Friday, 21 October 2011

Cuti-cuti Indonesia :)

Alhamdulillah, secara rasminya kami berdua telah lulus department Anak (me) & Public Health + Family Medicine (en Naqi).

Next department :


1. Yah - Public Health (dapat kat Margahayu Sari..jauhhhh bangat) + Family Medicine
2. Naqi - Neurology, Psychiatry & Forensics (3 weeks for each dept)

Huhu..kalau dah habis, rasa senang je nak cakap kan, "dah lulus". Nak menempuhinya tu yang susah. Tapi dari pengalaman, yang susah-susah @ yang stressful baik lupakan or tak payah cerita kan, lagi best macam tu, kita ingat yang best-best je okay :)

Seperti biasa, "perasaan" baru lulus satu department adalah "perasaan yang best sangat". Tapi seperti biasa jugak, "perasaan" itu hanyalah boleh dilayan selama 2 hari. Sebab hari Isnin kena masuk department baru lagi.

Ada tak universiti lain yang jadual dia macam UNPAD? Kalau ada nak tau jugak..huhu.. 2 tahun cuma bagi cuti 2 minggu (cuti Tahun baru Cina Januari 2011 & cuti Raya Ogos 2011 hari tu). *cuti kahwin pun 2 hari je*..(tapi takpelaaa..sempat je kahwin kan..hihi..Alhamdulillah)

Okay, jadi "cuti" dua hari ni nak buat apa? My ex-housemates nak pergi jalan-jalan. Yeayyy. Kami nak ikuttt.. Malam ni (jam 12 malam) bertolak dari Bandung ke Jakarta. Nak bercuti kat Pulau Seribu @ Thousand Islands Jakarta selama 2 hari 1 malam. Kat Internet tengok gambar cantik sangat.. tapi tak tau lah yang sebenar macam mana. Nanti kami ambil gambar banyak-banyak, kita compare :)

Ini jadual kami untuk 2 hari ni, copy dari facebook :

Saturday
0000- Depart from Bandung
0600- Murangke Port at Jakarta Utara (meet the bapak here)
0700- Boat leaves shore
1000- Arrive at Tidung Island, straight to homestay: solat, lunch
1300- Snorkeling + aktiviti bebas
1800- Back to homestay: solat, dinner, BBQ, acara bebas

Sunday
0500- Sunrise, breakfast, acara bebas/mandi2/*banana boat/*flying fox/*out bound/*doughnut boat
1100- Back to homestay,pack
1130- Boat leaves for Jakarta
1430- Back to Bandung


Tadi bagitau mak, malam ni pergi Pulau. I remember last time mak berkeras tak bagi saya pergi pulau dengan kawan-kawan, walaupun dah pujuk banyak kali. Tapi tadi mak bagi. Hehe..First time :) Mungkinkah sebab ada Naqi? Apapun, doakan kami selamat pergi & balik.

Enjoy gambar Thousand Islands tu :) Thousand Islands ni adalah suatu tempat yang terdiri dari banyak pulau-pulau cantik. Tapi esok kami akan pergi salah satu pulau saja, which is Pulau Tidung :)

Tidung Island









(Gambar diambil dari pelbagai website)

Monday, 17 October 2011

Harta itu jangan beredar di kalangan orang-orang kaya saja di antara kamu

Untuk gambar pertama dalam entry semalam, mari kita lihat jawapannya, jangan marah okay, hihi :)



Untuk gambar ke-2, rasanya semua pun boleh nampak :)

Minggu depan selama 9 minggu, saya akan masuk Public Health Department & Family Medicine. Boleh tak nak berdoa mintak-mintak dapat kat klinik Sukagalih je? (yang jalan kaki 2 minit dari rumah pun boleh sampai?) Hehehe.. Wah sungguh bahagia perasaan itu. Tapi, as usual, mesti susah nak dapat. Hehe..tapi even though tak dapat apa yang diinginkan, selalunya yang diberi tu adalah yang terbaik :) sebab biasalah manusia mana nak nampak apa yang terbaik, tapi bila Allah dah bagi baru tahu hikmah di sebaliknya :) --> sgt selalu macam ni :)

Hari ni saya cerita tentang hospital lagi boleh tak. Minggu lepas di RS Ujung Berung, saya tengok banyak perbezaan dengan RS Hasan Sadikin. Hospital tu lebih tenang, lebih bersih & baru, lebih tersusun. Patients kat situ lebih terjaga sebab ruangan dia bersih & selesa. Patients pun tak nampak "susah" sangat.

