Monday, 30 April 2012

30 April 2012
Hehe..upload gambar je lah..malas nak tulis. Ini pun sebab tak nak ketinggalan update birthday terakhir kat Indonesia ni. Sebab next year dah start melalui birthday kat Malaysia semula. Yeay! You know why I'm very happy? Sebab kalau kat Malaysia, the day after my birthday is a public holiday!!! (Labour Day)

Thanks very much for those who wished me :)
May Allah answers all ur prayers, amin.

p/s: happy birthday to my birthdaymate, Khairi Fatimah too :)

Sunday, 29 April 2012

Books to read :)

Naqi bought 2 books for me to read during pregnancy :)

Nasihat & tips agar kehamilan terasa ringan dan menyenangkan


Yang ni walaupun banyak tentang "pasca persalinan", tapi banyak jugak bab kat depan-depan yang  berkaitan dengan persiapan kehamilan, makanan yang perlu dijaga, dan cara-cara memberi nama yang baik dalam Islam. Ada banyak jugak contoh2 nama yang boleh dipilih. It's still too early to think about it but we still have to learn about it, sooner or later =)



Saturday, 28 April 2012

Husnuzon :)



Seorang sufi mengatakan, "Saudaraku, betapa banyak lampu yang padam kerana tiupan angin, dan betapa banyak ibadah yang hangus kerana ujub (bangga diri). Sesaat yang digunakan seseorang untuk mengevaluasi diri lebih baik daripada ibadah sepanjang waktu yang dibanggakan kepada orang lain" (Ruhban Al-Lail, h.64)


Salam.

Straight to the point. Pernah tak membaca status kawan-kawan kat facebook yang baik-baik, lepas tu ada orang comment, "itu pun nak cakap kat facebook ke?"

Contoh, seorang senior saya pernah tulis status, "Solat" at Masjid somewhere somewhere. Lepas tu ada kawan dia comment, "Nak solat tak perlu lah cakap kat facebook".

Saya rasa setiap orang ada pendapat tersendiri tentang hal macam ni. Pendapat saya sendiri, saya lebih suka bersangka baik kat orang. Saya sangat anti dengan orang yang fikirannya asyik nak bersangka buruk kat orang lain yang dia sama sekali tak kenal (lagi-lagi kat facebook).

Awal-awal hati dah nampak tak bersih. Keikhlasan seseorang tu kita tak boleh nak teka, hanya Allah yang tahu.

For example, saya tau & kenal ada kawan-kawan saya kat facebook yang tak solat. Wallahualam, mudah-mudahan sekarang mereka dah solat. Don't you think by reading my senior status, mereka boleh berfikir, "oh saya belum solat", so mereka solat.

Saya sangat suka bila orang sesama Islam nasihat-menasihati antara satu sama lain. Tak selamanya kita sebagai manusia yang sering lupa, akan sentiasa ingat apa yang kita pernah tahu tentang ibadah-ibadah wajib ataupun sunat yang dituntut. Alangkah baiknya bila ada orang yang sering mengingatkan.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran" (Al-Asr)

Tak kisahlah siapa pun yang menasihati kita, bila apa yang dinasihatkan tu memang betul menurut fikiran kita yang dah mumaiyiz, apa salahnya kita ikut. Jangan sibuk nak fikir orang tu nak menunjuk-nunjuk kebaikan dia atau apa, itu bukan urusan kita. Kalau memang betul cara dia macam nak menunjuk-nunjuk, apa salahnya kita doakan dia dari jauh tanpa dia ketahui, doakan semoga dia tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk sebab sebagai saudara sesama Islam, kita kan sayang kat saudara seIslam yang lain, betapa sayangnya kalau seseorang yang banyak beribadah tapi hilang begitu saja disebabkan keujuban.

