Seorang sufi mengatakan, "Saudaraku, betapa banyak lampu yang padam kerana tiupan angin, dan betapa banyak ibadah yang hangus kerana ujub (bangga diri). Sesaat yang digunakan seseorang untuk mengevaluasi diri lebih baik daripada ibadah sepanjang waktu yang dibanggakan kepada orang lain" (Ruhban Al-Lail, h.64)
Salam.
Straight to the point. Pernah tak membaca status kawan-kawan kat facebook yang baik-baik, lepas tu ada orang comment, "itu pun nak cakap kat facebook ke?"
Contoh, seorang senior saya pernah tulis status, "Solat" at Masjid somewhere somewhere. Lepas tu ada kawan dia comment, "Nak solat tak perlu lah cakap kat facebook".
Saya rasa setiap orang ada pendapat tersendiri tentang hal macam ni. Pendapat saya sendiri, saya lebih suka bersangka baik kat orang. Saya sangat anti dengan orang yang fikirannya asyik nak bersangka buruk kat orang lain yang dia sama sekali tak kenal (lagi-lagi kat facebook).
Awal-awal hati dah nampak tak bersih. Keikhlasan seseorang tu kita tak boleh nak teka, hanya Allah yang tahu.
For example, saya tau & kenal ada kawan-kawan saya kat facebook yang tak solat. Wallahualam, mudah-mudahan sekarang mereka dah solat. Don't you think by reading my senior status, mereka boleh berfikir, "oh saya belum solat", so mereka solat.
Saya sangat suka bila orang sesama Islam nasihat-menasihati antara satu sama lain. Tak selamanya kita sebagai manusia yang sering lupa, akan sentiasa ingat apa yang kita pernah tahu tentang ibadah-ibadah wajib ataupun sunat yang dituntut. Alangkah baiknya bila ada orang yang sering mengingatkan.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran" (Al-Asr)
Tak kisahlah siapa pun yang menasihati kita, bila apa yang dinasihatkan tu memang betul menurut fikiran kita yang dah mumaiyiz, apa salahnya kita ikut. Jangan sibuk nak fikir orang tu nak menunjuk-nunjuk kebaikan dia atau apa, itu bukan urusan kita. Kalau memang betul cara dia macam nak menunjuk-nunjuk, apa salahnya kita doakan dia dari jauh tanpa dia ketahui, doakan semoga dia tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk sebab sebagai saudara sesama Islam, kita kan sayang kat saudara seIslam yang lain, betapa sayangnya kalau seseorang yang banyak beribadah tapi hilang begitu saja disebabkan keujuban.
Itu basic thing dalam hidup. Samalah kalau nak diaplikasikan ke aspek kehidupan yang lain. Contoh terdekat politik. Terlalu bersangka buruk, tuduh menuduh yang keterlaluan terhadap sesama Islam, menyebut-nyebut secara terang-terangan nama seseorang dengan sesuatu yang belum tentu kesahihan. Saya rasa orang yang betul-betul berdosa pun dosa dorang boleh hilang sebab orang lain asyik menyebut-nyebut secara keterlaluan. Baik ke berkelakuan macam tu? Orang Islam yang baik sentiasa mendoakan orang Islam yang lain supaya menjadi lebih baik.
4 wonderful voice(s):
setuju ;)
tapi mmg ada jenis yang menunjuk. huahua. tidak kisahlah tentang ibadah atau apa. tengok dari ayat pun boleh tau.
tapi mmg betul pun, kalau yang tidak menunjuk tu, kita baca pun kita rasa ok jak. kalau rasa menyampah tu, menunjukla tu (tp ini bukan pasal ibadah la biasanya) hehe. tidak termampu fikir positif dan sangka baik, terus hide jak :D
tapi dulu pun saya pernah sakit hati baca ayat orang yang post baik2, sebenarnya terkena batang hidung sendiri. sampai saya kepikiran ituuuu jak, last2 saya sendiri slow2 dapat terima benda tu. then saya pun berpendapat, bagus jugak orang post2 begitu, memang bukan niat menunjuk tapi siapa tahu ramai yang tersedar bila baca post2 gitu. apa saya cakap ni! :D
Kak yah...kak mo rekemen satu buku best dengan kak yah n kak waidah...(^__^) tajuk dia enjoy your life..http://www.kalamullah.com/enjoy-your-life.html klu x mo bli buku bleh download..hehe kakk pn downloada sj..best buku ni sbb bagi motivasi.. :) kmi bljar buku ni dlm subjek sirah nabi...(hihi promot2 ja..)
Sis wazie : I understand2..hehe..dulu pun sy pernah x boleh terima certain benda yg org ckp baik2..maybe cara tidak ngam..hehe..tp skrg maybe ok la, dewasa sudah kan. Mmg ada jgk yg jenis ketara mcm mau show off, sbb ulang2 ckp plus menyertakan provokasi terhadap org lain yg buat benda opposite..mmg panas la baca..tp in the end, kita x tau niat sebenar dorang kan..kalo teruk sgt terpaksa la nasihat pelan2. And yg penting doakan dari jauh =)
Kakak : Wah siapa tulis tu kakak? nanti la insyaAllah k.yah download :) thanks for recommending benda2 motivasi mcm ni =)
Penulis dia Abdul Rahman al-'arifi...sbnrnya buku tu ditranslet dr buku arab.. :)
Post a Comment