Friday, 29 October 2010

Oncall~

Besok pagi oncall lagi (7am to 7pm), kali ke-4 untuk ENT, maksudnya cuma tinggal 2x lagi. yeay! Harap esok dapat case kat IGD (Installasi Gawat Darurat @ Emergency) lagi.. setakat ni baru 2 kali dapat patient kat situ. Oncall ENT ada masa relax, ada masanya tak..bergantung pada chief resident malam tu..ada satu malam tu lepas balik dari emergency room, dapat tidur dari jam 11pm-4am dalam bilik konferens. Best. Lepas tu balik rumah jam 5am, then kena siap2 untuk pegi hospital lagi jam7am. Ok la kan berbanding department lain yang kena balik lagi lambat pastu pergi hosp semula jam 7am jugak.

Tapi ada satu malam ni, setiap orang kena buat follow up every one hour, so kitorang buat shift. Saya dapat jam2-3 pagi. Seram jugak jalan dari ENT nak pegi ruangan rawat inap kat tingkat 5 Kemuning tu sorang2. Sunyi pulak tu. Lepas tu lalu tempat yang ada signboard KAMAR JENAZAH besar2..terpaksa la buat2 tak nampak. Then nak naik lif tu pun sorang2...rasa lambat je nak naik setiap tingkat. Seram2..hehe..tapi seram2 pun, kena lalu jugak, 2,3 kali pulak tu.

Ok la nak tido dah. Besok kena bangun awal study. Next week exam. Semangat!

Friday, 22 October 2010

Al-fatihah

Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? (Yaasin :68)


Baru 2 hari recover dari 'seminggu-bangun-tidur-dihantui dengan-kematian', tiba-tiba dikejutkan dengan satu berita yang meluruhkan jiwa raga, when one friend said "Nani meninggal". I was so shocked that i couldn't prevent my tears falling..she was such a nice girl~ sangat2 nice.. i get to know her closely during NBBS system (2nd year), sekejap sangat dah boleh mesra dengan arwah sebab dia sangat peramah & pandai masuk dengan semua orang...



I can see ramai orang bersedih + terkejut dengan pemergian arwah...especially her housemates..semoga semua ditabahkan hati..

Beberapa berita kat suratkhabar agak tak menyedapkan hati kami (tak semua berita, cuma beberapa), mengundang negative perception dari orang ramai...sedangkan kebenarannya arwah di sini meninggal dalam keadaan sangat baik, dan muka yang sangat tenang. Kami sendiri sempat melihat arwah buat kali terakhir, sempat mencium arwah, segala pengurusan berkaitan jenazah dilakukan dengan sempurna.
Sudden death yang tidak dapat diketahui puncanya sebab ibu arwah enggan arwah di autopsi.. Tindakan natural seorang ibu, sebab semuanya hanya untuk kepentingan orang yang masih hidup. Kalau kita jadi orang yang mati, mesti nak cepat-cepat dikebumikan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah Inani Zalikha Zainal Abidin...can u imagine writing your friend's name this way :( Semoga kita bertemu lagi di syurga..amin

"Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan"
(Yaasin : 87)

Petikan berita :

Inani tiada penyakit serius

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Keluarga pelajar perubatan Malaysia yang meninggal dunia di Bandung, Indonesia hari ini terkejut dengan berita tersebut kerana Inani Zalikha Zainal Abidin, 23, tidak pernah mempunyai penyakit serius.

Menurut abang sulungnya, Azzudin, 24, kejadian yang menimpa Inani itu dimaklumkan oleh rakan serumah adiknya itu kira-kira pukul 7 pagi ini.

“Keluarga amat terkejut menerima berita tersebut memandangkan Inani tidak mempunyai sejarah kesihatan yang serius sejak dulu,” katanya.

Inani Zalikha, pelajar tahun empat Universiti Padjadjaran (Unpad) Bandung meninggal dunia di rumah sewanya di Bandung, awal pagi tadi selepas mengadu sesak nafas.

Pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu baru seminggu menjalani latihan amali di sebuah hospital di Bandung, selepas hampir dua bulan cuti semester di tanah air.

Azzudin berkata, ibunya yang ditemani seorang ibu saudara telah berlepas ke Bandung pukul 1.30 petang tadi bagi menguruskan proses pengesahan kematian dan penghantaran jenazah ke tanah air.