Itu basic thing dalam hidup. Samalah kalau nak diaplikasikan ke aspek kehidupan yang lain. Contoh terdekat politik. Terlalu bersangka buruk, tuduh menuduh yang keterlaluan terhadap sesama Islam, menyebut-nyebut secara terang-terangan nama seseorang dengan sesuatu yang belum tentu kesahihan. Saya rasa orang yang betul-betul berdosa pun dosa dorang boleh hilang sebab orang lain asyik menyebut-nyebut secara keterlaluan. Baik ke berkelakuan macam tu? Orang Islam yang baik sentiasa mendoakan orang Islam yang lain supaya menjadi lebih baik.

Wednesday, 25 April 2012

The good parts :)

Assalamualaikum w.b.t,

Tiba-tiba setting blog dalam laptop berubah. Tak jumpa tempat untuk update post terbaru. Nasib baik masih ada kat "History" :)

Kelmarin saya cerita tentang "luaran" puskesmas. Hari ni nak cerita "dalaman" pulak. The good parts :)

Berbeza dengan condition yang saya cerita kelmarin tentang keadaan puskesmas yang serba kekurangan, suasana kat puskesmas sebagai satu tempat untuk mengubati pesakit sangat menyeronokkan.

Staff yang baik dan peramah, dan kami dapat berkomunikasi lebih rapat dengan patients. Kami dah jadi macam doktor betul2 jugak. Hee.. Patients ramai, tapi sebab puskesmas mulai beroperasi jam 8 pagi dan kaunter pendaftaran ditutup pada jam 11 pagi, lepas patients habis kami semua dah boleh relax, pergi makan tengahari, dan tunggu untuk balik. Setiap hari sebelum jam 3 petang confirm dah ada kat rumah :)

Kami ditugaskan untuk periksa patients, bagi ubat, beri kaunseling, periksa kehamilan (untuk patients yang datang untuk follow up), suntik imunisasi untuk bayi, bersihkan luka, refer patients, even cabut gigi patients pun boleh, tapi kami boleh cabut kalau itu gigi budak-budak lah. Hehe. Kalau orang dewasa tak dibenarkan sebab kami bukannya doktor gigi pun.

Keadaan di luar Puskesmas


Gerai penjual bakso


Ubat-ubatan




Doktor muda Nesta, Yoshee, Yah dan Adilah


:)


Yoshee & Mogan
Tiap hari saya bawa bekal. Sempat la masak pagi-pagi sebab baju dah iron malam-malam. Sekarang baru rasa hidup bermakna sikit sebab hari tu waktu cuti rasa sangat unproductive duduk kat rumah ni tak buat apa-apa. Bangun tidur bangun tidur makan makan makan. Huhu.


Ibu kat puskesmas tu pun tahu saya tengah pregnant, saya penuhkan gula-gula dalam poket white coat supaya boleh makan waktu lapar. Tak proper la bawa makanan besar-besar depan patients kan. Tapi ibu tu yang suruh saya bawa biskut or apa-apa selain gula-gula sebab dia kata ibu hamil kena sentiasa makan yang berkhasiat. Alhamdulillah ada orang yang sangat understanding, tak macam sesetengah doktor kat RSHS yang minum air pun dorang kata tak proper. Huhu.


Ibu tu ajar saya minum jamu jugak. So tadi saya start lah minum jamu. Dia kata bagus untuk ibu mengandung. Since jamu tu terdiri dari herba-herba yang tak memudaratkan kesihatan, saya cuba je lah. Lagipun saya tengok orang-orang Indonesia ni ramai yang kulit cantik-cantik dan awet muda sebab minum jamu. Tadi saya minum jamu kunyit + daun-daun herba + halia. Ok lah not bad. Dapat lah telan 1 gelas. Besok kalau teringin nak minum lagi, saya belilah sendiri :)


Sekarang saya cuma makan 1 jenis vitamin untuk pregnancy. Isi vitamin tu Folic acid + Natural fish oil (Omega-3, DHA & EPA) + Evening Primrose Oil + Peppermint Oil + Vitamin E + Soya Bean Oil. Harap-harap cukuplah. Nanti perlahan-lahan saya tambah lah. 


