Wednesday 16 June 2010

Nak salam ke tak..nak salam ke tak?

Semalam saya salam tangan dengan doctor lelaki..sebab saya salam dengan
semua doctor perempuan dalam bilik tu untuk ucap terima kasih. Dan
dia sorang ja doctor lelaki dalam tu. Dan kalo nak salam doctor perempuan
yang last, memang kena lalu doctor lelaki ni.

Dulu pun saya pernah salam lelaki sebab dia hulur tangan
dengan yakinnya di depan semua orang untuk wish happy birthday..
Saya ragu2 jugak nak salam..Tapi sebab dia dengan yakinnya angkat tangan tinggi2 and say"Happy Birthday!"..saya teragak2.."nak salam ke tak..nak salam ke tak.."
Tapi, as usual..bila benda2 macam ni jadi, mana ada banyak masa nak decide..
Saya pulak jenis yang 'kesian nak buat orang lain malu'.. saya pun menyambut salam..

Ada jugak sorang kawan indonesia satu group orientasi dulu,
cepat je dia hulur tangan nak wish "Selamat Hari Merdeka Malaysia"..
time tu saya blurr, time tu baru seminggu dua datang Indonesia,
blurr sebab 1st time orang wish hari merdeka sambil
salam-salam. Kat Malaysia mana ada salam-salam wish hari merdeka.

Saya dah try cari dalil-dalil pasal bersalaman lelaki & perempuan.
Banyak pendapat, ada kata haram (dgn dalil) dan ada kata mubah (dgn dalil).
Mubah is sesuatu yang tidak harus selalu dilakukan. Sebab kalau itu tidak berguna dan dapat menimbulkan fitnah lebih baik dihindarkan.

Banyak pendapat. Semua ada hujah masing-masing. Tapi,
saya macam lebih setuju pada yang mengharamkan..

Panjang sgt nak tulis satu2 kat sini..tapi saya baca dari
link-link ini..(link1)(link2)(link3), semua penulis blog..tapi dorang
bagi dalil hadith & al-quran, and ada komen2 pembaca kat bawah
pun bagi dalil jugak.

Sebab jawapan yang saya dapat agak inconclusive,
so lepas ni, lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan,
jangan la angkat tangan nak salam dengan yang berlawanan jantina..
Buat orang lain rasa bersalah je..terutamanya pada saya yang sgt lah
kerap rasa bersalah ini..huhu..

ok itu saje nak cakap :)

8 wonderful voice(s):

Awjan said...

mintak maaf kak.
saya cuma nak beri pendapat je.
mintak maaf sgt2 kalau nmpk mcm nak tunjuk pandai.

tapi macam mana kalau kita tak salam sebaliknya hanya tunduk sebagai tanda hormat?



sekali lagi, saya mohon maaf sgt kalau terkasar bahasa.

Rafahiah Haron said...

it's okay dear, tak tunjuk pandai
pun,dont worry:)

actually itu (tunduk) cara yang rmai org cakap paling baik :) kena kuat la

akak kdg2 ada situation yg susah
nak decide..tak kuat la tu maknanya,tak sampai hati nak malukan seseorang dpn orang lain yang semua mata sdg tertumpu kat kita.

Plus dgr byk pendapat sebelum ni,
so jadi mcm tak tetap pendirian.

So skrg kena bljr tetapkan pendirian.

Thanks for the opinion :)

Unknown said...

Abg din bukannya alim sangat dari segi agama kita. yang terbaik ialah bertanya kpd alim ulama. Tapi izinkan abg din memberi sedikit pendapat.

Yah, abg din pernah hadapi situasi yg sama kat New Zealand. Dia orang lagi tak kisah, lebih dari bersalam pun diaorg buat.

Pada asalnya, hukumnya jelas, iaitu haram. tapi macam yg yah tulis tu, hukum boleh berubah mengikut keadaan.

Abg din pernah menolak tangan yg dihulurkan oleh seorang kenalan perempuan, melayu, islam masa kat NZ dulu. MMg nak kena kuat diri dan iman kita, sbb ia bakal memalukan dia, lebih2 lagi depan org.

Kita mungkin rasa bagus sbb tak salam dgn dia sbb ia bersentuhan kulit berlainan jantina tu haram, tapi kita akan rasa kesian dan teruk melihatkan kenalan kita tu malu. Abg din pun pernah tolak utk bersalam dgn sorang mat salleh perempuan masa terima sijil kat NZ dulu.... perempuan tu puzzled. dia tak faham kenapa abg din tak nak salam sbb macam kita sombong dan tak hormat kat dia pulak (ni culture mat salleh kan...)

