Hari ni 2nd day @ department O&G, satu-satunya department yang buat saya excited waktu Magang. Hehe. Hari pertama dah semangat konon2 nak tolong orang beranak. Tapi tak tolong pun, tengok ja..sebab bidan tu dah jaga patient dari waktu patient masuk, tak best la tiba2 nak ambil patient dia :) Tapi melihat kesibukan kat sini, rasanya tak lama lagi kami akan dapat tolong ibu bersalin :) Tadi pun doktor dah suruh kami ambil patients. Cuma kebetulan tadi, tiga-tiga ibu yang nak bersalin tu terpaksa dibedah atas sebab-sebab masing-masing.
Hari 1st semalam, dapat tengok dua ibu beranak. Ibu pertama lahirkan anak keempat, datang hospital ja kaki baby dah keluar sebelah. Anak dia songsang, dan sedikit besar. Jadi susah sikit nak keluarkan walaupun ibu ni dah pernah melahirkan 3x. Tengok kaki pun saya dah geram sebab rasa kaki baby tu comel. Alhamdulillah semua ok. Anak dia tak terus menangis, tapi tak lama la, lepas dah bersihkan and suction hidung mulut semua, dah nangis. Kerja saya berdiri sebelah patient ja, tolong tarik paha dia ke atas supaya lebih senang untuk meneran dan tolong ingatkan supaya kawal nafas. Sebab kadang-kadang ibu bersalin lupa kawal nafas, sebab tengah sakit sangat dan penat meneran, so penting untuk ada orang yang sentiasa ingatkan.
Ibu kedua pulak berusia 34 tahun, melahirkan anak pertama. Anak lahir terus menangis. Lama jugak nak tunggu kepala keluar sebab anak first kan. Tapi semuanya lancar. Harap waktu saya bersalin pun lancar jugak. Amin :)
Semalam saya kena pegang seorang patient yang umur kehamilan dia lebih kurang sama dengan saya tapi dia lebih sikit la (lebih kurang 30-31 minggu). Keluhan dia ketubah pecah (Preterm premature rupture of membranes PPROM). Saya pun borak-borak la dengan dia untuk korek2 punca dia pecah ketuban awal. Dia macam merayu supaya kalau boleh dia tak nak lahirkan anak ni awal daripada waktunya. Sebab berat pun masih bawah 2000g. Kalau boleh nak tunggu mature dulu. Huhu, saya faham perasaan dia. So saya cuma boleh cakap, "InsyaAllah, kalau ibu tak ada infection, keadaan anak baik, denyut anak normal, insyaAllah masih boleh tunggu". Setakat ni keadaan ibu ni baik2 ja tapi amniotic fluid (cairan ketuban) dia semakin berkurang dari semasa ke semasa. Kalau harm baby, kena terminate jugak (lahirkan).
Tadi pagi pulak, saya kena follow up 3 patients, kena buat history taking dan physical examination dari awal. Biasanya dah tahu penyakit apa sebab dirujuk dari tempat lain. Kali ni saya punya empathy lebih sikit sebab tengah pregnant kot. Bukan lah dulu-dulu tak empathy tapi sekarang saya lebih mudah nak ingat dan nak merasa perasaan ibu-ibu tu sebab dah merasa sendiri kan pregnant ni macam mana :)
Ibu pertama keguguran pada kehamilan 2 bulan. Incomplete abortion, so kena buat curretage untuk keluarkan sisa-sisa tisu dari janin.
Ibu kedua pembukaan dah 4 cm tapi pembukaan tak maju-maju lepas berjam-jam.
Ibu ketiga, Intrauterine Fetal Death (IUFD) atau kematian bayi dalam kandungan. Huhuhu... Dengan ibu ni saya rasa ralat sikit. Sebab dia masih belum tahu anak dia meninggal. Tapi saya tak ada kekuatan untuk bagitau. Bayi dia dah 32 minggu, tak pernah ada keluhan sepanjang kehamilan. Dia buat antenatal checkup teratur tiap bulan, tak ada masalah. Waktu bulan puasa dia checkup 3x. Dia puasa penuh jugak. Dia makan supplement teratur. Ambil tablet Calcium dan Ferum Sulfate. Folic acid pun ambil. Tapi, since tiga hari yang lalu dia tak rasa gerakan anak. So untuk pertama kali dia pergi ke doktor untuk di scan. Selama ni checkup kat bidan, tak pernah scan. Menurut surat doktor, (yang patient ni tak tahu pun), result scan adalah IUFD. So doktor tu rujuk ke RS Majalaya ni untuk proses melahirkan janin tersebut.
Huhu..ibu ni senyum ja dari awal datang sampai akhir. Dia nampak tenang. Ini kehamilan kedua. Saya tak pasti samada senyuman dia tu memang dia tak tahu lagi, ataupun sebab dia dah dapar rasa yang bayi dia dah tak ada. Dia tak mengeluh sakit perut langsung. Maksudnya memang belum ada contraction untuk melahirkan. Tapi, yang kesian adalah akhirnya nanti ibu ni akan merasa sakit macam melahirkan jugak, untuk melahirkan anak yang dah meninggal dalam janin. Anak dah berat lebih dari 2kg. Semoga ibu ni tabah.
