Thursday 18 March 2010

Jaga sampai mati (tajuk xde kaitan)

"The more you say, the less people remember"
~I want people to forget what I'm saying~

Another one system to go, before masuk clinical year. Saya tak sure perlu gembira atau sedih. Gembira sebab dah hampir habis belajar teori (dah lama we all tunggu saat ni), and sedih sebab perlu tinggalkan Jatinangor yang dah 4 tahun didiami. Hu..hu..

Selama 4 tahun bermastautin kat sini, saya rasa tempat ni dah ubah my life almost totally, I don’t know whether this is because of the people, or because of the place itself. Pemikiran saya banyak berubah, dan lebih back to basic. Banyak yang ditinggalkan, n banyak benda yang di refresh balik, especially benda2 yang berkaitan dengan my social life.

Lepas habis SPM dulu, I applied MARA untuk pergi UK (most of my friends here choose UK) but I got India/Indonesia. Ye la my result tidak lah cemerlang mana pun compared dengan orang lain, layak pegi India & Indonesia pun dah cukup baik. Alhamdulillah. Mula-mula ada la kecewa jugak sebab tak dapat tempat yang best2, Tapi SEKARANG saya sangat bersyukur. I even bersyukur tak dapat ke India macam yang saya nak when I was in KTT. Hati saya kuat mengatakan, kalau saya study kat UK or India, hati dan pemikiran saya akan lebih terarah pada benda2 yang terarah pada hiburan. Menghiburkan diri untuk kesenangan, to release my tension. Bak kata orang “to get a life”. Saya tak nafikan semua tu perlu untuk hidup gembira, but sometimes bila kita terlalu fikir “hidup pada hari ini membosankan”, kita akan sentiasa bergantung pada prinsip hidup yang bergantung pada perasaan sentiasa ingin melakukan sesuatu untuk menghilangkan bosan tu.

Dan bila saya tidak tinggal di sini, MUNGKIN saya akan sentiasa lepas pandang pada orang-orang yang bercakap benda-benda baik. Cakap pasal benda yang kelihatan ‘no life’ bagi orang-orang tertentu.Orang cakap perkara yang baik2 tentang agama, mungkin saya akan membenarkan apa yang dikatakan, tapi saya tak akan cuba mempraktikkan. MUNGKIN. Kalau ada ceramah agama, MUNGKIN saya akan kata yang saya dah selalu dengar ceramah-ceramah macam ni kat sekolah dulu, jadi kalau datang pun, isi yang diperkatakan sama, so better tak payah pergi.

Saya pernah dengar dari beberapa orang, kalau di Malaysia, orang Islam ni kita boleh tengok terpecah pada 3 kategori besar : 1. Yang sungguh suka bersosial, tak sembahyang, tak peduli amal ibadah. 2. Yang pertengahan, dia tak lah alim sangat, dan tak jugak teruk sangat. 3. Yang warak, alim ulama, dan seumpama dengannya. Tapi kalau di Negara Islam kat Tanah Arab or sekitarnya, kita Cuma boleh lihat 2 golongan : 1. Yang warak dan alim 2. Yang tak warak langsung.

Saya tak tahu sejauh mana situasi ni tepat, tapi cuba kita fikir kita sekarang ada kat mana.

Ok, point saya kat sini, saya nak kata, MUNGKIN kalau saya tak tinggal kat sini, saya akan berusaha menjadi golongan ke 2 tu, which is – yang sedang-sedang. I mean, saya akan mahu berada di golongan pertengahan sebab golongan tu boleh masuk dengan semua golongan. Dan, mungkin saya akan cuba lari dari mendengar Hal Ehwal Islam yang ayah & mak selalu nak tengok hari Khamis malam Jumaat, dan akan berebut untuk tengok drama bersiri Dunia Baru kat TV3. Lagi, mungkin saya akan selalu pertikaikan dalam hati kenapa ayah larang pakai jeans. Huhu.. Mungkin saya tak kan faham kenapa ayah dan mak suruh pakai baju labuh-labuh (T_T). Masalahnya bukan saya tak tahu itu salah, tapi.. (sambunglah dengan apa2 reason..)

