Assalamualaikum,
I'm very sorry for the delayed update. (sorry pada siapa pun tak tau :P). Beberapa reasons :
1. Minggu ni agak letih berulang-alik dari tempat yang "agak" jauh setiap hari (Isnin - Sabtu).
2. Usaha mengkidnap gambar-gambar dari facebook kawan-kawan memakan masa agak lama..heee..(sebab kidnap sikit-sikit waktu ada masa :P)
3. Gambar-gambar dari me & naqi's camera semuanya 14megapixels, nak bukak kat laptop punya lah lama. Size besar sangat. Baru semalam jumpa cara untuk resize semua sekaligus.
4. Proses editing (walaupun tak la beza sangat dengan original picture..:P) pun memakan masa.
5. Proses uploading pun beberapa jam.hehe..tengok la berapa keping saya hentam letak kat sini. Lebih dari 100 keping :) Bukan selalu kan.
Okay...First of all, mari berkenalan dengan teman-teman yang join ekspedisi ke Pulau Seribu. (terutamanya Pulau Tidung):
Saya mulakan dengan yang paling susah sekali nak cari gambar dia sorang-sorang. I have to crop her pic :
Izyan Dhaniah @ Yan with her lollypop
Sindhu
siti nurhafizah @ fiza yang tak sabar nak snorkeling :)
shafikah diana @ fikah
farhan saroni
Amy yang sedang menahan panas :) ciann..
Krie enjoying her air kelapa :)
farid kamal (yang bukan farid kamil okay)
nadya amin @ noddy : yang bak kata Amy, travel with style :)
Hang hanep @ sri poernama the blogger
dan kami....
Naqi & Yah
Semuanya ada 14 orang, kami memulakan perjalanan pada tepat jam 00:00 malam, bertolak dari Bandung ke Jakarta, perjalanan lebih kurang 3 jam naik kereta.
Gambar first beramai-ramai.. @ Murangke Port, Jakarta Utara..
semuanya masih muka baru bangun dari tidur..hehe
Lepas solat Subuh, kami dah start naik boat, pilih-pilih tempat yang best untuk duduk supaya tak muntah/mabuk laut..
Perjalanan ke Pulau Tidung ada laa dalam lebih kurang 3 jam, tak terasa sangat sebab lebih banyak tidur..hee..gambar-gambar sepanjang perjalanan menaiki speedboat..
Beberapa jam kemudian, dah nak sampai Pulau Tidung..air kat Pulau tu memang betul-betul biru..dan jernih :)
Aktiviti lepas tu : SNORKELING!! ^_^ tengok gambar je laa k :)
Kami snorkeling kat dua tempat. Sebab beberapa jam selepas tu, tempat tu dah ramai orang..so bapak tu bawak pergi tempat yang lain, yang tak ramai orang :)
After that, balik ke pantai Pulau Tidung, jalan-jalan, makan ice cream, naik Jambatan Cinta ke Pulau Tidung kecil. Pulau Tidung ni ada dua, satu yang besar, satu yang kecil, and between them ada jambatan yang menghubungkan antara keduanya, iaitu Jambatan Cinta..:)
Jalan-jalan melihat keindahan ciptaan Tuhan..sampai lah hari menjelang senja..
Dah dekat Maghrib...jom balik rumah :)
Malam tu, ada BBQ...ikan besar dan sotong..
(Tapi saya tertidur...zzzzzz...)
Besok pagi, jam5 pagi acara seterusnya adalah "melihat matahari terbit"....dari rumah kami berbasikal ke Jambatan Cinta lagi sekali.
Aktiviti seterusnya tengok gambar je k...hehehe... sunrise + mandi laut + foto-foto + donut boat + minum air kelapa..
me & naqi sebelum dijatuhkan dari donut boat..
selepas dijatuhkan dari donut boat...:P (sila lihat gambar orang yg paling kecil)
Lepas dah penat main, minum air kelapa plak...
Lepas dah penat semuanya....semua balik siap-siap mandi untuk balik ke Jakarta..
Di Jakarta, singgah jap kat Senayan City,
Makan Burger King yang tak ada kat Bandung...
Keseluruhannya, cost untuk percutian ini hanyalah memakan Rp 400,000 (RM150) seorang.. termasuk transport from Bandung-Jakarta-Bandung, Speedboat pergi balik, tempat tinggal, makan minum + BBQ + snorkeling + donut boat + outbound activities...
Happiness + friendship = PRICELESS (^_^)