Tapi memang hospital tu lebih baru daripada RSHS ni yang wujud dari zaman Belanda menjajah kot? Ok betul saya baru search kat google, RS Hasan Sadikin dibina pada zaman penjajahan Belanda iaitu pada tahun 1920. Nama asal RSHS ini adalah Het Algemeene Bandoengche Ziekenhuis...macammana nak sebut?

RHSH ni mempunyai capacity untuk menampung 1100 orang patients pada setiap malam. Maksudnya ada 1100 tempat tidur. Tapi itu pun belum cukup untuk menampung SEMUA patients yang sepatutnya perlu dirawat inap (admitted/warded). Kalau patients yang tak berapa nak mampu, terpaksa "PULANG PAKSA".

Apa itu "PULANG PAKSA"? atau short form nya "pulpak"

Istilah yang digunakan untuk patients/keluarga yang mahu membawa balik pesakit ke rumah, sebab dorang tak nak dirawat lebih lanjut kat hospital. Sebabnya banyak..boleh jadi sebab tak mampu dah nak bayar, atau sebab tak nak tinggal lama kat hospital yang agak tak conducive, atau sebab dah tak percaya kat doktor (sebab rawat tak sembuh-sembuh), atau pun nak dapat kan treatment yang lebih baik (luar negara etc) or nak dapatkan treatment yang lebih murah (pergi ke pak dukun, bomoh dsb).

Banyak tau orang-orang kat sini yang masih percaya dukun2. Tengok je la budak kecik nama Ponari yang kononnya ada 'batu ajaib' tu. Berapa ribu orang datang berbaris bawak air dalam bekas (sampai ada yang mati kena himpit) supaya budak tu boleh celup batu tu kat air, and then air tu dipakai sebagai ubat. Yang peliknya ramai pulak yang sembuh. Padahal budak tu celup sambil tidur pun pernah (sebab penat sangat so ayah dia angkat sambil tangan budak tu pegang batu). Sembuh secara psychology kot.

Tapi yang saya nak cerita kat sini adalah hal patients yang terpaksa pulang sebab tak mampu nak bayar. Selama setahun jadi koas kat RSHS ni, dah banyak kali berdepan dengan situati macam ni. Kadang-kadang patient tu dah nazak dah, tapi sebab hospital tak cukup tempat untuk ruang terapi intensif (Intensive Care Unit, ICU), keluarga patients dinasihatkan untuk bawa patients ke hospital swasta, yang biaya untuk 1 malam saja adalah berjuta rupiah.

Dulu saya ada pegang seorang patient dengan diagnosis "Guillain-Barre Syndrome"(GBS) atau ascending Paralysis. Secara ringkasnya, patient GBS ni mengalami lumpuh bermula dari kaki dan semakin lama akan naik ke bahagian atas. Bila dah sampai lumpuh kat bahagian dada, otot-otot pernafasan pun dah lumpuh, so patient tak boleh bernafas (sebab otot-otot yang membantu dia bernafas dah lumpuh), tapi patient tu masih sedar. Boleh bayangkan tak kita dalam keadaan sedar, tapi tak boleh buat apa-apa sebab anggota badan kita lumpuh? Jadi secara mediknya kita kena bagi bantuan pernafasan dekat dia. Sepatutnya kena pakai ventilator machine kat ICU tetapi disebabkan ICU penuh, maka kami koas-koas lah yang kena bagi bantuan pernafasan manual kat patients macam ni. Di sini secara tidak rasminya kami sebut sebagai meng "ambu" patients.

Meng"ambu" patients adalah hal yang paling ingin dihindari oleh semua kakitangan hospital, sebabnya? penat okay..berdiri berjam-jam untuk bagi bantuan pernafasan (sambil picit-picit ambu bag tu tanpa henti)..tapi kalau tengah meng"ambu" tu rasa diri macam mulia pun ada.hehehe..(ish ish tak baik).

Dipendekkan ceritanya patients GBS ni dah di "ambu" dari jam 9 pagi, saya& kwn saya datang jam 5 petang, kami sambung "ambu" secara bergilir-gilir. Patient nya masih bagi respond terhadap orang-orang sekitar, walaupun sangat lemah. And "Oxygen saturation" dia turun naik, dah tak berapa nak bagus sebenarnya. Tapi kena "suction" banyak kali la sebab air liur & mucus dah banyak kat Respiratory tract.

Sampai jam9 malam, patient dah mula jadi sangat lemah. Tempat untuk ICU kat tempat lain (hospital swasta) masih belum dapat, sebab family masih cari "sumber duit" nak pinjam kat mana. Saya tanya la kat pakcik patient tu, dia kena cari duit berapa banyak. Dia kata 7 juta/malam.

