami hari itu ialah tingkah laku kami. Saya tidak tahu apa akibat yang harus ditanggung eksekutif itu akibat kemarahannya, namun yang pasti saya tahu bahawa dia tidak menyelesaikan halnya dengan positif, kerana dia membiarkan keadaan sekitarnya mengendalikan sikapnya.

Saya memikirkan hal-hal positif yang dapat saya lakukan. Bagaimana saya dapat mengubah situati itu?Saya pergi dan makan - sandwich ayam bakar dan orange juice. Saya pergi ke kedai buku dan membeli sebuah buku, Enthusiasm Makes the Difference karya Norman Vincent Peale. Membaca satu bab selama satu jam di lapangan terbang itu. Kemudian saya melakukan sesuatu yang istimewa. Saya percaya bahawa setiap kali saya menahan diri terhadap sesuatu yang tidak nyaman, saya selalu tertanya-tanya dalam hati mencari sesuatu yang sederhana yang dapat saya lakukan untuk membawa kegembiraan dalam hidup saya. Saya suka popcorn.Saya pergi dan membeli sebungkus popcorn.

Kemudian saya juga melakukan sesuatu yang jauh lebih istimewa. Saya menelefon ibu saya. Setelah bercakap selama lima belas minit, saya sudah lupa tentang penerbangan yang terlambat itu. Bahkan hal itu tak menjadi masalah.

Jika anda dapat membayangkan ketika saya kembali ke pintu berlepas, saya tersenyum dan bernyanyi-nyanyi kecil. Saya sudah makan, membaca bab satu buku yang sangat bagus, menikmati popcorn, dan berborak dengan ibu saya. Ketika saya kembali ke pintu terminal, saya melihat para penumpang sedang menunggu penerbangan, dan beberapa dari mereka kelihatan "beracun". Saya sungguh percaya bahawa jika sikap yang beracun itu menular, selang beberapa saat, mungkin akan mempengaruhi sikap saya.

Saya melihat sekeliling, memilih tempat duduk, dan dekat dengan seorang lelaki. Saya duduk di sana sambil menikmati popcorn, memikirkan urusan saya sendiri. Lelaki yang duduk di sebelah memandang saya dan berkata, "Mengapa awak begitu bahagia?Apakah awak tidak tahu kita sudah menunggu di sini selama satu setengah jam? Kita perlu menunggu setengah jam lagi untuk berlepas"

Saya menjawab "Saya mempunyai pilihan dan saya memilih untuk bersikap positif"

Dia bertanya "Positif terhadap apa?"

Saya memandangnya dan berkata, "Izinkan saya memberikan awak 3 alasan. Penerbangan ini ditunda kerana ada masalah pada kapal terbang, keadaan cuaca, atau masalah juruterbangnya. Sekiranya ketiga senario ini benar, saya selesa duduk di sini dan bercerita dengan awak. Lebih baik saya berada di sini dan berharap dapat sampai ke tujuan daripada saya sampai di tujuan tapi berharap masih di sini"

Dia memandang saya, tersenyum dan berkata " Awak betul. Kalau begitu, awak tak keberatan kalau popcorn itu kita makan bersama-sama?"

*********

Apakah yang akan anda ambil? Sikap positif atau negatif? Pilihan itu kelihatan sangat sederhana,kan? Masalahnya, kita sering lupa bahawa kita mempunyai pilihan. Itulah salah satu kunci utama untuk membuka pintu kejayaan. Dalam hidup - latih kekuatan kita untuk memilih sikap dan pendekatan anda terhadap dugaan hidup. Baik secara sedar atau pun tidak, kita menentukan pilihan dalam seluruh hidup kita. Kita memilih bila kita bangun tidur, apa yang kita pakai, apa yang kita makan, ke mana kita akan pergi, dan bila kita akan pulang. Kebanyakan dari sikap sederhana ini kita ambil secara tidak sedar.

Kita seharusnya memilih sikap secara bijaksana kerana sikap menentukan bagaimana kita bertindak terhadap pelbagai rintangan yang akan kita hadapi. Pahit atau manis?Itu adalah pilihan kita! :)

P/s : Attitude is Everything by Keith Harrel

7 wonderful voice(s):

aZwaN mUsLiM said...

salam...

haha, thanks for sharing da post, ingtkn ni from ur experience

:)

Rafahiah Haron said...

hihi. your welcome :) ni taip sendiri dari buku tu coz i find it very interesting. Translated from Attitude is Everything by Keith Harrel. Semoga memberi motivasi dan inspirasi (^_^)

adilla said...

salam yah...

first time nak komen..

thanx for sharing;)

positive2..everything is becoz of Allah
(-_-)

Nadia Nazifah said...

wah wah yah translate?

i found it interesting too ;)

ps: smgt taip kan? :D

Anonymous said...

wahh.. sungguh berkesan entry nih. ingatkan pengalaman Yah. mmg sungguh kagum.. tapi mmg betul, kalau dalam keadaan tadi, mmg lebih daripada 90% penumpang akan berasa marah+tensen+benci dan mcm2 lagi kan? sikap yg ditonjolkan penulis mmg bukan mudah.. tapi, insyaAllah kite boleh berusaha.. :)

kak ida

Rafahiah Haron said...

dila --> ur welcome dila :) tau dila mesti suka article2 cmni kan.hehe.

kak ya --> hehe yah tak translate pun. yess sgt smgt taip,haha. sbb sgt suke:))

kak ida --> hehe betul3..tp maybe susah sikit nak positive kalo org tu nak rushing p meeting, or dah janji dgn orang suh amek pukul bape..hehe..tp still, kapal trbg tu takkan gerak gak kan :)

Najwa said...

oho..ingatkan pengalaman kak yah..patutla sungguh skema ayat yg digunakan.haha.tp very interesting story.sila share lg len kali..hehe

Post a Comment