Wednesday, 15 December 2010

Places in my dreams

Selama dua tahun ke depan ni, saya & kawan-kawan cuma ada cuti dua kali. Setiap kali cuti tempohnya seminggu. Jadi dapat bayangkan tak, setahun ada 52 minggu, dua tahun = 104 minggu. Dari 104 minggu tu, cuma ada 2 minggu untuk kami bercuti. Can you imagine how stress is that. Masa cuti hanyalah pada hujung minggu (itu pun kalau tak ada on-call), kalau ada on-call pada hujung minggu, alamatnya macam tak ada cuti weekend langsung lah sebab balik dari on-call mesti qada' tidur.

Ada kebaikan juga hidup macam ni, mengajar diri untuk jadi lebih berdisiplin dan sistematik. Tapi, kalau tak ada cuti langsung pun stress juga. Ada waktu-waktu tertentu yang buat diri rasa fragile sangat dan kalau ada pintu suka hati Doraemon, waktu tu jugak rasa nak melenyapkan diri balik rumah. Waktu tu tempat bergantung dan menenangkan hati cumalah pada Tuhan.

Semalam Dr Bustanul (Sp. Pediatric Surgery) yang bimbing my group borak-borak tentang Malaysia, Sigapore, dan makanan-makanan di Malaysia. Tiba-tiba rasa rindu nak balik dan rasa macam nak pergi bercuti..hmmmm..waktu berfikir tentang bercuti, rasa macam tenangnya dunia ini..hehehe..Tapi saya tahu, semuanya perlukan kesabaran...saya tahu kawan-kawan lain pun memikirkan benda sama...2 tahun tak lama lagi tu..yang penting dalam 2 tahun ni dapat gain ilmu sebanyak mungkin & dapat membantu masyarakat bila balik Malaysia nanti, insyaAllah :)

Mari menyaksikan angan-angan Mat Jenin saya :


Ini muslim di China. Dari dulu saya selalu tengok kat TV tentang Muslim di China. Mereka sangat comel. Saya teringin nak pergi sana dan tengok sendiri kehidupan masyarakat muslim yang comel-comel di sana.

Ini Kuala Lumpur. Saya saja ambil view yang ni sebab memang keadaan macam ni lah yang saya nak pergi. Saya rindu jalan-jalan kat KL pakai public transport macam masa kat KTT dulu. Kiranya saya jadi pejalan kaki tu lah. Bukan yang duduk dalam kereta. Kat Sabah, jalan-jalan mesti naik kereta. Bila tengok orang putih jalan kali dengan beg besar yang berat-berat, rasa macam best.

Ini pemandangan malam di Istanbul, Turki. Negara Turki ni terkenal dengan kegemilangannya waktu pemerintahan Turki Uthmaniyyah dulu. Saya teringin nak pergi di sini juga.


Ini Mekkah & Madinah. Tempat yang belum pernah saya jejakkan kaki ke sini. Tapi saya sangat berazam yang kuat bahawa suatu hari nanti saya akan ke sini dengan hasil titik peluh saya sendiri. Dan saya nak bawa parents menunaikan Rukun Islam ke-5 juga.


Ini colloseum dan piramid Gaza. Selalu tengok di buku Sejarah Tamadun Manusia. Sangat kagum dengan kehebatan manusia dahulu kala. One day I wanna go there, too. Insya Allah.


Ok cukup-cukup. Pergi mandi & pergi hospital sekarang. Bye.

2 wonderful voice(s):

Usagi said...

pegi jalan2 kat KL sehari pun dah puas, x ada apa sangat kat sana......my opinion:)

Rafahiah Haron said...

hehe..tp skrg sehari tu pun x berpeluang. nak jalan2 kat KL..hee..kenangan~

Post a Comment