Tapi, sekarang, saya sangat nak belajar banyak tentang agama dan saya sangat nak berusaha menjadi golongan yang ke-3. Sangat sangat sangat. Saya harap sangat boleh membentuk hati jadi baik and cenderung membawa orang-orang buat benda baik. Sebab saya pernah berada pada satu situasi yang mahu kan keseronokan. I mean, keseronokan tu bukan laa keseronokan yang teruk-teruk macam pergi clubbing tu. Tapi, keseronokan yang biasa kita tengok orang buat zaman sekarang la. Apa-apa la.. Sebab most of the time kita tahu kita sedang buat benda salah, tapi sebab kita nak masuk dengan orang-orang sekeliling, we tend to just ignore it.

Hati sejuk and tenang kan bila berada dengan kawan2 yang tenang? Bukan yang emosional macam saya. Bukan jugak yang suka mengata hal orang. Kadang-kadang saya boleh rindu tiba-tiba dengan kawan-kawan yang baik-baik and lembut and ikhlas dalam bersahabat. Yang tidak mencari kita hanya untuk kepentingan diri. Dengan kakak sepupu yang lembut dan caring pun saya rindu.

"The less people speak of their greatness,
the more we think of it"

Sekarang, saya selalu buat satu perkara yang saya rasa salah tapi saya tak tahu macam mana untuk elakkan sebab dah jadi satu kebiasaan. Saya berusaha untuk cepat-cepat jadikan benda ni tak salah tapi banyak perkara yang menghalang, halangan masa lah yang paling obvious. Huhu. Saya rasa bersalah hidup macam ni. Dah banyak kali cuba untuk mengatasi masalah ini but kalau saya cuba atasi, masalah lain pulak yang timbul. Lama-lama saya biarkan ia berlalu begitu sahaja.

Tapi, di sebalik apa yang saya buat tu, saya lebih kecewa tengok orang-orang yang buat benda sama tapi sangat-sangat tak menjaga apa yang patut dijaga. Benda yang saya maksudkan ni memang ramai yang pertikaikan, but whatever it is, kalau kita rasa benda ni boleh, tetap ada certain benda yang obviously tak boleh buat. Yang dah ada jelas batas-batasnya. Saya nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab saya takut orang pertikaikan niat ikhlas saya ataupun saya tak layak bercakap tentang itu. Apa-apapun, saya doakan kita semua akan jadi orang-orang yang sentiasa berusaha memperbaiki diri jadi yang lebih baik dan tak berprasangka buruk kat orang-orang yang suka menasihatkan orang lain.

Sebab kadang-kadang, saya tengok kat facebook, orang-orang yang jenis sempoi ni, bila ada orang yang komen secara BERHEMAH kat status dia, cakap baik-baik sikit and ada unsur-unsur nasihat, mesti orang jenis sempoi or kawan-kawan dia yang sempoi akan cakap orang ni POYO. Point utama tak amek, yang dia tau Cuma nak serang orang balik. Then orang yang mula-mula nak nasihat baik-baik ni, bila dah orang layan dia macam tu, dia mula lah nak cover n buat lawak balik, pastu bergembira bersama-sama. Tutup cerita. Ok, orang dah tak cakap POYO. Huhu,,

Kesimpulannya, saya gembira berada di sini. Dan saya gembira menjalani kehidupan di sini, melihat cara hidup orang-orang di sini. Saya pasti ramai yang tak pandang n peduli sangat dengan orang-orang kaya kat sini, tapi kita banyak pandang yang miskin kan?? Meskipun kadang-kadang terdetik juga dalam hati kita ‘kenapalah dorang ni malas sangat’..tapi, kalau saya tak silap, dalam AL-Quran ada mention pasal jangan mengherdik orang yang meminta-minta. Saya lupa surah apa. Huhu. Tak pe lah anggap je rezeki kita ni bukan kita yang punya, tapi semuanya milik Allah. Jangan tamak sebab bila-bila pun Allah boleh tarik balik rezeki. Simpan duit banyak-banyak pun, kalau Allah nak tarik balik rezeki kita bila-bila masa pun boleh Dia tarik kan?=)

9 wonderful voice(s):

||Aku Pemikir|| said...

aku tak tahu lah kenapa..tapi bila entry ko jek pasti aku akan baca dari mula sampai habis!!kalo orang len punya blog, aku scanning2 jek..kalo menarik baru baca..hahaha

maybe sebab depan orang ko jarang nak cakap banyak..so sbb tu lah aku nak dgr 'cakap' ko di blog..hohoho

papepon dalam dunia ni, bukan semua indah bukan semua mudah.