Saya minum susu Anmum jugak, tapi tak setiap hari sebab setiap kali minum rasa nak muntah :( Lepas tu tiap hari consume madu. Nanti saya nak beli kurma pulak. Tak tahu lah ada tak jual kurma musim bukan bulan puasa macam ni.


Tadi saya terbaca ayat ni, saya cuma ambil separuh dari ayat tu tapi maksudnya cukup mendalam kalau aplikasikan ke banyak sisi kehidupan :)


"Allah intends for you ease and does not intend for you hardship"

Betapa Allah sayang dengan hamba-hambaNya kan. Setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Kita yang kena berusaha mencari hikmah yang tersembunyi tu. Bersihkan hati, bersangka baik kat semua orang, dan jangan cakap benda-benda yang menjadi fitnah kepada orang lain. Cari rezeki yang halal di sisi Allah, dan jauhi hal-hal yang diharamkan. Yang paling penting, dalam setiap hal yang kita buat, kena banyak mengingati mati, sebab dengan mengingati mati, kita akan takut untuk berbuat kejahatan walaupun kecil. Semoga Allah merahmatiku, keluargaku, dan sahabat-sahabatku dunia & akhirat. Amin.

Monday, 23 April 2012

"Duit Rokok"

Salam. Post pendek je sebab kena study. Banyak patients kena jumpa setiap hari ni :D First month ni kami dapat Public Health & Family Medicine. Kena kerja kat Puskesmas (Pusat Kesihatan Masyarakat) di sebuah daerah kecil di Kota Bandung.


Hari ni bermulalah perjalanan kami sebagai "dokter muda Magang". Tempat tak sejauh macam orang lain, tapi memandangkan orang lain yang jauh dah menginap kat sana, tempat kami ni kira jauh la untuk berulang-alik setiap hari.


Lebih separuh daripada perjalanan ditemani "kemacetan"


Agak lucky sebab dapat sewa kereta dengan harga agak berpatutan. Paling murah la yang kami jumpa setakat ni. Kami baru kenal dengan bapak ni. My groupmates Yoshee & Mogan jumpa bapak ni selalu temankan isteri dia jual kuih depan FO Diaz. Nampak bapak ni macam baik je, harap2 memang baik lah =) Dia hantar kami pagi-pagi jam6 lepas tu tunggu sampai kami siap jam 1 petang. Sekejap je waktu kerja kat Puskesmas ni. "Cape" di jalan je. Tapi takpe boleh tidur dalam kereta :D Kami sewa kereta ni Isnin-Sabtu dengan harga Rp 850 ribu (RM300). Belum termasuk duit tol dan "duit rokok" (bak kata bapak). Kami tak pasti "duit rokok" yang dimaksudkan adalah duit makan atau dia memang nak buat beli rokok. So instead of giving money, kami bagi dia rokok. Hee. Walaupun saya tak suka orang merokok, tapi terpaksa lah demi mendapatkan service sewa kereta murah.huhu :D


Sampai terbatuk2 dengan keadaan udara kat sana. Huhu. Very unhealthy. Setelah melaui perjalanan berliku, sampailah kami di tempat yang sangat entah berantah ini.


Beginilah usangnya dan kecilnya tempat yang kami tuju setiap hari dengan perjalanan berliku ini. Waduh-waduh bukan nak complain, just menceritakan keadaan sebenar. Ini baru di luar. Mula2 think positive lagi "ooo..maybe kat luar je kot, kat dalam ok kot".

