Friday, 23 March 2012

Menu petang tadi

My 2nd post for today.
Because I'm jobless & I'm bored.

Ni lauk petang tadi. Dah banyak kali masak benda ni tapi hari ni nak share resepi. Sepatutnya nama lauk ni "Daging Salai Masak Lemak", masakan orang Negeri Sembilan (kalau tak salah), tapi sebab daging tu saya goreng je, nama dia berubah sikit la..hihi..

Bahan-bahannya :

1/2kg daging - salai kemudian hiris nipis
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
3cm kunyit hidup
30 biji cili padi
2 batang serai
2-3 helai daun kunyit
1 keping asam keping
Garam secukup rasa


Selalu blend je. Tapi sebab sangat tak ada kerja & ingin mengisi masa lapang, saya tumbuk. Tak reti sangat tumbuk-tumbuk ni sebenarnya, tapi nak belajar jugak:)

Hasil tumbukan setelah 13 minit. hehe. (tak ingat pun berapa lama tumbuk tapi tengok kat gambar tu ada masa) --> mungkin kena tumbuk halus lagi tapi saya tak pandai nak haluskan lagi.

Ini daging yang saya dah goreng tadi. Sebelum tu letak garam dan kunyit dulu.

Hiris daging tu sebelum nak masak

Daun kunyit. Ini untuk wangi kot. Ambil sehelai yang saya tanam kat luar rumah.


Lepas tu masukkan bahan-bahan yang dah ditumbuk tadi ke dalam kuali, masukkan santan cair, masukkan daging, lepas tu tunggu jap, masukkan santan pekat, masukkan serai yang dah dititik, masukkan asam keping dan garam secukup rasa. Tunggu mendidih, lepas tu siap! :)


Dah boleh makan

Tak reti nak setting camera buat bagi nampak the real color =(


Selamat Menjamu selera!!

7 wonderful voice(s):

Wazie Wahidah said...

Rajinnya tumbuk serai. Hehe.. Nnti mau try la jgk msk ini. Goreng jugakla daging dia.. Hehehe.. Msti sedap ni kan, nsbaik tgh kenyang..

Dr. Mahyuddin said...

Nanti blk kemaman Yah tolong masakkan yer...nak rasa jugak!

Hayatul Mohamed said...

wahh beruntung a.ki..kyah mmg suka n pandai masak, huhu..mane la a.ki tu x naik berat die, haha.. tapi cili sampai 30 biji? mesti berapi ni, hehe.. adik dah salin resepi, kekgi boleh la cube, hikhik :)thank you!

Rafahiah Haron said...

Sis Wazie : hehe serius sbb bosan. tp best jgk tumbuk2 ni :) ok try la..pakai la resepi chef tu..resepi ni sy alter2 jgk tu..hehe..

Rafahiah Haron said...

Abg Din : hehe segan la a.Din..=p

Rafahiah Haron said...

Adik : Adik nak try masak? try la tp yg k.yah tulis kat atas tu resepi asal. K.yah tmbh bawang merah 3 biji n bwg putih sebiji. Pastu cili tu kak Yah kurangkan,hehe..tp 30 biji tu rasanya cili yg kt KL tu, yg kaler hijau gelap panjang tu..yg tak pedas sgt..hehe..pastu santan tu cover rasa pedas. Selamat mencuba adik! =) dah cuba nnti share la kat blog :D

HuiMay said...

Yah terrornye masak :D Hmm kena belajar lagi jugak..sekarang dah stop belajar la pulak. Nanti nak start waktu magang, kalau ade yg tak reti Yah kena ajar tau hehe.

Post a Comment