Sunday, 15 January 2012

Berkongsi cerita

Hi everyone :)

Kelmarin janji untuk update semalam, tapi as usual, tak sempat :P

Sebenarnya, i just wanna share about 'penipuan di sekitar RS dr. Hasan Sadikin' terhadap co-assistent. Ini dialami sendiri oleh husband, dan beberapa rakan-rakan lain.

Penipuan itu berupa begini : (cerita ini dalam bahasa Indonesia)

Seorang ibu akan buat-buat terserempak dengan kita kat luar RSHS. Kemudian pertanyaan pertama, "Dokter koas ya?" (koas tu panggilan untuk doktor-doktor muda yang sedang praktikal di sini). Kemudian kita jawab, "Ya, kenapa bu?". Ibu tu akan jawab, "Oh, ibu ini yang selalu di lantai 3 kamar operasi. Doc sekarang lagi di bagian apa?" (maksudnya : Oh, ibu ni yang kerja kat tingkat 3 kat OT, doktor sekarang kat department mana?)

Koas pun jawab, "Oh, saya sekarang lagi di bagian ***** bu".

Ibu menyambung, "Oh, doc, gini...saya mau nanya sedikit bisa nggak?"

Koas jawab, "Nanya apa bu?"

Ibu jawab, "Gini doc..anak saya sakit, udah dapat resep (prescription) antibiotik dari dokter di rumah sakit, mau beli obat di apotek (farmasi), tapi cuma mau beli setengah aja bisa ga doc?"

Koas pun jawab la tak boleh dan menyatakan reasons nya..terpulang la nak jawab apa kan, POKOKNYA jawapan koas adalah "Ga bisa bu"

Ibu akan jawab lagi, "Oh, gimana tu doc, ibu udah ke banyak apotek, tapi ga ada satu apotek pun yang mau terima kalo ibu mau beli setengah aja. Doc, bisa gak doc tolong ubah resep nya, jadi setengah aja, soalnya kalo beli semua ga mampu doc."

Koas jawab lagi, "Oh, nggak bisa bu. kami koas belum ada kuasa untuk memberikan resep. Yang bisa itu dokter yang udah residen di rumah sakit"

Ibu jawab, "Gimana doc, ibu ga punya uang. Anak ibu sakit. Doc, punten doc (maaf doc), bisa gak ibu mau minta tolong sedikit? Ibu mau pinjam sedikit wang bisa ga doc?"

Jeng..jeng..jeng..di sinilah ibu akan memulakan perangkapnya. Setakat ni saya tau dah ada 2 orang yang pernah bagi ibu tu Rp 50 ribu. Yang kawan sorang ni, terus bagi duit Rp 50 ribu. Cerita kawan yang sorang lagi pulak, macam ni..

Kawan koas, "Ibu mau pinjam berapa bu?"

Ibu jawab, "Kalau bisa neng, ibu mau pinjam Rp 200 ribu."

Kawan koas, "Oh maaf bu, saya ga punya wang sebanyak itu sekarang" (sebenarnya ada je dalam dompet..)

Ibu jawab, "Ya ga apa-apa neng, berapa aja lah yang neng bisa"

Kawan ni pun keluarkan dompet dan bagi Rp 50 ribu. Ibu ni ambil dan jawab, "Makasih banyak ya neng, ibu janji ibu bayar, nanti neng datang aja ke OK lantai 3..ibu pasti ada di sana"

(Sebenarnya kawan ni dah niat nak derma pun, dan memang tau mustahil nak jumpa lagi ibu tu, dah la tak kenal)

Itu salah satu cerita "penipuan" di sekitar RSHS. Mungkin banyak lagi di tempat lain. Saya sendiri pun pernah beberapa kali kena tipu, dan bulat-bulat percaya sebab kesian. Tapi orang yang menipu ni takkan pernah ingat siapa yang dia tipu. Waktu lain dia akan datang lagi kat kita dengan alasan yang sama. Lepas tu baru lah kita tau yang kita dah kena tipu.

Bila jadi lagi hal macam ni, orang lain datang untuk minta tolong, rasa tak tau nak buat apa. Biar macam tu je dan berlalu, rasa macam jahat. Cuba kalau orang tu betul-betul susah. Entahlah.

Kat sini memang sangat mudah kalau nak bersedekah. Tapi better bersedekah dengan orang yang kita memang tahu dia hidup susah.

Dulu selalu jugak kesian kat orang-orang yang minta derma kat jalanraya tu. Tapi, one day, seorang kawan Indonesia bagi duit kat orang yang hulur tangan kat cermin kereta yang kitorang naik. Seorang kawan Indonesia yang lain marah. Dia cakap macam ni, sesuatu yang buat saya berfikir.

