Saturday, 27 November 2010

Muka marah tak cantik

Bila saya tengok seorang perempuan yang sedang marah / badmood, saya nampak betapa buruknya perbuatan 'marah' atau 'bermasam muka'. Dulu saya ada seorang doktor wanita yang mood dia sangat flexible ke arah yang mudah marah. Sikit-sikit nak marah-marah & tinggikan suara. Saya tak suka tengok muka dia sebab penuh dengan kerutan di dahi. Saya ingat lagi saya pernah nak ambil MC kalau dia masuk kelas saya. Waktu itu expectation dia terhadap semua orang terlalu tinggi --> mungkin sebab itu dia mudah marah-marah.

Ditakdirkan saya berjumpa lagi dengan seorang doktor lain yang mudah bertukar-tukar mood. Saya perhatikan kenapa dia jadi macam tu --> kerana expectation dia terhadap sesuatu terlalu tinggi, bila sesaat dia tak dapat apa yang dia harapkan, mood dia serta merta berubah.


Kadang-kadang bila saya LUPA DIRI, saya pun bersikap macam tu, bila saya kecewa dengan apa yang saya harapkan tapi terlalu jauh dari mencapai sasaran, saya akan badmood. Bila saya nampak muka doctor yang sedang marah-marah dan muka marah-marak mereka tu BURUK, sekarang saya cuba untuk tak mudah badmood.

Di hospital sekarang saya cuba adapt perlahan-lahan dengan suasana dan keadaan yang kadang-kadang kurang memuaskan hati saya. Samada dari segi mental atau fizikal. Saya cuba berada dekat dengan kawan-kawan yang penyabar. Lagi-lagi bila saya balik rumah tak belajar langsung dan bila ke kelas saya nak belajar tapi orang lain bising yang tak boleh dimaafkan. Yang bila saya keluar jauh-jauh dari tempat tu pun masih boleh dengar suara orang menjerit-jerit.

Untuk menahan marah, itu susah. Kadang-kadang saya perlu lari ke suatu tempat yang jauh dari perkara yang boleh panaskan hati saya -- tenangkan diri sekejap -- lepas tu datang balik.

Saya ingat lagi waktu saya darjah 4, seorang ustaz dari Indonesia yang ajar saya subjek Hadith waktu tu, iaitu Ustaz Sulaiman, pernah suruh hafal hadith popular tentang "La Taghdhob", dalam hadith tu rasulullah ulang 3x ayat La Taghdhob (Janganlah engkau marah) tu. Waktu kecik2 tak rasa pun hadith tu memberi maksud mendalam. Sekarang bila dah besar dan menghayati nasihat Rasululullah tu, seriously ia sangat2 berhikmah kan? Rasulullah tinggalkan pesanan yang betul-betul kalau semua orang ikut, mesti dunia ni aman..hmmm..

Sama macam Dumbledore tinggalkan Lampu nama apa tak ingat, untuk Ron Wisley sebab dia tahu benda tu sangat berguna untuk Ron. Hehe...tapi tu fiction boleh laa kan..( x puas tengok Harry Potter :P)

---> Surgery Department for 9 weeks

Wednesday, 24 November 2010

Mini CEX

Pterigium

Mini CEX hari tu mula-mula dapat patient Pterigium di kedua mata, seorang ibu... Mula2 tanya nama dia masih boleh jawab, bila saya tanya umur dia ulang balik jawab nama dia tadi, it took me a while to discover that she can't speak Indonesian language. Waduh..waduh..gawat ni.. study tentang mata pun tak sempat cover habis semua diseases, inikan pula nak study Bahasa Sunda. Dulu ambil kursus bahasa Sunda tapi sekarang mostly dah lupa. Perlu refresh balik. Hmm.. Luckily husband ibu tu pandai cakap bahasa Indonesia, ibu tu bawak pegi tempat husband dia, so buat history taking "bagi pihak" isteri dia.

Tapi, lepas dah siap buat semua physical examination kat patient tu, tiba-tiba doctor masuk & suruh buat kat patient lain pulak. Saya dapat patient yang ada hypopion (nanah di anterior chamber of the eye) sebab ada serangga hinggap kat mata 2 bulan lepas. Keluhan utama mata sakit. Tak dapat dipastikan samada itu case Keratitis ataupun Corneal Ulcer sebab tak buat Fluorescin Test. Tapi saya buat ja diagnosis Fungal Keratitis. Harap Mini CEX tu lulus. Amin.

