Friday, 13 January 2012

There's always a first time for everything :)

Salam,

Hari ni baru update. Husband dah tanya2 bila nak buat post baru. Maklumlah dia rajin baca tapi malas komen. I know him ;p

Minggu ni berehat sekejap dari dunia maya. Sebab dunia nyata ternyata lebih menarik hati.

Ok, this is about my life as a young doctor @ Obstetric & Gynecology Department :

Saya bersyukur sebab dapat belajar kat sini, sebab kami didedahkan dengan sangat ramai patients. Kami boleh buat tindakan ke atas patients. Kalau kat RS dr.Hasan Sadikin, walaupun terpaksa berebut dengan residen, tapi residen tetap bagi peluang untuk buat history taking & physical examination kat patients. Yang bestnya setiap kali oncall kami diberi peluang untuk ambil darah sendiri, pasang IV line, masukkan nasogastric tube dalam hidung patients, pasang urine catheter, wound debridement, pasang orogastric tube, masukkan ubat, buat gastric lavage (kat sini panggil membilas lambung), suntik ubat kat patients, jahit luka kat badan dan kepala patients, buat rectal examination, dan banyak lagi, dan yang paling horror, kami diberi peluang untuk membedah mayat, belajar cara detect penyebab kematian, lama kematian, dan timbang-timbang organ dalaman mayat. Learning from experience sebenarnya jauh lebih mudah & berkesan dari belajar teori. Tapi teori pun penting jugak.

Tapi rupa-rupanya bila keluar dari RS dr.Hasan Sadikin (a teaching hospital where we work/study now), contohnya di Majalaya baru-baru ni, peluang-peluang yang kami dapat lebih besar & banyak. Lepas habis 9 minggu kat department ni, insyaAllah kami akan dihantar ke hospital kat daerah-daerah selama 6 bulan dan peluang untuk buat tindakan ke atas patients akan jadi lebih besar.

Macam yang saya cakap dalam status FB baru-baru ni : There's always a first time for everything.

Sebelum ni saya tak pernah lagi masukkan speculum ke dalam vagina manusia betul, pernah buat banyak kali kat patung je, so mula-mula nak buat tu rasa takut jugak, tapi bila dah banyak kali buat, rasa yakin tu datang. Hehe. Thanks a lot to the patients. Patients tu adalah guru seorang doktor, betul tak?huhu.

Vaginal Speculum

A woman's reproductive system

Dan bila periksa masalah-masalah patients terutama keputihan, selama ni cuma baca saja jenis-jenis dia, sekarang bila tengok betul-betul bermacam-macam cases depan mata sendiri, baru boleh bayangkan.

Lagi, dapat buat sendiri pemeriksaan dalam untuk check pembukaan cervix untuk menentukan ibu dah nak bersalin atau tak. Mula-mula masukkan jari memang tak rasa apa-apa pun, tapi lama-lama bila dah buat beberapa kali, dah boleh tentukan kalau cervix dilate & open macam ni dah berapa cm. Kalau dah terbuka full tu 10 cm ya kawan-kawan. hehe. Interesting!

Sebelum dapat deliver baby hari tu, mula-mula saya belajar deliver placenta (ari-ari) dulu. Ari-ari tu rasanya agak suam-suam kuku. Kena tegangkan tali pusat dulu, sambil massage perut ibu. Bila massage tu, rahim ibu akan contract, so pendarahan akan berkurang dan placenta akan perlahan-lahan terlepas dari rahim. Jangan paksa/tarik plasenta tu sebab takut ada placenta yang akan tertinggal kat rahim sebab dipaksa. Lepas tali pusat semua dah keluar, nanti akan keluarlah benda bulat (placenta) tu, so kena putar perlahan-lahan, sampailah semua placenta tu lahir. Then kena pastikan takde placental remnants.

Ini dia rupa placenta @ ari-ari. Kalau baby dah keluar, belum settle lagi, kena lahirkan placenta pulak :)

Lepas saya belajar deliver placenta, dapat peluang jahit kulit yang baru di gunting dalam proses episiotomy pulak. Nampak senang, tapi susah jugak sebenarnya, lagi-lagi kalau koyak banyak, dan kulit ibu tebal. Berjam-jam jugak lah jahit kalau ibunya agak berisi.