Saya terfikir kalau benda tu jadi kat saya or keluarga saya, or kawan-kawan saya. Tapi mungkin ada insurance. Then saya terfikir kalau ada insurance, ICU available tak? Waktu tu kecewa jugak dalam hati sebab nyawa free-free je boleh melayang cuma sebab 'ICU penuh'. Dengan bagi bantuan pernafasan manual macam ni, percentage untuk mati sangatlah tinggi. Mustahil nak ambu berbulan-bulan macam ventilator machine tu kan. Dan patient GBS ni, jam9 lebih dia menghembuskan nafas terakhir. Pakcik tadi cerita kat saya, ayah kepada patient ni baru meninggal 6 hari yang lalu. Baru selesai urus jenazah ayah dia, hari ni dapat berita sedih lagi. Semua orang menangis kat situ jugak. Kami jugak yang kena kuatkan hati. Kalau doktor menangis tak elok pulak kan orang tengok.

Itu baru satu. Ada beberapa lagi situasi lain beberapa patient yang saya tengah pegang meninggal sebab hal sama (ICU penuh). Saya pernah tanya doktor berapa banyak ICU kat sini sampai tiap kali patient kritikal macam tu, alasan doktor mesti "ICU penuh". Rupanya kat pediatric saja, cuma available untuk 4 orang. Ok, Rumah Sakit Umum Pemerintah (Pusat Rujukan Seluruh Jawa Barat) PICU nya cuma empat. Orang kaya kat sini yang kaya gila-gila takkan tak boleh sponsor. Kesian orang miskin.

Disebabkan hal tu lah, kebanyakan patients yang ada masalah duit, meminta untuk "pulang paksa" walaupun keadaan dorang sebenarnya masih perlu dirawat. Saya paling sedih kalau tengok bapa patient menangis. Kalau ibu patient yang menangis macam normal kan. Tapi kalau bapa patient menangis, atau kontrol tak nangis tapi lap air mata, sedih tau. Kalau boleh tak nak tengok, pergi jauh-jauh. Huhu. Bayangkan itu baru waktu saya jaga, belum termasuk kawan-kawan saya yang lain, yang ramai2 ni. Kalau setiap orang experience benda sama, cuba kira berapa rakyat Indonesia yang terpaksa "pulang paksa" tunggu ahli keluarga dorang mati di rumah? Kesian sangat.

Semoga suatu hari nanti, rakyat-rakyat miskin kat sini dah tak perlu lagi bersedih atas hal-hal macam ni. Memang ada certain orang yang suka sangat tunggu bantuan dari orang luar, malas berusaha, dari kecil dididik untuk meminta-minta. Tapi masih ramai yang berusaha keras, cuma dengan sistem kat sini yang lebih cenderung dengan 'rasuah' or 'pakai orang dalam' yang menyebabkan harta beredar di kalangan orang-orang kaya sahaja, membuatkan orang-orang miskin susah nak survive 'kalau jujur sangat'. Ini situasi yang saya nampak terjadi pada orang-orang miskin yang saya kenal.

Stop dulu lah, saya tak tau entry ni nak ke arah mana. Kalau saya teruskan type, entah apa lagi benda yang akan keluar dari kepala saya ni. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan,okay..:)

Sunday, 16 October 2011

Suka-suka :)

Can you spot the Hidden Tiger?



p/s : gambar ni dapat dari facebook, yang 1 st picture tu lama jugaklah nak cari..penat je..rupa-rupanya... Sebelum ni pernah dapat gambar the hidden cat, tapi senang sikit nak cari. Enjoy! :)


Wednesday, 12 October 2011

Jom baca celoteh panjang ini

Salam,

Dah tiga hari tunda-tunda update blog.

Hari ni balik awal sikit, jam 11.30 am kami dah call taxi untuk balik. Jam kerja kat Rumah Sakit Daerah Ujung Berung ni sepatutnya dari jam 7 am sampai jam 2 petang (awal sikit la dari RS Hasan Sadikin), tapi sebab tak perlu sign attendance jadi kami pun balik awal. Ini perangai sebenar kami budak-budak medic (perlu pandai mengambil peluang selagi ada). Lagipun MASA ITU EMAS lagi-lagi untuk orang yang sudah agak tidak single ini. Huhu.

Minggu ni saya rotation kat RS Umum Daerah Ujung Berung, dari Bandung bertolak jam6.15 naik taxi Gemah Ripah, jalan macet --> sampai sana dalam pukul 7 am. Bayar taxi Rp35 ribu. Naik 4 orang so sorang bayar Rp 9 ribu. Lebih kurang sama dengan naik angkot (angkot kena tukar 2 kali, bayar total Rp7 ribu) --> beza Rp 2 ribu (RM0.72 sen) --> jadi mana lebih baik? TAXI ..... hehe...pandaiiii..

