Saturday, 21 January 2012

Sunday morning in the ruko

Tempat : Ruang Koas RSUD Cibabat (ruko)

Sebenarnya sepanjang seminggu ni saya dan groupmates kat Rumah Sakit Cibabat. Tapi tak perlu bermalam macam kat Majalaya sebab tempat ni tak terlalu jauh. Bermalam waktu ada oncall ja.

Tapi...walaupun kat sini sangat ramai ibu mengandung, tapi tak dapat sambut baby lahir pun selama seminggu ni. Dapat tengok ja.. sebab kat sini ramai student bidan yang kena dapatkan certain number of partus. Kalau student bidan tu bagi chance kat kita pun, tiba-tiba datang ibu segala bidan yang akan suruh student bidan tu jugak yang deliver baby tu. Huhu.

Patutlah dari dulu dengar koas Obgyn "bercerita" pasal bidan. Hehe berebut patients rupanya :D

Saya oncall malam semalam. Tapi dari jam 9 lepas habis isi semua medical record, kami pergi keluar makan, lepas tu kami masuk bilik dan tidur..hihi..sebab merajuk tak dapat tolong partus :P

Pagi ni balik, tapi naqi, he's oncall pagi ni sampai malam. Besok cuti CNY pun dia oncall lagi. Cuti pun tak dapat sama-sama. Rabu malam plak saya oncall. Capek. Tapi tu kan memang hidup koas kat sini. Kena bersabar sebab sikit lagi. Tapi dah habis belajar nanti jadi houseman pun teruk juga (orang cakap la). Tapi sabar ya :) Tu kan memang hidup seorang doktor.

Saya ni pun kena baiki diri banyak juga. Semalam boleh tak saya ter merajuk dengan patient. Saya ni bukan lah jenis orang yang suka merajuk. Tapi tak tau kenapa semalam saya terasa hati sampai saya pergi keluar dari tempat patient tu dan pergi duduk sorang-sorang jauh-jauh dari situ sambil bersabar. Hormon tengah tak stable kot. Sampai patient tu deliver baby pun saya tak pergi tengok. Mungkin salah saya pergi buat history taking time dia tengah active phase labour. Mestilah sakit kan. Tapi tu memang salah satu kerja kitorang jugak. Medical record tu perlukan pemeriksaan sebelum baby lahir. Macam fundal height, abdominal circumference, etc. Dah habis bersalin mana boleh ukur dah. Tapi cara dia jawab agak rude sampai saya terus keluar dari bilik tu tanpa cakap apa-apa. Medical record dia pun saya tinggalkan kosong kat Physical Examination. Huhu. Terus sms Naqi mintak nasihat suruh bersabar. Seriously banyak benda perlu melatih kesabaran. Tu baru benda kecik. Selama ni pun banyak benda yang saya lemah, terutama bab-bab bersabar dengan "kekasaran" orang lain. Mungkin benda tu biasa bagi orang tu, sebab memang diri dorang macam tu. So kena adapt. Kadang-kadang dengar orang melenting bersuara tinggi pun saya boleh rasa annoyed. Lagi-lagi tengah malam.

Orang Jawa ni terkenal dengan budaya sopan santun dorang, so selama ni memang jarang la berdepan dengan patient yang berkeperibadian kasar kecuali bila orang tu datang dari luar Jawa. Saya tak tau macammana nanti kalau dah kerja nanti. Balik cuti sekejap pun dah culture shock bila pergi bank, pergi berurusan kat counter, kat airport, etc, sebab layanan dia jauh beza dengan kat sini. Tapi bila ingat balik, dulu sebelum datang sini pun memang macam tu. Tu adalah hal biasa yang sebenarnya tak la kasar sangat pun. Tapi sebab kat sini pekerja-pekerja counter semua extraordinarily soft, jadi terbiasa pulak. Sebab tu kat sini, apa-apa pun akan dikaitkan dengan attitude.

Ok la stop merapu. Back to the laptop :P


Jap lagi balik rumah. Tunggu koas yang oncall pagi ni datang. Ok la bye :)

5 wonderful voice(s):

HuiMay said...

Hehe balik terus bukak blog Yah sebab td nampak Yah tengah blog. Dulu pernah sy cerita kat Yah jugak kan, ada seseorang ni test patience sy jugak. Dan sangat tak suka bila tak dapat kawal emotion sendiri. Pernah nak buat satu post tentang mengawal emotion tp takut jugak kalau org lain/ yg terbabit membaca blog sy rasa terasa. So sy tak blog.

Tp ada satu quote ni yg sangat best sy belum pernah post :

I will permit no man to narrow and degrade my soul by making me hate him
-Boooker T. Washington-

Pastu nak remind kat diri sendiri kalau ada situation macam tu lg, nak anggap tu sebagai cabaran kepada sy utk practice 'Magnanimity'. Maksud die, kite kena practice untuk selalu 'Be the bigger person'.

p/s: Yah boleh tiru Naqi buat status countdown. Tp 12 jam je la hahaha :)

Dr. Mahyuddin said...

Salam Yah,

Hidup houseman di Malaysia skrg lebih baik dan tak se busy dulu. Dah takde oncall dah. Skrg dah keje pakai shift system, ada pro dan cons. Abg din prefer system lama sbb rasanya lebih efficient dan jadikan seorang doktor tu lebih mantap :)

Takpe, take one thing at a time.

Rafahiah Haron said...

Amy, Thanks for the advice :)
Hehe..ingat2..pasal tu dulu. Tp obviously you are bigger than him..inside..hee :P outside of course he's bigger ;p

Abg Din:
Wslm..hopefully tak stress sgtla shift system tu nanti.mcm nurse plak pakai shift2..waktu keje kena focus betul2 la cmni..time rehat, rehat betul2..yeke?hihi..thnks abg Din for the info..:)

Anonymous said...

Salam kenal
Sy tinggal di bandung jg,,orang My biasanya sebut orang jawa,tp jawa tuh pulau dengan macam2 suku, kalo di bandung orang nativnya sunda,bahasa pun beda dgn suku jawa
Kami anak muda, biasa sebut orang yg suaranya keras annoying macam tu gordes aka gorowok desa
Its mean village pitch,hehe3, just hadapi with smile, mungkin dia orang yang tak tahan sakit,,he3 Banyak ya suka duka tinggal disini,,semangat terus ya

Rafahiah Haron said...

Anonymous :
Salam kenal juga, baru terbaca komentarnya. terima kasih atas semangatnya. Ya benar, orang Sunda itu lemah lembut dan sopan santun semuanya. Memang jarang sekali bertemu dgn yg agak kasar. jadi senang ketahuan orgnya bukan dari bandung kalau agak kasar itu :) hehe. ya banyak bangat pengalaman berada di tempat orang, tapi syukur bisa merasainya :)

Post a Comment