Friday 29 October 2010

Oncall~

Besok pagi oncall lagi (7am to 7pm), kali ke-4 untuk ENT, maksudnya cuma tinggal 2x lagi. yeay! Harap esok dapat case kat IGD (Installasi Gawat Darurat @ Emergency) lagi.. setakat ni baru 2 kali dapat patient kat situ. Oncall ENT ada masa relax, ada masanya tak..bergantung pada chief resident malam tu..ada satu malam tu lepas balik dari emergency room, dapat tidur dari jam 11pm-4am dalam bilik konferens. Best. Lepas tu balik rumah jam 5am, then kena siap2 untuk pegi hospital lagi jam7am. Ok la kan berbanding department lain yang kena balik lagi lambat pastu pergi hosp semula jam 7am jugak.

Tapi ada satu malam ni, setiap orang kena buat follow up every one hour, so kitorang buat shift. Saya dapat jam2-3 pagi. Seram jugak jalan dari ENT nak pegi ruangan rawat inap kat tingkat 5 Kemuning tu sorang2. Sunyi pulak tu. Lepas tu lalu tempat yang ada signboard KAMAR JENAZAH besar2..terpaksa la buat2 tak nampak. Then nak naik lif tu pun sorang2...rasa lambat je nak naik setiap tingkat. Seram2..hehe..tapi seram2 pun, kena lalu jugak, 2,3 kali pulak tu.

Ok la nak tido dah. Besok kena bangun awal study. Next week exam. Semangat!

2 wonderful voice(s):

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Uish seram tu.. kalau kak, mesti ketar2 lutut.. sudah la kaknoi ni penakut.. hoho..

all the best ya , Yah :D

Rafahiah Haron said...

wah kak noi, cantik nama baru..hehehe

thanks k.noi for the semangat! ^_^

Post a Comment