Saturday 16 October 2010

Tak Kenal Maka Tak Cinta...

Nilailah sesuatu dari seseorang itu secara individualistik...

Jangan kerana seorang melayu yang malas, bangsa melayu itu semuanya pemalas.
Jangan kerana seorang cina yang berjaya, bangsa cina itu rajin,
dan jangan kerana seorang india yang membunuh, semua bangsa india itu jahat.

Jangan kerana seorang Islam yang rosak akhlak, Islam itu dijauhi.
Jangan kerana seorang wanita bertudung yang suka bergosip, memakai tudung itu dikatakan salah,
Jangan kerana anak seorang imam itu mencuri, semua anak imam dipandang serong.

Jangan kerana seorang ahli politik mengamalkan rasuah, semua ahli politik dikatakan kaki rasuah,
Jangan kerana seorang miskin yang meminta-minta, semua orang miskin itu hina,
Jangan kerana seorang kaya yang suka berbangga , semua orang kaya itu sombong..

Jangan kerana negara UK itu hebat, semua graduan lulusan UK itu bagus,
Jangan kerana negara Indonesia itu mundur, semua graduan lulusan Indonesia dipandang rendah.

BERSANGKA BAIK~ bukan bermaksud orang buat jahat pun kita kata baik...don't get me wrong..bukan bermaksud "tak kisahlah dia mulut jahat, yang penting hati baik"..."dia tu tengok je minum arak, tapi hati baik"...

BERSANGKA BAIK is jangan melihat sesuatu komuniti itu secara general.

Mcm yang saya dapat dari Supercamp di Lembang hari tu, kalau ada terlalu ramai peserta sesuatu program motivasi contohnya, let say 1000 orang, seseorang penceramah akan merasakan ceramah itu menjadi kurang efektif sebab terlalu ramai. Input yang diterima akan berkurang berbanding dengan jika peserta cuma 10 orang.

Tapi, jika kita berfikir yang 1000 orang itu terdiri daripada 1000 individu yang mempunyai tujuan ikhlas untuk mendapat motivasi, pasti input yang diperoleh adalah sama dengan 10 orang.

Sebab, kalau buat untuk 10 orang sekalipun, jika setiap 10 individu itu tidak menyimpan niat untuk mendapatkan yang terbaik dari program itu, sudah pasti tidak berkesan juga. Betul kan?

Jadi, dalam sesuatu bangsa, ataupun pelbagai komuniti, jangan melihat seseorang itu dari komuniti mana dia datang. Lihat dulu potensi sebenar, dan sikap sebenar seseorang individu dari komuniti tersebut, baru lah kita layak untuk menilai.

Huhuuu...

4 wonderful voice(s):

Unknown said...

Assalamualaikum Yah,

Well written. All ur points are taken.

Abg Din

kerabatASTANA said...

WOHA! I Looiiikkeee~ X)

Nadia Nazifah said...

semua ni hasil tulisan yah? omg u got ur points right! couldn't agree more ;)

like 1000x!

Rafahiah Haron said...

A.din, anep, n kak Ya : =)

Post a Comment