Hipopion dalam mata pasien mini cex tu lebih teruk dari ni, hampir menutup semua mata.

Monday, 22 November 2010

=)

Within 2 weeks you have to be a Dentist,

the next one week you have to be a Rehab specialist,

the next 3 weeks you have to be an ENT specialist,

and the next 3 weeks you have to be an Eye specialist.



I don't like being an exam-oriented person, hmmmm...

I'm not stress (or i am in a denial state)

I just feel like...vomiting~

Friday, 19 November 2010

Kenapa kita rabun?




I'm not gonna tell everything about ophthalmology now, because it's kind of boring~ untuk orang lain baca la..tapi, sebenarnya bagi saya sendiri agak boring jugakk laa..sebab tiap2 hari ulang2 pasal conjunctivitis, keratitis, corneal ulcer, uveitis, cataract, glaucoma,bla bla bla... Tiap2 hari asyik kena belajar tentang examinations of the eyes, treatments, bla bla bla.. Tapi yang best, saya dah pandai test orang rabun, sebab saya pun rabun so agak interested jugak la dengan benda suruh2 orang test cermin mata ni. Benda senang tu jugak yg saya rasa best kan.. hmmm..Harap next week saya dapat tengok LASIK surgery. Nak tau jugak macammana, siapa tahu one day boleh buat kan :P

Dalam masa 9 minggu, dah 4 kali tukar department, dat's why saya rasa agak boring..mungkin..tapi duduk lama2 kat department kecik2 pun tak best jugak..so better tukar2.. Lepas ni surgery department, kita tengok macammana komen saya pulak..Surgery antara department yang sangat sangat busy & mencabar.

Nak cerita banyak2 tentang penyakit mata pun saya malas nak type and mesti orang baca pun tak faham sangat..tapi mari saya bagi satu ilmu yang agak senang nak faham. Dan patut diketahui oleh semua orang~

Pernah alami tak situasi ni. Kalau anak2 kecil yang suka tengok TV dekat-dekat, biasanya parents akan tegur "Eh,jangan tengok TV dekat-dekat, nanti mata rosak, undur ke belakang sikit"

Sebenarnya benda tu salah. Anak2 kecil perlu visual stimulation yang cukup sampai betul2 boleh dapat pandangan binokular tunggal. Pandangan binokular tunggal ni bermaksud, "kita ada dua mata, tapi pandangan kita cuma ada 1 imej". Boleh bayangkan tak, contohnya "kalau kita capture gambar pakai 2 camera, yang kita dapat mesti 2 gambar kan". Tapi kenapa mata kita dua, tapi imej yang kita nampak cuma satu? Dalam bahasa melayu paling mudah, proses yang terjadi adalah otak kita dah combine kan dua imej yang sama/hampir sama tu jadi satu.

Gambar Hiasan

Kenapa teguran parents tadi salah?

Sebab, ketika dilahirkan, seorang bayi mempunyai penglihatan yang sangat samar2 atau hampir buta. Mereka cuma boleh melihat cahaya. Nak bayangkan? Cuba tutup mata rapat2, then goyang2 kan tangan kat depan mata, lepas tu kita akan dapat nampak something macam bergerak2 depan mata kita. Macam tu lah penglihatan bayi waktu baru dilahirkan.

Jadi, sejak lahir, bayi perlu diberi visual stimulation yang berterusan dan mencukupi. Bayi mungkin takkan dapat lihat wajah ibu bapa dengan jelas waktu lahir. Tapi sebab mereka boleh lihat cahaya, bila diberi rangsangan yang cukup, bayi akan mula mengenal bentuk dan gerakan pada wajah. Contohnya bila kita senyum kat bayi tu, bayi tu boleh recognize bentuk senyuman/ bentuk muka dan dengan cara inilah bayi akan mengenal kita sampai lah lama kelamaan bayi akan dapat melihat dengan sempurna.