Then yang paling best bila dapat deliver baby. Mula-mula keluarkan kepala, lepas tu check kalau ada tali pusat yang lilit leher baby, kalau ada kena cuba dilonggarkan dan dibuka dulu. Then tolak kepala ke bawah sikit supaya bahu atas keluar, then tarik kepala ke atas sikit baru bahu bawah dia keluar. Lepas tu baru keluarkan part yang lain. Proses dia sekejap ja, except menunggu kepala baby keluar. Tu yang kena suruh ibu meneran tu.

Normal Vaginal Delivery

Ibu yang nak beranak pulak, tak boleh meneran tak kena tempat. Kalau waktu tak meneran, kena tarik nafas dan hembus untuk dapat oksigen, so nanti waktu nak meneran, boleh simpan nafas panjang-panjang. Kalau pembukaan cervix belum lengkap, ibu tak boleh meneran sebab takut koyak banyak. Sebenarnya saya takut tengok ibu-ibu nak bersalin. Sebab sakit. Memang betul-betul kena selawat banyak-banyak, dan berdoa banyak-banyak.

Banyak lagi benda kena buat. Estimate pendarahan berapa banyak, estimate berat placenta, pastikan baby yang lahir selamat dan sihat. Semua buat secara bekerjasama. Lepas tu kena sentiasa follow-up ibu kat ruang nifas, dan kena ajar ibu cara-cara yang betul untuk menyusukan anak (itu saya belum pernah buat ;P).

Tapi banyak jugak ibu-ibu yang tak dapat bersalin secara normal dan terpaksa dibedah (C-section) . Banyak la sebab-sebab dia. Nak cerita kat sini boring pulak. Sekarang pun saya dah boring taip benda-benda medic. hihihi....:P

So mari kita stop, besok insyaAllah saya update lagi tentang satu post yang suami mintak share kat sini..heee...:P Ok bye bye.

Kesimpulannya untuk diri sendiri : Practice makes perfect!!! Keep learning and keep doing!!! :)

12 wonderful voice(s):

Wazie Wahidah said...

sangat best!! hehe.. saya pun banyak tau benda baru. besar plak placenta tu. itu yg parents bawak balik tu kan? pastu tanam sendiri. ya ka? yg org tua2 bilang 'kembar' baby. bila baby senyum sorang2 or mcm menggeliat, dorg bilang baby tgh berinteraksi dgn itu. orang tua2 cakaplah.

sy ingat baby lahir tengok atas, rupanya tengok bawah. ka lain2 aa? hehe.. nanti bagila tips supaya senang bersalin aa.. hehe.. bila tengok gambar 2 & 4, besarnya uterus tu mengembang kan... uterus tu rahim ka? hahaha. gagal bio :D

ketenangan said...

placenta tu yg org pnggil tembuni tu ka kak yah??kak yah btulka klu makan vitamin c x ble makan udang..sbb rmai yg post d fb psal cite tu..

Rafahiah Haron said...

sis wazie : ya ada parents yg bawa balik. tp sini ramai yg tinggal jak. lgpun x wajib juga tanam kann..baru tau jugak yg placenta tu org panggil kembar baby. hoho..placenta tu sbnrnya tissue yg bertanggungjawab bawa nutrien/oksigen dari ibu ke bayi waktu baby dlm uterus. tp bila sudah keluar dr perut, xda la sudah connection tu..yg ada adalah adaptation utk hidup di luar perut..sbb dulu 9 bulan dia biasa hidup dlm perut, mknn oksigen semua dpt dari situ..skrg kena cari sendiri..hehehe..tp dia sudah ada paru2 baru jgk..so boleh dpt oksigen suda..n ada mulut juga utk mkn sendiri :D yg berinteraksi tu xtau plak..rasanya bukan berinteraksi, cuma rindu..hihi :P :P

Rafahiah Haron said...