Ok lah sebenarnya yang lebih bijak adalah tumpang kereta kawan. Tapi dulu-dulu boleh lah sebab saya selalu 1 group dengan kawan-kawan Indonesia..so boleh lah tumpang-tumpang. Sekarang tak tau apa jadi, saya tiba-tiba terdampar bersama-sama junior Malaysia.. seperti yang kita tahu berapa keratlah sangat budak Malaysia yang ada kereta kat sini. Tapi bukan bermakna dpt group ni tak best. I really enjoyed myself with them. Most of them 'sekepala'..hehehe..sekepala tentang apa? rahsia...

Tapi takpe..duit total cuma habis tidak lebih dari Rp 20 ribu per hari. Plus makan Soto ayam Rp 8 ribu. Ok lah tu. Kalo duduk RS Hasan Sadikin pun belum tentu saya dapat jimat macam tu, dengan makanan kat cafe Seruni tu yang paling murah adalah Soto Ayam Lomongan Rp 14 ribu. Dengan perut saya ni yang sering meminta diisi, kalau sehari mesti nak pergi Seruni dua kali. Kalau on call/'jaga', tengah-tengah malam mesti nak kena isi lagi jam 10pm tu. Pastu pagi-pagi betul-betul dekat nak subuh, perut minta isi lagi. Kalau hari biasa (tanpa 'jaga') tidur nyenyak tak rasa pun lapar-lapar macam tu. Sebab tengah tidur.

Tiba-tiba cerita pasal Belanjawan diri kat sini. Hehe alang-alang Belanjawan 2012 baru lepas, boleh la kan....apa-apa pun marilah berjimat cermat, dan belanja ikut kemampuan. Kalau asyik rasa duit sikit jaaa..(walaupun.....), sampai bila-bila pun duit tak kan cukup. Ok, percayalah cakap saya. Saya tahu, sebab....saya bukan orang kaya....

Hari Isnin lepas agak kelam kabut jugak sebab 1st day pergi RS Ujung Berung. Kena kumpul kat tempat taxi jam 5.50 pagi, lepas tu kena follow up patients, kena buat Case Report Session, etc, etc, and tunggu untuk balik. Hari 1st kena skema sikit balik on time. Tapi balik dari Ujung Berung ja, petang tu saya on call lagi kat RS Hasan Sadikin dari jam 3.30pm sampai 5.00 pagi. Jaga Emergency.

Malam oncall tu saya suka. Sebab I tried to create a positive feeling within myself. Itu 'jaga' terakhir saya di Pediatric Dept. Jaga sebelum tu pun saya suka sebab hal sama. Ingat tak saya pernah copy paste ini dulu :

"Everything that irritates you about others, is your key to understanding yourself. What angers you in another person is an unhealed aspect of yourself! If you had already resolved that particular issue, you would not be irritated by its reflection back to you :))"

Saya pernah tulis dalam blog & status facebook (yang lepas tu saya delete) tentang betapa anti-nya saya dengan residents yang suka marah-marah/ suruh-suruh tak pasal-pasal. Saya berfikir jugak kenapa saya boleh sangat marah dengan hal tu. Kenapa dalam hal macam ni saya tak boleh sabar, macam selalu saya boleh sabar dengan hal-hal lain.

Kira macam muhasabah diri la ni. Saya pun tak tahu dari mana saya dapat satu perasaan baru. Waktu second last 'jaga' kat Peri tu saya try berfikiran positif dan bersedia dengan resident yang nak marah-marah. Tapi dorang tak marah-marah pun, padahal saya tunggu je dorang nak marah. Sebab saya nak try test keberkesanan muhasabah diri itu. Tapi sampai jam ke-12 dorang tak marah-marah jugak. Atau mungkin dorang marah tapi saya tak terasa.

Malam terakhir jaga (which was last Monday night), saya berfikiran sama lagi. Walaupun agak penat sikit sebab baru balik dari Ujung Berung first day yang kitorang jadi budak skema. Dalam Emergency room malam tu, doctor2 dia sama dengan yang saya pernah jaga dulu. (yang saya banyak kali tension tu terutama dekat doctor yang pijak selipar saya sampai putus tapi tak minta maaf. Sampai saya terpaksa ambil brooch kat tudung untuk pin balik bahagian yang putus kat selipar jepun tu untuk sambungkan supaya saya boleh pakai at least untuk balik rumah. Saya saja pasang brooch tu depan doctor yang putuskan selipar saya tu supaya dia rasa bersalah sikit. Tapi dia buat tak peduli, and doctor lain pulak nak bergurau time saya tengah marah tu "beli baru ajjaaaaa dik").

