Monday, 8 April 2013
Housemanship
Hari ni sepatutnya saya offtag, tapi status masih tergantung. Dalam duty roster H.O saya memang off hari ni, tapi sebab terlebih dedikasi saya pun datang lah jugak tunjuk muka tadi. Huhu..Lagipun masih belum faham selok belok cuti..so saya pun mintak jugak lah permission dari specialist untuk emergency leave. Walaupun hari ni adalah hak saya untuk off. Even if they extend my tagging period, H.O lain kata memang patut cuti dulu sehari baru sambung tagging. Entah la labu..
So far, I love my job. Kadang-kadang happy, kadang-kadang stress. Waktu stress, the only thing yang buat saya bertahan adalah niat saya nak menolong orang. Seriously kalau sebab duit/gaji, lebih baik saya cari kerja lain. Cita-cita saya bukan doktor, tapi Allah dah beri saya jalan untuk jadi doktor, so bagi saya, mesti ada sebab Allah jadikan saya seorang doktor..kena ikhlaskan hati untuk hidup macam ni. Kalau muka cepat berkedut sebab stress..nanti saya makan collagen..:p
Banyak cerita saya nak cerita, tapi kena private. Tunggu hidup teratur sikit nanti.
Tuesday, 2 April 2013
Private blog :)
I think it's time to private my blog.
Kawan2 pembaca setia blog..kalau nak baca jugak boleh la tinggalkan email :)
Friday, 15 March 2013
We never know the love of a parent till we become parents ourselves
Salam. Insyaallah lusa (Isnin) bermulalah hari pertama saya dan suami memulakan kerjaya sebagai seorang doktor di negara tercinta ini :p Hari tersebut (18 Mac) adalah hari pertama hari gaji kami mulai dikira. Tapi lima hari pertama tu, belum masuk hospital lagi, tapi kena ikut kursus induksi / Program Transformasi Minda di Hotel Mandarin Court, Kuala Lumpur.
Hari tu waktu dapat surat, saya cuak lebih sebab susu stock belum cukup, tapi Alhamdulillah berkat sokongan yang diberi oleh suami dan kakak, akhirnya saya dah dapat kumpul stock yang mencukupi untuk meninggalkan Yumna selama 5-6hari. Huhu kalau kursus tu dekat, or balik hari, mungkin tak perlu risau pun sebab malam boleh menyusukan Yumna. Tapi ni kena tinggal 5-6hari berturut-turut. Thanks to my dear husband sebab lepas kak Shahnaz nasihatkan kena pakai double pump, dia mengambil tindakan pantas membelikan Medela Freestyle..terharu ok..huhu..terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah yang mampu membalas jasamu :)
Sebelum ni saya pakai Avent Single Electric, saya rasa ok ja tapi untuk menyimpan stock yang banyak dalam masa yang singkat, Medela ni memang sangat membantu. Semalam hari 1st saya pakai, buat cuma dua pumping session, dah dapat 12.5 oz.. Tadi saya baru buat 2 session lagi, setiap sesi 10 minit, saya dapat kumpul 8 oz.. Alhamdulillah. Di samping Yumna direct breasfeed. Kalau sebelum ni, nak dapat 8 oz tu kena bersusah payah jugak.
![]() |
| Sekarang Yumna dah 6.6kg |
![]() |
| Semoga anak mama & papa jadi anak yang solehah, dan berjaya dunia & akhirat :) |
![]() |
| Medela Freestyle : it helps me a lot! Boleh lah pakai untuk anak-anak seterusnya..hehe..InsyaAllah :) |
Semoga saya dapat menyusukan Yumna secara ekslusif sampai bulan ke 6, dan menyusukan Yumna sampai 2 tahun. Nasib baik ada sharing pengalaman jugak dengan senior-senior waktu kat Bandung dulu. I remember kat Bandung dulu kami diajar sejak tahun kedua buat degree, yang anak-anak baru lahir perlu disusukan secara ekslusif selama 6 bulan. Kami pun selalu buat presentation depan para ibu-ibu untuk buat exclusive breastfeeding, walaupun kami tak ada pengalaman. Sekarang laa masa nak apply :) Rasa macam ralat jugak sebab waktu presentation dulu, mostly kami menjawab soalan/masalah ibu2 tu secara teori semata-mata. Huhu..rupanya masih banyak yang kami sendiri perlu belajar. Teori memang senang, tapi dari segi spiritual pun penting, untuk motivate orang. Sekarang baru saya faham :)
![]() |
| We'll be missing you our sweetheart, mama & papa pergi kursus dulu k :) |
Friday, 8 March 2013
Kerja
Salam. Quick update. Dalam 2 minggu lagi insyaAllah saya n suami akan start mengabdikan diri kat negara tercinta ni a.k.a bekerja di hospital kerajaan.
