Saturday, 12 June 2010

Yogyakarta

Okay, kali ini tentang perjalanan kami ke Yogyakarta (Jogjakarta). Jogjakarta adalah satu-satunya tempat di Indonesia yang masih mengekalkan Raja sebagai tampuk pemerintahan. Kiranya mereka tak pakai orang-orang politiklah untuk mentadbir negeri.

Kami bertolak dari Malang, sekali lagi dengan train Malabar, pada jam 3.30 petang, dan sampai di Jogjakarta hampir jam 12 tengah malam. Then naik taxi dengan harga Rp40 ribu menuju ke hotel. Ada sedikit perkara menarik yang kami bualkan dengan pemandu taxi.

Bapak supir taxi : Dari Malaysia ya?

Kami : Dari Bandung.

Bapak supir taxi : Oh, saya pikir dari Malaysia.

Kami : Diam.

Bapak Supir taxi : Kalau orang Malaysia itu suka tipu, baik-baik sama orang tempatan supaya dapat murah. Kan di Candi Borobudur itu orang Malaysia atau orang luar perlu bayar Rp100ribu. Orang tempatan cuma Rp20ribu.

Kami : Diam dan senyum. (takut terkeluar loghat orang Malaysia)

Tak sampai 10 minit, kami pun sampai di Hotel Vidi 1. Check in, then kemas-kemas bilik, and tidur.

Pagi esoknya, kereta sewa + supir sampai jam 8 pagi. Perjalanan ke Candi Borobudur mengambil masa 1 jam. Ini gambar-gambarnya :

Dari jauh kelihatan stupa

Sebelum masuk, kena baca dulu peraturan masuk.

Semakin mendekati candi

Candi Borobudur ada 10 tingkat semuanya

Dari tingkat bawah hingga atas, dinding-dinding candi terdapat lukisan, yang
merupakan sebuah penceritaan tentang masyarakat pada zaman tersebut.

Yang ini saya kurang faham kenapa kepala patung terpotong. Banyak yang macam ni.

STUPA


Bye bye candi

Di sini cuaca sangat panas. Kat luar candi memang ramai lah warga tempatan ambil kesempatan sewa and jual payung, topi dan apa2 yang boleh elakkan panas. Nasib baik kami semua bawak payung. Di luar kawasan candi, ada banyak kedai menjual barangan berkonsepkan candi dan kraftangan Jogjakarta. Murah dan berpatutan. Satu tips : Barangan kat kedai tu lagi murah daripada yang warga tempatan jual sambil berjalan. So beli yang kat kedai, boleh tawar jauh lebih murah.

Candi Borobudur ni memang tempat melancong semata-mata. Tanda sejarah awal kehidupan manusia beragama di Indonesia. Tapi sekarang, Candi Borobudur ni dah tak jadi tempat beribadat. Kami pergi pada hari Jumaat, kat bahagian pintu masuk Candi ada sebuah surau. Pelancong beragama Islam siap boleh Sembahyang Jumaat dan berkhutbah di situ.

Candi Borobudur ni pernah diiktiraf sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Tapi sekarang dah dikeluarkan. Baru saya tahu Tujuh Keajaiban Dunia ni banyak kali bertukar-tukar dari zaman ke zaman. Dan sekarang ada Keajaiban Dunia Baru yang semuanya ada lapan termasuk Piramid yang diberi penghormatan sebab satu-satunya Keajaiban Dunia Kuno yang masih kekal sampai sekarang.

Balik dari Candi, kami ke Gunung Merapi. Pernah dengar? Kalau Candi Borobudur tu kita dengar dalam Sejarah Peradaban Dunia waktu tingkatan 4, Gunung Merapi ni popular dalam pelajaran Geografi PMR. Ia sebuah gunung berapi yang masih lagi aktif mengeluarkan laharnya. Kami diberi peluang untuk menonton filem tentang sejarah dan struktur gunung, dan bagaimana para pengkaji menentukan keaktifan dan meramalkan letupan gunung berapi. Waktu tu udara penuh dengan kabus, so kami tak dapat ambil gambar gunung Merapi tu.

Lepas tu kami menuju ke Pantai Depok. Kami sampai dah waktu maghrib. Tak ada gambar sebab semua camera dah habis bateri. Pemandangan pantai tu biasa-biasa, bagi saya pantai kat Malaysia lagi cantik. Dan semestinya Pangandaran jauh lagi cantik. Tapi, kami makan seafood yang sangat-sangat murah. Dengan harga Rp157ribu (RM60), kami dapat 5 ekor Ketam masak pedas, hampir 1 kilo sotong goreng tepung dan sotong masak kalasan, 2 ekor ikan bakar medium size, kerang masak sos tiram, dan sayur kangkung, nasi dan pelbagai air minuman.

Perut dah kenyang, kami pun balik hotel dengan senang hati. Flu saya makin teruk.

Esoknya kami ke Istana Kraton, tempat kediaman keluarga diraja yang memerintah Jogjakarta. Then, kami ke Malioboro, tempat-tempat untuk membeli souvenir, dan kedai Batik Jogja. Jogja juga terkenal sebagai Pusat pembuatan Batik. Mahal jugak la batik-batik kat situ, tapi selesa la pakai dan colour tak luntur sebab original. Tapi kalo convert duit Malaysia, kira murahla. Lepas tu kami makan di restoran makanan Thailand, namanya Phuket. Makan tomyam, kerabu mangga, ayam bakar dan ayam goreng bertepung, sayur broccoli sos tiram, dan masing-masing air dengan harga RM40 sahaja. Seriously duduk Jogjakarta memang best kalau pasal makanan. Hehe.

