Wednesday, 17 February 2010

Jika kau fikirkan kau boleh!

Before baca post ni, jom nyanyi dulu lagu ni,hehe :) Pastikan mood anda bersemangat macam lagu ni sepanjang membaca post ni.

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh!!!

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh!!!

Dah nyanyi??
Saya yakin ramai pernah dengar lagu ni betul tak? Dulu waktu kecik-kecik zaman 90-an selalu ada kat RTM. Saya tak tahu siapa yang cipta lirik lagu ni, tapi saya pasti beliau mesti seorang yang begitu berpengalaman, dan bermotivasi. Sebab tu dia mampu buat lagu yang bermotivasi macam ni.

Post ni saya tulis khas untuk seorang kawan, dan jugak siapa pun lah yang mungkin ada kena mengena. Hehe.

Lagu ni memang sesuai untuk orang yang mempunyai self esteem yg rendah or inferiority complex. Kita nampak dia boleh buat, tapi dia sendiri tak rasa yang dia boleh buat. Setiap manusia ada kelemahan, Allah dah jadikan kita semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kekurangan ni bukan untuk jadikan alasan untuk kita malas. Lepas tu, orang-orang yang hebat pulak, jangan la suka pandang rendah dan tak bagi
peluang langsung kat orang yang lemah. Kamu pun bukan hebat sangat kalau pandang rendah kat orang lain :)

Bagi saya..

"Orang yang serba kekurangan tapi rajin memperbaiki diri sendiri JAUH LEBIH BAIK daripada orang yang banyak kelebihan tapi malas"

Last month, salah sorang kawan saya ada bagi saya sebuah buku motivasi (Thanx Krie:)), and dalam buku tu ada satu sub chapter bertajuk : How do I overcome inferiority complex?

Buku tu jawab macam ni :

"First and foremost, remember that everybody is created equal and is the same in the eyes of God. This is the teaching in all major religions. You must acquire this mindset so that you can overcome the intimidation that you may feel. Only God is great and no man is superior to another. We are brought to this world with different roles and achievement. What is important is that we all work to achieve the best that we could with what is given to us.

No one has the right to harass or look down upon anybody else. Humbleness is important to be instilled in whatever stage of your life especially so when you climb higher in the ladder of life.

Once we are awed only by the greatness of God, other humans or worldly things will not fascinate us. This can prevent the feelings of jealousy towards others who have achieved more than we do. It is important to realize that you only strive for the life Hereafter rather than the current temporary life which no one has any control of as to the duration, which is all in the hand of God."

Prof Dr Muhaya Haji Mohamad M.D.,Ph.D.

Betul kan apa dia cakap? Walaupun nampak simple, tapi macam tu la ayat motivasi..simple and smart.hehe

Ini ada satu lagi lagu yang boleh buat kita bersemangat, sejak kecil saya suka sangat dengar lirik lagu ni :) Jom hayati lirik ni sama-sama.

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Dua ayat last tu sebenarnya yang saya nak tunjuk..tapi setiap ayat dalam lagu ni pun best jugak.. Ni lagu "MATA HATI" by Hijjaz. Mesti ramai yang pernah dengar kan?

Ok lah, saya stop dulu, banyak kerja kena buat. Bye bye (^_^)

P/S : To naqi, Best of Luck DOTA..(patut nya wish best of luck exam pagi tadi..isk3..)

2 wonderful voice(s):

betta sp said...

salam.bagus quote dr buku 2.org yg rasa rndah diri ni sebenarnya adlh perasaan dia sendri. kalo dia blh atasi mslh 2 mmg dia akn rasa bsyukur thadap smua nikmat2 yg dia dpt

tp mmg ssh kalo nk nasihat org cam2 melainka dia ad usaha nk ubah diri sendiri

Rafahiah Haron said...

aah, tp kdg2 rasa smgt, insaf and syukur tu datang dan pergi..susah nak kekalkan selalu, tapi if we keep ourselves motivated most of the time..insyaAllah berjaya kekalkan rasa tu. kena ada usaha yang berterusan la.susah jugak.

smoga kita jadi orang yang sentiasa mensyukuri nikmat,amin.

Post a Comment