Seboleh2nya saya nak positifkan fikiran untuk kerja ni..berdepan dengan situasi baru. Orang-orang baru..persekitaran dan masyarakat baru yang berbeza dengan masyarakat kat Bandung. Yang sangat lemah lembut dan bersopan santun tu.
Hati mesti kuat untuk tinggalkan anak. 18hb-22hb ni kami ada kursus kat KL so kena tinggal Yumna. Hmm..macam biasa perkara terpenting untuk difikirkan adalah susu. Insyaallah cukup..tapi kesian kat siapa yang kena jaga..apalagi kalau malam2 kena g panaskan susu.
Kawan-kawan yang dah kerja mostly bagi negative impression on HO life. Huhu mana lah saya tak risau. I know it will be a super hectic life. Waa rasa nak tolak tawaran induction ni pun ada..tunggu Yumna 6 bulan.
Tapi..hidup mesti diteruskan. Jangan pandang belakang. Hadapi semuanya dengan tabah..ok. Kalau kena marah2..sila nangis depan orang yang marah ;p Kalau dia kata lembiknya sikit2 nangis? Hmm nanti saya fikir apa jawapan nak bagi.
Ok post pendek je ni. Wish us all the best!
Sunday, 3 March 2013
Cakap Sabah
Saya malas bah mau bising-bising macam keyboard warrior di facebook tu..tapi..eee..geramm..macam2 betul jenis orang di fb tu..lain-lain lagi tu fikiran dorang. Ada yang aneh juga.
Bergaduh pun tiada guna di fb tu. Bikin panas jak.
Semoga negeri kelahiranku akan aman semula..amin
Saturday, 2 March 2013
Home is where the heart is
Salam.
Pejam celik pejam celik, dah lebih empat bulan kami menganggur. Dua bulan lebih kat Kemaman, hampir dua bulan kat Sabah. Kelmarin baru balik semula ke Kemaman. As usual, mula-mula balik perasaan mestilah merindui keluarga di kampung halaman kan. Feeling home sick. Huhu...
But I'm used to it. Dah 14 tahun hidup macam ni, rasa sedih tiap kali duduk dalam kapal terbang berpisah dengan keluarga kat airport untuk belajar, untuk bekerja..adalah rutin hidup saya dari dulu sampai sekarang dan sampai bila-bila, i guess. Begitulah kehidupan kan. Kita hidup dengan apa yang kita pilih, dan kita jalani kehidupan tu dengan hati yang ikhlas dan gembira =)
Kat sini pun my home jugak, my new home, my new family :-) It's my lovely husband's home. Nanti-nanti kalau saya balik 'my home', dia pulak yang home sick. Hihihi :P
Dulu ada orang cakap dengan husband, susah kalau kahwin dengan orang jauh, apatah lagi jauh kat Sabah. Entahlah apa yang susah. Mungkin susah beli tiket flight kut, yeke @Naqiuddin Mohamed? Eh, ini bukan facebook boleh main tag-tag. Hehehe..my husband cakap takpe beli tiket flight, demi isteri dan anak tercinta, hehe =p
Takpe lepas ni insyaAllah kalau kita balik, kita pakai free ticket ok? Untung tau kahwin dengan orang Sabah, kalau kerja kat mana-mana kat Malaysia, salah sorang mesti dapat elaun wilayah..pastu dapat ticket free satu family setahun sekali macam ayah..hihihi ok la dah jauh dah mengarut2 ni..huhuhu..stop2..
