Salam..
Tadi saya dah off laptop (konon2 nak study) lepas tu dlm 10 minit saya on balik, mmg sy dah shut down betul2. pastu bila bukak, skype saya still kaler hijau (online) and saya tak ter logout pun dari page padma tu. dulu pernah sekali, saya punya password dah expired, pastu saya pinjam password kawan jap, n logout balik, lepas tu tiba2 kwn saya tu dpt chat dengan saya pakai password dia yg saya pakai tadi. tp mmg saya tak online. pelik la wireless padma ni.huhu.
Skrg saya jarang update blog mcm time busy dengan lecture + tutorial dulu. Sdgkan skrg lagi byk masa terluang. Saya nak update, kadang2 saya rasa nak bergembira dgn sesuatu, tapi takut nampak riak. Pastu kdg2 saya rasa nak sedih2, tp saya nak org tertentu je baca, lepas tu tak jadi tulis. Kdg2 saya rase nak lepas geram, tapi nanti orang takut tgk saya. Kdg2 saya rasa nak luahkan rasa rindu, tapi nanti orang bosan baca. Kdg2 saya rase sedih dgn keadaan, tapi nanti nampak mcm tak bersyukur. Kdg2 saya nak ibubapa saya saje yg baca, tapi mesti la mak n ayah tak online. Ayah duduk depan computer mesti sbb nak main freecell je.hehe. mak plak duduk dpn laptop sebab nak buat kerja. Kdg2 saya rasa nak tegur orang, tapi nanti orang lain plak yang terase. Kesimpulannya, banyak la yg saya nak ckp, tapi mesti ada TAPI TAPI.. lepas tu malas nak tulis apa2..
Saya jarang sgt tidur siang, tapi cuti ni saya selalu tertidur time study. Hari ni dua kali saya tertidur. Bukan masa sunat plak tu. Biasanya saya akan tidur lama kalau saya makan something yang buatkan org mengantuk. Mcm bubur pulut hitam, nasi lemak. Saya makan laksa je tadi, tp entah knape ngantuk sangat. Mimpi bukan2. Saya sangat tak suka mimpi di siang hari, menakutkan. Tadi saya mimpi naik taxi, pastu pemandu taxi tu nak culik saya.huhu. Kalo mimpi2 saat2 genting, mesti dlm mimpi tu tibe2 handphone takde bateri, atau pun kalo saya nak call orang, susah sgt nak tekan phone no. orang tu. Pastu kalau menjerit tak keluar suara. Kalau lari pun badan mcm berat semacam je. Kesimpulannya saya tak suka mimpi tidur siang.
Next week saya balik. Saya dah tak sabar. Flight kali ni Bandung-KL and KL-KK pada 25 julai 2009. Saya dah dpt mask untuk prevention H1N1 tapi saya tak tau benda tu nak pakai bila n dimana and sampai mana. Saya ikut je la org lain pakai nanti.hehe. Menteri Kesihatan Indonesia yang suruh pakai, jadi kita mesti ikut ye kawan2 :p
Surat kebenaran yang saya tulis untuk pembantu dekan3 dah dihantar ke pembantu dekan1. Tapi saya tak tau lagi keputusan samada saya boleh dapat excuse atau tak. Memang tak adil saya mintak excuse ni, tapi hari tu sebelum tidur saya berdoa supaya hati saya akan tenang untuk amek remedial, bangun pagi esoknya Allah bagi saya idea n keberanian untuk hantar sms kat doctor. Entahla walaupun agak mustahil sbb saya tak ada specific reason, masalah kewangan saje mungkin, tapi saya rasa itu adalah idea yang dtg dari doa saya mlm td. Jadi nak tak nak, saya pun cuba untuk sms doctor. Saya harap surat saya diluluskan.
Saya amat berterima kasih kat mak & ayah, sbb setiap kali saya ada masalah, mak & ayah mesti akan ckp 'tenang ja' n 'jgn tension2', lepas tu mereka akan memberi solution. Walaupun kdg2 saya yang kurang bergembira dgn solution itu. Kalau tentang remedial ni, saya tahu saya tak wajib ambil tapi saya nak ambil jugak. Lepas tu saya tension2 sebab saya dah beli ticket balik 25july tapi fakulti wajibkan datang amek result pada 6 ogos. Ada kwn2 saya yang extendkan keberadaan mereka di sini dgn membeli & tukar tiket jadi 7ogos or 8 ogos. Saya plak, tak nak tunggu lama2. Saya nak balik jugak 25july. Bila call mak ckp yg saya tak nak balik lewat, mak ckp balik je la 25july kalau saya nak balik 25july. And datang je balik kalo fakulti dah wajibkan. Mak & ayah memang sangat ikut peraturan. Ayat sesuai 'skema' kot. Kdg2 kami anak2 yang suka tak ikut peraturan.
