Monday, 22 February 2010

Best kan jadi student FKUP kalau ada supir?

Ok, finished with learning issue and lab assignment, and not to forget, past year Q's & phop presentation. huhu.. semalam mimpi doctor phop (public health) marah2 sebab tak buat slide utk presentation, and dia halau semua budak KPBI balik..pastu ada orang jerit 'yeaayy,boleh balik' sambil doctor phop tu nangis2. Ish,sape la yang cakap 'yeay,boleh balik' tu..

And now,as usual, my story and my story..

Semalam saya balik rumah tumpang mobil seorang kawan Indonesia. Dia ada driver..(memang perkara biasa kat sini student ada driver..), best..saya rasa kalau semua orang hidup macam dia, mesti ramai orang boleh dapat 4.00 flat dalam exam. Walaupun sekejap, tapi saya boleh nampak la betapa bersenang-lenangnya hidup dia macam tu, cuti sehari pun boleh balik rumah bertemu family tersayang.

Ada la beberapa situasi yang saya boleh tengok, dari orang-orang yang ada driver ni. Kalau kita (especially student perantau), boleh nampak la betapa susah payahnya kita nak pegi cari kedai fotostat jauh2 untuk fotostat hampir setiap hari. Kalau student yang ada driver ni, sms je driver suruh pegi fotostat kan, habis cerita.

Lepas tu kalau sakit, tengah sakit terlantar pun terpaksa gagahkan diri untuk pergi ambil MC kat clinic memandangkan our faculty ni nak sangat kehadiran 100% dan MC mesti bagi dalam 24hours. Saya ingat lagi waktu saya kena typhoid fever 1st year dulu, hujan lebat, jalan banjir plak tu..semua orang pergi lecture sebab kehadiran wajib. Saya tak dapat MC lagi untuk hari tu. Badan tengah panas and menggigil, terpaksa keluar jugak untuk pergi clinic. Sambil jalan on the way to clinic tu, saya nangis-nangis teresak2 sebab terfikir teruknya situasi saya waktu tu. Saya teringat parents, selalunya kalau saya sakit, ada orang tolong bawa pegi hospital. Kalau kat asrama, at least ada warden jaga.

Kalau orang yang ada driver, kalau sakit, nanti ada la driver dia datang bilik tutor and tolong bagi MC kat doctor, pastu boleh pass Learning Issue sekali kat ahli group.

Lepas tu, kalau habis class je, call driver, turun tangga, driver dah ada depan mata. Best kan?hehe. Terpedaya jap dengan keindahan dunia..huhu..

Kalau nak senaraikan semua kesusahan-kesusahan yang kita pelajar perantau rasa kat sini, memang sangat banyak. Lagi-lagi yang takde kemudahan pengangkutan. Saya kagum jugak la tengok pelajar-pelajar malaysia kat sini. Mudah adapt dengan keadaan walaupun our faculty sangatlah menguji kesabaran. Kite laa tu..si penyabar-penyabar sekalian. Kalau nak ikutkan hidup kat sini, kalau nak senang, kena ada duit. Orang kat sini banyak jugak la yang jenis makan duit, yang bagi duit and buat kerja ok la, tapi kalau yang asyik mintak duit tapi tak buat kerja.. itu sangat menggugat keimanan..huhu..(sambil terbayang muka seseorang)

Tapi kalau kita tak rasa susah kat sini, kat mana lagi nak rasa kan..hmmm..

3 wonderful voice(s):

mariatians said...

Yah...sedih cerita ko...part yang ko sakit, jln2 sambil menangis mau pigi clinic...huhu

Rafahiah Haron said...

hehe..sbnrnya kalo sy ingt balik pn boleh nangis ni pulai. isk.isk

betta sp said...

salam. tak sangka pulak kehidupan kat negara seberang susah macam tu....huu2...kesianY...peraturan pulak dah la ketat yer, mcamana la org yg sakit nk bg mc hari dia sakit...terok btol sistem dia...tp kesusahan tue la yg mengajar kita nie erti kehidupn...mcm rafahiah ckp la..bila lg nk susah kn...kn..(saja nk sedapkn ati) -_^

Post a Comment