Friday, 19 November 2010
Kenapa kita rabun?
I'm not gonna tell everything about ophthalmology now, because it's kind of boring~ untuk orang lain baca la..tapi, sebenarnya bagi saya sendiri agak boring jugakk laa..sebab tiap2 hari ulang2 pasal conjunctivitis, keratitis, corneal ulcer, uveitis, cataract, glaucoma,bla bla bla... Tiap2 hari asyik kena belajar tentang examinations of the eyes, treatments, bla bla bla.. Tapi yang best, saya dah pandai test orang rabun, sebab saya pun rabun so agak interested jugak la dengan benda suruh2 orang test cermin mata ni. Benda senang tu jugak yg saya rasa best kan.. hmmm..Harap next week saya dapat tengok LASIK surgery. Nak tau jugak macammana, siapa tahu one day boleh buat kan :P
Dalam masa 9 minggu, dah 4 kali tukar department, dat's why saya rasa agak boring..mungkin..tapi duduk lama2 kat department kecik2 pun tak best jugak..so better tukar2.. Lepas ni surgery department, kita tengok macammana komen saya pulak..Surgery antara department yang sangat sangat busy & mencabar.
Nak cerita banyak2 tentang penyakit mata pun saya malas nak type and mesti orang baca pun tak faham sangat..tapi mari saya bagi satu ilmu yang agak senang nak faham. Dan patut diketahui oleh semua orang~
Pernah alami tak situasi ni. Kalau anak2 kecil yang suka tengok TV dekat-dekat, biasanya parents akan tegur "Eh,jangan tengok TV dekat-dekat, nanti mata rosak, undur ke belakang sikit"
Sebenarnya benda tu salah. Anak2 kecil perlu visual stimulation yang cukup sampai betul2 boleh dapat pandangan binokular tunggal. Pandangan binokular tunggal ni bermaksud, "kita ada dua mata, tapi pandangan kita cuma ada 1 imej". Boleh bayangkan tak, contohnya "kalau kita capture gambar pakai 2 camera, yang kita dapat mesti 2 gambar kan". Tapi kenapa mata kita dua, tapi imej yang kita nampak cuma satu? Dalam bahasa melayu paling mudah, proses yang terjadi adalah otak kita dah combine kan dua imej yang sama/hampir sama tu jadi satu.
Kenapa teguran parents tadi salah?
Sebab, ketika dilahirkan, seorang bayi mempunyai penglihatan yang sangat samar2 atau hampir buta. Mereka cuma boleh melihat cahaya. Nak bayangkan? Cuba tutup mata rapat2, then goyang2 kan tangan kat depan mata, lepas tu kita akan dapat nampak something macam bergerak2 depan mata kita. Macam tu lah penglihatan bayi waktu baru dilahirkan.
Jadi, sejak lahir, bayi perlu diberi visual stimulation yang berterusan dan mencukupi. Bayi mungkin takkan dapat lihat wajah ibu bapa dengan jelas waktu lahir. Tapi sebab mereka boleh lihat cahaya, bila diberi rangsangan yang cukup, bayi akan mula mengenal bentuk dan gerakan pada wajah. Contohnya bila kita senyum kat bayi tu, bayi tu boleh recognize bentuk senyuman/ bentuk muka dan dengan cara inilah bayi akan mengenal kita sampai lah lama kelamaan bayi akan dapat melihat dengan sempurna.
Lepas dapat kenal bentuk, stimulate plak dengan warna-warna. Bila dah start kenal warna, mereka akan mula memerhati banyak benda di sekeliling and sedikit demi sedikit akan mula menggerakkan anggota tubuh untuk melihat objek atau warna. Sebab tu bila anak kecil baru mula merangkak, dia akan cuba untuk mengambil barang2 mainan yang dilihat. Lepas tu bila dia dah start boleh jalan, dia akan berjalan ke arah benda yang dilihat.
Kalau visual stimulation yang diberi tidak mencukupi (sehingga umur 6 tahun), anak kecil akan mengalami ketidaksempurnaan dalam penglihatan binokular tunggal, tapi boleh di perbaiki dengan memberikan stimulasi visual dari semasa ke semasa. So bila anak2 berumur 6 tahun, cuba buat screening ke atas mata. Buat la pemeriksaan mata yang mcm org buat cermin mata tu. Tengok huruf2 pada Snellen Chart dari yang besar hingga ke kecil, kalau belum boleh melihat sampai huruf yang paling kecil untuk mata normal, maksudnya anak tersebut belum cukup rangsangan visual.
Pada waktu inilah, ibubapa kena improve lagi penglihatan anak2 dia dengan memberi rangsangan visual lagi, sampai lah anak2 tu improve. Kalau dah berumur 12 tahun, sudah terlambat untuk memperbaiki mata anak2. Anak-anak perlu memakai cermin mata untuk boleh melihat sempurna.
Bila anak2 tu tengok TV dekat, maksudnya anak2 tu belum boleh melihat dengan jelas kalau tengok dari jauh. Anak2 tak tahu yang penglihatan dia belum sempurna, mereka just fikir memang begitulah penglihatan yang sepatutnya manusia boleh lihat. Sebab tu bila ibubapa suruh duduk jauh2, mereka pun ikut. Dan ini akan mengurangkan stimulasi visual anak-anak. Sebab objek tidak dapat betul-betul terfokus pada retina & makula (pusat visual pada bola mata). Tapi, kalau anak-anak tu dibenarkan melihat pada jarak yang mereka mahukan (iaitu yang dia rasa dia boleh nampak dengan lebih jelas), mereka akan melatih mata untuk memfokuskan imej pada tempat yang tepat. Dan ini akan merangsang penglihatan mereka.