Saya cuma duduk setengah hari kat ruang bersalin tu. Lepas tu saya balik. The good part is, kami tak ada oncall. Hihi. Patut happy lah sebab saya pun tak larat kot nak oncall. Cukuplah dapat ilmu waktu siang :)
Saya dah mula adapt kat sini. Walaupun banyak kekurangan, tiap hari kena makan benda sama, air kotor (sekarang dah 2 hari tak ada air), ambil air sembahyang and mandi pun pakai air minum Aqua tu. Sebenarnya yang buat stress tu adalah bila kesihatan kurang. Bila kurang sihat (lagi-lagi sebab air pollution kat tempat ni), tenaga nak buat kerja pun hilang. So stress lah jadinya. Sebab kena buat kerja jugak. Tapi Alhamdulillah, sekarang dah 2 minggu saya sihat walafiat. Semoga saya terus sihat-sihat macam ni selalu.
Amin.
Erm, apa nak cerita tentang my husband? Selit lah cerita tentang dia sikit. Semua asyik cerita pasal saya ja. Hehe. Tiap hari saya tengok dia bukak blog walaupun saya tak update.
Pagi tadi, dia follow up beberapa patients kat Ruang Nifas. Introduce diri kepada salah seorang ibu yang dilahirkan secara caesar, dan memulakan perbualan.
"Ibu sudah berapa hari di sini?"
Ibu jawab "Sudah 12 hari pak doktor"
"Sekarang anaknya di mana ibu, sudah pulang atau masih di sini?"
Ibu jawab lagi.."Anaknya sudah meninggal doc"
errr.....
5 wonderful voice(s):
naqi kena baca status patient dulu b4 pge ke pasien...byk condition yg sgt sensitif dkt obgyn, baca asuhan keperawatan plg bawah skali utk tau keadaan semasa patient....
1) mcm condition naqi
2)ada yg patient masuk ngn KPD tiba2 bayi IUFD xsmpt slamatkn..time FU pagi tgk perut besar lge...so jgn tanya tntg kandungan..snsitif
3)dtg dgn abortus tp ibu xtau lge(slu kan bg tau husband if ibu xbrapa stabil)
4) ibu perut besar tanya hamil brapa bulan padahal myoma or dll.
Itu yg ada dlm pikiran zhdh, pernah jugak mcm tersalah,tp dh xingat condition mana, syukur ibu tu ok.Gd luck yah, final rotation, very final for magang.yippie
Thanks zahidah for reminding..hehe..dia Obgyn dulu thn 2010, skrg thn 2012, dah 2 thn so dah tak berapa ingt nak check status dulu..saya baru je obgyn bulan februari 2012 ni, masih alert jgk la dgn benda2 sensitif tu..:)
Ada doktor pun ragu2 nk tnya saya hamil ke tak, sbb takut buncit je kot..nnti sy terase,hihi..
Final rotation! yeay, tq sbb ingtkan..xsabar :D
hahaha, :)
huhuhu.. xtau mau ckp apa. susah jgk kan mau kasi sampai berita buruk sama patient. kesian ibu tu kena refer2 tp xtau sebenarnya apa jadi :(
ei, ibu yg anak songsang tu lahir normal? tp mmg kena teruskanla kan sebab suda keluar kaki. ok jak tu plak kan songsang n baby besar bersalin normal.
bestnya banyak pengalaman tengok org bersalin. hehe.. ka bikin takut? :p kalau sy mungkin takut lah jugak. mcm sy xmau tau pun, anggap jak semua senang dan ndak sakit. supaya x takut bila sampai masa nanti. kalau nanti sakit, baru time tu fikir :p
sy takut suda sikit2 ni. x lama lagi. huhu.
Ya..anak songsang tu lahir normal :) sihat ja baby dia :)
Best jg la, nanti la sy share2 apa yg sy dpt utk bg motivasi kita bersalin sama2 hehe.. sy tgk tidak takut la, sbb bukan sy kan..xtaula kalo sy sendiri yg mau beranak nanti..huhu..tp hrp2 sy dpt ambil pengajaran la dr tgk org2 bersalin ni..nanti apa2 sy share..itupun kalau internet mengizinkan..
Ya, mmg fikiran jgk tu yg mempengaruhi :) Sy pun tgh bykkan bacaan ttg hypnobirth, dr youtube etc. Kena faham konsep contraction waktu bersalin, konsep hormon endorphin tu semua :) byk tu pglmn ibu2 di internet..
Sbb kdg2 saya tgk ada ibu yg sudah beberapa kali melahirkan pun ada yg menjerit2 mcm incredible hulk..sy takut la tgk yg itu..tp ada jg yg relax ja..sy rasa mungkin betul tu sbb fikiran..kalo takut, mmg akan menegangkan otot, jadi makin sakit..
Nanti minta abg daffy duduk di tepi la bagi support. suruh dia baca2 pasal hypnobirth jgk..or tgk youtube..sy skrg rugi sbb internet susah, xdpt la belajar sgt pasal tu..mau ikut class pun ada di jakarta jak. di bandung tiada.. tp ada CD la nanti kalau dpt, saya beli :)
Skrg ni musim ibu2 LMP bulan disember, yg byk dtg bersalin di sini..mmg due date skrg la..wdh januari kan..so maybe bulan dpn la :) saya 2 bulan lagi :) baca surah maryam banyak2 la dkt2 bersalin ni, insyaAllah membantu kan. CUba apa yg kita dpt jak la, yg selebihnya tawakkal. sbb kita cuma rancang jak kan, Allah yg tentukan mcmana kita bersalin nanti..:)
Post a Comment