Masuk dalam --> kerusi untuk patients menunggu patah sana, patah sini. Lantai macam tak bersapu sebulan. Toilet jangan cakaplah. Kena doa banyak-banyak supaya tak diarrhea selama sebulan ni. Pastu jangan minum air banyak2 jugak, supaya urinary bladder sempat nak tampung sebelum balik rumah. Tengok keadaan macam tu, saya rasa bukannya patients yang akan sembuh, saya yang akan sakit. Balik dari puskesmas tadi dah start nak selsema dah :( Hehe.. Takpelah berkorban sikit. Sikittt je lagi. Bila lagi nak merasa macam ni. Huhu masih mencuba untuk fikir positif. Walaupun kedengaran betul2 negatif :P


Ok lah. Itu je nak update. Lepas ni busy maybe lama tak update. Entahlah.

Friday, 20 April 2012

Life is an experiment :)

Assalamualaikum w.b.t,

Yeay hari ni update blog lagi. Semalam tengah malam rumah banjir lagi, to be exact, dapur banjir. Malas dah nak layan. Air hitam bercacing bersihkan je lah. Pastu bocor sana sini, dan nak dijadikan cerita, mungkin ini yang dinamakan "malang tidak berbau", surat pengantar program Magang yang Naqi pegang untuk bagi kat Kepala Puskesmas (sebab dia ketua) habis basah. So sekarang tengah keringkan depan kipas. Nak pergi mintak baru jangan harap lah Eyckman tu nak bukak weekend. Hmm..

Isnin ni (23 April) dah start Magang. Program 6 bulan kat daerah-daerah yang dah ditetapkan. My group ada 6 orang semuanya. So selama 6 bulan ni kami berenam akan berkepitlah sebab semua Malaysian, terbuang kat sana-sini, 2 lelaki dan 4 perempuan. Biasalah student Universiti perempuan lagi ramai dari lelaki kan. Hehe. Tapi my batch ni takde lah kritikal sangat. Bilangan pelajar perempuan dan lelaki hampir sama je. Budak lelaki dia pandai2 plak tu.

Untuk bulan pertama ni, kami dapat tempat yang agak dekat berbanding tempat untuk 5 bulan yang akan datang. Itu pun jarak dia dari rumah ni 27-28km menurut teman Indonesia yang tahu tempat tu. Puskesmas Pameungpeuk namanya. Belum pernah pergi lagi, pagi ni nak pergi survey. Menurut senior yang pernah dapat kat sana, perjalanan naik angkutan kota (angkot) mengambil masa 1 jam setengah (one way), so kalau nak sampai sana pukul 7 pagi, kena bertolak dari Bandung jam 5.30 pagi. Kat sini 5.30 pagi tu gelap lagi. And menurut senior lagi, perjalanan tu akan melalui banyak pasar pagi, kilang-kilang, dan dorang naik angkot pakai masker sebab asap rokok dan asap persekitaran yang sangat teruk.

Apa2 pun saya sekarang ni masih excited nak Magang. So tak nak fikir benda-benda negatif dulu, harap semua lancar je lah.

Saya malas nak update sangat about my life kat facebook sebab kat situ ramai sangat orang yang saya tak berapa rapat. Kadang-kadang saya tak ingat pun siapa yang saya kawan kat situ. Kawan yang pernah satu sekolah, satu kelas, etc tu saya ingat lah :) And senior saya ingat jugak. Nak delete malas, satu kerja plak kan. Nak buat account baru khas untuk family & friends pun malas jugak. So saya update kat blog je lah apa2 yang penting dalam hidup saya. Hehe. Bukannya private pun.

Alhamdulillah saya dapat ahli group yang menyenangkan. Selain dapat 1 group dengan Naqi, dapat 1 group dengan kawan-kawan baik saya, Ernesta & Adillah. Pastu dapat dengan Yoshee & Mogan, yang saya kenal sangat baik jugak :D So hopefully Magang kitorang akan lancar dan best dan tak stress. Hehe.