Mak suruh buat MERP walaupun sebenarnya saya tak tau lagi saya nak balik sini atau tak pada 6 ogos tu. Hati besar saya cakap tak payah pegi, abaikan je. Tapi hati kecil saya takut jugak kalau doctor betul2 bagi E untuk subjek2 yang saya ulang tu. Dan hati saiz sederhana saya ckp, dorang takkan berani buat mcm tu. Hmm last2 diri saya jugak yang terbelenggu. NNNtaaahlaaa.. confuse.
Sedangkan pada hakikatnya, saya ulang subjek yang saya dpt B,B+ and B++. Ada 1 subjek la saya ulang yg dpt C++ waktu 1st year sbb saya memang nak hilangkan C++ tu. Itu pun salah satu sebab kenapa saya tak nak dtg judicium. Sebab saya cuma nak cuba nasib saje, kalo betul pun naik, pointer tak naik banyak pun. Saya tengok harga tiket yg perlu saya bayar kalau nak dtg judicium2 utk amek result is RM700++. Sy sgt rasa RM700++ tak berbaloi untuk pointer yang naik tapi sedikit. Itu belum campur bayar transport, and bayar tax kat airport, and byr makanan saya. Sebenarnya harga tiket tu adalah harga normal kalau saya balik. Tapi normal untuk at least cuti 1-2minggu la. Kalau setakat dtg untuk ambil result lepas tu esoknya balik semula, sangat2 tak normal. Kalau pointer tak naik mcm mane?Baik saya guna duit tu untuk bayar rumah next year. Lebih berbaloi. Kan kwn2?huhu. Saya tau kawan2 saya pun semua senasib dgn saya, kesian kami. Jika anda membaca entry saya sebelum ni, itu pun salah satu tekanan jugak.
Lagipun, ibu bapa saya bukan cop duit. Tak pernah sekali pun saya jumpa cop duit kat rumah. Maknanya mereka memang tak cop duit. Huuuu..
Rabu ni paper CardioVascularSystem, saya wajib dptkan A jugak. Kalau tak, memang grade saya tak naik langsung. Itu pun buat saya dlm tekanan skrg, tapi mujur saya enjoy study CVS. Kalau grade saya tak naik pun, saya harap saya dapat banyak ilmu :)
Oh lagi satu, smlm kat facebook saya ada dpt satu info rasmi dari profile 'Malaysia'. Dalam info tu ckp pada 22 july 2009 ada prediction Tsunami kat area2 jepun,filipina and sebahagian malaysia (sabah & sarawak). Saya risau and saya harap kalau prediction tu betul, harap pihak yg bertanggungjawab akan bagi arahan berjaga2 secara besar2an. Supaya family saya & semua penduduk yg terlibat untuk berjaga2 akan dapat buat tindakan sewajarnya. Family saya tinggal di Pantai Barat Sabah, memang sgt2 dekat dgn area pantai2 yang sgt banyak. Tapi saya harap family saya tak terlibat dan dilindungi Allah selalu. Amin.
Hari ni jugak, 2 kwn2 saya d pedca dah bertolak ke Bali. Yan & Fiza. Bersama2 dgn Zubed, Minah & Nani kalau tak silap sbb hari tu nmpk dorang discuss same2,hehe. Makin sunyila pedca ini. huhu.
Rabbit2 saya pulak dah dihantar ke orang yg layak menjaganya. Si betina sedang bunting kali kedua. Anak2 dia yang hari tu ada beberapa ekor dah mati tapi itu perkara biasa bagi penternak rabbit.huhu.memang la sedih tapi rasanya itulah reason rabbit beranak banyak2 sekaligus. Lagipun anak2 dia 7ekor. Tapi breast si betina ni ada 6 je kot? saya tak pernah kira tapi ada beberapa anak dia yang tak competitive sangat berbanding yang lain. Kesannya, badan mereka lebih kecik and bila selalu tak dpt mkn, tenaga pun kurang utk berebut2 lagi, last2 mereka akan hadapi symptom kemurungan, kalau saya paksa mkn pun taknak makan, esoknya mesti mati. Begitulah ceritanya. Anda akan faham kalau anda bela rabbit.
Hmm saya stop dulu lah ye. Kalau saya teruskan, memang takkan habis celoteh saya kat blog ni. Bye.