pics from my hp camera..tak best lupa bawak camera :(
Salam.
Update hari ni boring sikit okay? :) pasal aktiviti saya di sini. hehe.
Hari ni hari ketiga dan malam ketiga di sini. Hospital ni agak jauh dari kawasan bandar, perjalanan memakan masa hampir 2 jam dari Bandung, termasuk sesat-sesat dalam hujan. Hihi. Lalu banyak sawah padi yang cantik-cantik, lalu kawasan dengan jalan berlubang-lubang & dipenuhi air.
Tapi hospital ni okay, best :) Selama ni saya ingatkan hospital ni kuno, kekampungan dan yang seumpama dengannya. Tapi ternyata bayangan saya tu adalah fantasi semata-mata. Tempat tinggal kami pun selesa, dekat dengan bilik ibu bersalin, dekat dengan kamar operasi (kita pakai bahasa Indonesia jap k..), dekat dengan poliklinik.
Walaupun facilities contohnya di OT tak lah semaju di RS Hasan Sadikin, tapi saya rasa best sebab hidup di sini tidak se"hectic" di RSHS.
Kami 9 orang duduk dalam 1 rumah. Budak perempuan 6 orang semua duduk dalam 1 bilik. Dengan barang-barang yang kami bawa, contohnya bantal, comforter, kipas, ubat nyamuk, extension wire, iron, dapur masak, laptop, modem internet broadband, dan lain-lain, hidup kat sini jadi mudah. Kawan-kawan satu group pun semua best-best :)
Doktor kat sini baik-baik dan helpful. Tegas dan berdedikasi. Banyak ajar kami benda penting-penting tentang O & G. Tapi setakat hari ini saya belum menolong melahirkan sendiri baby-baby comel itu. Sebab belum dapat full rotation kat bilik ibu bersalin. Semalam kat poliklinik, hari ni kat operation room. Tapi 5 orang kawan yang lain dah dapat tolong. Besok sepanjang hari saya akan duduk di bilik ibu bersalin. Harap-harap besok banyak ibu bersalin. Amin. Tapi setiap pagi kami akan follow up patients dekat bilik-bilik ibu lepas bersalin & before bersalin.
Semalam saya, Khairi dan Subha dapat turn kat poliklinik, buat antepartum/prenatal care kat bakal-bakal ibu. Ada patient ectopic pregnancy (tadi dah tengok dia undergo salphingectomy), patient dengan placental remnants (tadi dah curretage), ada patient datang dengan keluhan excessive vaginal discharge sebab takut menopause sebab dia nak kahwin lagi, ada patients datang follow up untuk bekas jahitan C-section, dan banyak lagi. (Terpaksa lah cakap satu-satu kan sebab tak tau nak update apa)
Kat bilik ibu bersalin pulak, setakat ni sangat banyak ibu-ibu hamil yang mengalami Pre-eclampsia. Tau tak apa tu? Pre-eclampsia adalah keadaan di mana ibu hamil ada tekanan darah yang sangat tinggi dan dalam air kencing dia ada protein. Kalau tak diubati awal, boleh menuju ke arah Eclampsia iaitu pre-eclampsia dengan gejala tambahan kejang. (secara garis besar macam tu lah maksudnya..ingin tahu detail sila inbox :P)
Ada jugak ibu-ibu yang mengalami prolonged labour. Kalau pegang patient macam ni kena la rajin borak-borak dengan patient tu supaya dia tak rasa sakit sangat. Hehe saya sebenarnya rasa janggal bila tiba bab-bab macam ni. Nak suruh ibu bersabar tapi saya sendiri belum pernah bersalin. Entah-entah kalau saya bersalin nanti lagi dahsyat. Senggugut pun menangis. Kebanyakan patients tu pulak adalah bakal-bakal ibu yang lagi muda dari saya. Lagi muda means lagi logic la nak menangis kan. Dah lah kat hospital ni suami tak boleh temankan sewaktu bersalin. Huhuhu. Kesian dorang. Saya harap kalau saya bersalin nanti, suami saya boleh temankan. Huhu.
