Monday, 17 October 2011

Harta itu jangan beredar di kalangan orang-orang kaya saja di antara kamu

Untuk gambar pertama dalam entry semalam, mari kita lihat jawapannya, jangan marah okay, hihi :)



Untuk gambar ke-2, rasanya semua pun boleh nampak :)

Minggu depan selama 9 minggu, saya akan masuk Public Health Department & Family Medicine. Boleh tak nak berdoa mintak-mintak dapat kat klinik Sukagalih je? (yang jalan kaki 2 minit dari rumah pun boleh sampai?) Hehehe.. Wah sungguh bahagia perasaan itu. Tapi, as usual, mesti susah nak dapat. Hehe..tapi even though tak dapat apa yang diinginkan, selalunya yang diberi tu adalah yang terbaik :) sebab biasalah manusia mana nak nampak apa yang terbaik, tapi bila Allah dah bagi baru tahu hikmah di sebaliknya :) --> sgt selalu macam ni :)

Hari ni saya cerita tentang hospital lagi boleh tak. Minggu lepas di RS Ujung Berung, saya tengok banyak perbezaan dengan RS Hasan Sadikin. Hospital tu lebih tenang, lebih bersih & baru, lebih tersusun. Patients kat situ lebih terjaga sebab ruangan dia bersih & selesa. Patients pun tak nampak "susah" sangat.

Tapi memang hospital tu lebih baru daripada RSHS ni yang wujud dari zaman Belanda menjajah kot? Ok betul saya baru search kat google, RS Hasan Sadikin dibina pada zaman penjajahan Belanda iaitu pada tahun 1920. Nama asal RSHS ini adalah Het Algemeene Bandoengche Ziekenhuis...macammana nak sebut?

RHSH ni mempunyai capacity untuk menampung 1100 orang patients pada setiap malam. Maksudnya ada 1100 tempat tidur. Tapi itu pun belum cukup untuk menampung SEMUA patients yang sepatutnya perlu dirawat inap (admitted/warded). Kalau patients yang tak berapa nak mampu, terpaksa "PULANG PAKSA".

Apa itu "PULANG PAKSA"? atau short form nya "pulpak"

Istilah yang digunakan untuk patients/keluarga yang mahu membawa balik pesakit ke rumah, sebab dorang tak nak dirawat lebih lanjut kat hospital. Sebabnya banyak..boleh jadi sebab tak mampu dah nak bayar, atau sebab tak nak tinggal lama kat hospital yang agak tak conducive, atau sebab dah tak percaya kat doktor (sebab rawat tak sembuh-sembuh), atau pun nak dapat kan treatment yang lebih baik (luar negara etc) or nak dapatkan treatment yang lebih murah (pergi ke pak dukun, bomoh dsb).

Banyak tau orang-orang kat sini yang masih percaya dukun2. Tengok je la budak kecik nama Ponari yang kononnya ada 'batu ajaib' tu. Berapa ribu orang datang berbaris bawak air dalam bekas (sampai ada yang mati kena himpit) supaya budak tu boleh celup batu tu kat air, and then air tu dipakai sebagai ubat. Yang peliknya ramai pulak yang sembuh. Padahal budak tu celup sambil tidur pun pernah (sebab penat sangat so ayah dia angkat sambil tangan budak tu pegang batu). Sembuh secara psychology kot.

Tapi yang saya nak cerita kat sini adalah hal patients yang terpaksa pulang sebab tak mampu nak bayar. Selama setahun jadi koas kat RSHS ni, dah banyak kali berdepan dengan situati macam ni. Kadang-kadang patient tu dah nazak dah, tapi sebab hospital tak cukup tempat untuk ruang terapi intensif (Intensive Care Unit, ICU), keluarga patients dinasihatkan untuk bawa patients ke hospital swasta, yang biaya untuk 1 malam saja adalah berjuta rupiah.

Dulu saya ada pegang seorang patient dengan diagnosis "Guillain-Barre Syndrome"(GBS) atau ascending Paralysis. Secara ringkasnya, patient GBS ni mengalami lumpuh bermula dari kaki dan semakin lama akan naik ke bahagian atas. Bila dah sampai lumpuh kat bahagian dada, otot-otot pernafasan pun dah lumpuh, so patient tak boleh bernafas (sebab otot-otot yang membantu dia bernafas dah lumpuh), tapi patient tu masih sedar. Boleh bayangkan tak kita dalam keadaan sedar, tapi tak boleh buat apa-apa sebab anggota badan kita lumpuh? Jadi secara mediknya kita kena bagi bantuan pernafasan dekat dia. Sepatutnya kena pakai ventilator machine kat ICU tetapi disebabkan ICU penuh, maka kami koas-koas lah yang kena bagi bantuan pernafasan manual kat patients macam ni. Di sini secara tidak rasminya kami sebut sebagai meng "ambu" patients.

Meng"ambu" patients adalah hal yang paling ingin dihindari oleh semua kakitangan hospital, sebabnya? penat okay..berdiri berjam-jam untuk bagi bantuan pernafasan (sambil picit-picit ambu bag tu tanpa henti)..tapi kalau tengah meng"ambu" tu rasa diri macam mulia pun ada.hehehe..(ish ish tak baik).

Dipendekkan ceritanya patients GBS ni dah di "ambu" dari jam 9 pagi, saya& kwn saya datang jam 5 petang, kami sambung "ambu" secara bergilir-gilir. Patient nya masih bagi respond terhadap orang-orang sekitar, walaupun sangat lemah. And "Oxygen saturation" dia turun naik, dah tak berapa nak bagus sebenarnya. Tapi kena "suction" banyak kali la sebab air liur & mucus dah banyak kat Respiratory tract.