“Bapa saya yang bertugas dalam bidang telekomunikasi di Papua New Guinea pula dijangka tiba di tanah air kira-kira pukul 11 malam ini.

“Keluarga kami reda dengan pemergian Inani yang merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik. Kami memutuskan tidak akan menjalankan bedah siasat ke atas mayat,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Bukit Antarabangsa, di sini hari ini.

Azzudin memberitahu, kali terakhir dia berbual dengan Inani adalah melalui laman sosial Facebook kira-kira pukul 11 malam tadi.

“Inani ada mengadu sakit belakang dan sakit perut tetapi mendakwa keadaan itu normal. Inani juga mengadu tertekan dengan bebanan tugasan amali yang banyak perlu disiapkan.

“Sebenarnya Inani baru sahaja menghabiskan cuti semester selama dua bulan bersama keluarga dan berlepas ke Bandung pada 17 September lalu.

“Sepatutnya latihan amali itu perlu dijalaninya sehingga dua tahun sebelum tamat pengajian,” jelasnya.

Dalam pada itu, menurut Azzudin, Inani adalah seorang yang pendiam, berdikari dan tidak suka berkongsi masalah atau cerita peribadi dengan keluarga.

Katanya, jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir, Hulu Klang esok, sekiranya semua proses penghantaran jenazah ke tanah air berjalan lancar malam ini.

Saturday, 16 October 2010

Tak Kenal Maka Tak Cinta...

Nilailah sesuatu dari seseorang itu secara individualistik...

Jangan kerana seorang melayu yang malas, bangsa melayu itu semuanya pemalas.
Jangan kerana seorang cina yang berjaya, bangsa cina itu rajin,
dan jangan kerana seorang india yang membunuh, semua bangsa india itu jahat.

Jangan kerana seorang Islam yang rosak akhlak, Islam itu dijauhi.
Jangan kerana seorang wanita bertudung yang suka bergosip, memakai tudung itu dikatakan salah,
Jangan kerana anak seorang imam itu mencuri, semua anak imam dipandang serong.

Jangan kerana seorang ahli politik mengamalkan rasuah, semua ahli politik dikatakan kaki rasuah,
Jangan kerana seorang miskin yang meminta-minta, semua orang miskin itu hina,
Jangan kerana seorang kaya yang suka berbangga , semua orang kaya itu sombong..

Jangan kerana negara UK itu hebat, semua graduan lulusan UK itu bagus,
Jangan kerana negara Indonesia itu mundur, semua graduan lulusan Indonesia dipandang rendah.

BERSANGKA BAIK~ bukan bermaksud orang buat jahat pun kita kata baik...don't get me wrong..bukan bermaksud "tak kisahlah dia mulut jahat, yang penting hati baik"..."dia tu tengok je minum arak, tapi hati baik"...

BERSANGKA BAIK is jangan melihat sesuatu komuniti itu secara general.

Mcm yang saya dapat dari Supercamp di Lembang hari tu, kalau ada terlalu ramai peserta sesuatu program motivasi contohnya, let say 1000 orang, seseorang penceramah akan merasakan ceramah itu menjadi kurang efektif sebab terlalu ramai. Input yang diterima akan berkurang berbanding dengan jika peserta cuma 10 orang.

Tapi, jika kita berfikir yang 1000 orang itu terdiri daripada 1000 individu yang mempunyai tujuan ikhlas untuk mendapat motivasi, pasti input yang diperoleh adalah sama dengan 10 orang.

Sebab, kalau buat untuk 10 orang sekalipun, jika setiap 10 individu itu tidak menyimpan niat untuk mendapatkan yang terbaik dari program itu, sudah pasti tidak berkesan juga. Betul kan?

Jadi, dalam sesuatu bangsa, ataupun pelbagai komuniti, jangan melihat seseorang itu dari komuniti mana dia datang. Lihat dulu potensi sebenar, dan sikap sebenar seseorang individu dari komuniti tersebut, baru lah kita layak untuk menilai.

Huhuuu...

