Friday, 12 February 2010

How to save our money? :p

Hari ni rasa free sikit sebab banyak kerja yang dah siap. Jadi, hujung minggu ni ada masa untuk revise case 1-case3 GUS before masuk case baru dan menjadi lebih blurr sebab tak sempat baca semua LI orang balik. huhu. Sebenarnya my KKN group ajak 'foto-foto yuk' di Jonas petang ni, tapi saya mcm tak mau pegi sebab saya tak suka bergambar2. Bergambar macam2 mana pun, muka tetap sama kot.hehe:p Daripada buang masa pegi bandung, baik saya bagi gambar je pastu copy paste..hikhik. Sebenarnya alasan utama is MALAS. Sebelum ni, setiap Sabtu kena jumpa supervisor kat Bandung. Tiba2 bila tak perlu jumpa supervisor, kena bergambar2 pulak. Xmo xmo.huhu. Buang duit saje. Saya sedang berjimat cermat skrg, harap maklum :)

Cakap pasal berjimat cermat, i think i have some good advices untuk orang-orang yang rasa nak berjimat tapi susah. Saya bukan la orang yang pandai berjimat sangat, tapi bagi nasihat sikit2 boleh la. Hee. Ini apa yang saya praktikkan la. Mungkin setiap orang, cara berjimat berbeza. Tapi mungkin boleh la jadi panduan sikit2.

Pertama, kalau ada income setiap bulan, kalau anda adalah jenis orang yang tak boleh tengok dalam bank tu ada duit, better asingkan duit tu siap2. Simpan kat tempat yang anda takkan dapat ambil. Kalau rajin, bukak satu lagi account yang tak pakai ATM card, dan jugak susah nak ambil. Tapi make sure setelah anda tolak duit tu, duit anda di dalam akaun yang utama cukup untuk sara hidup sebelum duit next month masuk. Dengan cara macam ni, insyaALLAH sedar tak sedar, duit simpanan anda akan bertambah tanpa anda sedari.

Additional info :
Untuk kawan2 di Indonesia yang pakai Bank Niaga, Bank Niaga ada cara yang sangat baik untuk berjimat. Mereka akan automatically tolak certain amount yang kita dah tetapkan untuk ditolak setiap bulan, and kita tak boleh ambil duit tu. Ada banyak cara, Niaga Mapan, CIMB syariah, Niaga Pendidikan. Bagi yang muslim, kalau nak dapatkan duit bunga tu, boleh la bukak CIMB syariah. Dengan cara ini, kita boleh la menabung, selain daripada tabungan yang visible kat akaun utama, sebenarnya ada yang invisible kat tempat lain.

Saya rasa, cara ni sesuai untuk pelajar JPA yang dapat biasiswa 3 bulan sekaligus. Hujung bulan ketiga tu ramai kan yang dah takde duit and tiba2 duit JPA masuk lewat. Kalau rajin, asingkan siap2 duit untuk setiap bulan ke dalam akaun lain. Memang nampak macam tipu diri sendiri, tapi cara yang tipu diri sendiri ni lah yang akan buat kita senang di kemudian hari. Setuju tak kalau saya cakap, duit banyak boleh hidup, duit sikit pun boleh hidup. Jadi, kenapa tak pilih yang duit sikit? Maksud saya, kalau dalam bank ada Rm1000 sebulan, atau dalam bank ada Rm500 sebulan, dua-dua kita boleh hidup kan? Jadi kenapa pilih yang perlu pakai duit banyak? Better tolak siap2 yang rm500 tu, and kita cuma pakai rm500 untuk belanja, secara tak langsung, kita sebenarnya ada simpanan rm500 yang kita boleh simpan. Kalau kita tak asingkan duit tu, kita akan sentiasa rasa dalam bank tu ada duit, so kita tak kan berjimat sebab kita rasa kita ada duit. Dapat kan maksud saya di situ?:)

