Saya harap saya boleh lebih kerap menulis. Tapi internet connection sangat limited dan disappointing. Nak baca blog orang lain pun agak susah. Entry kali ini saya tulis guna Microsoft Word, lepas tu bila dapat online, saya copy paste kat blog. Hmm. Lepas tu tak boleh online semula. Hmm again..
Ok never mind. Kali ni saya nak share tentang satu solat sunat yang rasanya dah kurang dilakukan oleh kebanyakan orang Islam. Tapi, masih ramai yang menghidupkannya – iaitu Solat Tahajud.
Shalat malam (qiyamul lail) biasa disebut juga dengan solat tahajud. Majoriti pakar fiqih mengatakan bahwa solat tahajud adalah solat sunnah yang dilakukan di malam hari secara umum setelah bangun tidur.
Saya yakin ramai yang pernah dengar tentang solat Tahajud, tapi ramai yang mengabaikannya sebab merasakan ia sesuatu yang mustahil dan susah untuk diamalkan. Suatu masa dulu, saya masih ingat, setiap kali dengar orang bercakap tentang kelebihan solat tahajud, saya hanya boleh dengar dan tak pernah berfikir untuk berusaha ke arah itu sebab bagi saya ia sesuatu yang agak berat. Apatah lagi bagi sesiapa yang suka tidur lepas Subuh.
Satu kisah yang agak popular waktu saya sekolah menengah dulu : Seorang pelajar cemerlang yang selalu bangun malam untuk solat tahajud, waktu exam dia dapat jawab dengan baik sebab satu persatu jawaban dan teks dalam buku diperhatikan terpampang di depan mata student tu (imaginary texts la)
Allah Ta’ala berfirman : “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam taman-taman (syurga) dan mata air-mata air, sambil menerima segala pemberian Rabb mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Di dunia mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar.” (QS. Adz Dzariyat: 15-18)
“(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. ” (QS. Az Zumar: 9)
Mari saya cerita betapa teruknya saya rasakan bila seorang teman mengajak saya untuk ke satu program qiamullail di sebuah masjid di Kota Bandung lebih kurang dua tahun atau tiga tahun yang lepas. Qiamullail ini sangat berbeza dengan yang saya selalu buat di sekolah menengah dulu. Biasanya agak ringan, 2 rakaat solat sunat tahajud, 2 rakaat solat sunat taubat, 2 rakaat solat sunat hajat, dan 3 rakaat witir.
Program tu bagi saya sangat best dan indah, tidur dalam masjid, bangun jam 1pagi dan bersama-sama dengan jemaah lain buat solat tahajud. Saya sangat kagum dengan insan-insan yang pergi ke program tu. Mereka kelihatan sudah biasa dengan situasi bangun di tengah malam dan solat.
Apa yang buat saya rasa teruk? Lepas solat jemaah Isyak, ada ceramah. Saya pulak jenis orang yang tak suka tidur siang, terbiasa bangun awal pagi dan tidur lepas Isyak dan tak pernah stay up. Ustaz tengah ceramah kat depan, saya tidur kat belakang. Syaitan suka la tu make-up make-up mata saya waktu tu. Saya tak berdaya melawan ‘eyeliner’ syaitan.
Lepas tu, bila dah pukul 12.30 tengah malam, mereka kejutkan saya. Dah la saya tidur paling awal, bangun pun orang kejutkan. Sepatutnya saya yang kejutkan orang lain sebab saya tidur paling awal. Lepas berus gigi, dan basuh muka dan ambil wuduk, saya join jemaah lain.
Qiamullail pada malam tu memang solat tahajud semata-mata. Atau lebih tepat, solat sunat, yang dilakukan setelah bangun malam. Tapi, solat tahajud itu tuan-tuan, ada banyak macam. Ada banyak dalil.
Jumlah Raka'at Shalat Tahajud yang Dianjurkan (Disunnahkan)
Jumlah raka'at shalat tahajud yang dianjurkan adalah tidak lebih dari 11 atau 13 raka'at. Dan inilah yang menjadi pilihan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.