Malam last jaga tu saya pakai masker (hi...hi...) sebab saya tak nak doctor tu kenal saya, sebab dulu dia pernah marah saya, saya lawan balik...sebab saya geram dia marah membabi buta benda yang saya tak buat..dia marah saya kali yang ke-4 hari tu, tu yang saya geram tu. Dan saya pakai masker sebab saya takut saya 'kurang kekuatan untuk bersabar dengan dia' and buatkan saya melawan lagi.


Malam tu patient ramai jugak tapi tak rasa penat langsung sebab enjoy. (Bukan enjoy sebab orang sakit..tapi..itu kan kerja doctor..bukan enjoy tengok orang sakit, tapi kalau dapat belajar sesuatu dari patient mestilah happy kan..ilmu tuu..)

Malam tu ada sorang patient dengan diagnosis Bacterial Meningitis. Istimewanya patient ni bagi saya, sebab selama ni walaupun dah banyak jumpa patient meningitis, tapi jarang yang semua 'Meningeal Signs' nya positive. Patient malam tu, dari Nuchal Rigidity, Brudzinski sign I/II/III, Laseque Sign, Kernig Sign semua positive. Ok la mungkin selama ni saya jumpa patients yang Serous Meningitis saja. Jadi tak seteruk yang Bacterial Meningitis. Lepas tu bila buat Lumbar Puncture, CSF dia very the clody :P And bila check telinga ada cairan keluar dari both ears. From the history taking, ayah dia kata dia memang selalu ada ear infection (Chronic Suppurative Otitis Media). Memang patient yang sangat khas. Most of the primitive reflexes pun positive.

Sampai ke pagi, takde doctor yang annoying pun. Doc yang hari tu marah-marah tu pun tak banyak cakap sangat. Ada lah buat muka berkerut sikit tapi saya malas nak tengok sangat, nanti mood saya pulak yang jadi tak best. Kesimpulannya saya cari muka-muka yang suka senyum, yang baik, supaya saya pun jadi macam tu. He...he...

Balik rumah 5 pagi, kena terus siap-siap mandi sebab jam 5.50pagi kena keluar lagi untuk pergi ke RS Ujung Berung. Tak sempat buat breaskfast, nasib baik ada biscuits & milo 3 in 1. Sian encik Naqi kena ikut makan biskut & minum hot chocolate 3 in 1 jugak. Malam tadi pun makan maggi je..I'm sorryyy..malam ni kita makan sedap-sedap okay ^_^

Bercakap tentang suasana 'annoying' waktu kerja ni, dua tiga hari ni kalau saya scan facebook saya (scan je yang termampu since masa pun tak banyak), di kalangan rakan-rakan yang kebanyakan nya belajar medic itu, dorang share 1 link tentang "Why Malaysian Government can't Retain Its Doctors"

Boleh baca di sini : http://www.facebook.com/notes/adam-lim/why-malaysian-gov-cant-retain-his-doctors/10150486403099478

Saya rasa saya faham macam mana orang tu rasa, tapi tak de lah sampai nak tinggalkan negara & pergi berbakti dengan negara lain kan. (tapi tak boleh cakap lebih-lebih jugak since saya belum kerja kat Malaysia lagi).

Kat RSHS ni pun pernah rasa annoyed to nurses. Dulu siap persoalkan lagi apa sebenarnya tugas doctor, apa sebenarnya tugas nurse. Lagi-lagi nurse yang dah senior yang bersuara besar/kuat/lantang yang boleh memalukan koas mahupun residen sesuka hatinya. Kadang-kadang residen siap pesan lagi, "dik, kalo ngomong sama ibu *** jangan ngomong suka-suka ya, soalnya dia itu udah 20 tahun kerja di sini, semuanya dia udah tahu".

Saya pernah tulis kat status facebook juga satu kali pasal saya "anti-perawat melati". Waktu tu saya dah tahan berapa lama, berminggu-minggu kot..sampai satu masa tu saya rasa dah hilang sabar. Itu baru jam 11 malam, saya dah boleh hilang sabar. Belum lagi waktu nurses tu tiba-tiba melenyapkan diri untuk tidur sampai takde seorang nurse pun yang tinggal. Patient dalam ward tu ada hampir atau lebih 50 orang (maksimum 72 orang) dengan perangainya masing-masing (belum termasuk perangai keluarga lagi). Tak sampai 5 minutes akan mesti ada orang muncul ke nurse station untuk mintak "tukar infus" (bahasa melayunya..air yang masuk dalam badan patient thru jarum tu..airnya dah habis, so kena tukar yang baru).. Okay, itu seriously bukan tugas seorang doctor (saya rasa lah..since saya pun tak tahu batas jelas perbezaan tugas seorang doctor dan nurse, selain tahu tugas doctor adalah untuk memberi instruction berdasarkan ilmunya selama 6 tahun ++ kepada seorang nurse dengan cara yang terhormat).. Tapi, disebabkan semua nurses( or 'suster' dan dipanggil 'sus' oleh patient) tiba-tiba menghilang, so kami lah yang kena buat benda tu. Nak menolak rasa bersalah pulak, nanti patient tu kena hypovolemic shock, kami jugak yang kena marah oleh residen.

