Thursday 9 December 2010

Hidup dengan PRINSIP =)


Saya sangat mengagumi orang yang hidup dengan PRINSIP, selama PRINSIP itu tidak menyusahkan orang lain :)

Minggu lepas, saya dapat menangkap salah satu prinsip hidup dr.Rama (Sp. Bedah Thoraks) = Don't Play God. Prinsip ini boleh dipakai ketika merawat pesakit, terutama untuk pesakit yang secara teorinya sudah melepasi fasa terminal untuk suatu penyakit cancer. Sebagai seorang doktor, walaupun mengetahui prognosis sesuatu penyakit itu buruk, jangan berputus harapan untuk merawat pesakit. Contohnya walaupun kita tahu dari pengalaman bahawa patient itu tidak akan hidup lama, jangan berhenti memberikan rawatan kerana KITA BUKAN TUHAN. Yang maha berkuasa untuk menentukan hidup mati seseorang adalah Allah. Itulah maksud dr.Rama dengan prinsip beliau Don't Play God.

Minggu ini, saya dapat menangkap beberapa prinsip Prof. H. Hendro S.Yuwono (Sp Bedah Vaskular). Prinsip yang pertama, Jangan melanggar hukum Allah, yang penting adalah hubungan kita dengan Allah, bagaimana kita berkomunikasi dengan Allah supaya Allah mengurniakan pada kita sesuatu yang sesuai dengan apa yang kita inginkan. Contoh : Bagi prof, kesibukan beliau hanya memungkinkan beliau untuk mempunyai anak sebanyak 2 orang. (Yang mungkin padanya kemampuan beliau sebagai seorang doktor untuk menjaga & mendidik hanya 2 orang anak). Tapi untuk tujuan mendapat dua orang anak itu, 'family planning' bukanlah suatu pilihan yang tepat. Baginya, family planning itu sudah melanggar hukum Allah. Bila kembali pada niat perkahwinan dalam Islam adalah untuk melahirkan zuriat. Allah yang menentukan seseorang itu mendapat zuriat. Tapi, yang lebih perlu adalah bagaimana pasangan itu berdoa pada Allah supaya mengurniakan apa yang mereka inginkan tanpa berusaha untuk melanggar hukum Allah.

Prinsip kedua beliau ialah : Jangan kita berusaha untuk mengubah dunia, kalau kita belum berjaya mengubah diri sendiri. Tidak perlu berniat untuk mengubah dunia, yang perlu diubah adalah diri sendiri dahulu. Contoh : Prof adalah seorang vegetarian, beliau tidak memakan daging haiwan atas alasan kesihatan & he's against animal cruelty (yang pernah beliau perhatikan di video yang dirakam secara rahsia). Kecuali bila tiba Aidiladha beliau masih melakukan korban, cuma beliau tidak memakan daging untuk tujuan kesihatan. Beliau adalah seorang specialist bedah vaskular, yang hampir setiap hari melakukan pembedahan mengeluarkan thrombosis / emboli (darah beku) pada saluran darah pesakit-pesakitnya. Thrombosis tersebut terbentuk kerana banyaknya kandungan lemak & cholesterol dalam darah + faktor2 risiko lain seperti merokok dan memakan pil perancang/etc.

Tapi, beliau tidak berniat untuk memaksa satu dunia untuk menjadi vegetarian, tapi menghargai mereka yang berniat mahu menjadi vegetarian. Apa yang perlu beliau lakukan hanyalan merubah dirinya sendiri. Itu sudah mencukupi baginya.

****************************

Itu cuma beberapa prinsip yang dapat saya tangkap dari dua doctor tersebut. Saya suka sangat dengar prinsip-prinsip orang berjaya. Selagi prinsip2 itu tidak bercanggah dengan agama saya, saya akan cuba mengambil iktibar. Tetapi mungkin ada yang kurang bersetuju dengan prinsip-prinsip hidup orang lain, itu terpulang pada hak individu yang bebas berfikir berdasarkan ilmu masing-masing =)

p/s : Sepanjang 2 bulan di hospital, kebanyakan pesakit ada positive "history of smoking". Dan sebagai seorang yang bertanggungjawab merawat, seorang doktor haruslah menasihati pesakit supaya mengurangkan/berhenti merokok. I wonder how a smoking doctor advice their patients to stop smoking? I don't think patient will respect them (but of course the patients don't know their doctors are smokers,too. The smoking doctor should feel ashamed of themselves)

2 wonderful voice(s):

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Nice!!

Yah, pasal ubah dunia tu.. Yappp.. betul betul.. Ramai orang sebok nak ubah orang lain, nasihat sana nasihat sini tp terlupa ubah diri sendiri (T____T)

Rafahiah Haron said...

hihi k.noi, nice kan?

sy sgt suka dgr + bersmgt utk share dgn orang :)

Post a Comment