Kakak : ya placenta tu uri tembuni kalo di msia. di sini org panggil ari. Tp di msia ari tu benda lain plak kan.hehe..susah jg ni beza bahasa.

psl udang & vit C tu belum pernah baca post tu. tp kakak try la cari artikel tu td..jumpa jgk, dari thn 2001 plak tu kan. hmm kalo ikutkan mmg arsenic tu racun yg boleh sbbkan mati. tp cerita tu kebetulan jak tu. mungkin udang yg dia mkn tu mmg contaminated. kan zmn skrg byk water pollution. pastu kalo betul vit C tu reduce arsenic pentoxide to trioxide, xpyh consume vitamin C pun sbnrnya dlm badan kita sudah ada anti-oxidant yg buat benda tu. X pyh tunggu vit C. lgpn belum ada research pasal benda ni, x boleh percaya bulat2 jgk :)

kalo kakak, kakak makan jak :D yg penting bukan dlm kuantiti yg berlebihan. Agama kan ajar kita x berlebihan. chewah ;p mkn vit C pun x boleh berlebihan. bagus mkn buah jak, byk jgk vit C dia, n tiada bahan pengawet/inactive substance mcm dlm vit C yg tablet.

mungkin jwpn ni kurg memuaskn..hehe..sorry..kena tunggu research jgk baru leh confirmkn

Wazie Wahidah said...

yala kali kan, rindu.. sebab 9 bulan sama2 dalam perut. hehe. tapi bila besar x plak kita rindu tembuni kan. huahua :D sy xdpt byg berapa besar tembuni tu. dlm gmbr ko bagi ni mcm besar betul pulak. ini kali yg mak cerita, time beranak farhana, pecah di dalam perut pastu kena kasi korek kasi keluar. ngerinya saya dengar. huhu..

pasal udang tu, saya kalau baca2 pasal kesihatan bilang x bagus makan seafood banyak kan. mesti terus rasa udang semua tu bisa2 &xmau makan. tapi bila ada depan mata, makan jgk ni. hahaha. mau tampal di dahi tu artikel2 tu. baru la x membeli udang di pasar.

ketenangan said...

klu blik rmh pn mak selalu beli udang..hihi

kak yah,tu la ..mcm x brpa pcaya klu post d fb ni..hihi tp kakk x mkn vitamin c jgk..mkn bgi makan b complex sja...hihi mngkin yg d fb tu mcm yg kak yah ckp..kebetulan..sbb mcm jrng2 pla blaku kn..lgipun kalau d vitamin dr klinik x penah pula dr pesan jgn mkan udang dgn vit c..hihi

Rafahiah Haron said...

sis wazie : oh ya ka? xtau plak psl ana tu..tp mmg tau time ana lahir byk complication..huhhu..dia kena duduk lama lg dlm incubator..maybe sbb sebelum tu mak keguguran kan. So affect next pregnancy..lgpn jarak dekat2. Ingat lagi kita excited mak balik dr hosp bawa baby (ana) lepas lama tinggal di hospital. Tp bila tgk baby time tu, sy ckp sama siapa ntah, ayah ka, kenapa muka dia mcm monyet.hahah..terus ckp x tapis2..budak2 kan..main ckp jak. sbb mmg masih kecil betul..muka belum jd comel lg ;p

Rafahiah Haron said...

Kakak, ya lah, di sabah byk udang n murah. rugi oo x selalu mkn.hehehehe :P jgn udang yg tercemar jak la.hihi..tp insyaAllah masih slmt udang2 di sabah tu ;p

Wazie Wahidah said...

hahaha macam monyet lg tu :D sungguh jujur kalau time budak2 ;p ana tu mcm teruk kuning dia dulu kan. kena jemur2 lagi di matahari. kesian tengok.. oh baru tau jarak mak gugur dgn pregnant ana tu dekat2. hehe. excited la kena bawak adik baru balik rumah kan. best plak ingat balik. hehehe

Rafahiah Haron said...

ya la..tp skrg mak x boleh pregnant sudah. Kena excited tunggu anak buah la ni :P hehehe.

oh lupa plak wdh tanya di atas tu, ya uterus tu rahim =) baby mula2 tgk bawah, tp nanti lepas kepala dia keluar, dia akan pusing sendiri.hehe. best kan :D

Wazie Wahidah said...

ada aritu masa sy tanya2 pasal cyst mak tu. mak bilang bagus mak beranak dulu lg 1, baru operate aritu kan. hahaha.

sy pun excited la tunggu anak buah!!! hahaha.

Anonymous said...

Sya nk tnya kalo kndungan 36mggu,mnocrionic diamniotic bby..yg 1st bb 2.54kg, 2nd bby 3.17kg..bleh xkita kata ade Ttts syndrom? Berapa percent beza berat bb yg kita blh ckp dah bhya..ttts? Tq. affela.4eva@gmail.com

Post a Comment