Wednesday, 12 October 2011

Jom baca celoteh panjang ini

Salam,

Dah tiga hari tunda-tunda update blog.

Hari ni balik awal sikit, jam 11.30 am kami dah call taxi untuk balik. Jam kerja kat Rumah Sakit Daerah Ujung Berung ni sepatutnya dari jam 7 am sampai jam 2 petang (awal sikit la dari RS Hasan Sadikin), tapi sebab tak perlu sign attendance jadi kami pun balik awal. Ini perangai sebenar kami budak-budak medic (perlu pandai mengambil peluang selagi ada). Lagipun MASA ITU EMAS lagi-lagi untuk orang yang sudah agak tidak single ini. Huhu.

Minggu ni saya rotation kat RS Umum Daerah Ujung Berung, dari Bandung bertolak jam6.15 naik taxi Gemah Ripah, jalan macet --> sampai sana dalam pukul 7 am. Bayar taxi Rp35 ribu. Naik 4 orang so sorang bayar Rp 9 ribu. Lebih kurang sama dengan naik angkot (angkot kena tukar 2 kali, bayar total Rp7 ribu) --> beza Rp 2 ribu (RM0.72 sen) --> jadi mana lebih baik? TAXI ..... hehe...pandaiiii..

Ok lah sebenarnya yang lebih bijak adalah tumpang kereta kawan. Tapi dulu-dulu boleh lah sebab saya selalu 1 group dengan kawan-kawan Indonesia..so boleh lah tumpang-tumpang. Sekarang tak tau apa jadi, saya tiba-tiba terdampar bersama-sama junior Malaysia.. seperti yang kita tahu berapa keratlah sangat budak Malaysia yang ada kereta kat sini. Tapi bukan bermakna dpt group ni tak best. I really enjoyed myself with them. Most of them 'sekepala'..hehehe..sekepala tentang apa? rahsia...

Tapi takpe..duit total cuma habis tidak lebih dari Rp 20 ribu per hari. Plus makan Soto ayam Rp 8 ribu. Ok lah tu. Kalo duduk RS Hasan Sadikin pun belum tentu saya dapat jimat macam tu, dengan makanan kat cafe Seruni tu yang paling murah adalah Soto Ayam Lomongan Rp 14 ribu. Dengan perut saya ni yang sering meminta diisi, kalau sehari mesti nak pergi Seruni dua kali. Kalau on call/'jaga', tengah-tengah malam mesti nak kena isi lagi jam 10pm tu. Pastu pagi-pagi betul-betul dekat nak subuh, perut minta isi lagi. Kalau hari biasa (tanpa 'jaga') tidur nyenyak tak rasa pun lapar-lapar macam tu. Sebab tengah tidur.

Tiba-tiba cerita pasal Belanjawan diri kat sini. Hehe alang-alang Belanjawan 2012 baru lepas, boleh la kan....apa-apa pun marilah berjimat cermat, dan belanja ikut kemampuan. Kalau asyik rasa duit sikit jaaa..(walaupun.....), sampai bila-bila pun duit tak kan cukup. Ok, percayalah cakap saya. Saya tahu, sebab....saya bukan orang kaya....

Hari Isnin lepas agak kelam kabut jugak sebab 1st day pergi RS Ujung Berung. Kena kumpul kat tempat taxi jam 5.50 pagi, lepas tu kena follow up patients, kena buat Case Report Session, etc, etc, and tunggu untuk balik. Hari 1st kena skema sikit balik on time. Tapi balik dari Ujung Berung ja, petang tu saya on call lagi kat RS Hasan Sadikin dari jam 3.30pm sampai 5.00 pagi. Jaga Emergency.

Malam oncall tu saya suka. Sebab I tried to create a positive feeling within myself. Itu 'jaga' terakhir saya di Pediatric Dept. Jaga sebelum tu pun saya suka sebab hal sama. Ingat tak saya pernah copy paste ini dulu :

"Everything that irritates you about others, is your key to understanding yourself. What angers you in another person is an unhealed aspect of yourself! If you had already resolved that particular issue, you would not be irritated by its reflection back to you :))"

Saya pernah tulis dalam blog & status facebook (yang lepas tu saya delete) tentang betapa anti-nya saya dengan residents yang suka marah-marah/ suruh-suruh tak pasal-pasal. Saya berfikir jugak kenapa saya boleh sangat marah dengan hal tu. Kenapa dalam hal macam ni saya tak boleh sabar, macam selalu saya boleh sabar dengan hal-hal lain.