Saya sekarang suka tengok orang-orang yang dah berjaya. Tak suka tengok belakang dah. Lebih banyak nak fikir benda in the future. Contoh terdekat Abang Din & Kak Shahnaz. Seorang dah jadi orthopedic surgeon, sorang lagi dah jadi anesthesiologist kat Malaysia. Banyak hal-hal yang boleh dipelajari dari hidup dorang. Terpisah tempat kerja, sorang duduk Selangor, sorang duduk kat Pahang. Hal menguruskan anak-anak, rumahtangga, dugaan maid lari etc. Cerita waktu dorang jadi houseman dulu sampailah jadi specialist sekarang. Huhu perjalanan kami masih jauh untuk sampai ke tahap tu tapi kena berusaha.

Hari tu ikut abang Naqi (my bro in law) pergi site visit. Dapatlah tengok2 kerja seorang engineer macam mana. Ok stress jugak. Nak siapkan bangunan tu dalam masa yang ditetapkan dan mengikut budget yang dah ditentukan. Dari hal sekecil-kecil sampai lah hal yang besar. Kerja yang sangat teliti saya rasa.

Kesimpulannya, dalam hidup ni tak ada benda yang selalunya mudah. Saya selalu teringat & terfikir kesusahan ayah & mak dulu-dulu. Zaman dulu hidup tak mudah macam sekarang. Makin lama hidup kami makin mudah la berbanding dulu-dulu kan. Cuma bila saya melalui hidup sekarang, saya terfikir mak & ayah dulu lagi susah, tapi tak pernah complain pun. Dapat jugak nak besarkan kami 6 orang adik beradik.

Saya ni, sikit-sikit tulis dalam blog. haha..tapi kalau takde blog, bosan kan? bila bukak blog, tengok takde update, tak tau nak online apa. Saya tak nak tengok running man, nanti ketagih macam naqi, hihi. Berapa jam dah dari hidup dia dihabiskan untuk running man :P (jangan marah, nasihat :P). Pastu kalau tak running man, baca comic. Kalau tak baca comic, bukak 9gag.com. Kalau tak 9gag.com, main LOL. Haha habis sebut semua kat sini. Tapi, saya tak kisah pun dia main LOL, sebab tu strategy game. Advantage dia, dalam hidup ni, sebagai suami, dia lah yang kena banyak mengatur strategi kan :D Atau mungkin dengan kecekapan tangan dia, dia boleh jadi surgeon yang berjaya. Ok itu positive thinking. Tapi kadang-kadang ada jugak la yang saya risau. Takut dah ada anak nanti, dia masih main game. Macam tak sesuai je? Saya terbayang kalau ayah atau abah main LOL. Hmm. Biasanya ayah main freecell atau solitaire ja kalau bosan :D

Saya plak sekarang bosan-bosan main chess lawan computer. Itu je lah kerja saya. Kadang-kadang buat soalan Add Maths. Kadang-kadang baca Sejarah. Macam nak SPM plak rasa. Tapi betullah. Saya dah lupa ramai nama-nama sahabat Nabi. Dulu sekolah rendah, saya rasa saya hafal semua nama sahabat nabi, dia ni buat apa, dia tu buat apa. Siap hafal lelaki pertama, kedua, ketiga masuk Islam, bla bla bla. Tapi sekarang mostly dah lupa. Dulu sekolah rendah dah hafal semua surah juz 30, siap hafal terjemahan dia lagi, tapi sekarang banyak dah lupa. Bila tengok adik saya yang sekolah rendah sekarang siap hafal terjemahan surah walaupun dia masuk sekolah agama waktu darjah 4, saya rasa macam malu dengan diri sendiri dan Allah sebab tak kekalkan benda-benda tu dalam ingatan. Tak tau lah apa reason dia. Saya boleh cari alasan kenapa benda-benda ni jadi, tapi alasan bukan lah cara yang tepat untuk itu. Saya kena improve dan jadi diri saya yang dulu.

Orang kata, hard work without talent is a shame, but talent without hard work is a tragedy. So Allah dah bagi ingatan yang kuat untuk benda-benda tu, kita lah yang kena asah untuk mengekalkan benda-benda tu. Huhu. Insaf seinsaf insafnya :( Semoga Allah mengampunkan dosa-dosaku.