Hmmm..disebabkan mood merindui kampung halaman masih ada, mari blog sikit-sikit about my family. Di rumah cuma tinggal mak dan ayah. Anak-anak semua pegi mana?
My eldest sister, Wahidah..duduk rumah mertua yang jaraknya hanya tidak sampai 1 kilometer dari rumah mak ayah. Hehe..punyaalah dekat berabisan. Kalau suaminya abang Daffy outstation, dia balik rumah mak ayah. Sekarang lepas Iman lahir, kakak selalu duduk rumah mak ayah. Duduk rumah mertua pun selalu jugak. Sebab rumah dekat so senang lah berpindah randah. Tapi abang Daffy sekarang kena transfer pegi Beaufort, kira-kira 2 jam dari Kota Kinabalu. So lepas cari rumah sewa nanti, kakak dan Iman pun kena ikut. Jadilah mereka warga Beaufort. Makin jauhlah dari rumah.
My brother Amir pulak, masih meneruskan sisa-sisa pengajiannya di semester yang terakhir di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang Mechanical Engineering. Bulan Jun 2013 ni grad lah, insyaAllah. Lepas tu boleh la kerja, n kumpul duit untuk kahwin. Hihi. Tidak sabar mau ambil cuti pergi Amir dan Nana kahwin. Kerja pun belum..sudah plan mau apply cuti.
Adik yang seterusnya, Farhanah @ Ana, juga sedang meneruskan sisa-sisa pengajian di Universiti Tun Abdul Razak dalam bidang Pengurusan. Lupa la apa nama course Ana..tapi yang penting berkaitan dengan management, bussiness, dan accounting. Juga akan grad pada tahun 2013. Walaupun masih belajar, tapi sudah mempunyai bisnes dan pendapatan sendiri. How I envy her. Hehehe..kepala pandai cari duit dari dulu. Bayar sewa rumah tiap bulan sendiri, bayar bil sendiri, semua lah sendiri. Setiap hujung minggu balik rumah untuk menjahit sendiri tempahan dari customer. Do you remember her online website, Inner Jersey & Shawl? Dulu saya pernah letak link kat blog ni. Website tu dah ada 13,746 likers, dikendalikan oleh dua orang adik-adikku dan juga seorang rakan.
Kerja saya tiap kali dia balik rumah hari tu, tanya berapa banyak order, pastu sibuk-sibuk kira untung bersih orang. Haha..betul-betul tiada kerja ok. Bukannya mau tolong jahit. Dia biasanya dapat order dari customet borong banyak-banyak. Minggu lepas tak menang tangan dia menjahit, mak pun terpaksa tolong, tidur jam 2 pagi, bangun jam 4 pagi untuk isi borang-borang poslaju untuk hantar bagi customer. Tapi itulah pengorbanan kan, tapi pendapatan melebihi orang yang kerja full time. Alhamdulillah. Saya dan suami pun merasa jugak kena belanja makan di Secret Recipe pilih apa saja Ana & Ain bayar. Hihi rezeki jangan ditolak :p Pastu merasa dibelanja Starbucks jugak. Nanti kami sudah kerja kami pulak belanja k. InsyaAllah.
Adik seterusnya Ain, sedang menjalani praktikal di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dalam bidang Farmasi. Kalau cuti buat part time bisnes jugak di website yang sama. Juga akan grad pada tahun 2013 ni. Alhamdulillah tahun 2013 ni semua akan habis belajar.
Tinggal Izzaidah sorang ja lagi, baru masuk asrama Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu. Dia baru habis UPSR hari tu, dapat 4A 1B (B penulisan). From the first week until now, tiap-tiap hari call rumah. Mau kena jarum pun call mak dulu, lepas kena jarum pun call jugak. Isk isk. Kami dulu seminggu sekali ja call rumah..maklumlah tak cukup duit syiling nak call pakai public phone =p Zaman sekarang pakai topup2 ja public phone tu. Topup pun mak yang bayar..kan..