Kira macam muhasabah diri la ni. Saya pun tak tahu dari mana saya dapat satu perasaan baru. Waktu second last 'jaga' kat Peri tu saya try berfikiran positif dan bersedia dengan resident yang nak marah-marah. Tapi dorang tak marah-marah pun, padahal saya tunggu je dorang nak marah. Sebab saya nak try test keberkesanan muhasabah diri itu. Tapi sampai jam ke-12 dorang tak marah-marah jugak. Atau mungkin dorang marah tapi saya tak terasa.

Malam terakhir jaga (which was last Monday night), saya berfikiran sama lagi. Walaupun agak penat sikit sebab baru balik dari Ujung Berung first day yang kitorang jadi budak skema. Dalam Emergency room malam tu, doctor2 dia sama dengan yang saya pernah jaga dulu. (yang saya banyak kali tension tu terutama dekat doctor yang pijak selipar saya sampai putus tapi tak minta maaf. Sampai saya terpaksa ambil brooch kat tudung untuk pin balik bahagian yang putus kat selipar jepun tu untuk sambungkan supaya saya boleh pakai at least untuk balik rumah. Saya saja pasang brooch tu depan doctor yang putuskan selipar saya tu supaya dia rasa bersalah sikit. Tapi dia buat tak peduli, and doctor lain pulak nak bergurau time saya tengah marah tu "beli baru ajjaaaaa dik").

Malam last jaga tu saya pakai masker (hi...hi...) sebab saya tak nak doctor tu kenal saya, sebab dulu dia pernah marah saya, saya lawan balik...sebab saya geram dia marah membabi buta benda yang saya tak buat..dia marah saya kali yang ke-4 hari tu, tu yang saya geram tu. Dan saya pakai masker sebab saya takut saya 'kurang kekuatan untuk bersabar dengan dia' and buatkan saya melawan lagi.


Malam tu patient ramai jugak tapi tak rasa penat langsung sebab enjoy. (Bukan enjoy sebab orang sakit..tapi..itu kan kerja doctor..bukan enjoy tengok orang sakit, tapi kalau dapat belajar sesuatu dari patient mestilah happy kan..ilmu tuu..)

Malam tu ada sorang patient dengan diagnosis Bacterial Meningitis. Istimewanya patient ni bagi saya, sebab selama ni walaupun dah banyak jumpa patient meningitis, tapi jarang yang semua 'Meningeal Signs' nya positive. Patient malam tu, dari Nuchal Rigidity, Brudzinski sign I/II/III, Laseque Sign, Kernig Sign semua positive. Ok la mungkin selama ni saya jumpa patients yang Serous Meningitis saja. Jadi tak seteruk yang Bacterial Meningitis. Lepas tu bila buat Lumbar Puncture, CSF dia very the clody :P And bila check telinga ada cairan keluar dari both ears. From the history taking, ayah dia kata dia memang selalu ada ear infection (Chronic Suppurative Otitis Media). Memang patient yang sangat khas. Most of the primitive reflexes pun positive.

Sampai ke pagi, takde doctor yang annoying pun. Doc yang hari tu marah-marah tu pun tak banyak cakap sangat. Ada lah buat muka berkerut sikit tapi saya malas nak tengok sangat, nanti mood saya pulak yang jadi tak best. Kesimpulannya saya cari muka-muka yang suka senyum, yang baik, supaya saya pun jadi macam tu. He...he...

Balik rumah 5 pagi, kena terus siap-siap mandi sebab jam 5.50pagi kena keluar lagi untuk pergi ke RS Ujung Berung. Tak sempat buat breaskfast, nasib baik ada biscuits & milo 3 in 1. Sian encik Naqi kena ikut makan biskut & minum hot chocolate 3 in 1 jugak. Malam tadi pun makan maggi je..I'm sorryyy..malam ni kita makan sedap-sedap okay ^_^

Bercakap tentang suasana 'annoying' waktu kerja ni, dua tiga hari ni kalau saya scan facebook saya (scan je yang termampu since masa pun tak banyak), di kalangan rakan-rakan yang kebanyakan nya belajar medic itu, dorang share 1 link tentang "Why Malaysian Government can't Retain Its Doctors"

Boleh baca di sini : http://www.facebook.com/notes/adam-lim/why-malaysian-gov-cant-retain-his-doctors/10150486403099478

Saya rasa saya faham macam mana orang tu rasa, tapi tak de lah sampai nak tinggalkan negara & pergi berbakti dengan negara lain kan. (tapi tak boleh cakap lebih-lebih jugak since saya belum kerja kat Malaysia lagi).