Aishah r.a berkata : “Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah menambah shalat malam di bulan Ramadhan dan bulan lainnya lebih dari 11 raka'at. Beliau melakukan shalat empat raka'at, maka jangan tanyakan mengenai bagus dan panjangnya. Kemudian beliau melakukan shalat empat raka'at lagi dan jangan tanyakan mengenai bagus dan panjangnya. Kemudian beliau melakukan shalat tiga raka'at.” (HR. Bukhari no. 3569 dan Muslim no. 738)
Ibnu Abbas mengatakan : “Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam biasa melaksanakan shalat malam 13 raka'at. ” (HR. Bukhari no. 1138 dan Muslim no. 764)
Zaid bin Kholid Al Juhani mengatakan : “Aku pernah memperhatikan shalat malam yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Beliau pun melaksanakan 2 raka'at ringan. Kemudian setelah itu beliau laksanakan 2 raka'at yang panjang-panjang. Kemudian beliau lakukan shalat 2 raka'at yang lebih ringan dari sebelumnya. Kemudian beliau lakukan shalat 2 raka'at lagi yang lebih ringan dari sebelumnya. Beliau pun lakukan shalat 2 raka'at yang lebih ringan dari sebelumnya. Kemudian beliau lakukan shalat 2 raka'at lagi yang lebih ringan dari sebelumnya. Lalu terakhir beliau berwitir sehingga jadilah beliau laksanakan shalat malam ketika itu 13 raka'at.” (HR. Muslim no. 765)
Kesimpulannya, dalam program di masjid tersebut, mereka buat solat dua raka’at sebanyak 4 kali, dan solat witir tiga rakaat. Dan yang paling mengagumkan, dalam solat tersebut, imam menghabiskan tiga juzuk Al-Quran! Boleh bayangkan 3 juzuk? Jadi imam bahagi-bahagikan untuk setiap rakaat, lebih kurang tujuh setengah muka surat dalam Quran. Satu solat = 15 muka surat.
Dijadikan cerita, pada solat yang pertama, rakaat kedua, saya dah start rasa pitam. Serius saya cakap, saya rasa blood pressure saya jadi low, less oxygen to my brain, and saya rasa nak pengsan. Teruknya saya rasa waktu tu. Orang lain semua nampak okay. Saya tak jeling-jeling orang lain ok, tapi boleh tau la orang lain looks fine. Tapi saya cuba jugak habiskan solat pertama tu. Alhamdulillah Berjaya. But I did not proceed.
Saya duduk kat belakang, try tengok tafsir and bandingkan dengan apa yang imam sedang baca untuk solat yang kedua. Tak lama lepas tu saya tertidur semula. Dan waktu saya bangun, orang lain dah solat witir.
Can you compare our ibadah dengan mereka? Zaman nabi-nabi dulu, Nabi bangun setiap malam untuk buat solat macam tu. Sahabat-sahabat pun sama. Most umat Islam pada zaman nabi bangun malam untuk buat solat tahajud yang serupa dengan apa yang ada pada program tu.
Aisyah mengatakan, “Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, jika beliau luput dari shalat malam karena tidur atau udzur lainnya, beliau mengqadha'nya di siang hari dengan mengerjakan 12 raka'at.” (HR. Muslim no. 746)
Umar bin Khottob mengatakan bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang tertidur dari penjagaannya atau dari yang lainnya, lalu ia membaca apa yang biasa ia baca di shalat malam antara shalat shubuh dan shalat zhuhur, maka ia dicatat seperti membacanya di malam hari.”(HR Muslim no 747)
Sebabnya, mereka tahu betapa banyaknya manfaat solat malam tersebut. Antaranya : Pada sepertiga malam, Allah turun ke langit dunia/langit bumi. Dan siapa yang berdoa pada waktu itu, doanya akan dimakbulkan.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Rabb kami -Tabaroka wa Ta'ala- akan turun setiap malamnya ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir.
Lalu Allah berfirman, “Siapa yang memanjatkan do'a pada-Ku, maka Aku akan mengabulkannya. Siapa yang memohon kepada-Ku, maka Aku akan memberinya. Siapa yang meminta ampun pada-Ku, Aku akan memberikan ampunan untuknya” (HR. Bukhari no. 1145 dan Muslim no. 758, dari Abu Hurairah.)