Friday, 15 October 2010

The best solution for me now

I have a lot to tell..tapi hari ni rasa nak tulis 2 benda saja : tapi tak ada kaitan dengan post semalam :)

1. Diskriminasi

Alhamdulillah dah lepas dua departments :) Ada lagi 13 department lepas ni. Last week (gigi & mulut) doctor tak tunjukkan markah. Kebetulan semalam (rehab) doctor tunjukkan kertas markah tu sekejap. Tapi apa yang mengecewakan ialah bila saya & 2 friends tengok pemberian markah (untuk hal-hal subjektif) kelihatan agak tidak adil. Kalau untuk markah hal-hal objektif (macam Pre-Test dan Oral Test), boleh nampak markah koas M (merujuk kepada negara saya), dan markah koas I (merujuk kepada negara mereka) adil. Maksud saya, koas M boleh lah dapat tinggi sikit & koas I ada jugak yang markah rendah sikit.

Saya tidak ada masalah dengan Koas I, they are my friends, lagipun bukan salah koas I yang saya nak cerita di sini.

List nama kat markah tu tersusun ikut nombor pelajar, so automatically nama koas I akan bertompok di atas, dan nama koas M bertompok di bahagian bawah.

Bed Side Teaching : yang ni kami semua ikut buat, tanya soalan, tapi bila tengok markah, semua koas I dapat 1 markah yang sama, dan semua koas M dapat 1 markah yang sama. Cuma koas M lebih rendah dari koas I. (Faham kan...contoh nama koas I yang berderet 7 orang kat atas semua dapat 10, tetiba bila start nama koas M yang 4 orang kat bawah dapat 9). Sedangkan, koas M hadir semua session BST, dan ada koas I hari tu sakit, pastu kawan2 dia teman dia pergi rehat, so tak hadir 1 session BST.

CRS & CSS kami bahagi tugas, sebab masa cuma 1minggu.

Case Report Session
(CRS) : Yang ni ada 3 cases. Yang ni kebanyakan koas I yang buat, tapi setiap orang akan ambil bahagian dalam discussion. Yang ni pun, markah koas I semua lagi tinggi dari koas M. (Tak kisah la sebab dorang yang buat kan...walaupun tak buat slide & tak fotostat kan handout bagi kat kami)

Clinical Science Session (CSS) : Yang ni dibuat oleh kami bertiga, semua koas M sebab rumah dekat. Kami buat slide, fotostat handout, etc tapi bila tengok markah, semua koas M dan I dapat markah yang sama.

Lagi, kami ada program penyuluhan (educate patient), yang buat kerja banyak (yang buat flipchart, lukis2 untuk d present kat patient) is my friend, koas M.

Lepas tu, setiap pagi jam7-9 kena join doctor2 yang nak buat speacialist present morning report (yang boring). Hari 1st, cuma 4 orang dari group saya yang datang. Semua koas M. Lepas tu, hari 2nd-4th, 4 orang yang sama tetap datang, ditambah dengan 1 atau 3 koas I. Ada beberapa koas I yang tak pernah datang langsung.

Tapi?markah tetap mereka dapat yang lebih tinggi.Huhu..

Itu..diskriminasi..

Tapi alhamdulillah, semua dapat A :)


2. Evolusi penyakit akhir zaman

Dulu saya selalu terbayang pekerjaan saya nanti adalah duduk di meja office yang di sekeliling saya ada meja orang lain, then borak-borak dengan rakan office, lepas tu bila tiba lunch hour, keluar makan dengan kawan-kawan, pastu ada secret admirer selalu kirim bunga kat siapa2 pekerja wanita dlm office tu, then semua kawan-kawan berkerumun nak tengok apa yang secret admirer tu tulis. Macam cerita drama-drama kat tv tu :)

Dan bayangan pekerjaan saya dulu adalah guru matematik, atau arkitek..(yang agak tidak nyambung dengan situasi di atas)

Tapi, sekarang saya dah boleh lihat bayangan pekerjaan saya yang sebenar. Cuma sekarang saya perlu berjalan kaki dari rumah, stopkan kereta kat jalan raya Sukajadi yang selalu sesak tu untuk melintas, selalu kena hon oleh pak angkot sebab jalan ke tengah sangat...kalau kat Malaysia mesti dah kena langgar banyak kali (kalau hidup la lepas kena langgar)..