Kami kembali ke stesen keretapi untuk perjalanan jam9.27 malam dari Jogjakarta ke Bandung. Sampai Bandung jam 5.10 pagi. Sampai rumah, terus total bed rest. Isk2. Esoknya, kami semua kena sibuk-sibuk balik uruskan hal thesis, jumpa semua supervisor and examiner, and buat slide untuk presentation. Saya dapat hari kedua (Selasa, 15jun) untuk present my minor thesis, lepas tu baru betul-betul merdeka.

P/S : Mulai 16 July, Malaysia Airlines dah ada route Bandung-KL. Baguslah. Saya rasa Air Asia dah makin menjadi-jadi sekarang. Mencekik darah. Last month, saya homesick, my mom suruh balik 1-2minggu, tapi bila saya check ticket, tambang untuk mana-mana route dari Indonesia ke Kota Kinabalu semuanya total Rp3juta lebih. Hampir-hampir Rp4juta. Saya tak sanggup untuk cuti seminggu.

P/S 2 : Saya perlu berjimat-cermat. Bulan2 terakhir 4th year saya sangat membazir. Sangat-sangat-sangat. Stress exam mungkin. Dalam masa 2 bulan setengah, duit dalam akaun saya menyusut sebanyak Rp11 juta tanpa membeli aset-aset yang significant. Apakah? Kalaulah parents saya tahu, menangislah mereka. Isk.

8 wonderful voice(s):

Syazana R. said...

smpt lg ni p bc blog org. pdhal mo exam suda selasa ni. hehehe. kak yah, sotong msk kalasan tu apa? oo..slasa la k.yah merdeka kn? sy ada paper lg jumaat next week, br bole enjoy. crita psl RM, amir br bli hp baru. e71, rm900lbh jg la.huhu. ok la ble dpt yg ori. dia p bli sm kwn dia d lowyat after bli hdisk k.yah:) kak yah, if convert Rp4 juta dgn duit m'sia brapa la? hehe. bnyk pla tnya.
ok, goodluck aa k.yah.

Rafahiah Haron said...

tq nana, good luck jgk.

1 juta rupiah ~ rm380 :)

Syazana R. said...

kak yah, minta maaf kalo rasa mcm 'temberang' pla comment b4 ni. sy just mo bg tau, teda niat mo menunjuk2.btul. maaf sgt2 tau kak yah. sy lgsg teda niat mcm tu. mula2 mo delete tu comment tp x buli pla. btul ni kak yah, sy just mo bgtaw sb he's ur brother kn, kalo he's not ur brother xda point pn sy tulis psl dia. huhu. But actually, i should not kn (biar amer sndiri bgtau n kak yah blk nti tgk hp dia) plus rasa mcm temberang pn ada jg. tp i'm really2 sorry. hope kak yah ambik dgn +ve & x anggap sy mcm mo menunjuk2.(sy budak br belajar,kalo slh tlg tunjukkkn) huhu. len kali have to 'tapis2' my ayat dlu. maafkan sy kak yah. huhu. len kali sy x tulis lg mcm tu. again, sorry blame it on me :(

Syazana R. said...

oh ada pla icon delete(bin) ni. pg td blk2 jg sy try. myb sb internet slow kali kn. x da pla icon tu. huhu.

Rafahiah Haron said...

huhu astaghfirullah nana..
msti nana tlampau byk fikir ni kan.
hehe.

k.yah xda rasa papa pun. napa nana tiba2 msg gitu 2nd komen. mula2 k.yah x fhm, but i assume sbb k.yah
reply pendek ka. actually k.yah
suda baca aritu komen 1st tp time tu tenet lmbap (utk blog) so xreply trus.

then bla reply time tenet tgh laju utk blog, k.yah tgh buat kerja thesis. so i think there's not much to say, n reply apa yg nana tnya ja:)

nana kena kurgkan fikir mcm2 ni:)

Syazana R. said...

huhu. x la, bkn sb kak yah rep msj pndk. sb sy mmg rasa komen tu mcm melampau ckit. ckp bsr p mcm ada. risau ja, mn tau kak yah sensitif kn. sy pn x tau. huhu. xpa la kak yah, x slh jg kita minta maaf kalo kita rs kita apa yg kita bt tu slh. x rugi pun :) hehe. sorry gnggu kak yah.

Rafahiah Haron said...

hehe k.yah rasa ok ja pun dgn komen 1st nana. x rs temberang or papa. xda pun sensitif2:)

Jati Wijaya said...

Assalamualaikum wr wb.

Sebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

Kami bole bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email kat ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa, Bandung dan lain-lain. Ada juga sewa kereta / van / minibus dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)
Kasongan (pottery production), parangtritis beach, manding (leather arts), borobudur temple, lava tour merapi (exploring the rest of merapi eruption using jeep), chocolate kotagede, masjid mataram kotagede (oldest mosque in Jogja), pusat kerajinan silver kotagede, kraton (sultan palace), tamansari watercastle, cave tubing goa pindul, indrayanti beach, bukit bintang
Price start from: RM 482

All package types include:
• Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
• Hotels 3 nights *2/*3/*4 (+breakfast)
• Driver
• Driver Meals
• Parking fees
• Tour guide (by request)
• Entrance ticket’s stated in itinerary
• Dinner and lunch based itinerary
• Documentation (by request)

Exclude:
• Airport taxes
• Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
• Additional menu for dinner / lunch (if included)
• Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

Note:
Harga dapat berubah sewaktu-waktu
Harga tidak berlaku bagi high season

Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010, atau
whatsapp +628985101301 (FREE).
Email: ganeshabantul@yahoo.com
FB: jati182@yahoo.co.id (Jati Wijaya)
Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

Wassalamualaikum Wr Wb

Post a Comment