Dan dari Aisyah R.A : “Saat-saat seorang hamba dekat dengan Rabbnya, iaitu ketika solat malam, maka jadilah seperti mereka” “Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah –Muharram-. Sebaik-baik shalat setelah shalat wajib adalah shalat malam.”( HR. Muslim no. 1163, dari Abu Hurairah)
Berbalik pada cerita saya tadi, setelah gagal pada percubaan pertama, saya berniat untuk percubaan kedua. Beberapa minggu lepas tu, sekali lagi saya ikut teman saya ke program serupa. Cuma kali ini kat masjid lain. Suasana lebih berbeza, sebab kali ni sangat ramai orang. Sangat ramai. Jalan sesak. Nak ambil wuduk pun sangat susah. Masjid tu boleh memuatkan beribu-ribu orang. Saya lupa waktu tu ada berapa ribu orang. Tapi memang penuh.
Kali ini imamnya orang yang popular di kalangan insan-insan terbaik itu. Kalau lah saya fasih berbahasa Arab, mesti saya sentiasa mengalirkan air mata sewaktu imam tu baca ayat-ayat Al-Quran. Dia sangat menghayati bacaannya sampai suara dia menangis teresak-esak. Boleh dengar keikhlasan dia membaca ayat suci Al-Quran. Saya dengar jemaah lain pun ada yang turut menangis. Saya pun terkesan jugak dengan situasi tu. Sebak. Waktu tu rasa betapa kerdilnya diri ni bila berhadapan dengan Pencipta Agung. Tapi, again, saya hanya mampu buat dua solat.
Lepas tu saya kembali tertidur di belakang. Dan bangun semula bila orang lain dah nak solat subuh.
Gagal lagi, tapi saya cuba untuk kali ketiga, sebulan lepas tu. Kali ini kembali ke masjid yang pertama. Suasana hening dan tak sesak macam sebelumnya. Saya kuatkan niat saya. Tapi malangnya, saya cuma mampu buat satu solat sahaja. Begitu lemahnya diri ini. Saya sangat kagum tengok insan-insan terbaik pilihan Allah yang mampu buat semua solat sehingga habis.
Itulah kali terakhir saya menyertai program tersebut. Setelah mendapat ‘gangguan berlebihan’ dari seseorang, saya dah tak pernah pergi lagi program tu.
Tapi, point utama saya di sini ialah, tak kisahlah kita buat di masjid atau di rumah, kita sebagai umat Islam mesti tahu yang Solat Sunat Tahajud ni, kedudukannya sangat tinggi di sisi Allah.
Dan yang paling penting bukanlah pada kuantiti solat tersebut, tapi kualitinya.
Waktu saya pergi satu ceramah tentang Solat Tahajud dulu, penceramah tu ada mention tentang ni : Seseorang yang bangun tetapi tidak solat malam, telinganya telah dikencing syaitan. Tapi saya tak salin source ayat ni.
Persoalan yang sering diutarakan oleh orang-orang yang kerap solat tahajud ialah : Bagaimana untuk konsisten melakukan solat sunat tahajud? Later dalam entry yang lain insyaAllah saya share jawapan orang-orang yang berpengalaman.
Yang penting sekarang, mari sama-sama biasakan diri dulu, pada yang tak pernah buat, cuba dulu untuk kali pertama. Mula-mula memang susah, tapi insyaAllah lama-lama okay. Sebab zaman sekarang, betapa berbezanya kita berbanding zaman Rasulullah dulu. Zaman sekarang, ramai umat Islam yang mengabaikan solat wajib. Ketahuilah dan ingatlah bahawa solat itu tiang agama. Sedangkan solat wajib tidak terjaga, ini kan pula solat sunat.
Pada insan yang solat wajibnya penuh, insyaAllah solat sunat akan menutupi ketidaksempurnaan pada solat wajibnya. InsyaAllah.