Tapi, banyak je perawat (lelaki or perempuan) yang sangat berdedikasi melebihi seorang doctor. Ada sorang perawat yang muka macam Rosyam Noor tu, sangat rajin & berdedikasi. Semua koas cakap dia rajin. And menyenangkan. Kan best kalau semua perawat macam tu. Kalau boleh saya pun nak jadi macam dia. (walaupunnnnn...macam mustahil..hihi....)

Kat sini residen lagi kesian. Tak dibayar langsung okay. Most of them. Dah lah belajar pakai duit sendiri. Bekerja dengan beban yang sangat berat (berat mata memandang, berat lagi bahu memikul)..huhu..tapi dorang tak dibayar pun.. ada la yang kerja sambilan kat swasta, ada la pendapatan lebih..tapi kesian lah..

My preceptor (consultant) kat Dept. Anak ni, hari tu dia bercerita tentang perjalanan dia dari jadi GP sampailah jadi residen and Specialist. Dia kata gaji dia Alhamdulillah bertambah perlahan-lahan, and sekarang dia dah boleh berpuas hati dengan rezeki yang kerajaan bayar kat dia. Kami (yang 9 orang daripadanya adalah anak Malaysia) dengan tanpa segan silu bertanya berapa gaji dia sekarang.

And dengan tenangnya dr. jawab " sekitar 3 juta-an lah". Kitorang yang tadi ingatkan akan buka mulut luas-luas untuk kagum, tapi semua terdiam. Kami koas yang dapat biasiswa 2juta sebulan dari kerajaan Malaysia pun kadang-kadang rasa tak cukup, tapi doc yang dah kerja berhempas pulas bertahun-tahun macam tu baru dapat 3 juta rupiah sebulan. Housemanship kat Malaysia kalau tak silap basic salary pun hampir RM4000. (10 juta ++ rupiah okay). ITUPUN MASIH RAMAI YANG TAK BERSYUKUR. (mari highlight ayat ini)

Apa-apa pun, saya harap Allah sentiasa meningkatkan kesabaran saya & kawan-kawan nanti kalau dah jadi doctor kat negara sendiri (insyaAllah), semoga sentiasa diberi kekuatan mental, fizikal dan rohani, dan semoga pengalaman melihat situasi yang 'macam-macam' di sini akan sentiasa mengingatkan kami betapa rendahnya nilai seorang manusia di dunia yang sementara ini, tanpa ILMU, IMAN dan AMAL yang ikhlas dan berterusan.

Sekian ceramah untuk hari ini.

Sunday, 9 October 2011

Belum berkesempatan/berkemampuan untuk haji/umrah? :)

Rasululllah s.a.w bersabda :

"Barangsiapa solat Subuh berjemaah lalu duduk untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit, lalu solat dua rakaat, dia akan memperoleh pahala seperti pahala haji dan umrah"

Beliau juga bersabda :

"Solat yang sempurna, solat yang sempurna, solat yang sempurna"

(Hadith riwayat Al-Tirmidzi dan Al-Mundziri dalam Al-Taghib wa Al-Tarhib, h.294)

Wednesday, 5 October 2011

Kita adalah cermin kepada ibu bapa kita :)

Salam, I just want to share one thing malam ni, tadi tengok satu video tazkirah by Prof Dr Muhaya Mohamed (eye specialist kat Malaysia tu)..video tu ada tp lambat untuk upload..jadi saya dengan rajinnya tolong type..untuk sharing dan untuk bacaan semula di masa akan datang, since I prefer reading more than watching. Hee..Semoga bermanfaat!

Topiknya luas, tentang mencari pasangan, mendidik anak-anak, dan point penting saya mahu jadikan iktibar, "kita adalah cermin kepada ibubapa kita" :)


"Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.bt para pendengar semua..."


"Saya terpanggil bercakap tentang ini, kerana kalau saya perhatikan, sebenarnya manusia ini..terjadinya kelahiran manusia ini disebabkan kelahiran bayi..dan tidak akan lahir bayi kalau tidak ada suami & isteri..