Gambar Hiasan

Lepas dapat kenal bentuk, stimulate plak dengan warna-warna. Bila dah start kenal warna, mereka akan mula memerhati banyak benda di sekeliling and sedikit demi sedikit akan mula menggerakkan anggota tubuh untuk melihat objek atau warna. Sebab tu bila anak kecil baru mula merangkak, dia akan cuba untuk mengambil barang2 mainan yang dilihat. Lepas tu bila dia dah start boleh jalan, dia akan berjalan ke arah benda yang dilihat.

Kalau visual stimulation yang diberi tidak mencukupi (sehingga umur 6 tahun), anak kecil akan mengalami ketidaksempurnaan dalam penglihatan binokular tunggal, tapi boleh di perbaiki dengan memberikan stimulasi visual dari semasa ke semasa. So bila anak2 berumur 6 tahun, cuba buat screening ke atas mata. Buat la pemeriksaan mata yang mcm org buat cermin mata tu. Tengok huruf2 pada Snellen Chart dari yang besar hingga ke kecil, kalau belum boleh melihat sampai huruf yang paling kecil untuk mata normal, maksudnya anak tersebut belum cukup rangsangan visual.



Pada waktu inilah, ibubapa kena improve lagi penglihatan anak2 dia dengan memberi rangsangan visual lagi, sampai lah anak2 tu improve. Kalau dah berumur 12 tahun, sudah terlambat untuk memperbaiki mata anak2. Anak-anak perlu memakai cermin mata untuk boleh melihat sempurna.

Bila anak2 tu tengok TV dekat, maksudnya anak2 tu belum boleh melihat dengan jelas kalau tengok dari jauh. Anak2 tak tahu yang penglihatan dia belum sempurna, mereka just fikir memang begitulah penglihatan yang sepatutnya manusia boleh lihat. Sebab tu bila ibubapa suruh duduk jauh2, mereka pun ikut. Dan ini akan mengurangkan stimulasi visual anak-anak. Sebab objek tidak dapat betul-betul terfokus pada retina & makula (pusat visual pada bola mata). Tapi, kalau anak-anak tu dibenarkan melihat pada jarak yang mereka mahukan (iaitu yang dia rasa dia boleh nampak dengan lebih jelas), mereka akan melatih mata untuk memfokuskan imej pada tempat yang tepat. Dan ini akan merangsang penglihatan mereka.

Tapi, bila dilakukan screening mata, cuma sebelah mata yang tidak dapat melihat dengan baik, sedangkan sebelah mata lagi baik, ibubapa perlu cepat-cepat pakaikan anak dia cermin mata untuk mata yang rosak tu.

Kenapa? Sebab kalau cuma sebelah mata yang rosak, mata tersebut akan bergantung pada mata yang tidak rosak tadi untuk memfokuskan cahaya dengan lebih tepat. Jadi, mata yang rosak tadi akan kurang bekerja, dan akan terjadi "ambliopia" atau "lazy eye". Sebab, otak akan kurang menerima rangsangan visual dari mata tersebut. Lama kelamaan bila cuma satu mata yang bekerja keras untuk proses "accomodation" iaitu untuk fokuskan sesuatu objek dekat dengan lebih jelas, mata yang mulanya baik itu tersebut akan penat. Condition ni jugak boleh sebabkan juling sebab dua-dua belah mata sering terfokus ke arah dua objek yang berbeza. Jadi, pada umur lebih kurang 8-12 tahun, perlu segera check mata anak-anak dan pakai cermin mata.

My experience, waktu saya darjah 3, ada satu hari yang saya tiba-tiba x dpt tengok tulisan cikgu kat papan tulis. And paling obvious bila ujian bulanan, cikgu tulis di papan hitam, saya tak nampak. Walaupun saya duduk di barisan kedua, tapi, still tak nampak & saya terpaksa berdiri n sorang2 jalan ke depan untuk baca apa yang cikgu tulis. Cikgu tanya kenapa, tapi saya tak jawab sebab saya malu.

Waktu darjah 4, pernah sekali cikgu panggil sorang-sorang suruh baca pantun kat blackboard, bila sampai turn saya, saya berdiri & senyum2. Sebab saya tak nampak tapi saya tak tau nak bagitau apa kat cikgu. Sebab saya tak tau pun ada situation 'orang rabun'. Lepas tu cikgu pelik kenapa saya x baca pantun tu. Last2 bila dah 2,3 minit berdiri tapi tak baca apa2, cikgu suruh saya duduk. Hehe..

