Wednesday 24 October 2012

@ Kemaman

Hari ni 9 Zulhijjah, hari Arafah..mostly dalam rumah ni berpuasa sunat..except for me dan my "instant" anak-anak buah. Kerja saya adalah layan mereka mintak buat makanan, bergaduh, berebut main game, etc. This is my first experience melayan budak-budak yang ramai, sebab kat family saya di Sabah belum ada anak buah. (InsyaAllah minggu depan baru dapat anak buah pertama), so pening jugak lah mula2..sekarang pun pening jugak..hihi..tapi saya pun dah lama duduk berdua ja kat Bandung tu, so sekarang tak lah rasa sunyi sangat bila ada ramai budak-budak. Saya pun bukan la pandai layan budak-budak sangat..I'm in the process of learning:-)

Saya jadi watak baik, Naqi jadi watak garang. So budak-budak ni takut dengan Naqi. Apa Naqi cakap semua ikut. Saya plak jadi tempat mengadu nasib :p Kadang-kadang kalau saya tak tau nak menyebelahi siapa, saya panggil Naqi..hihi..habis cerita..

Kadang-kadang saya tak faham pun apa yang dorang mintak, sebab cakap bahasa terengganu versi budak-budak yang sebut tak berapa fasih. hehe. Orang dewasa cakap pun ada yang saya tak berapa faham lagi, but again, I'm in the learning process :-)

Tadi, 3 of them mintak roti canai telur. Memang dah ada kat bawah tudung saji. Yang sorang nak makan dengan kuah kari, yang sorang nak makan dengan gula, yang sorang nak makan dengan kuah kari + gula. Saya pun bagi-bagi ikut permintaan masing-masing. Yang sorang makan habis, yang sorang lagi mintak tambah gula beberapa kali. Rupanya dia makan gula ja tak makan roti. @_@

Lepas tu tiga yang lain pulak berebut nak makan Maggi. Yang sorang pandai masak Maggi sendiri, so dia masak sendiri Maggi Ayam atas dapur. Lepas tu datang seorang anak buah lagi nak mintak Maggi Ayam jugak. So yang pandai masak Maggi tolong masakkan. Tak lama lepas tu, datang seorang lagi nangis-nangis sebab baru lepas berebut PSP dengan anak buah yang lain. Pujuk dengan makan Maggi. Tapi dia nak dimasakkan Maggi Ayam yang baru. Saya pun pergi la cari Maggi Ayam tapi dah habis, tinggal Maggi Asam Laksa. Pujuk dia makan Maggi Asam Laksa tapi tak nak. Nak tambah telur pun tak nak. He said, "nak Maggi Ayam jugak, ataupun Maggi Kari, tapi tak nak Asam Laksa". Hoho..dekat rak makanan ada 3 bungkus besar Maggi tapi semua Asam Laksa. Last-last dia nampak kotak Teh Lipton dalam rak makanan yang saya tengah bukak, terus bertukar fikiran, "Nak air teh susu la". Saya pun menarik nafas lega....:P

Then, seorang lagi anak buah datang, "Cik Yah, nak Ice blended". Saya pun cakap "Ok, jap ehhh..nanti cik yah buat". Saya cuci pinggan jap, pastu bila dah settle, saya lupa pasal Ice blended..terus masuk bilik jap. Pastu tak lama, he came to me again"Cik Yah, nak Ice blended".. baru teringat balik..kesian dia..hehe..sorry I totally forgot..I asked him, "T (bukan nama sebenar) nak ice blended apa? Milo?"..pastu dia jawab.."Nak yang ada tabur-tabur serbuk kat atas, air dia warna koko jugak tapi bukan Milo"..Wah, ice blended ape ek..bisikku dalam hati. Pegi tanya Naqi jap, air apa tu..chocolate ke. Naqi pun tak tau. Last-last baru saya teringat sampai sekarang pun saya tak buatkan lagi ice blended tu..heee..sorryy..nanti kalau dia mintak lagi, saya buat betul2.. :-)

Alamak tiba-tiba hujan lebat. Stop la online dulu. Saya tak tau nak update apa so saya cerita la aktiviti saya di sini..hihi..Rasa macam tak pernah lagi blog about My life in Kemaman. Nanti kalau rajin saya ambil gambar bandar Kemaman pulak k.. :-)

7 wonderful voice(s):

Wazie Wahidah said...

Hahaha lucu! Nasibaik anak buah sy masih baby. Belum pandai mintak2 :D tapi best baca, kalau sy sendiri pun xtau la tu mcmana rupanya. Mungkin sy mengelak ja tu :p xpa, belajar2. Hehe

Hayatul Mohamed said...

hahaha parok goh belake demand, overzz tau.. sian ke kyah..kalau adik, adik tak layan sgt pon budak2 ni mintak macam2, sbb ramai sgt..kehkeh..sape yg mintak ice blended tu, hihi..sian..

makan gule saje tak makan roti klakor skali, wakakka..tp budak2 ni mmg suke manja2 dgn orang baru2 macam fami, kerel, kyah..tu yg mintak macam2 tu..

Rafahiah Haron said...

Sis Wazie : tunggu 5 thn lagi la kali kan..baru ada ramai anak2 buah di tambalang..hehehe..ramai sudah kawin kan time tu :p

Adik : tiaz yg mintak ice blended..sumayyah yg mkn gula..hehe..bila k.yah xnak tmbh gula..dia terus tinggal pinggan dgn roti canai tu. Smlm dorg ada favorite baru..biskut 4 segi tu + jem cokelat..mula2 tiaz mintak 1, pastu syahmi mintak 2, pastu syahmi dtg lagi mintak buatkan lapan..tak lama lepas tu faiz plak dtg mintak buatkan sepuluh..nak tergelak je kak yah..tp kak yah buatkan smpai lapan je..yg sepuluh dah tak buat dah..

Hayatul Mohamed said...

hahaha kelakornye bile dengar cerita kyah..tapi bile sendiri yang kene layan budak2 tu, mmg tak terlayan la adik, dah la adik mak sedare yang pemalas, wakaka..

oo biskut jagung ehh..haha, dok pasal2 mintak sampai lapan, sepuluh..parok budak2 ni.

wa said...

hahahah gelak sorang2 wa baca blog kak yah..parokk la budak2 ni.sukati je membibikkan orang.kalau wa jgn harap la nak layan.wa akan kata "byk cantik.gi beli sendiri kat kedai." muehehe...

nak mintak ice blended tak tahan tu.adoii sian ke kak yah..takpe,time pantang nanti blh rehat je selain layan baby baru hehe

p/s: kak yah jgn layan sgt budak2 ni,nanti dorg makin ngade2 hehe padahal nanti bukan makan sgt pun..

kak ya said...

pelik2 sungguh la budak2 ni. dgn kya abes teruk pon mintak air milo dgn goreng telur je. over tiaz mintak ice blended, tp bukan milo. igt pizza hut ke nk mocha blended. haha.

yah xyah layan sgt la budak2 ni, elak2 je kalo permintaan melampau. hehe sabor k yah :p

Rafahiah Haron said...

Wa & Kak Ya : sbb hari tu semua cuti sekolah sehari before raya haji..kumpul ramai2..sbb tu byk permintaan drp biasa kot..hehe..skrg dah tak dah :-) yah pun jd culture shock jap hari tu :p

Post a Comment