Ehmm okay lah..di sini dah hampir masuk waktu Asar, sebelum Yumna bangun dari tidur, baik siap-siap untuk solat dulu :-) Sekarang ni masa free adalah waktu baby tidur. Alhamdulillah, semakin hari makin senang dan biasa jaga baby. Yumna pun senang jaga..malam-malam pun bangun dua kali ja. Nangis pun jarang, kecuali waktu lapar. Ohya hari ni (02 March 2013) adalah hari pertama saya memakaikan Yumna cloth diaper. Baru dalam proses percubaan. Dah 3 cloth diapers Yumna pakai hari ni. Semoga terus istiqamah :) Yumna dah masuk 3 bulan, ada 3 bulan lagi perjuangan untuk exclusive breastfeeding. Kalau berjaya, saya ingat nak tambah lagi 2 minggu. Waktu tu mesti dah start kerja, harap-harap boleh teruskan EBF..pray for me k..:-)
Sunday, 24 February 2013
Musim pilihanraya
Sorry tajuk tak berkaitan pon. No idea. Macam biasa tujuan buat post baru adalah sebab kesian dekat blog sendiri yang sunyi sepi. Hehe..
Ramai kawan-kawan satu batch yang sama-sama grad hari tu dah mula kerja. Alhamdulillah setakat ni belum jadi betul2 la berita lambakan doktor tu. Kami masih mampu mengisi kekosongan doktor di hospital kerajaan..insyaAllah.
Saya & husband plak..sebab interview lambat sikit waktu saya berpantang hari tu..so maybe start kerja bulan Mac or April. Saya prefer bulan April sebenarnya..tapi mana yang Allah bagi itulah yang kami terima. Dah doa mintak yang terbaik pun kan :)
Kat borang KKM kami mintak first choice Hosp Kuala Terengganu sebab perancangan awal nak tinggal kat KT. Tapi sekarang kami dah ubah plan.. Nak tinggal kat rumah mentua di Kemaman & mintak Hosp Kemaman yang jaraknya cuma 5 minit dari rumah. Bahagianya kalau betul2 dapat. Saya memang kurang gemar berada di atas jalanraya lama2 :p
Kalau betul la dpt Hosp Kemaman, jarak dari rumah pergi hospital lagi dekat berbanding kat Bandung dulu. Orang cakap kalau Kelantan, Terengganu, Sabah n Sarawak, apply confirm dapat. InsyaAllah semoga semua urusan dimudahkan Amin ;)
Sekarang tengah gigih simpan stok EBM jugak untuk kursus induction / Program Transformasi Minda selama seminggu sebelum mula kerja nanti. Yumna kena tinggal lagi..seminggu. Huhu.
Saya rasa macam beberapa doa waktu kat tanah suci dah dimakbulkan. Betapa cepat Allah mengabulkan doa hambaNya kan..kita ja yang selalu lupa/lalai dari mengingatiNya. Huhu..:( Ya Allah..janganlah Kau pesongkan hati kami setelah Kau berikan hidayah kepada kami.
Ok tukar cerita lain dulu.
Saya ni masih belum mampu multitasking. Huhu. Susah untuk buat banyak kerja dalam satu masa. Kadang- kadang mandikan baby waktu petang pun boleh lupa. Isk..isk..pastu siang selalu mengantuk. Sebab cuti lama kan jadi kuat tidur. Hehe. Masa cuti lepas belajar & sebelum kerja mesti manfaatkan puas2 :p
Saya ada rasa2 macam mau private kan blog. Sebab saya suka cerita hal peribadi isk isk. Tapi kadang-kadang saya mau share jugak pasal ilmu kedoktoran. Tiada kah yang boleh private kan certain post dan public kan certain post? Ee tiba2 cakap Sabah ni kamu faham ka? Faham bah kan..hihi..
Ok lah. Besok atau lusa kalau saya boring saya tulis blog lagi. Tulis pakai handphone senang sikit. Sambil baring pun boleh. Pinjam hp suami la. Handphone i nokia je camera pun takde :p