Kat RSHS ni pun pernah rasa annoyed to nurses. Dulu siap persoalkan lagi apa sebenarnya tugas doctor, apa sebenarnya tugas nurse. Lagi-lagi nurse yang dah senior yang bersuara besar/kuat/lantang yang boleh memalukan koas mahupun residen sesuka hatinya. Kadang-kadang residen siap pesan lagi, "dik, kalo ngomong sama ibu *** jangan ngomong suka-suka ya, soalnya dia itu udah 20 tahun kerja di sini, semuanya dia udah tahu".

Saya pernah tulis kat status facebook juga satu kali pasal saya "anti-perawat melati". Waktu tu saya dah tahan berapa lama, berminggu-minggu kot..sampai satu masa tu saya rasa dah hilang sabar. Itu baru jam 11 malam, saya dah boleh hilang sabar. Belum lagi waktu nurses tu tiba-tiba melenyapkan diri untuk tidur sampai takde seorang nurse pun yang tinggal. Patient dalam ward tu ada hampir atau lebih 50 orang (maksimum 72 orang) dengan perangainya masing-masing (belum termasuk perangai keluarga lagi). Tak sampai 5 minutes akan mesti ada orang muncul ke nurse station untuk mintak "tukar infus" (bahasa melayunya..air yang masuk dalam badan patient thru jarum tu..airnya dah habis, so kena tukar yang baru).. Okay, itu seriously bukan tugas seorang doctor (saya rasa lah..since saya pun tak tahu batas jelas perbezaan tugas seorang doctor dan nurse, selain tahu tugas doctor adalah untuk memberi instruction berdasarkan ilmunya selama 6 tahun ++ kepada seorang nurse dengan cara yang terhormat).. Tapi, disebabkan semua nurses( or 'suster' dan dipanggil 'sus' oleh patient) tiba-tiba menghilang, so kami lah yang kena buat benda tu. Nak menolak rasa bersalah pulak, nanti patient tu kena hypovolemic shock, kami jugak yang kena marah oleh residen.

Tapi, banyak je perawat (lelaki or perempuan) yang sangat berdedikasi melebihi seorang doctor. Ada sorang perawat yang muka macam Rosyam Noor tu, sangat rajin & berdedikasi. Semua koas cakap dia rajin. And menyenangkan. Kan best kalau semua perawat macam tu. Kalau boleh saya pun nak jadi macam dia. (walaupunnnnn...macam mustahil..hihi....)

Kat sini residen lagi kesian. Tak dibayar langsung okay. Most of them. Dah lah belajar pakai duit sendiri. Bekerja dengan beban yang sangat berat (berat mata memandang, berat lagi bahu memikul)..huhu..tapi dorang tak dibayar pun.. ada la yang kerja sambilan kat swasta, ada la pendapatan lebih..tapi kesian lah..

My preceptor (consultant) kat Dept. Anak ni, hari tu dia bercerita tentang perjalanan dia dari jadi GP sampailah jadi residen and Specialist. Dia kata gaji dia Alhamdulillah bertambah perlahan-lahan, and sekarang dia dah boleh berpuas hati dengan rezeki yang kerajaan bayar kat dia. Kami (yang 9 orang daripadanya adalah anak Malaysia) dengan tanpa segan silu bertanya berapa gaji dia sekarang.

And dengan tenangnya dr. jawab " sekitar 3 juta-an lah". Kitorang yang tadi ingatkan akan buka mulut luas-luas untuk kagum, tapi semua terdiam. Kami koas yang dapat biasiswa 2juta sebulan dari kerajaan Malaysia pun kadang-kadang rasa tak cukup, tapi doc yang dah kerja berhempas pulas bertahun-tahun macam tu baru dapat 3 juta rupiah sebulan. Housemanship kat Malaysia kalau tak silap basic salary pun hampir RM4000. (10 juta ++ rupiah okay). ITUPUN MASIH RAMAI YANG TAK BERSYUKUR. (mari highlight ayat ini)

Apa-apa pun, saya harap Allah sentiasa meningkatkan kesabaran saya & kawan-kawan nanti kalau dah jadi doctor kat negara sendiri (insyaAllah), semoga sentiasa diberi kekuatan mental, fizikal dan rohani, dan semoga pengalaman melihat situasi yang 'macam-macam' di sini akan sentiasa mengingatkan kami betapa rendahnya nilai seorang manusia di dunia yang sementara ini, tanpa ILMU, IMAN dan AMAL yang ikhlas dan berterusan.

Sekian ceramah untuk hari ini.