Pernah tengok filem Robin Hood tak? Atau Prince of Persia? Atau any filem perang. Kagum tak tengok kehebatan Robin Hood, dan bala tentera yang sama-sama berperang waktu tu? Cuba bayangkan tentera-tentera tu adalah tentera Islam, saya pasti kita semua akan mengalirkan air mata bila membayangkan begitulah usaha orang-orang Islam pada Zaman Kegemilangan Islam dulu. Seriously, if you haven’t watched, I suggest you to watch it, and try to imagine them as tentera Islam sedang berperang dengan musuh. I have tried to imagine that when watching Robin Hood. And I cried. I could not stop my tears.
Mungkin saya kurang pandai mengajak orang melalui tulisan. Tapi, saya harap entry ni boleh membuka mata at least beberapa orang tentang pentingnya solat sunat tahajud. Pada saya, seorang muslim yang telah dewasa sudah tak perlu berperang dengan diri sendiri untuk bangun subuh, sepatutnya dah tak ada masalah langsung untuk bangun solat subuh. Tetapi menjadi dewasa sepatutnya telah lama berperang dengan bangun untuk solat di sepertiga malam. Mari sama-sama mengejar pahala :)
Saturday, 19 June 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 wonderful voice(s):
adei, nak menanges kya baca yah. insyaAllah, kya pon nk memperbaiki diri. Allah je tau betapa lemah kya sebenarnya. apatah lagi kalau nak compare dgn org yg jaga solatnya betol2.
thanks yah, your writing opens my eyes, at least ;)
goodluck!
thanks kyah! i like this post, interesting dan menginsafkan, keep it up! adik pon akan cuba buat mane2 yg mampu.
Terima kasih Yah kerana berkongsi ilmu. Dan tahniah dari Abg din sbb Yah mencuba utk melakukan solat tahajjud.
Bukan senang nak bangun malam, hanya org2 yg kuat imannya, tinggi kemahuannya dan pilihan Allah yg akan diberikan kekuatan untuk bangun malam. Yang lain, nyenyak dibuai mimpi... sempurna dan indah betul hadith yg diriwayatkan okeh abu hurairah tu... itu sepatutnya cukup utk merangsang kita utk cuba bangun malam...
kebanyakkan kita hanya kembali kepada Allah bila susah, ditimpa bala, nak periksa, bila sakit, nak mintak itu, nak mintak ini... tapi bila senang kita lari jauh dariNya...betapa kita ni hipokrit.
Mari kita sama2 ingat-mengingati dan bangun solat tahajjud dan qiamullail, insyaAllah.
PS Yah jangan lupa ingatkan Dr Naqi tu skali...kata kat dia Abg din pesan, kalu nak main game, kena bangun tahajjud jugak hehehe. Kalu tidak nanti Abg din sembunyikan game tu...
K.ya, adik & a.din - Sama-sama. Sharing is caring :) I really wish we could be in the Heaven together & live there happily together. Amin amin amin :)
K.ya, insyaAllah, Yah pun nak improve diri jugak. So many weaknesses :( Btw k.ya, yah suka baca latest entry k.ya psl air tu. Yah pernah dgr b4 ni tapi baru 1st time tgk gmbr. Amazing!
Adik, ok k.yah try sampaikan apa-apa yg k.yah tau dlm post lain k :)
A.Din - Indah kan hadith tu? Inspiration utk bgn mlm. Yah lupa nak tulis 1 thing actually, org yg bangun mlm, malaikat akan lihat tempat org yg buat solat malam tu bercahaya di tgh kegelapan. Macam kunang2.
Lagi, ada research ckp kadar stress hormone,cortisol org2 yg biasa bgn mlm & ikhlas beribadat, lebih rendah dari org yang tak biasa bgn mlm :) Wallahualam.
Aki dah baca diam2 pesanan a.din tu. Die tak komen je.Hehe.
Mantap Yah!
aslmkum....
can i say im proud to be ur friend? this is what i always meant when i say "bukan semua orang budak baik, bukan semua orang budak sekolah agama, tapi kita semua punya tanggungjawab yang sama - mencari dan menghayati agama"
Sheikh & Radzi - Thanks, semoga bermanfaat utk semua :) Thanks also for the articles in your blogs, i learned many useful things there :)
Lucky i am surrounded by many good people here.
Post a Comment