Minggu lepas saya baru mendaftar haji. Harap diberi kesempatan dalam hidup ni untuk menunaikan rukun ke-5 ni. Harap dimurahkan rezeki. Walaupun mungkin turn itu akan datang 10 tahun lagi, atau lebih, tapi saya yakin kalau kita bersungguh-sungguh, peluang tu akan datang tanpa kita duga :) Ada sorang kawan saya, umur sebaya,my ex-classmate, belum kahwin, hidup dia banyak dugaan dari dulu, kematian ayah, kematian abang, tahun lepas saya tengok kat facebook dia pergi mengerjakan haji. Alhamdulillah, I'm so happy for her. Kerja dia pun dah stabil, kat petronas. Saya happy bila tengok orang yang dulu diberi banyak dugaan waktu masih muda, tapi sekarang berjaya macam tu :) Semoga dia sentiasa diberkati Allah. amin.

Oh sebelum lupa, ada satu berita gembira. Kat sebelah family saya, kakak saya dah pregnant lepas setahun lebih berumahtangga. InsyaAllah kalau semuanya lancar, kami akan bagi cucu kepada mak & ayah dan bagi anak buah pada adik-adik kami pada hujung tahun ni. Dan sebelah family mertua, ada 4 orang yang tengah pregnant. Yang bersanding bertiga hari tu, Wa, Kak Ya, and me. Dan seorang lagi, kak Mar, merangkap my biras :) Kak Mar & Wa dah lebih 30 minggu, kak Ya dah masuk 2 months, saya pun 2 months jugak, tapi EDD kak Ya lagi awal. So saya EDD paling lambat. Hehe. Sebenarnya my EDD kalau ikut last menstrual period is on Nov 30th. Tapi hari tu check kat doc dia cakap Dec 5th. Saya lagi suka lambat sikit sebab nak balik naik kapal terbang nanti, takut tak boleh naik flight plak.

Tapi saya ni awal lagi, kalau boleh tak nak cerita-cerita dulu. Sebab baru 1st trimester kan. Orang tua-tua cakap awal2 ni tak boleh bising2 sangat. Menurut apa yang saya belajar pun, 1st trimester ni kena betul-betul jaga sebab banyak benda boleh terjadi. Harap2 semua lancar lah, dan selamat semuanya. Amin.

Takde kaitan pun tajuk kat atas tu, tapi boleh lah. Kan post ni banyak cerita about life. So mari kita ber eksperimen dengan hidup kita :D Jangan takut untuk jatuh dan gagal, bangun lagi dan bangun lagi sampai berjaya. Macam main chess la :D Kekalahan itu penting untuk kita menang di kemudian hari :P

Ok bye.

Thursday, 12 April 2012

Tulis blog pagi-pagi.

Salam. Banyak dah posts masuk dalam drafts. Malas nak publish...sebab kurang menyenangi bila ada orang yang berburuk sangka bila cerita banyak sangat dalam blog. They judge. Walaupun niat kita baik. One day I want to privatize this blog.

My pregnancy dah masuk 7 minggu. Alhamdulillah. Walaupun saya belum follow up untuk kali ke2 kat O&G specialist kat Bandung, yang sepatutnya dijadualkan minggu lepas. InsyaAllah balik nanti nak terus follow up. Harap boleh guna Takaful Insurance tu sebab hari tu Folic Acid kat specialist tu mahal gila, Rp135 ribu untuk 20 biji. Padahal saya beli kat Guardian 10 biji Rp 4 ribu je.hihi.

Hampir seminggu bercuti kat Kemaman. Dah pergi Kuala Terengganu, dah pergi Temerloh, dah melangsaikan hutang mengidam banyak kali jugak. Hehe..Kuantan je belum pernah pergi. Tempat my sister belajar dulu. Dari dulu teringin nak pergi sebab kakak selalu cerita. And mungkin akan jadi tempat kerja saya sebagai houseman in the future.

