Saturday, 30 July 2011

Bagaimana mengundang rahmat ke dalam rumahtangga


1. Hidupkan salam antara ahli keluarga. Sabda Rasulullah S.a.w bermaksud: “Wahai Anas, ucapkanlah salam kepada ahli rumah engkau nescaya ahli rumah engkau mendapat berkat.”

2. Banyakkan membaca Al-Quran dalam rumah. Kata Abu Hurairah r.a : Sesungguhnya rumah yang sentiasa dibaca ayat-ayat Al-Quran di dalamnya, memberi kelapangan kepada ahlinya, banyak berkatnya dan ianya dikunjungi oleh para malaikat dan keluar darinya syaitan-syaitan dan sesungguhnya rumah yang tidak dibaca Al-Quran di dalamnya membuat kesempitan kepada penghuninya, sedikit berkatnya, keluar darinya oleh para malaikat dan masuk ke dalamnya oleh para syaitan.

3. Banyak sembahyang sunat di rumah, sebab itu Rasulullah S.a.w apabila hendak sembahyang sunat baginda pulang dan bersembahyang sunat di sudut rumahnya, kerana katanya Malaikat Rahmat akan memasuki rumah yang banyak dilakukan ibadat di dalamnya.

4. Hiasi rumah dengan benda-benda yang halal dan bersihkan dari perhiasan haram kerana rumah yang dihiasi dengan benda-benda haram seperti patung-patung, gambar-gambar lucah dan sebagainya tidak akan dimasuki Malaikat, sedangkan Malaikat pembawa rahmat, rumah yang tidak dimasuki Malaikat ertinya tidak mendapat rahmat dari Allah, sebagaimana sabda Rasulullah S.a.w maksudnya:

“Malaikat tidak akan memasuki rumah-rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung-patung”.

Ibnu Abbas menceritakan bahawa Rasulullah S.a.w pada tahun pembukaan Mekah apabila melihat gambar-gambar tergantung di rumah baginda tidak masuk sehingga baginda perintah supaya dihapuskan terlebih dahulu. Ini adalah menunjukkan gambar-gambar lucah adalah dibenci oleh Islam.

Demikian di antara perkara-perkara yang dapat dilakukan oleh para suami dan isteri untuk membentuk sebuah rumahtangga yang aman dan bahagia. Wallahua’lam.

[www.unitagamakmb.com]

3 wonderful voice(s):

Wazie Wahidah said...

thanx for sharing. hehehe. sebenarnya banyak benda yg kita suda pernah tau tapi lupa. so bila baca balik yang begini boleh jadi ingat balik. hehehe.

Sufy said...

smg rumahtangga akak bahagia dunia dan akhirat..insyaAllah, kak wazie pun sama...

Rafahiah Haron said...

sis Wazie : ur welcome, ya tu lah..mungkin sebab dulu kita tahu sebelum waktunya. Tp bagusla, persediaan..hehe..so bila baca lagi jadi insaf terus..=)

Sufy : Thanks Sufi, for the wish! Really appreciate it ^_^

Post a Comment