Lepas tu bagitau ayah tapi 'bagitau2 ayam' sebab macam x serius. Bila pertengahan darjah 4 baru lah ayah bawak pegi buat cermin mata, mungkin sebab waktu tu saya punya complaint dah semakin parah.

Ada orang yang 1 family pakai spec. Boleh jadi juga kelainan genetik jadi punca rabun. Sebab ada satu etiology rabun jauh, iaitu axial bola mata panjang. Senang cerita, macam diameter mata tu lebih besar la..dpt bayangkan? Jap2 cari gambar..


Ok,tengok gambar ni. Bila saiz bola mata normal (gambar bawah), imej akan terbentuk betul2 di atas retina. Tapi bila bola mata agak panjang (walaupun indeks pembiasan cahaya pada our lense tu masih normal), still imej tak akan terbentuk di atas retina, tapi akan terbentuk di depan retina. Sebab tu pandangan blurr. (macam gambar atas)

Ada banyak lagi sebab lain dari rabun jauh.

Tapi advantage nya orang rabun jauh ni, normally orang2 yang tak rabun, bila dah tua, dia akan mengalami rabun dekat (proses penuaan yang normal) sebab kekuatan lense mata untuk proses accomodation dah berkurang, so mereka akan mengalami rabun dekat (Imej terbentuk di belakang retina). Tapi pada orang yang rabun jauh, kalau kekuatan lense mata berkurang untuk proses tersebut, maksudnya imej akan makin membelakang, means akan mendekati retina, kemungkinan jugak akan jadi makin dapat melihat. Tapi kalo dah rabun yang sangat tinggi, tak boleh la berangan-angan..hehe..mcm saya memang tak boleh berangan2.

Hmm..kesimpulannya semakin banyak kita belajar, semakin banyak benda kita tahu. Dan makin sukar kita untuk percaya benda2 yang tak logik.

Ada satu artikel kat facebook pasal seorang gadis yang pregnant anak tikus sebab pakai pad yang kononnya ada sperm tikus. Hmmm..begitu mudah orang ditipu, sedangkan benda tu tak mengikut sunnatullah langsung. Lepas ni kita cerita pasal tu pulak keh kalau ada masa.

Minggu ni exam department mata. Wish me luck!!!





P/s : sorry sebab memenuhi post dengan gambar tidak memberangsangkan. Hehehe..

Monday, 15 November 2010

Berdoa

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”. (HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).



Semoga rakan-rakan yang diuji dengan kesakitan cepat sembuh...Amin..

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (QS. Al-Baqarah : 155-157).


P/s : Endemic dengue~

Saturday, 13 November 2010

reminder

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."


[Surah al-Israa : 27]


I went to Pasar Baru yesterday, bought few things for April~

Conflict :
My aim - I want to make everything sinless. And I don't want this event to be a medium to create much more sin.

I want something which is not too ordinary but still sufficient to make me remember the moments for the whole of my life..I'm not the one who buy something n at the same time thinking about how other people will react on my choice. I tried very hard not to buy something which will attract people's attention. I know this is my only chance to show off myself, to be beautiful in the eyes of everyone, and to be the center of attention. But for what particular reason do I have to do that? Is it to be proud of myself? Or is it to compare my big day with others'?

I regret it when I have to sacrifice my own desire to make other people happy, especially my loved ones. And to explain the reason why I want to do this and that, it was not an easy task. I hope you understand. And as a good muslim, I know u will understand :)

I am a girl (or a woman)...It's really sad to read many articles about women in Hell. I couldn't stop thinking when it comes to reading that kinds of articles. They keep sharing it on Facebook, and I keep reading it repeatedly. I don't want to be included in that proportion. And to make myself excluded, I have to do something. Urgent & fully prepared. This is just the beginning.

There's no use of wasting your money to something which is of no use other than to make people impress of you. It's more wasteful to spend your money for a complete set of gown, just to change the lining color so that it will look more impressive than before. For me, it's okay if it looks just like that. It's beautiful :)) We don't have to attract attention that bad. It is a sinful waste of money.

I hope I can initiate something good for Islamic community...Malays especially. Malays & Muslims are mixed up with cultures which are not even originally ours. It can be clearly seen in places near KL. I did some researches on it. I'm not intended to talk about it loudly here, because I have to take care of others' feelings, too. Maybe one day...step by step..