Abg din pernah very strict bab ni, even dgn saudara2 pun yg bukan mahram abg din tak salam langsung. contohnya, mak sedara kak shahnaz, tok sedara kak shahnaz. Diaorg asyik hulur tangan aje nak bersalam, tak nak sambut nanti mcm tak hormatkan org tua pulak... (dlm hati abg din kata "org tua ni tak tahu hukum agaknya?"). masa mula2 kahwin dulu mmg abg din elak dan tak salam, tapi sekarang, memikirkan diaorg pun dah tua dan atas dasar hormat dan tak mahu menjatuhkan darjat diaorg, abg din salam bila diaorg hulur tangan. Bila boleh elak, abg din elak....

Kesimpulannya, pada abg din,

1. Bagi pihak kita, jangan hulur tangan kita kat org berlainan jantina (memberi tangan utk bersalam).

2. kalau boleh elak, elak la dari menghadiri majlis yg tak perlu, bercampur lelaki-perempuan

3. kalu org hulur dulu, abg din sambut sbb dengan niat tak mahu memalukan dia (especially sedara la)

4. kalau mahu, yah boleh pakai sarung tangan (mcm Dr Wan Azizah, isteri Anwar buat)

Rafahiah Haron said...

Wah abg din bila nak sambung tulis blog?hehe, coz u have lots of experiences.. rasa tenang je baca advices dari org yang banyak pengalaman. Tulis psl experiences spnjg jd medical students n doctors maybe?:)

Idea pakai sarung tangan tu mcm interesting tapi susah gak nak apply tu. Kalo duduk overseas sejuk2 senang skit.

Anyway Yah akan cuba apply advices a.Din yang no1-3, ataupun kalo orang ramai tak tumpu kat kite, tunduk tanda hormat. Oh kena kuat..nak kuat yang susah ni. Isk.

Wazie Wahidah said...

iya kan. ini pun susah jgk ni. kalau org sebaya kt senangla tolak. kalau org tua, nnti kena ckp x hormat plak.

tp kali klau kena tolak slm tu mula2 jak dorg mcm malu or whatsoever. lama2 dorg lupa la tu. hehehe ;p

klau yg islam, sure dorg tau hukum. klau yg bkn islam kt kestau jak la. tp mcm susah jgk tym2 sibuk2 salam, kt plak explain hukum sm dorg. hehehe...

bgs lari awal2 dr org yg mo slm2. buat2 x nmpk ;p haha. apa yg sy ckp ni. bikin panas kn ;p

Rafahiah Haron said...

Haha explain hukum waktu tu? I wish I could :D

mana ada bikin panas. Bagus. Semua betul sampai xtau apa mo reply nih.haha.

TQ TQ :)

Anonymous said...

slm yah.. bagus issue yah ni.. teringat blk kak shahnaz nostalgia lama kat NZ dolu.. kami kat sana lg bnyk terdedah dgn pergaulan dan cabaran salam bersalam ni..

dlm bnyk keadaan esp time ramai org dan bising2, kalu sempat lari, kak shahnaz kuar dulu dr tempat yg salam2 tu.. kalu tak dpt kuar, salam jugak lah hujung jari je.. sbb x nak dia malu dan x berkesempatan nak explain kat dia dlm ramai2 tu..

tp dlm situasi x ramai org, dan kita ada masa utk explain kat dia, kak shahnaz rasa pernah lah kak shahnaz kata nicely "thanx, but sorry.. i dont shake hands.. plg teruk dia tanya, "why, u have skin disease?".. so blh jawab.. "no, it's bcos my religion doesn't allow it".. selalunye, derang mcm terkejut, tp pastu derang senyum je and respect kita.. mmg kena kuat lah nak ckp cam tu.. blh pikirkan kesesuaiannya..

ok yah, take care..luvs.. - Kak Shahnaz (NZ 1996-2001)

Rafahiah Haron said...

Wslm kak shahnaz. Thanks for the brilliant suggestions :)hehe tergelak yah baca pasal 'why, do you have skin disease?' tu. Nampak yg kat australia cabaran lebih hebat.

Yah rasa most org non-muslim akan mudah nak terima kalau kita cakap mcm tu. Masalah lagi besar kan kalau orang yang nak salam kita tu muslim. Muslim yang tak faham Islam. Huhu.

K.shahnaz buat la blog bersama a.Din. Satu blog yang ada 2 authors. Hehe. Doctor's blog. Boleh jadi panduan Yah or Aki and K.ijah n Teha kalo nak jadi doctor nanti :)

Post a Comment