Dan bezanya lagi dengan bayangan pekerjaan sewaktu remaja, lepas grad dah tak perlu belajar. Lepas habis exam je dah tak payah fikir tentang study. Tapi, apa yang saya tengok, doctor2 saya yang dah tua2 beruban pun masih perlu belajar, bukak journal, update ilmu. Sebab zaman mereka belajar medic dulu masih banyak benda yang belum ada pada zaman sekarang. Evolusi penyakit akhir zaman. Dari segi penyakit, cara terapi, ubat-ubatan ataupun cara menegakkan diagnosis. Semua ada perubahan.

Saya rasa selama belajar medic, satu-satunya waktu yang boleh buat saya terfikir "untuk mengubah fikiran" adalah waktu exam. Mengubah fikiran untuk ke bidang yang lebih saya minati atau yang lebih tenang. Exam is a stressful moment. Kecuali kalau exam tu adalah sekadar menulis & menjawab di atas kertas. That kind of exam, for me is nothing to be scared of.
Apa yang kami belajar boleh menentukan hidup atau mati seseorang patient. Permainan emosi jugak sangat penting. Tengok satu persatu patient yang dijaga mati depan mata. Semoga kami dijauhkan dari perasaan "tiada perasaan tengok orang meninggal" disebabkan selalu sangat tengok orang meninggal.

Satu perkara saja yang boleh buat saya kuat, bila saya fikir tentang mati. In fact semua benda pun, bila saya start berkeinginan benda/perkara yang best2 untuk hidup saya, bila saya fikir tentang mati, saya stop berangan. Bila saya kecewa dengan sesuatu, hati akan terubat bila fikir tentang mati. Berfikir tentang mati boleh meluaskan hati dan melapangkan dada. Berfikir tentang mati juga boleh galakkan saya berfikir dan hidup secara sederhana. This is the best solution i can have now...

penaku menari mencoretkan...

Ada sesuatu yang selalu datang mengganggu fikiran...
tapi tidak semua benda harus diceritakan pada dunia...
orang kata masalah kalau disimpan...
lama-lama akan jadi berat seperti batu...
dan membebankan diri sendiri...
it's disturbing~
i can't concentrate on my studies..
tapi tetap..
tak semua benda perlu dihebahkan pada dunia~
rafahiah haron mesti KUAT!

esok nak update blog~hee

Monday, 11 October 2010

Kejutan...

1. Penggunaan Bahasa Indonesia dalam pembelajaran - selama ni bacaan, rujukan & presentation dlm bahasa Inggeris...skrg harus berubah dengan drastik...hmmm..tapi, perlu adapt..masuk kandang kambing kena mengembek..

2. Tarikh sebenar hari itu..

3. Dua departments pendek berturut2...Rehab for only 1 week..but still have to do Bedside Teaching, Case Report Session, Clinical Science Session, SOOCA and few minilectures...within ONE week..tapi alhamdulillah semangat masih belum menurun :) orang kata semangat koas ni ada naik turun, i know n i'm very sure one day semangat itu akan luntur perlahan2 dibawa arus waktu..macam motivasi jugak..kadang tinggi kadang rendah...harap masa itu masih jauh...

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya" (Surah At-Thalaq :2)

p.s. Yakin dengan janji Allah pada hamba-Nya :-)

Friday, 8 October 2010

New house, new room, new life~

My first rotation : Department Gigi dan Mulut... which is the shortest one : 2 weeks. Another two departments to go in this rotation, ENT and Opthalmology.



And this is my new room in Bandung...so peaceful...

Okay..tipu...this is not my room...

Actually, this is my room....walaupun sudah 2 minggu, masih belum sempat untuk cantikkan bilik....i wish i could...huhuhu...


my rak buku...ada banyak lagi buku x muat..


warna dinding tu pink gelap, tapi dalam gambar jadi merah menyala plak
tempat surf internet (sekarang sangat jarang luang waktu dalam bilik...
lepas ni ENT lagi busy kot)

ini meja study...masih belum berlapik...semoga dipermudahkan menuntut ilmu..amin..

Thursday, 7 October 2010

Hope~


When you put your hope for love, praise, success, happiness & recognition in the people, you will walk away disappointed with broken heart.

It is only when you put this hope in Allah will your heart & soul find peace, relief & pleasure.

Indeed Allah speaks the truth in the Quran :

"Verily in the remembrance of Allah do hearts find rest" (13:28)

Friday, 1 October 2010

co-assistant


Now I feel the importance of mini laptop...