If we go back to Nabi Muhammad's era, there's no such thing as 'no money to get married'. It is only in our cultures nowadays that this phrase becomes pronounced. In this case, we have to go back to what our prophet has left for us, the Quran.


"And marry those among you who are single (i.e. a man who has no wife and the woman who has no husband) and (also marry) the Salihun (pious, fit and capable ones) of your (male) slaves and maid-servants (female slaves). If they be poor, Allah will enrich them out of His Bounty. And Allah is All-Sufficent for His creatures' needs, All-Knowing (about the state of the people) " (An-Nur : 32)


"Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, yaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah karena ingin memelihara kehormatannya”. (Hadits Riwayat Ahmad 2 : 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits No. 2518, dan Hakim 2 : 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu).


We are getting nearer to The Day of Judgement (Qiyamat). We have to think more about it. Despite having a busy life as a student, a worker, a father, a mother, or a country leader, we have to balance it with our ibadah. Our life here is only for a certain period of time. We are getting older year after year, and by getting another year older, it doesn't necessarily mean a better birthday celebration / birthday surprise from your family & friends. It is only a matter of culture.

Talking about marriage in Malaysia, I am so confused with those who are not wearing a hijab/jilbab/tudung, to wear it during the solemnization events only, and then throw it off during reception. And I am so confused with those, who, during the akad nikah, they stated the maskahwin which is not really the maskahwin value of that particular state. For example, if in Sabah the maskahwin should be RM300, but in the akad statement, they said "Aku terima nikahnya ..... dengan maskahwin RM **,*** tunai". Hmm, someone needs to clear up my confusion.


For wedding package, I am not satisfied with the bridal gown. Like they want the brides to show every part of their bodies to everyone. I asked the tailor to make mine a little bit loose, they said okay. But the result was, it's tighter than my body. I really hate it. One of my friends told me, her senior have experienced this before. She needs to alter the dress for about 4 times to get what she wanted. The tailor made it too tight, and this senior is the one who always wear tudung besar. Can you imagine...for a 4-hour-event, she has to sacrifice her 'aurat' that has been covered for her whole life.


I also have a friend who has been asked to shave her eyebrow by the mak andam during her wedding, just to make it thinner, so that the mak andam's work would look nicer in the eyes of the guests. She said, she didn't want, n the mak andam was like, keep asking and asking her to do that. Lucky my friend is a strong believer of God. Like I said, there's no use of doing something against your self-rules just to make other people impress of you.


"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (Ar-Ruum : 30).

I have to stop now. Continue babbling later...

Thursday, 11 November 2010

Mau makan di Malaysia~

Minggu ni masuk department baru, Ophthalmology @ Mata. Di Rumah Sakit Mata Cicendo, one of the best in South East Asia. 10 minutes perjalanan naik angkot dari rumah.

Kelainan kat department ni, kehadiran pakai cop jari, so tak boleh lambat datang , n tak boleh balik awal. Teknologi yang bagus, tapi masalahnya alat pengesan cop jari tu cuma satu. Berebut2 nak cop jari, lepas tu cop jari saya selalu undetected. Huhuhu... terpaksa ulang banyak2 kali baru boleh detected.

Ni entrance nak masuk bahagian pendidikan


Ni alat nak cop jari tu...

Dan, di suatu petang selasa yang dingin...hujan lebat & guruh berdentum, sedang saya menikmati lecture...tiba-tiba datang satu sms..

"Yan Yah Nad Zaidah, mimi kat rumah korang ni. Bapak korg suh sms korg n gtau, rumah korang banjir ni, sampai betis jugak..dia suh inform, mimi tade num kery.." -Haliza Syamimi

Waktu tu tak dapat bayangkan lagi banjir tu macamana. Ingatkan setakat tenggelamkan kasut time jalan. Sebab biasanya macam tu la.. Lepas habis lecture, hujan hampir stop. 2 hours ++ after kejadian. Balik rumah, tengok semua orang tengah sapu2 air lumpur, and rumah macam tongkang pecah. Air dah surut, tapi kesan banjir tu agak teruk. Saya cepat2 bukak pintu bilik. And saya lihat ini...