Sampai jam9 malam, patient dah mula jadi sangat lemah. Tempat untuk ICU kat tempat lain (hospital swasta) masih belum dapat, sebab family masih cari "sumber duit" nak pinjam kat mana. Saya tanya la kat pakcik patient tu, dia kena cari duit berapa banyak. Dia kata 7 juta/malam.

Saya terfikir kalau benda tu jadi kat saya or keluarga saya, or kawan-kawan saya. Tapi mungkin ada insurance. Then saya terfikir kalau ada insurance, ICU available tak? Waktu tu kecewa jugak dalam hati sebab nyawa free-free je boleh melayang cuma sebab 'ICU penuh'. Dengan bagi bantuan pernafasan manual macam ni, percentage untuk mati sangatlah tinggi. Mustahil nak ambu berbulan-bulan macam ventilator machine tu kan. Dan patient GBS ni, jam9 lebih dia menghembuskan nafas terakhir. Pakcik tadi cerita kat saya, ayah kepada patient ni baru meninggal 6 hari yang lalu. Baru selesai urus jenazah ayah dia, hari ni dapat berita sedih lagi. Semua orang menangis kat situ jugak. Kami jugak yang kena kuatkan hati. Kalau doktor menangis tak elok pulak kan orang tengok.

Itu baru satu. Ada beberapa lagi situasi lain beberapa patient yang saya tengah pegang meninggal sebab hal sama (ICU penuh). Saya pernah tanya doktor berapa banyak ICU kat sini sampai tiap kali patient kritikal macam tu, alasan doktor mesti "ICU penuh". Rupanya kat pediatric saja, cuma available untuk 4 orang. Ok, Rumah Sakit Umum Pemerintah (Pusat Rujukan Seluruh Jawa Barat) PICU nya cuma empat. Orang kaya kat sini yang kaya gila-gila takkan tak boleh sponsor. Kesian orang miskin.

Disebabkan hal tu lah, kebanyakan patients yang ada masalah duit, meminta untuk "pulang paksa" walaupun keadaan dorang sebenarnya masih perlu dirawat. Saya paling sedih kalau tengok bapa patient menangis. Kalau ibu patient yang menangis macam normal kan. Tapi kalau bapa patient menangis, atau kontrol tak nangis tapi lap air mata, sedih tau. Kalau boleh tak nak tengok, pergi jauh-jauh. Huhu. Bayangkan itu baru waktu saya jaga, belum termasuk kawan-kawan saya yang lain, yang ramai2 ni. Kalau setiap orang experience benda sama, cuba kira berapa rakyat Indonesia yang terpaksa "pulang paksa" tunggu ahli keluarga dorang mati di rumah? Kesian sangat.

Semoga suatu hari nanti, rakyat-rakyat miskin kat sini dah tak perlu lagi bersedih atas hal-hal macam ni. Memang ada certain orang yang suka sangat tunggu bantuan dari orang luar, malas berusaha, dari kecil dididik untuk meminta-minta. Tapi masih ramai yang berusaha keras, cuma dengan sistem kat sini yang lebih cenderung dengan 'rasuah' or 'pakai orang dalam' yang menyebabkan harta beredar di kalangan orang-orang kaya sahaja, membuatkan orang-orang miskin susah nak survive 'kalau jujur sangat'. Ini situasi yang saya nampak terjadi pada orang-orang miskin yang saya kenal.

Stop dulu lah, saya tak tau entry ni nak ke arah mana. Kalau saya teruskan type, entah apa lagi benda yang akan keluar dari kepala saya ni. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan,okay..:)

6 wonderful voice(s):

Wazie Wahidah said...

hahaha adakah stop taip terus. biar la ba melalut pun. ada jgk benda baru kami tau. huhu..

tapi keadaan mcm tu sgt menyedihkan kan. pastu kita pun dpt tgk jak, xdpt ubah apa2. uwaa.. kesian rakyat di sana kalau rasuah2 tu begitu. huhuhu....

psssttt ko tau, yg gmbr tiger tu ko suda kasi begitu pun sy x paham ni mula2. lama sikit baru nmpk. hahahaha.

Rafahiah Haron said...

best ba mcm tu, best2 tulis terus stop tiba2..kikiki :P

rasuah2 tu mmg sgt banyak cni, mau kerja pun kena byr certain amount dulu, baru org tu tolong dpt kan kerja. huhu. kalo x, mmg xdpt kerja la sara hidup family. isk.

ummujannah said...

Salam Yah,

Tajuk yang best! Rasa nak sambung apa yang awak tulis. Itulah realiti kat sini. Penah jugak akak fikir mcm awak fikir orang yang gile-gile kaya takkan tak mampu nak tolong orang miskin gile-gile

Unknown said...

Hmm...pulpak.

Nanti balik malaysia jgn guna pulpak pula ya Bu, nanti takde org paham.

Kat Malaysia, kita guna AOR (At Own Risk)discharge ataupun DAMA (Discharge Against Medical Advice)

Okay :)

Rafahiah Haron said...

Kak Tasha : sambung la kak tasha, sy mls nak type pnjg2 lagi.hehe.Kak Tasha dah magang mesti lagi banyak pengalaman & cerita pasal ni kan :) btw, best nya dah nak balik for good!hee..

Abg Din : Thanks for the info abg din. Hehe mesti Abg Din risau Yah & Aki balik malaysia keja ckp Indon ;p dulu 4thn study in english tp practical je kena pusing 180 degree sebab kena communicate dgn patients for 2.5 years. Nanti balik msia kena ubah 180 degree lagi nampaknya :)

Hazel Myers said...

Great post thankkyou

Post a Comment