..dan tadi, dalam perjalanan, saya bukak lah facebook saya, saya nampaklah gambar-gambar remaja-remaja, kenapa anak kawan saya, yang sama-sama belajar kat sekolah dulu, masuk universiti..maknanya anak kami, kami kenal daripada umur 20 tahun, sampai kami dah umur 50 tahun, dan kami dah ada anak-anak...dan... kekadang terasa sedih apabila melihat anak kawan-kawan, sahabat kita, cara penampilan, pakaian, dan gaya pose dalam gambar tu, masyaAllah, saya sedih sangat...

..kekadang kita tak tahu, inikah anak-anak yang masa tu saya pergi kat hospital tengok anak kawan saya, putih bersih, Subhanallah, lepas umur 25 tahun, macam ni jadi..

..Jadi saya terfikir, apakah, dimanakah salah kawan saya dan suaminya tu..dan saya cuba recall balik masa kawan saya kat sekolah dulu, macammana akhlaknya, macammana pergaulannya, macammana pakaiannya. Saya perhatikan..sebenarnya anak dia pun jadi macam dia dulu.

..Maknanya..mungkin kalau ibu tu nak salahkan anaknya pun, kalau anak dia tengok gambar mak dia dulu pun macam tu jugak..

Jadi..saya menyeru pada diri saya, keluarga saya, kawan-kawan yang baik dan semua para penonton, kita cuba renungkan hari ini, kita memang bersyukur, wanita ni kalau ada suami, ada anak, ada rumahtangga yang aman, ada rumah tempat tinggal, taraf ekonomi dan kesihatan, itu adalah nikmat yang tak terhingga..Banyak wanita suami pun tak ada, ada orang ada suami anak pula tak ada. Ada orang ada anak, tak ada ekonomi. Maknanya kita ni banyak fokus kepada bersyukur.

..Bila sebut pasangan ni, saya fikir, bila anak kita macam tu, tengok mak ayah pulak. Banyak orang sms saya, suami kahwin lain, suami ada affair dengan orang lain, macam-macam kat facebook tanya saya, saya pun tak sempat nak jawab. Dan conclusion saya..MANUSIA NI PENUH DENGAN MASALAH..

..Tetapi sebenarnya, ada orang yang bijak, dia tak kata itu masalah, dia kata itu CABARAN. Baru tadi saya cakap kat pelajar-pelajar saya, kalau kita ada masalah, kita jangan doa pada Tuhan untuk kecilkan masalah, kita doa pada Allah supaya kita besarkan minda dan iman kita, masalah besar mana pun akan jadi kecil. Tapi orang yang mindanya kecil, imannya kecil, takwanya kecil, jadi, masalah kecil pun jadi besar..

..So kita ni, dalam kita mencari pasangan, ataupun dah ada pasangan, ataupun dah terlepas pasangan, ataupun pasangan menduakan, atau pun memadukan dia, kita renung balik.. Macam saya sebut selalu, Dunia Luaran Kita adalah Dunia Dalaman Kita, jadi kalau kita tengok sesuatu tu berlaku tak seperti yang kita mahu, kita fikir..kita nak marah ni kerana nafsu atau kerana iman? Kita tak suka seseorang tu kerana nafsu atau kerana iman..dan kita perhatikan, kalau suami kita tidak melayan kita dengan baik, kita tanya apakah kita telah melayan suami kita dengan baik?..

..Dan katakanlah kalau suami kita mencari wanita lain, mungkin salah dia, mungkin salah kita, tetapi pada saya, kalau kita nak mencari kesilapan suami kita, memang banyak nampak salah, dan kita tak boleh nak ubah dia. Tapi kalau kita cari, refleksi diri, tengok pada diri kita, apakah yang kita buat sebelum ni yang buatkan dia jadi macam ni, dan seperti yang saya kata sebelum ini, Dunia melayan kita sebagaimana kita melayan diri kita, kalau kita rasa kita tidak ada harga diri yang tinggi, maka orang tidak akan memandang kita dengan tinggi, dan kita hanya akan merasa harga diri yang tinggi kalau kita tahu keimanan kita kuat, dan kebergantungan kita kuat, dan ketaqwaan kita kuat..dan kita tahu Allah sentiasa bersama dengan kita...

..Sebenarnya kalau kita ni tidak beriman dan tidak menjalankan apa yang disuruh dalam agama, dalam roh kita yang suci, di hati kecil kita, di kalbu yang paling dalam tu, kita rasa bersalah. Bila kita rasa bersalah dengan keingkaran kita kepada Allah s.w.t, dengan sendiri akan terjadinya pemikiran = nilai diri kita terasa rendah.

..Jadi kita mulalah menghasilkan benih yang baik dari diri kita..