9 wonderful voice(s):

Nadia Nazifah said...

oh, rasa nak menanges sbb dokter tu sgt bersyukur :(

orang yg bersyukur selalu hatinya tenang. yah n aki kerja baik2, nnt boleh berbakti pada negara :)

p/s: banyaknye term dokter yg x difahami hoho

Wazie Wahidah said...

bagusnya doktor yg last2 tu. huhuhu. sedih plak dgr cerita dia tu.

sy ni penakut jumpa doc. tapi kalau ko jd doc, xla sy takut. haha. best jgk klau jmpa doc yg kita kenal ;p

tapi tapi tapi macam la kamu akan kerja di sabah kan. hehehe. semoga terus kuat dan tabah habiskan study.

dugaan2 dgn org sekeliling tu sebahagian dr study la jgk kan, sebab nanti bila kerja mungkin akan ada keadaan begitu jugak. manusia kan macam2. so kitaaaaaa lah jugak yg kena menyesuaikan diri.

malam ni makan sedap2 saya mau join okey!

Hayatul Mohamed said...

huhu doktor kat msia ramai cakap gaji x padan dgn kerja yg byk..tp mmg doktar kat msia busy pon kan..

mungkin kos hidup kat msia lagi tinggi so certain org rasa x cukup lg rm3000++ tu nak2 duduk kat kl. apa2 pon, ma byk kali ckp kat anak2 dari dulu sampai skrg,ma dulu, gaji sikit tanggungan ramai. kalu dah tahu gaji tak byk, buat la budget setiap bulan supaya belanja sekadar guna duit yg ada, takdok la merungut-rungut mcm ramai org msia, hehe.

Rafahiah Haron said...

Kak Ya : itu la, waktu doc tu cerita satu2 pengalaman dia siyes airmata bergenang..siap cerita pasal pengorbanan suami dia, kalau suami dia takde, dia takkan jadi macam skrg..etc..bila ckp pasal gaji lagi la sedih :(

Thanks k.Ya, insyaAllah..it's quite hard to imagine about it, but we'll try :)

Rafahiah Haron said...

Sis Wazie yg bawa Ice box pegi Hari Peladang :P :P

Sedih kan..jauhnya beribu-ribu batu untuk jadi sekuat macam tu :(

Tu kak Hanim/Bibi semua kerja di QEH, p la consult2. hehehe..Kalo kita, boleh di FB ja la,hihi..

Thanks doa-doa kan kami. Amiinnn :D

p/s : Sudah mkn! kenyang ^_^

Rafahiah Haron said...

Adik, aah, kat Malaysia pun busy sgt especially kat hosp besar2. Lebih kurang kot dengan kat sini.

Tak tau lah sebab living cost mahal sgt or apa. Tak boleh nak ckp lebih2 jugak sbb kak Yah tak pernah rasa kat sana macam mana lagi..tp untuk family mmg tak berapa nk cukup kot..nak byr rumah, kereta lagi mcm adik ckp..:)

Just dpt compare dgn duit kitorang dpt biasiswa 2 juta / bulan tu je belanje kat sini..yg untuk orang single pun macam cukup2 makan. Kadang2 tak brape nak cukup. Inikan pulak doc yang ada family. Tp husband dia kerja tinggi jugak kot.hehe..cuma terkedu jap time tu bila dgr cerita ketabahan dia.

Kalau ikutkan, harga gula, beras & minyak masak, tepung kat sini lagi mahal dari malaysia. Jauh lagi mahal. Gula 1 kilo = RM4.20, beras 1 kilo = RM3.60, tepung gandum 1 kilo = RM4, minyak goreng 1L = RM4.20.

Eh tetibe keluar harga barang plak..hihi..

Betul apa ma ckp, zmn dulu mesti lagi rasa kesusahan b'banding skrg kan..jom berbelanja hemat dr skrg..Adik pun dpt biasiswa kan. balik msia boleh byk duit..hehe :)

KFMJ said...

lamanya tak jumpa yah.......:(
best jgk 'baca' ceramah..hehe

Unknown said...

Life is not as bad now in Malaysia compared to before, maybe I should write something about this, if time permits.

Anyway...pandai Yah bercerita...best! Kesiannya En.Naqi kita tu...hehehe...suruh dia masak sendiri...

Rafahiah Haron said...

Krie : aah, lama bngattt..Krie dah exam? ke sama dgn amy?:) Good luck tau! =)

A. Din : Ok abg Din, insyaAllah ada masa nanti. Best of luck untuk exam :) We'll pray for ur success.

Dia masak sendiri la maggi tu..sbb tinggal sorang2..hehe..

Post a Comment