susah tuh banyak..but hey bosan la hidup ni kalo monotone jek, kena la ada cabaran sket..baru seronok!!

dan dalam dunia ni jugak, orang ada macam2..jadik kak yah oii..bila jumpa dgn orang yang awak tak berkenan..tak payah nak layan nye.. mereka tetap dgn hidup mereka..awak teruskan dengan cara awak..

dari sakit hati tak boleh tido pk kan kecelakaan perangai mereka, baik kte buat bodo jek..percayalah mereka tido nyenyak kat umah tanpa sebarang masalah...(ntah2 aku termasuk orang yang ko nyampah kut??!!)

papehal pun, kita dah 4 thn kat sini, dah nak habis dah pun teori year, aku mendoakan ko dan semua rakan batch kte lulus dan same2 kita masuk ke KOAS!!yeay!!

dr hakim said...

hai yah....
be yourself jer..
takyah ikut2 org kay...
if u choose that path...be it and sacrifice for it..simple..jgn dgr ape org kate yah...
choose your life..kalau org benci cara kita hidup...be it...bcoz ramai lagi org dalam dunia ni...its not the end of the world...ramai org lagi yang sekepala dgn kita inlife...


p/s selamat belajar agama dgn tekun..suka part..nak bwk org ke agama or benda baik...but make sure u got trick k..jgn semberono jer

Hayatul Mohamed said...

wahh kak yahh i like~

adik pon rase kalau pergi blajar dekat luar memang akan mengubah diri sendiri..

bagi adik orang yang belajar kat overseas ni kebanyakannya akan berubah jadi makin baik sebab dikelilingi kawan2 baik or, jadi orang yg makin x baik sebab terpengaruh dengan orang dan budaya.

alhamdulillah kak yah ke arah yg makin baik, insyaAllah.

actually adik pon nak kurang kan pakai jeans tapi..tak taulah. hehe. macam kak yah jugak kot.

Anonymous said...

Yah, apa2 yang Allah dah aturkan untuk kita tu mesti ada hikmahnya. Tinggal lagi untuk kita memikirkan apa hikmah yang tersurat dan tersirat tu....

Ni first time abg din comment dalam blog Yah, walaupun abg din selalu baca blog Yah sebelum ni, cuma takde apa yg nak di komen... pada abg din, belajar oversea mmg banyak kebaikannya, yg penting kena pandai pilih kawan.... salah pilih, rosak jadinya...

Kalau Yah tak pergi Bandung dan pergi ke UK, mesti tak jumpa Naqi hehe... mmhhh, antara hikmah yang besar jugak tuh....hehehe (sempat lagi nak promote Aki)

Abg din

PS Can't wait to go to Sabah end of this year!!!

Hayatul Mohamed said...

hahaha! klako a.din, dan lagi die buat promosi. :D

Rafahiah Haron said...

yoyo - ish suke sgt rasa orang menyampah kat dia. mana ada laa.hehehe. Even selalu komplen2 kat sini buat entry luahan perasaan, xde la nak sesuka hati menyampah kat org:) tengok la reason org buat sesuatu jugak, kalau yang tak boleh diterima, baru la tak berkenan.Hee.. And jangan lupa, pemimpin yang bagus kan perlu dihormati :D

Rafahiah Haron said...

Hakim - Thanx hakim, sgt berguna and membina komen tu. Akan diingati sampai bila2 (^_^)

Rafahiah Haron said...

Adik - Adik pun kalau rajin, and ada aktiviti agama yang pelajar malaysia buat kat situ, join la k :)

Hope adik pun dapat kawan yang bagus2 n bawa adik pd yg >baik, setakat ni kawan2 adik bagus2 kan :)

Semoga adik boleh hadapi dugaan yang banyak di negara orang. Amin :)

Rafahiah Haron said...

Abg din - A'ah, alhamdulillah dah nampak sikit demi sedikit hikmah yg Allah bagi. Hikmah jumpa aki tu salah satu jugak.Hehehe.Tapi mungkin kalau g UK jumpe Naqi kat UK plak;p

Wah, end of this year? Harap waktu tu Yah n Aki cuti. Bestnya kalau ramai2 datang Sabah! :D

Post a Comment