Hari tu sengsaranya kat Bandung, nak makan itu ini lepas tu mual2, ada sekali tu muntah sebab masuk angin kot bangun jam 2 pagi lepas tu pergi Cipaganti awal2 pagi.

Pastu setiap jam lapar yang sangat-sangat. Tapi pilih2 makanan. Last-last makan bubur je yang paling boleh masuk dalam perut. Kadang-kadang tak larat masak, Naqi tolong masakkan. Thank u so much. You helped me a lot! Waktu nak repeat OSCE tu umur kandungan 5 minggu, langsung takde selera makan. Tapi paksa jugak makan takut tak pasal-pasal pengsan waktu tengah OSCE. Waktu tu "pengawalan minda" sangat penting.

Sekarang ni saya belajar cara mengawal minda untuk melawan hormon beta-hcg. haha..tak tau lah wujud ke tak benda tu, tapi tiap kali saya rasa mual n nak mutah, saya cakap dalam hati "jangan jangan jangan, u don't feel it u don't feel it".. pastu boleh lah control. huhu. advantage duduk kat Malaysia sebab tiap kali lapar yang sangat-sangat tu, boleh cari kedai untuk makan=) Alhamdulillah.

Dua hari lepas jalan2 kat Pantai Batu Burok, KT. I love pantai soo much!!! Tiba2 malam tu dengar ada gempa bumi kat Acheh and amaran tsunami. Nasib baik tak ada kemalangan jiwa. (setakat yang saya tonton kat Malaysia Hari Ini semalam)

Plan nak pergi Genting kami cancel sebab first trimester ni takut tak boleh main sangat benda2 kat Genting tu. Hari tu plan nak pergi Trans studio Bandung pun tak jadi jugak sebab reason yang sama. Nak main bowling pun tak jadi jugak. Tapi maybe bowling boleh kot? Ataupun saya temankan Naqi je lah :)

Hari ni kami nak pergi KL naik bas. Plan tinggal kat rumah my sister in law yang dah lama tertunda. Lepas tu kalau sempat maybe boleh jumpa adik kat UIA. Atau jumpa cousins. Kalau sempat la.

Semalam semua kawan-kawan batch 2006 dah lulus final exam!!! Happy!!! :) So lepas ni boleh lah Magang 6 bulan sama-sama, lepas tu balik Malaysia for good. Semoga semuanya dipermudahkan untuk kami semua. Amin =)

Wednesday, 4 April 2012

Sweeter Success :)

Too many things happened in my private life recently. Thank you Allah for all the blessings. Sometimes it makes me think about quitting this long journey of becoming a doctor, and start a new chapter of a peaceful life, where I can learn more about my own religion, about the Almighty, and where I can concentrate more on my future (in this world and hereafter).

There are times when I think that I'm not walking on the right track. I'm being at the place where I'm no longer being me. A place which is not meant for me.

When I was 12, my life diverged into TWO big roads. Religion & Science. Religion where I can learn very detailed information about every single thing in Islam, and know less in science. Or Science where I can learn very detailed knowledge (which I discovered now that it's not) about every single thing in science, less in religion.

And now that I have chosen the latter, while accepting the opinion of others (don't make excuses because there are many ways to learn about our religion), I have to continue every piece of my remaining years to live a good life in the eyes of Allah.

I have accepted fear as a part of my life. The fear of being far away from my family since I was 13. The fear of repeated changes of my surroundings. Please do not be faithless, but stay in your place and do not turn back!!!

Anytime an obstacle came into your path, instead of questioning what if you failed, you should ask what if you don't try. Think about all the opportunities you will lose for not trying. Think about all the success that should belongs to you instead of others if you have given yourself a chance to try.

The path to success can NEVER be smooth and mistake free. When you look back in life in your later years, don't regret and says that you have not lived your life fully because you were afraid to try.

Always remember, the decisions is always yours to make. You should look back in your life and be happy about it as you have perform your best in everything by giving it a try.