Air + tanah dengan ketinggian 5 sentimeter

Keadaan lain kat rumah

Dapur + stor

Wuwuwu....
Paras banjir tu sebelum saya balik ialah 30 cm.
Bayangkan saja fridge bahagian bawah tu pun dimasuki lumpur..
Sedih..banyak barang rosak..huhuhu..
Kerugian material + priceless things (bak kata Fiza)
Iron semua orang rosak..
Printer hampir semua org ditenggelami air..
Notes2 kesayangan + buku2 kesayangan basah..
Barang2 elektronik laa plg byk rosak + buku..
Kerugian barang-barang,
dan yang plg penting..
kerugian wang simpanan untuk beli barang baru..hehe..

Mungkin ada hikmahnya bencana ni..at least buat kami fikir kesusahan orang lain
yang lebih teruk..dan, bila Allah nak kata jadi, benda tu memang akan jadi jugak..
walau macammana kita expect benda tu takkan jadi..

I wish i had unlimited money...hehehhhheee...which is impossible..

Ni gambar my sister's rupiah notes waktu datang Bandung aritu..hiihi...2 hari shopping trus habis..ish3x..

Hari banjir tu, i couldn't study..
Selain sebab kemas rumah, groupmates saya yg lebih senior semuanya budak2 scorer...saya mmg plan nak study..tapi tak berkesempatan..
Besoknya, saya present BST,
Bila doctor tanya soalan senang2, saya tak dapat jawab..
My partner yang jawab semua soalan..SEMUA soalan..imagine saja..

Sampai doctor ckp,
"Rafa, kamu ga mau jawab soalan? nanti cuma teman kamu yang dapat nilai loh"
(bahasa Indonesia..sekarang semua perlu bercakap bahasai Indonesia)

Tapi entah kenapa hati saya macam batu waktu tu..
Tak ada perasaan..huhuhu..
Mungkin sebab saya stress tp malas nak layan..

Minggu ni asyik merasa tidak sabar menunggu weekend,
Entah kenapa..tapi seriously,
Pagi tadi dari jam7 sibuk counting hours nak cop jari untuk balik..
Weekend ni nak study banyak banyak untuk compensate balik benda2 yang saya
tak sempat baca minggu ni..semangat semangat!



Ayah, this is my audiometry test result = normal :)


Mak & ayah, these are my liver function test & HbeAg results = normal

No need to worry, coz i'm okay here ^_^

p/s : mau makan di Malaysia!

Saturday, 6 November 2010

Seberapa stress kah anda?

Do you see these pictures moving?


YES?? or NO?? Be honest to yourself :)


RESULT ANALYSIS :

Yes - bermakna anda sedang stress
No - bermakna anda sedang tenang

Ok2, jangan stress2 k..mari bermain2 dengan gambar2 ni..

How many horses do you see? You should get 7.

Is the girl in red part of the puzzle or helping to put the puzzle together?

Do you see 4 people?


Do you see the 2nd deer on the trees?



Friday, 5 November 2010

Semangat Baru~

Saya menukar layout adalah semata-mata untuk memulakan hari baru dan semangat baru. Simple saja tapi cukup untuk saya refresh minda dan pemikiran untuk sesuatu yang lebih bersemangat.

Saya baru saja selesai satu rotation lagi - ENT department. Saya belum tau bagaimana kesudahan saya di situ, tapi saya berniat untuk tidak memikirkannya dan mahu meneruskan ke rotation yang seterusnya dengan semangat baru.

Saya juga harus menjadi lebih bersabar dengan perkara-perkara yang saya tidak biasa. Di ENT department saya telah dicabar dengan 2 perkara, yang sememangnya adalah kelemahan saya yang selama ini jarang diusik.

Kelemahan itu ialah :

1. Gag reflex yang hyperactive.

Selama ini saya memang ada gag reflex yang sangat sensitif walaupun hanya dengan mendengar kata-kata. In case you don't know what if 'gag reflex', ia adalah suatu refleks muntah yang terdapat di bahagian dalam mulut yang berhampiran dengan tonsil, uvula dan lokasinya adalah di pharynx.

2. Tidak suka ditengking.

Saya tidak boleh menerima ditengking atu ditinggikan suara. Saya akan naik darah. Dan saya hypersensitive. Bagi saya, semua orang perlu cakap lembut-lembut dengan saya.

Sekarang saya perlu melatih diri menerima itu semua.

Next journey ----> Opthalmology Department