Cara kedua, kurangkan perasaan ingin menarik perhatian orang lain. Ini especially untuk perempuan.Hehe. Berdasarkan pemerhatian saya, perempuan especially yang suka bershopping, salah satu sebab adalah untuk kelihatan cantik. Daripada perasaan tu, membawa kepada membeli, membeli dan membeli apa2 barang yang kelihatan cantik. Kadang2 benda yang tak perlu pun, tapi sebab cantik, dan takut orang lain ambil dulu, benda yang tak perlu jadi perlu. Lagi, kecenderungan terhadap barang berjenama.. Memang lah barang berjenama tu bagus. Tapi pastikan anda lihat kemampuan anda. Kalau tak mampu, jangan beli, tak rugi pun kalau tak beli. Kalau saya sendiri, saya tak perasan pun org beli barang2 baru smpai la org ckp sndiri kat saya..hihi..ini kelemahan saya, saya kurang alert dengan apa2 perubahan orang. Orang pakai baju baru, beli kasut baru, tukar beg baru..saya susah nak perasan. Orang baru potong rambut pun saya kurang alert.

Cara ketiga, bezakan antara kehendak dan keperluan. Sebelum beli, fikir dulu, ini kehendak atau keperluan. Kalau keperluan, ok beli. Tapi kalau kehendak, fikir lagi, benda tu kalau tak beli rugi tak. Boleh mati tak kalau tak de. (hehe..terlebih sudah)..But it's true. Tapi kalau tak beli, teringat-ingat sampai sembahyang pun tak khusyuk, fikir lagi sekali, kenapa nak beli? Sebab nak tunjuk2 kat orang, atau sebab lain. Lepas tu pandai2lah decide nak beli atau tak. Tapi again, fikir balik duit. Tadi kata nak berjimat. Kalau beli, berjimat atau membazir. Apa yang kita faham dengan keperluan? Keperluan orang kaya dengan orang miskin, berbeza kan? Keperluan seorang pelajar dengan seorang surirumah, berbeza kan. Barang2 macam laptop, itu keperluan seorang pelajar, tapi.. kadang2 kita salahgunakan keperluan tu sampaikan boleh tukar jadi kehendak. Macam saya laa..saya dah ada laptop, tapi saya nak lagi satu minilaptop. sebab saya rasa saya perlukannya. Tapi saya tak beli sebab saya fikir2 balik, tak mati pun kalau tak beli, kan dah jimat 5juta.hehe. Begitu lah perumpaannya. Contoh lagi, my best friend nak beli motor, sebab dia merasakan keperluan memiliki motor, tapi.. ayah dia tak bagi atas alasan2 tertentu. Ada kebaikan jugak di situ sebenarnya. Kalau orang lain terpaksa berbelanja lebih untuk motor, dia tak perlu habiskan duit untuk itu. Dan mungkin jugak kalau dia naik motor, dia akan jadi gemuk sebab kurang exercise kan.Hehe :p Ini contoh saje.


Cara keempat, kurangkan rasa ingin dipuji. Haaa, ni satu lagi sifat. Kadang-kadang ada orang beli barang sebab orang selalu puji dia pakai tu lawa, pakai ni lawa. Lepas tu, hati berbunga-bunga, mula rasa nak beli sesuatu yg lagi cantik. Saya tak bermaksud kita tak boleh cantik2, first impression tu penting, saya pun tak suka tengok orang selekeh2. Tapi, kalau berlebihan dan melebihi kemampuan, dan terlalu kerap, itu kan boleh membawa kepada pembaziran :) Ingat, membazir itu amalan syaitan. Perempuan kan penuh dengan keinginan2. "waa..lawanya baju tu.." "waaa..beg tu sgt stylo".."*** dah ada keluaran baru la untuk summer, nak beli..nak beli".."kasut ni lawa..kasut tu pun lawa..nak beli mana satu??tolonggg.." "tau tak bodyshop dah ada bla..bla..bla.. limited edition, jom pegi beli"..hehe.. saya pun pernah macam tu, tp bila dah selalu macam tu, saya rasa bosan. Saya dah bosan rasa menyesal sebab membeli sesuatu yang saya tak perlukan. Dan semakin lama, saya jadi semakin matang dalam berbelanja.chewah.hihi.

Dan tiba2 saya teringat tajuk 'kesederhanaan' atau 'wasatiah' dalam pelajaran pendidikan Islam yang saya jawab dengan yakinnya waktu peperiksaan2 time SPM dulu. Jawab dengan yakin, tapi tak amalkan. Membawa pula kepada ayat " berilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah".. dan dari situ saya pun mula berpijak di bumi nyata..hihi..