..Baru-baru ni saya tengok CD dari Mufti Zimbabwe, Subhanallah, dalam bahasa Inggeris, dia menyebut sesuatu yang membuatkan saya tiba-tiba terbukak mata, dia kata macam ni, "Pernah tak dengar atau tengok orang yang bertunang lama sampai enam, tujuh,lapan tahun, baik..tapi bila kahwin setahun je bercerai." Kita hairan. Saya bertanya, "Awak bercerai, dulu awak kahwin kerana cinta atau pilihan mak bapak?" "Cinta Prof". Tapi dulu waktu bertunang semua okay, tapi kahwin setahun cerai. Saya ingatkan dulu waktu bertunang pasal tak hidup bersama, rupanya tak...

..Ayatnya macam ni : Syaitan, masa kita bertunang, masa kita belum halal, syaitan kan memang dia dah berjanji dengan Allah akan sesatkan anak-anak Adam. Jadi masa kita bertunang, dalam keadaan tidak halal, dia akan menghias, benda tak elok jadi elok, dan dia menghias wanita jadi elok, supaya orang yang tak halal berzina. Bila dah kahwin, sebab tu bila dah akad/lafaz je, syaitan akan menangis, selamatlah anak Adam...

..Maka lepas kahwin, syaitan pun akan mencari jalan macamana nak menyesatkan anak Adam, so dia pusing 180 darjah, daripada menghias cantik, dia menghias tak cantik, mula lah nampak isteri cantik pun dah tak cantik, suami handsome pun dah nampak tak handsome, mulalah dia hias wanita-wanita lain, lelaki-lelaki lain biar nampak cantik, pasal syaitan MEMANG nak merosakkan kita..

..Jadi kalau kita kahwin hanya berdasarkan cinta, dan memuaskan nafsu saja, tidak ada misi besar : kahwin kerana melahirkan zuriat yang baik, membangunkan ummah, menentukan kita boleh jadikan anak kita khalifah, dan mengimarahkan benda mengikut hukumNya, kalau tak ada niat macam ni, maka kerana itulah perkahwinan sekejap saja akan bercerai...

..Dan bila saya tengok anak-anak rakan saya jadi macam ni, saya bercakap dengan diri saya, saya rasa sebenarnya anak-anak ni jadi = apa yang jiwa mak ayah dia daripada kahwin tu niat nak anak macam mana. Kalau mereka khusyuk nak anak-anak yang baik, subhanallah akan jadi baik..Pasal saya tengok anak-anak kawan saya ni, masa kecik, sampai form5 daftar sekolah agama, tetapi bila masuk IPTA terus jadi 180 darjah, saya tengok pun macam tak kenal budak ni, dimana silapnya? Adakah ibu bapa, ataupun persekitaran, ataupun beliau sendiri, dan kadang-kadang kalau kita belajar agama pun, kalau kita mengajar agama pada anak-anak untuk mengerjakan sembahyang = Jangan tinggal sembahyang, dah, hanya sebagai disiplin, tapi bukan kerana kehambaan, ketakwaan kita kepada Allah, bukan untuk membina diri anak-anak, dan kita sebagai ibubapa pun tidak menunjukkan contoh-contoh yang baik, kita boleh lihat / nilai : sistem manakah yang boleh kita salahkan. Adakah pelajaran mereka ataupun ketakwaan mereka...

..Jadi bila anak kita tak solat, kita tak approve kan..bila anak kita solat, kita cakap, mak bersyukur anak mak solat, mak bersyukur anak mak tutup aurat, mak bersyukur anak mak jaga pergaulan, jadi apa anak kita buat baik support je, dia salah sikit kita gaduh. Maknanya mereka aktif. Anak-anak yang ingkar ni dia mula sikit dah, macam api lah, baru sikit baik, tapi bila kita bakar seluruh rumah, bayangkan banyak mana pun tak boleh baik..Jadi kita tengok anak kita ni, dia punya keingkaran pada Allah tu daripada pakaian, daripada tidak solat, satu waktu terus kita matikan. Jangan teruskan.

..Tapi banyak orang, dah terpengaruh, bila anak dah besar, 25 atau 26 tahun, dah duduk rumah sendiri, dah duduk Kuala Lumpur, masyaAllah kesian..jadi saya sediiih tengok..

..Jadi, mencari pasangan yang baik ini adalah benda yang UTAMA dalam hidup..Wallahua'lam..Alhamdulillah..


Panjang lagi video tu, tapi tiba-tiba ada orang call Prof nangis-nangis, so saya stop type..hehehe..Semoga menjadi pelajaran pada kita semua sebagai hamba Allah di dunia yang sementara..AMIN :)

Tuesday, 4 October 2011

Tiba-tiba @ tak pasal-pasal :)

From my own unique perspective, I think I'm against pembangkang..teeettt..

p/s : tapi ada tapi....sikit