"Kalau kita bagi, kita mendidik bangsa Indonesia untuk menjadi manja. Padahal mereka itu masih punya kekuatan untuk bekerja. Kenapa mereka tetap meminta-minta"

Kawan yang lain menambah, "Soalnya dulu tu pernah, teman saya tawarin mereka bekerja bersih-bersih kamarnya, tapi mereka nggak mau, mereka lebih senang meminta-minta di sini tanpa buat kerja, pendapatannya juga lebih banyak. Daripada cape-cape bekerja tapi cuma dapat berapa sebulan, lebih baik mereka mengemis. Ga buat apa-apa tapi wangnya bisa banyak"

Ok, sebenarnya kat Indonesia ni ramai rakyatnya yang sangat extraordinary, dari cara berfikir, cara hidup, dan sebagainya. Mereka berwawasan tinggi, banyak lagi lah yang boleh buat kita kagum. Banyak yang kita boleh belajar dari orang-orang berpendidikan tinggi di sini. Tapi, disebabkan ada orang yang berfikiran sempit dan cuma menunggu rezeki datang dari langit, bangsa ini jadi macam apa yang 'orang luar' lihat sekarang. Sayang kan. Huhu. Sebenarnya sangat susah kot pemerintah kat sini nak menjaga negara yang besar macam ni.

Hmmm topik tentang perenggan terakhir tu sangat panjang kalau nak ditulis kat sini. Cukuplah saya cakap ramai orang kat sini yang buat saya buka mata dan kagum tentang sesetengah bangsa Indonesia yang sebenarnya. Yang dulu saya tak nampak. Sebab tu kita kena berada kat tempat tu dan hidup lama kat tempat tu barulah kita betul-betul boleh judge orang kat situ.

Kan best kalau dapat pergi banyak-banyak negara dan belajar budaya kat banyak negara :)

Ok macam dah keluar topik, kembali kepada cerita "penipuan" tadi, harap-harap kawan-kawan tak kan tertipu lagi lah dengan cerita ibu ni kalau ibu ni tegur kita. Lebih baik bagi duit tu kat orang yang betul-betul memerlukan. Contohnya bapak-bapak yang penat-penat bekerja seharian jual makanan dengan mengangkat beban "kedai berjalan" kat atas bahu dia. Huhu. Sambil beli makanan dia, or kalau tak nak beli pun, boleh bagi duit kat dia. Tapi kebanyakannya mereka mesti tak nak terima duit free. Hati mereka sangat besar. Huhu. Insaf.

Ok lah stop dulu. Besok kena keluar rumah jam 5.30 pagi pergi hospital. Kena tidur awal sikit. Salam.

7 wonderful voice(s):

Unknown said...

Kat mana2 pun mesti ada yg jenis menipu ni...kat Malaysia pun ramai gak Yah!

Wazie Wahidah said...

huhu bijaknya ibu tu buat helah. saya pun x terpikir gitu. banyak plak tu dia mintak pinjam. hehehe.

tapi yg rajin kerja tu baguslah. walaupun paksa2 org beli tu. hehehe... bagus dari segi usaha dorg. tapi kita pun x selesa jgk. hahaha.

nadia nazifah said...

kya pon rasa benda yg sama masa festime dtg indon.

ade yg rajin keje sanggup jual or keje pape utk dptkan duit. ade jugak yg tau mintak aje. sedikit sebanyak bukak mata lah jugak.

tp skrg, kt msia, ramai pulak org indon merompak, bunuh, samun.

indonesia rakyat die ramai, perangai pon byk jenis. x boleh nk generalize.

~zhdh~ said...

ayat sama ja yg dia pakai~nk describe 'org tu; pon boleh..dh dpt cm muka ibu2 perawat yg pnh tlg kta, klu dh setahun zhdh xmsk OK xkan la dia ingat zhdh lge kan???aneh disitu..lepas tu terus malas nak layan~~

Rafahiah Haron said...

Abg Din : Yah tak pernah kena lagi..tp mesti banyak gak! huhu. dunia :(

Sis Wazie : banyak kan? huhu tu lah kdg2 dorg senang2 minta duit as if org lain ni cop duit =( tired of ppl like this. kalau kerja susah2 boleh jgk tlg..ni cari jln mudah

Kak Ya : Yah dgr jugak psl tu..yg wardina aritu pun case same kan? hmm alhamdulillah setakat ni xpernah lagi jadi kat sini benda2 cmtu..nauzubillah


Zahidah : zahidah dah pernah kena? agak la..mustahil dia kenal n ingat kita dlm ramai2 koaskat RSHS tu..

~zhdh~ said...

penah kena tegur ngn ibu tu la, tp zhdh xbg dwt kt dia pon..hehe

Dhani Tour Bandung said...

Salam sejahtera Tuan/Puan, semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki (aamiin).. Kami disini ingin menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Bandung/Jakarta/Jogja. Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta/Jogja dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
WhatsApp : +6282282222896
WhatsApp : +6282280000071
WhatsApp : +6282214441280
Call : +6282280000071
Call : +6282282222896
Call : +6282214441280
Email : dhanibandung@yahoo.com
Blog : melancongdibandung.blogspot.com (Dhani Tour Bandung)
Website : www.Dhanitourindonesia.com Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Allah kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang… Kami pun menyediakan paket Transport dan Hotel.
Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung/Jakarta/Jogja.
Kami menyediakan pakej Transport dan Hotel, Pakej Full Board.
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik Dhani Tour Bandung Transport… (Insya Allah) Jom mari melancong diBandung/Jakarta/Jogja Murah sahaja..
Terimakasih

Post a Comment