Saya rasa saya kurang mengelaboratekan cara-cara yg saya sebut kat atas sebab saya malas.hihi. Tapi boleh faham kan. Suatu hari, kita akan hidup sendiri, tanpa pertolongan ibubapa. Malu la kalau sampai besar nak bergantung kat parents kan. So kena lah biasakan dengan cara berjimat cermat. Malu jugak kalau dah besar panjang, tapi sentiasa berharap kat duit orang lain. Kepada yang wanita, kalau boleh jangan lah simpan angan2 nak kahwin dengan lelaki kaya, kalau diri sendiri yang kaya kan bagus.hehe. Tak payah nak bergantung kat orang lain :)

Saya cakap semua ni, untuk diri saya sendiri jugak. Saya pun masih bergantung kat parents kalau balik Malaysia. Saya sedang cuba sikit-sikit untuk stop mintak duit dari parents. Saya harap saya dapat kerja cepat2 supaya tak perlu mintak duit parents lagi, tapi saya yang bagi duit kat mereka. InsyaALLAH :)

Saya sebenarnya geram jugak tengok orang yang dah kerja, pastu tak reti simpan duit. Bila duit gaji lambat masuk, mintak kat parents. Ada tau yang mcm ni, saya pernah jumpa. Kadang2 ibubapa memang lah tak kisah, tapi..malu lah dgn diri sendiri..macam tak boleh berdikari.

Saya ada seorang kawan, tapi dah tak rapat la.. daripada dia yang saya kenal, kalau dengar orang berleter2 or cakap2 mcm ni (pasal berjimat2), dia akan cakap.. "alaa..duit mak ayah kite..takpe la.. mak ayah kite yang bagi..mak ayah kite tak kesah pun".. the end.

6 wonderful voice(s):

kerabatASTANA said...

ēka paisā kamāyā, ēka paisā khōyā.. 谢谢你! XD

dr naqi mohamed said...

nak berjimat gak,tp xtau la apsal susah sgt nk kontrol sgt,duet mngalir mcm air je,huhu.

nak try firm sket pasni,hop2 dpt la control budget pasni,hehe.agree wif sume sggestion anda=)

anip:ko tgh jampi ape ni anip,haha.

betta sp said...

salam. idea yg bagus...dari budget yg yah ckp tu mmg da lama praktik...cuma skang ni doit byk abis kat pets jer...huu2...makann lagi, obat lagi, minyak lagi...huu2

mariatians said...

hehe yah...thanks for sharing... menyimpan lah untuk masa hadapan... :)

Hayatul Mohamed said...

i like this post, heheh.. adik pon nak mula menabung ni, untung la kalau boleh menabung banyak2, then balik malaysia boleh darab 3 kalau convert to ringgit, hhihihi..

tapi mula-mula sampai ni adik susah sikit nk simpan sbb banyak mende yg harus di settle..insyaAllah next elaun adik guna care yg kyah bgtau utk simpan duit, hee :D thanks!

Rafahiah Haron said...

kerabat astana : ni mesti cite my name is khan.betul tak?

dr naqi : chaiyok2! we can do it!hee (^_&)

betta sp : aah, utk pet pun perlu spend lot of money jugak. tp sbnrnya kalo dr kecik kite tak manjakan dorang dgn fud mhl2 n ubat yg pelbagai, i think it's better. ni berdasarkan pengalaman laa. kalo dah biasakan dgn byk ubat dari kecik, nanti immune system dia tak kuat, and byk bergantung kat supplement n expensive food. takpe, ingt je tujuan utama bela pet, hope tak rase terbeban sgt la coz pets tu yg sbnrnya buat kite happy (^_^)

mariati : hehe.ur welcome. semangat! dtg bandung k utk jimat..hihi

adik : wah, bagusnya baru 1st year dah ada semangat mcm ni.heee.kak yah dulu 1st year byk enjoy lagi,sbb jakun dgn brg2 murah kt bndung, 2nd yr baru nak start ada rasa nk berjimat. Bagus2, smgt cmni la yg best, hope adik dpt kumpul duit byk2 :)

Post a Comment