Baru 2 hari recover dari 'seminggu-bangun-tidur-dihantui dengan-kematian', tiba-tiba dikejutkan dengan satu berita yang meluruhkan jiwa raga, when one friend said "Nani meninggal". I was so shocked that i couldn't prevent my tears falling..she was such a nice girl~ sangat2 nice.. i get to know her closely during NBBS system (2nd year), sekejap sangat dah boleh mesra dengan arwah sebab dia sangat peramah & pandai masuk dengan semua orang...
I can see ramai orang bersedih + terkejut dengan pemergian arwah...especially her housemates..semoga semua ditabahkan hati..
Beberapa berita kat suratkhabar agak tak menyedapkan hati kami (tak semua berita, cuma beberapa), mengundang negative perception dari orang ramai...sedangkan kebenarannya arwah di sini meninggal dalam keadaan sangat baik, dan muka yang sangat tenang. Kami sendiri sempat melihat arwah buat kali terakhir, sempat mencium arwah, segala pengurusan berkaitan jenazah dilakukan dengan sempurna. Sudden death yang tidak dapat diketahui puncanya sebab ibu arwah enggan arwah di autopsi.. Tindakan natural seorang ibu, sebab semuanya hanya untuk kepentingan orang yang masih hidup. Kalau kita jadi orang yang mati, mesti nak cepat-cepat dikebumikan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah Inani Zalikha Zainal Abidin...can u imagine writing your friend's name this way :( Semoga kita bertemu lagi di syurga..amin
"Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan" (Yaasin : 87)
Petikan berita :
Inani tiada penyakit serius
KUALA LUMPUR 21 Okt. – Keluarga pelajar perubatan Malaysia yang meninggal dunia di Bandung, Indonesia hari ini terkejut dengan berita tersebut kerana Inani Zalikha Zainal Abidin, 23, tidak pernah mempunyai penyakit serius.
Menurut abang sulungnya, Azzudin, 24, kejadian yang menimpa Inani itu dimaklumkan oleh rakan serumah adiknya itu kira-kira pukul 7 pagi ini.
“Keluarga amat terkejut menerima berita tersebut memandangkan Inani tidak mempunyai sejarah kesihatan yang serius sejak dulu,” katanya.
Inani Zalikha, pelajar tahun empat Universiti Padjadjaran (Unpad) Bandung meninggal dunia di rumah sewanya di Bandung, awal pagi tadi selepas mengadu sesak nafas.
Pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu baru seminggu menjalani latihan amali di sebuah hospital di Bandung, selepas hampir dua bulan cuti semester di tanah air.
Azzudin berkata, ibunya yang ditemani seorang ibu saudara telah berlepas ke Bandung pukul 1.30 petang tadi bagi menguruskan proses pengesahan kematian dan penghantaran jenazah ke tanah air.
“Bapa saya yang bertugas dalam bidang telekomunikasi di Papua New Guinea pula dijangka tiba di tanah air kira-kira pukul 11 malam ini.
“Keluarga kami reda dengan pemergian Inani yang merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik. Kami memutuskan tidak akan menjalankan bedah siasat ke atas mayat,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Bukit Antarabangsa, di sini hari ini.
Azzudin memberitahu, kali terakhir dia berbual dengan Inani adalah melalui laman sosial Facebook kira-kira pukul 11 malam tadi.
“Inani ada mengadu sakit belakang dan sakit perut tetapi mendakwa keadaan itu normal. Inani juga mengadu tertekan dengan bebanan tugasan amali yang banyak perlu disiapkan.
“Sebenarnya Inani baru sahaja menghabiskan cuti semester selama dua bulan bersama keluarga dan berlepas ke Bandung pada 17 September lalu.
“Sepatutnya latihan amali itu perlu dijalaninya sehingga dua tahun sebelum tamat pengajian,” jelasnya.
Dalam pada itu, menurut Azzudin, Inani adalah seorang yang pendiam, berdikari dan tidak suka berkongsi masalah atau cerita peribadi dengan keluarga.
Katanya, jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir, Hulu Klang esok, sekiranya semua proses penghantaran jenazah ke tanah air berjalan lancar malam ini.
4 wonderful voice(s):
innalillah..
ada gak terbaca berita pasal kematian ni, dan immediately macam terfikir nak tanya ko pasal tu, sebab this thing happen at your university kan, guess memang arwah salah seorang dari kawan ko kan.
berdoalah agar roh arwah dicucuri rahmat, insya allah.
puan yah, be strong~ :)
Inna lilLahi wainna ilaihi raajiuun
Semoga peristiwa ini memberi pengajaran kpd yg diri kerdil yg masih bernyawa ni...amin
al-fatihah buat 'kekasih hati' saya... awk kawan uni arwah ye..? salam perkenalan..
Ameen :)
Post a Comment