Kami belajar macam mana nak ajar ibu-ibu meneran (sekaligus belajar untuk diri sendiri hehehe). Tapi semalam ada seorang ibu ni tengah santai-santai tiba-tiba ketuban dia pecah. Sedangkan 15 minit sebelum tu bukaan cervix dia baru 3-4 cm. Ibu kat sebelah dia dah bukaan lagi besar pun masih tak bersalin lagi. Lepas tu kelam kabut dia kata tak boleh tahan. Baby tu pun keluar cepat sangat. Best tengok ibu yang dipermudahkan bersalin macam ni. Tapi logic la sebab dia pun dah kali ke-3 melahirkan normal. So senang lah sikit.
Tadi saya tengok C-section untuk kelahiran songsang. Tengok operation untuk ectopic pregnancy jugak. Kesian ibu tu baru 1st baby, umur 21 tahun tapi sebelah fallopian tube dah kena ikat sebab ectopic pregnancy. Tapi don't worry sebab zaman sekarang dah banyak cara untuk mendapatkan anak :)
Tadi ada C-section baby kembar jugak. Salah satu baby songsang (kepala kat uterine fundus), yang satu lagi transverse. Tapi cuma dapat dengar suara baby sebab kebetulan waktu tu tak sembahyang lagi, so pergi sembahyang dulu. Bila datang balik operation dah habis.
Ada lagi, patient dengan urine retention. Semalam dia prolonged active phase. So mungkin ada inflammation kat urethra, lepas melahirkan sampai pagi tadi, perut dia macam tak kempis-kempis (macam ada seorang anak lagi kat dalam tu). Bila tanya "boleh kencing ke tak?", dia jawab "boleh". Rupanya kena tanya lagi, "kencing lancar atau tak?" sebab kalau setakat jawab boleh kencing, tak cukup. Sebenarnya dia boleh kencing tapi tersekat-sekat. Normally seorang manusia (tanpa minum air banyak or tanpa kesejukan) akan merasa nak kencing apabila urine volume dalam urinary bladder dah mencapai antara 150-200 ml. Air kencing yang dihasilkan (urine production) adalah lebih kurang 0.5-1.0 ml/kg berat badan/jam. So orang yang berat badannya 50kg akan hasilkan lebih kurang 50ml/jam, dan bila dah 3-4 jam, akan merasa keinginan untuk kencing. Patient ni dah hampir hampir sehari tak dapat kencing dengan lancar. Bayangkan berapa ml air kencing yang berkumpul dalam bladder dia? sampai jadi macam orang mengandung.
Jadi kateter pun dimasukkan melalui urethra dia. Urine bag tu penuh. Lebih 1000 ml. Huhuhu. Cuba ambil botol mineral and isi air sebanyak tu, and bayangkan our urinary bladder mengangkat kencing seberat itu.
Ehm apa lagi cases yang ada tadi? Banyak cases sebenarnya tapi penat plak nak type satu-satu. Tiba-tiba dah azan maghrib plak kat surau. Nanti saya share lagi kay. Share banyak-banyak pun tak best jugak. Okay bye :)
6 wonderful voice(s):
waa yah sangat rajin blog. best best. nanti update lagi tau. boleh la sy belajar jugak dr blog Yah :)
bestnya. hehe. macam2 plak masalah org bersalin kan. siap ada gambar lg. bikin takut ni :D
ba, jadi nanti ajar mcmana meneran aa. hoho
Amy, hehe semangat obgyn tu yg update tu ;p Nanti try update lg. Amy jaga diri k, sian amy, jap g nak lawat amy kat hospital. Get well soon dear! :)
Sis Wazie : Ada masalah tapi x sebanyak yg bahagian bukan org bersalin la. Org bersalin lebih kurang sama semua mslh dia. Takut tgk kesakitan org bersalin :(
Hehe..ok, ajar teori boleh la..sbb baru tgk org bersalin ja, belum experience sendiri lagi. Mintak ajar mak la,aritu mak ada cerita.hehe..
salam..waaa..byk input ni..huhu
nah,kak wazie..the best way nk bljr tu dr mama jga..haha!
terbayang2 jga keadaan bilik org bersalin..uuuhuhu..
ya,fza pun mau mcm kak yah! msti ada suami d sblh..ahaha! ahakss..
feeza : wslm..hehe..semoga bermanfaat :D
Post a Comment