Tapi, bila dilakukan screening mata, cuma sebelah mata yang tidak dapat melihat dengan baik, sedangkan sebelah mata lagi baik, ibubapa perlu cepat-cepat pakaikan anak dia cermin mata untuk mata yang rosak tu.
Kenapa? Sebab kalau cuma sebelah mata yang rosak, mata tersebut akan bergantung pada mata yang tidak rosak tadi untuk memfokuskan cahaya dengan lebih tepat. Jadi, mata yang rosak tadi akan kurang bekerja, dan akan terjadi "ambliopia" atau "lazy eye". Sebab, otak akan kurang menerima rangsangan visual dari mata tersebut. Lama kelamaan bila cuma satu mata yang bekerja keras untuk proses "accomodation" iaitu untuk fokuskan sesuatu objek dekat dengan lebih jelas, mata yang mulanya baik itu tersebut akan penat. Condition ni jugak boleh sebabkan juling sebab dua-dua belah mata sering terfokus ke arah dua objek yang berbeza. Jadi, pada umur lebih kurang 8-12 tahun, perlu segera check mata anak-anak dan pakai cermin mata.
My experience, waktu saya darjah 3, ada satu hari yang saya tiba-tiba x dpt tengok tulisan cikgu kat papan tulis. And paling obvious bila ujian bulanan, cikgu tulis di papan hitam, saya tak nampak. Walaupun saya duduk di barisan kedua, tapi, still tak nampak & saya terpaksa berdiri n sorang2 jalan ke depan untuk baca apa yang cikgu tulis. Cikgu tanya kenapa, tapi saya tak jawab sebab saya malu.
Waktu darjah 4, pernah sekali cikgu panggil sorang-sorang suruh baca pantun kat blackboard, bila sampai turn saya, saya berdiri & senyum2. Sebab saya tak nampak tapi saya tak tau nak bagitau apa kat cikgu. Sebab saya tak tau pun ada situation 'orang rabun'. Lepas tu cikgu pelik kenapa saya x baca pantun tu. Last2 bila dah 2,3 minit berdiri tapi tak baca apa2, cikgu suruh saya duduk. Hehe..
Lepas tu bagitau ayah tapi 'bagitau2 ayam' sebab macam x serius. Bila pertengahan darjah 4 baru lah ayah bawak pegi buat cermin mata, mungkin sebab waktu tu saya punya complaint dah semakin parah.
Ada orang yang 1 family pakai spec. Boleh jadi juga kelainan genetik jadi punca rabun. Sebab ada satu etiology rabun jauh, iaitu axial bola mata panjang. Senang cerita, macam diameter mata tu lebih besar la..dpt bayangkan? Jap2 cari gambar..
Ok,tengok gambar ni. Bila saiz bola mata normal (gambar bawah), imej akan terbentuk betul2 di atas retina. Tapi bila bola mata agak panjang (walaupun indeks pembiasan cahaya pada our lense tu masih normal), still imej tak akan terbentuk di atas retina, tapi akan terbentuk di depan retina. Sebab tu pandangan blurr. (macam gambar atas)
Ada banyak lagi sebab lain dari rabun jauh.
Tapi advantage nya orang rabun jauh ni, normally orang2 yang tak rabun, bila dah tua, dia akan mengalami rabun dekat (proses penuaan yang normal) sebab kekuatan lense mata untuk proses accomodation dah berkurang, so mereka akan mengalami rabun dekat (Imej terbentuk di belakang retina). Tapi pada orang yang rabun jauh, kalau kekuatan lense mata berkurang untuk proses tersebut, maksudnya imej akan makin membelakang, means akan mendekati retina, kemungkinan jugak akan jadi makin dapat melihat. Tapi kalo dah rabun yang sangat tinggi, tak boleh la berangan-angan..hehe..mcm saya memang tak boleh berangan2.
Hmm..kesimpulannya semakin banyak kita belajar, semakin banyak benda kita tahu. Dan makin sukar kita untuk percaya benda2 yang tak logik.
Ada satu artikel kat facebook pasal seorang gadis yang pregnant anak tikus sebab pakai pad yang kononnya ada sperm tikus. Hmmm..begitu mudah orang ditipu, sedangkan benda tu tak mengikut sunnatullah langsung. Lepas ni kita cerita pasal tu pulak keh kalau ada masa.
Minggu ni exam department mata. Wish me luck!!!
P/s : sorry sebab memenuhi post dengan gambar tidak memberangsangkan. Hehehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 wonderful voice(s):
Thanks for the info. Ada jugak kelebihan rabun jauh yer....bagus2.
ophthalmology tu jabatan mata ke? Slalu nmpak signboard dlm hospital, berbelit lidah nak sebut
ei, klau saya ni mata sy rabun sebelah & x pkai spek, nanti sy juling ka??? huhuhu... tp sy slalu sakit kepala klau drive lama2 sbb fokus la konon kan. klau boleh juling, sy mau pkai spek la ni. isk3
betta : ur welcome, aah jabatan mata. praktis sebut byk2 kali, sng je sbnrnya..hehe
WW : haha takut juling ka? buat la "cover test" kalo mo tau juling ka x. p cari d tenet cmana.sng ja tu. tp rasanya x juling la..bukan teruk pun kn.hee
haha skrg mmg la tdak juling. nanti2 ba, lama2 nanti sy takut jd juling. isk3.
trima kasih informasinya, sangat bermanfaat
Post a Comment